Saturday, February 24, 2018
Aku dan sepohon mangga
Aku ada sepohon mangga yang berbuah lebat. Hampir empat tahun aku menjaga, menyiram, melindungi ia daripada serangan perosak. Mangga ini agak lama untuk ranum. Sejak awal aku menjaganya buah-buahnya masih muda dan tidak matang. Setiap tahun mangga ini mempunyai buah muda. Buah sulung masih belum ranum walaupun setelah empat tahun menjaganya. Aku jangka dan harap ia mampu masak, matang sewaktu tahun kelimanya. Akan tetapi, beberapa biji yang hampir masak ranum telah putus dari dahan yang melindunginya. Aku agak kecewa kerana tidak dapat melihat mangga yang putus itu masak ranum sambil dilindungi dahannya. Ia tidak sempat untuk ranum bersama temannya yang lain. Kecewa yang tidak dapat diluah dengan perkataan. Hanya mampu mengharap mangga yang lain mampu meneruskan perjuangan bersama dahan yang melindunginya.
Sunday, August 13, 2017
Pelik
Pokok buluh di seberang jalan meliuk-liuk ditiup angin. Bendera yang di atas pagar seolah-olah menari mengikut rentak angin. Sambil menunggu hujan meencurah ada beberapa isi yang ingin aku tuliskan di medan maya ini. Pejam celik
pejam celik dah 3 tahun 1 bulan mengajar di sini. Banyak perkara aneh dan pelik
yang berlaku di sini. Aku seorang yang minat dengan apa juga jenis sukan dan
aku bermain dengan pelbagai jenis sukan semasa zaman sekolah dahulu. Antara
sukan yang aku aktif dulu ialah hoki (ada la wakil negeri), badminton (main
daerah), ping pong( sekolah), handball (sekolah dan universiti). Ada juga sukan
yang aku terjebak secara tak langsung seperti basketball (paan gemuk ajak
main), tenis (main sebab ambik subjek tenis), rugby (sebab kawan ajak), memanah
dan banyak lagi. Apabila aku sampai ke sekolah ini, aku rasa terkongkong dan
tak dapat nak berkongsi minat aku dengan pelajar, hal ini kerana sekolah aku
mengajar ini sekolah perempuan.
Disebabkan
minat dengan sukan, aku pun selalu melihat dari jauh pelajar-pelajar ini
berlatih dan bermain sewaktu petang dan semasa pendidikan jasmani.
Kadang-kadang aku senyum sendirian melihat telatah mereka di padang, ketawa dan
bercakap tak pernah lekang dari bibir mereka. Sambil membawa bola pun boleh
ketawa, sepak bola pun ketawa, main badminton pun ketawa. Kadang-kadang gelak
tawa mereka boleh jadi penawar kepada aku yang kadang-kadang stress dengan
tugas. Satu lagi perkara yang aneh di sini ialah aku permah menegur seorang
pelajar dan tiba-tiba dia menangis, kadang-kadang aku bergurau pun dia
menangis. Sudah…aku pun rasa serba salah, yang aku pelik cikgu perempuan yang
garang macam harimau tak ada pulak budak-budak ni menangis. Entah-entah aku ada
aura kegarangan yang aku sendiri tak nampak…haha..
Sunday, July 2, 2017
Malam
semakin larut, alunan suara Al Ghamidi yang mengalunkan surah Ali-Imran masih
kedengaran di laptop. Buku Gallileo, Fiqh Aulawiyyat, Mein Kampf, Tasauf Moden,
Ihya Ulumuddin dan Syarah Al Hikam masih lagi berada di meja kecilku
bersebelahan tempat pembaringan aku. Masih ada lagi karya-karya itu yang belum
sempat aku khatamkan. Malam ini kubiarkan mereka rebah di atas meja dan aku
hanya setia bersama Mencari Keluhuran Budi karya Za’ba pada malam ini. Za’ba
dengan karya ini cuba untuk mengujahkan bahawa setiap kebahagiaan,
kecemerlangan dan ketinggian hanya dapat dicapai dan digarap dengan hidup
beragama yakni Islam.
Aku perhatikan ramai dalam kalangan warganegara kita yang sudah hilang keluhuran budi. Apa itu keluhuran? keluhuran bermaksud ketertinggian budi. Aku berikan contoh, di jalanraya, ada sesetengah daripada kita yang memotong di laluan kiri, memandu dengan melulu dan kadangkala aku perhatikan ada anak-anak kecil yang ada dalam kereta terserbut.
Sesetengah anak remaja juga tanpa segan silu menuturkan kata-kata carutan.
Entahlah...masalah dunia...oklah dah mengantuk.
Hari raya
akhirnya tiba, hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dan hari kembalinya
seseorang itu kepada fitrahnya setelah sebulan beribadah. Saat pagi raya ini
aku begitu kalut dan gementar, apa tidaknnya pakcik-pakcik di kampung ini dah
siap memberi tugasan kepada aku.
Pakcik T:
azam!!! Esok naik kat mimbar ye…
Aku:
err…er…. Insya-Allah ..
Begitulah…insya-Allah
tanda setuju.
Aku
belek-belek teks khutbah sehari sebelum itu, khuatir terbelit lidah dan
tersasul membaca teks jawi, almaklumlah cikgu sejarah, bukannya ustaz. Esoknya
aku jadi imam solat sunat dan khutbah.
Khutbah
berkenaan dengan ancaman liberalisme dan lain-lain.
Teringat
satu kata-kata Hamka dalam teks tersebut.
Jika kau
tidak merasa apa-apa saat agamamu dihina, maka gantilah pakaianmu dengan kain
kafan!!
Perhh…sentap
beb..
Cuti
seminggu ini kadang-kadang aku menyelami masalah-masalah orang kampung ini.
Masalah kenaikan harga, masalah anak-anak dan lain-lain. Ada satu hari, aku
pulang agak sedikit lewat sambil bersembang dengan seorang pakcik di kampung
ini. Katanya esok nak ke Universiti anaknya untuk menyelesaikan masalah yuran
yang tertunggak. Katanya kadang-kadang yuran ini sangat membebankan. Aku tanya
kepadannya. Anak pakcik ada masalah lain tak? Solatnya? Akhlaknya?
Jawabnya tiada….anak
pakcik baik.
Pakcik….bersyukurlah…kadang-kadang
ada orang yang berduit dan kaya tapi Allah uji dengan anak-anak yang bermasalah
dari segi akhlaknya. Aku lihat matanya berkaca-kaca, jawabnya, betul azam…pakcik
pun terfikir macam tu. Moga allah mudahkan urusan pakcik.
Di sini aku
boleh simpulkan, wahai anak-anak, hargailah pengorbanan ibu dan ayah, ada yang
sanggup bergadai bergolok untuk kesenangan anda di sana.
Tuesday, May 2, 2017
32 bunga
32 bunga
Lama aku
tidak menulis kata-kata rapuan dan pujangga di medan khayal berkaca ini. Lama
sungguh ribut kreatif dan fikiran yang terpendam serta kusimpan dalam benak ini
akhirnya kulepaskan juga pada hari ini. Seharian aku digembala oleh kerja, moga
aku tidak lupa dan lalai menjadi hamba kepadanya, moga aku dijauhkan daripada
dihambakan oleh dunia. Semakin lewat petang, hemikrania aku semakin kuat, pabila
aku keluar fotofobia menyergah mataku, pabila kudengar, fonofobia menyerang
telingaku.
Aku ada 32 bunga
Pagi kudidik dan kuhias
Petangnya aku siram sehingga mereka
segar
Aku ada 32 bunga
Hemikrania aku terasa hilang
seketika
Melihat bunga-bunga ini segar di
bawak mentari
Melihat bunga-bunga ini ceria
bercanda
Aku ada 32 bunga
Setiap satunya berlainan sifat dan
fizikalnya
Ada kuat rajuknya, ada licik
helahnya dan ada jujur kalimahnya
Kadangkala aku siram dan bajai ada
juga yang kucantas kasar sekali
Semuanya bukan kerana aku benci
Tetapi mereka kusayangi
Aku ada 32 bunga
Ada juga insan yang cuba mencantas
bunga-bunga ini
Kadangkala aku juga terasa sakit
bila mereka dilukai
Tapi apakan daya
Taman ini bukan aku miliki
Hanya tempat bunga-bunga ini
berdikari
Aku ada 32 bunga
Satu ketika bunga ini akan pergi
Kerana mereka sudah berdikari dan
bersendiri
Aku juga tak lama di sini
Mungkin satu ketika dipindahkan ke
sana kemari
Thursday, December 1, 2016
oh SPM
Hari ini aku sangat dingin dan cuaca juga seperti mendorong
dingin aku hari ini. Sejak daripada pagi tadi aku menyiapkan kerja-kerja yang
tertangguh di bilik guru. Aku pasang beberapa surah Al Quran sebagai proses
pengulangan supaya tidak lupa, ibarat teman lama…kadang-kadang selalunya dia
rindu, tetapi aku ini yang kadang-kadang tidak sempat mengulang hafalan
menyebabkan teman itu kadang-kadang hilang dari ingatan. Beberapa ayat dalam
surah Ibrahim cuba aku ulang dan ulang daripada kisah azab api neraka dan
balasan bagi orang yang ingkar sehinggakan ke ayat nikmat bagi mereka yang taat
kepada ALLAH. Kerja ini aku lakukan daripada pagi hingga pukul 4 petang.
Petang ini kelihatan pelajar yang bari menghabiskan kertas
Kimia mula berselfie di padang dan kawasan sekolah, ada juga yang cuba memanjat
tangki air asrama tetapi mereka agak takut-takut, mungkin kerana ketinggian
tangki tersebut. Seronok barangkali apabila sudah tamat peperiksaan SPM.
Aku
teringat zaman sewaktu muda remaja dahulu. Setelah tamat peperiksaan aku rasa
lega tetapi banyak perkara yang suka bermain dalam fikiran ini tatkala teman
lain mengambil gambar keseronokan mereka. Selalunya aku yang tangkap gambar,
mungkin salah satu sebab kenapa gambar aku di zaman sekolah menengah dan rendah
sangat-sangat kurang. Salah satu sebabnya ialah aku tiada telefon bimbit pada
waktu itu dan kamera pun tiada. Selepas SPM aku hanya pergi ke surau membaca
beberapa surah pilihan dan balik ke rumah seperti biasa. Cuti seminggu itu aku
habiskan di tepi laut dan beberapa buku yang aku tangguhkan bacaan kerana SPM. Sebelum
kerja kontrak menjadi pekerjaan aku selepas itu. Begitulah kisahnya, tak
menarik bagi kebanyakan orang tapi bagi diri ini boleh la jadi kenangan serba
sedikit.
Wednesday, November 23, 2016
Setahun yang lalu
Tatkala ini aku sedang makan bersendirian di sebuah restoran di Bandungan. kedinginan cuaca di sini menyebabkan aku keluar dari bilik yang dikongsi dengan cikgu Lan dan cikgu Azmi. Aku bukanlah anti sosial, cuma aku ingin menikmati malam di sini dengan bersendirian sambil membawa buku Dr Aidh Al Qarni yang bertajuk 'ka annaka tara'. Buku yang masih belum diautopsi olehku lagi dan sudah lama aku mecari kelibat buku ini di kedai buku di Malaysia, tetapi tiada.
Aku keluar juga kerana ingin melihat elemen sosioekonomi di sekitar sini. Ragam manusianya,pekerjaannya dan penempatan mereka. Aku hadir di sini sebenarnya untuk mengiringi lawatan dan pertandingan pelajar di Semarang. Kami bergerak dari KLIA2 pada pukul 9 pagi dan tiba di Jogja pada sekitar pukul 11 pagi.
Kota Jogja pada pandangan mata kasarku adalah seperti kota Bharu,Kelantan,yang kediamannya merupakan tanah lot dan kegiatan ekonomi kecil yang agak rancak seperti menjual Bakso,soto,surat khabar dan lain-lain.
Penginapan kami adalah di sebuah hotel di tengah badar jogja cuma pada hari pertama tiba di jogja kami hanya mampu meninjau suasana di sekitar lorong-lorong dalam bandaraya klasik ini. Sambil menanti teksi ke hotel,aku sempat berbual dengan pemilik kedai buku mengenai kehidupan di sini. Berbual mengenai suasana sosioekonomi tempatan. Aku juga telah menemui buku idaman iaitu 'ka annaka tara'. Terdapat kereta kuda yang menyusur di sekitar jalan dan motosikal merupakan kenderaan utama penduduk di sini. Bersambung...
Aku keluar juga kerana ingin melihat elemen sosioekonomi di sekitar sini. Ragam manusianya,pekerjaannya dan penempatan mereka. Aku hadir di sini sebenarnya untuk mengiringi lawatan dan pertandingan pelajar di Semarang. Kami bergerak dari KLIA2 pada pukul 9 pagi dan tiba di Jogja pada sekitar pukul 11 pagi.
Kota Jogja pada pandangan mata kasarku adalah seperti kota Bharu,Kelantan,yang kediamannya merupakan tanah lot dan kegiatan ekonomi kecil yang agak rancak seperti menjual Bakso,soto,surat khabar dan lain-lain.
Penginapan kami adalah di sebuah hotel di tengah badar jogja cuma pada hari pertama tiba di jogja kami hanya mampu meninjau suasana di sekitar lorong-lorong dalam bandaraya klasik ini. Sambil menanti teksi ke hotel,aku sempat berbual dengan pemilik kedai buku mengenai kehidupan di sini. Berbual mengenai suasana sosioekonomi tempatan. Aku juga telah menemui buku idaman iaitu 'ka annaka tara'. Terdapat kereta kuda yang menyusur di sekitar jalan dan motosikal merupakan kenderaan utama penduduk di sini. Bersambung...
Sunday, April 24, 2016
rushing under my wheels
Seperti biasa, minggu yang agak sibuk. Jumaat ini aku sudah bertekad untuk pulang ke kampung halaman. Sudah lama aku perhatikan kapcai merah aku berdiri kaku di rumah. Seolah olah menjerit dan memanggil tuannya supaya dipulas minyak, ditekan breknya, diputar tayarnya dan dipacu selajunya. Aku bukan tidak berselera untuk memacunya, cuma masjid dan nasi lemak medan gopeng dan usrah sahaja yang aku guna khidmatnya. Sudah lama tidak merempuh angin dan meluncur laju di lebuhraya bersama kapcai merah aku itu.
Petang ini kurasakan dirinya begitu teruja ingin merempuh angin dan menghujam debu di lebuhraya. Aku juga sudah lama memerhatikan jaket lusuh, seluar khakis dan jazz star lusuh sudah lama berhabuk.
Ya....petang ini akan ku kembalikan zaman kegemilangan mereka itu di lebuhraya. Setia bersama aku sejak dari UPSI lagi. Bersama meranduk becak di jalanan, bersama memecah titis hujan, bersama melekat dengan debu dan bau tar di hamparan jalan.
Kutamatkan latihan hoki petang ini dengan penuh keterujaan. Kuterajang starter kapcaiku dan kupulas pedalnya sepuas hatiku. wroooomm...wroommm...ya... bunyinya sudah cukup menandakan ia bersedia menongkah angin dengan bantuan ciri aerodinamiknya.
kususuri jalan dengan pelbagai idea, perasaan dan kenangan yang seolah olah bergaduh, bertumbuh dan berperang dalam minda ini. Berperang untuk memenangi pilihan hatiku ini. Kadang kenangan yang muncul, kadang idea yang terpacul dan kadang perasaan yang timbul.
Aku juga kadang membuat hitunganku sendiri, bila di jalanan bersama motorku, aku rasa hafalan quran yang sedikit aku lupakan berjaya aku ulang. Paling mendominasi ialah halatuju hidupku sendiri. Kalau boleh aku ingin kembarq jauh supaya dapat kutuliskan dengan panjang lebar segala kecamuk yang berada dalam minda ini.
Terkadang mulut ini juga menyanyi tanpa sedar, coldplay, five 4 fighting sering jadi irama sampingan bersama tiupan angin. Patutlah uncle tadi tengok aku semacam...rupanya terkuat pulak aku nyanyi tadi..haha..
oklah..sudah tercapai niat dan aku selamat sampai ke kampung. Dua jam di atas motor dan persinggahan di masjid sudah cukup bagiku untuk merasa nikmatnya. adioss..
Petang ini kurasakan dirinya begitu teruja ingin merempuh angin dan menghujam debu di lebuhraya. Aku juga sudah lama memerhatikan jaket lusuh, seluar khakis dan jazz star lusuh sudah lama berhabuk.
Ya....petang ini akan ku kembalikan zaman kegemilangan mereka itu di lebuhraya. Setia bersama aku sejak dari UPSI lagi. Bersama meranduk becak di jalanan, bersama memecah titis hujan, bersama melekat dengan debu dan bau tar di hamparan jalan.
Kutamatkan latihan hoki petang ini dengan penuh keterujaan. Kuterajang starter kapcaiku dan kupulas pedalnya sepuas hatiku. wroooomm...wroommm...ya... bunyinya sudah cukup menandakan ia bersedia menongkah angin dengan bantuan ciri aerodinamiknya.
kususuri jalan dengan pelbagai idea, perasaan dan kenangan yang seolah olah bergaduh, bertumbuh dan berperang dalam minda ini. Berperang untuk memenangi pilihan hatiku ini. Kadang kenangan yang muncul, kadang idea yang terpacul dan kadang perasaan yang timbul.
Aku juga kadang membuat hitunganku sendiri, bila di jalanan bersama motorku, aku rasa hafalan quran yang sedikit aku lupakan berjaya aku ulang. Paling mendominasi ialah halatuju hidupku sendiri. Kalau boleh aku ingin kembarq jauh supaya dapat kutuliskan dengan panjang lebar segala kecamuk yang berada dalam minda ini.
Terkadang mulut ini juga menyanyi tanpa sedar, coldplay, five 4 fighting sering jadi irama sampingan bersama tiupan angin. Patutlah uncle tadi tengok aku semacam...rupanya terkuat pulak aku nyanyi tadi..haha..
oklah..sudah tercapai niat dan aku selamat sampai ke kampung. Dua jam di atas motor dan persinggahan di masjid sudah cukup bagiku untuk merasa nikmatnya. adioss..
Saturday, April 9, 2016
F ke E.
Terik mentari hari ini begitu mencucuk kulit
ini, panasnya bukan kepalang. Peluh meleleh di dahi dan ketiakku basah kerana
panas hari ini. Langkah aku hari ini seolah-olah dipaksa bergerak walaupun hati
ini ingin sahaja duduk di rumah sambil menghadap kipas. Tetapi apakan daya,
tugas tetap tugas. Hari ini aku terpaksa menghadiri mesyuarat di sebuah sekolah
asrama penuh di Taiping. Isi mesyuarat adalah berkenaan dengan prestasi sejarah
murid-murid dalam kumpulan sekolah kluster dan cemerlang. Sekolah aku bukanlah
asrama penuh, hanya sekolah harian biasa.
Sampai di bilik mesyuarat, aku ternampak
beberapa ketul kuih di atas meja, apa lagi, tanpa memikirkan apa yang ingin
diucap dan apa yang ingin didengar, yang paling penting perut yang kosong ini
perlu diisi..hahaha. Penyaman udara sedikit sebanyak memulihkan kepedihan kulit
tetapi satu sahaja penyakit yang akan hadir bila sejuk-sejuk seperti ini.
Penyakit apa?? Mengantuk la..haha.
Semasa mesyuarat aku asyik mendengar guru-guru
lain menghitung jumlah calon A+ yang berpuluh-puluh, terdetik dalam lubuk hati
ini, ya…bolehlah…kalian mengajar di SBP. Murid yang sudah ditapis kemasukannya.
Sementara aku di sekolah harian, bermacam-macam ragam dan peringkat dalam
sahsiah serta akademik. Tatkala kalian menghitung puluhan A+, aku pula
menghitung jumlah pelajar yang cuba untuk diluluskan. Tatkala kalian
menceritakan kehebatan murid kalian, aku pula berusaha mencungkil dan mengorek
segala kekuatan dan kehebatan muridku yang sekian lama tersimpan dalam diri
mereka. Tatkala kalian sibuk mengatakan kehebatan murid kalian yang boleh
mengajar di hadapan, aku pun sibuk menyusun tutur kata muridku untuk bercakap
di hadapan.
Setiap hari aku berfikir, setiap hari aku
berusaha sebaik mungkin untuk merubah F menjadi lulus, walaupun kadang yang
empunya F tersebut tak melihat lelehan peluh yang menitis, kusutan di minda,
wang yang dibelanja, lelah nafas yang dihela, mata yang kadang terjaga di waktu
malam. Padaku, cukuplah semua ini dibayar dengan senyuman dan tawa bila melihat
slip keputusan mereka.
Aku
sedikit tidak sedih dan kecewa bahkan rasa bangga kerana diri ini dapat mendidik anak-anak yang pelbagai
pencapaiannya ada lemah, ada sederhana dan ada yang cemerlang. Kepelbagaian ini
sebenarnya menguji tahap pedagogi guru tersebut. Sejauh mana guru tersebut
dapat mengubah F menjadi E, E menjadi D, D menjadi C, C menjadi B dan B menjadi
A. Cabaran ini aku sahut, basa basi mereka di sana aku jadikan sebagai picu
untuk aku petik menjadi satu lontaran kepada aku untuk mensasarkan target yang
lebih baik kepada anak muridku di sekolah.
Thursday, March 24, 2016
when you try your best....
Jam menunjukkan pukul 12 malam, sempat aku mengulang hafalan
surah an nisa dalam dua muka, sudah hilang banyak nampaknya beberapa ayat dalam
kepalaku, mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi hingga tak sempat
mengulang hafalan. Mata sudah berkedip kedip kerana mengantuk, bunyi kenderaan
juga sudah semakin sepi, suara budak-budak asrama juga dah tiada, mungkin
kerana sudah ditengking warden atau pengetua. Dua biji pil glucosamine dan dua
biji b-co aku telan. Lagu shiro sagisu-will of the heart terpasang di laptop
sambil meneman diri ini sebelum terlelap. Seharian dari pagi sampai ke petang
aku terlibat dengan sukan di sekolah. Peranan tak banyak pun, Cuma ajk alatan,
teknikal dan juga membuat mascot bagi rumah sukan. Adeii…kelas kat 5av tak dapat masuk.
Asyik-asyik 5av bertembung dengan program sekolah.
Tahun ni rumah sukan aku buat mascot captain America,
sebelum itu sempatlah aku beli baju bundle rm5 kat memory lane atau nama
glamournya pasar karat, seluar aku beli di malik sport KL. Hari ni sempatlah
aku mengecat jalur di badan mascot. Lepas tu aku jahit, nasib baik la ada
sorang budak tolong aku jahit. Yang lain hanya tengok je, aku rasa yang tengok
je tu budak kelas BG. Kasut but buruk sebelum tu aku spray dengan cat merah
kilat. Topeng pulak nasib baik ada cikgu yang beli. Esok pulak aku nak ubah
basikal aku tu jadi motor….
Ada satu rumah sukan ni tiba-tiba pulak memujuk rayu aku
supaya pinjamkan depa jubah. Heii….jubah tu mahal la, beli kat mydin tau…nak
sewa la…!!!
Hahahaha…. Esok aku rasa mesti depa datang lagi nak memujuk
rayu pinjam jubah…
Cikguu,…..boleh pinjam jubah…
Cikguuuuuu….
Cikgoooooooo……
Cikgu…………
Cikgu……
Cikguuuooooooo…
Semalam dah janji….
Cehhh….bila masa aku janji….!!!
adakah A itu segalanya...??
Sejak bergelumang dengan lumpur dan selut dalam bidang
pendidikan bermacam ragam dan perangai pelajar aku dapat lihat. Bermacam
masalah dan ragam pelajar telah mewarnai perjalanan sepanjang bergelar pendidik
yang agak setahun jagung ini. Aku akui aku bukanlah guru yang terbaik, aku
bukanlah pendidik ulung apatah lagi pendidik yang dapat anugerah perkhidmatan
cemerlang setiap tahun. Tidak dan sekali kali tak akan aku mengharap anugerah
itu, cukuplah ilmu yang aku sampaikan dan nasihat yang aku berikan dapat
diamalkan oleh anak muridku. Aku menyampaikan ilmu bukan untuk dilihat orang,
aku menyampaikan nasihat bukan untuk mendapat pujian dan sanjungan orang tapi
cukuplah anak muridku senyum dan menegur aku bila bertembung di jalanan,
cukuplah sapaan assalamualaikum cikgu di pasar malam dan shopping kompleks
walau apa karier mereka, walau apa status mereka. Sapaan itu sudah cukup
menyejukkan hati seorang guru. Walaupun
lidahku sering mengingatkan keputusan exam itu penting, sangat-sangat penting
tetapi sebagai pendidik, matlamat kehidupan ini bukan terletak pada nilai A, A
adalah salah satu syarat tapi bukan matlamat. Bagiku sebagai pendidik, apa yang
aku harapkan cukuplah murid itu menjadi manusia yang berjaya dalam bidangnya,
jadi manusia yang baik, bekerja dengan ikhlas, berbudi kepada orang tuanya dan
taat setia kepada tuhannya.
Aku bukan guru yang terbaik..anugerah bukan matlamatku..
Kadang-kadang aku suka melihat tauladan yang ditulis pada
skrip anime naruto, ragam yang ada dalam sekolah awal naruto itu persis ragam
yang ada di setiap sekolah yang ada di seluruh dunia termasuklah sekolah yang
aku berpijak ini. Kepelbagaian karekter yang
ada dalam anime ini pada awal persekolahan mereka akan membentuk
karekter yang akan wujud pada masa depan mereka. Ambil sahaja contoh naruto,
pelajar nakal, bermasalah dari segi emosi kerana dia anak yatim piatu, ibu
bapanya meninggal dunia semasa dia dilahirkan. Di sini aku melihat seni
pedagogi atau seni didikan Iruka yang bukannya menghukum tetapi lebih kepada
mendidik anak itu, potensi bukan dilihat pada gred tetapi pada azam dan
kesungguhan. Motivasi dan rangsangan dari iruka dan seterusnya kakashi juga
membantu perkembangan cita-cita Naruto. Aku gelarkan didikan yang diberikan ini
adalah lebih bersifat kepada tauladan bukan doktrin. Kerana tauladan mampu
mengubah sikap, hukuman dan cacian hanya akan menjauhkan murid kepada guru.
Entahlah…..
Aku suka kata-kata Plato yang agak bertepatan dengan kisah
naruto ini..
‘do not train children to learning by forceand harshness,
but direct them to it by what amuses their minds, so that you may be better
able to discover with accuracy the peculiar bent of genius of each’
Haha…aku hanya mampu senyum berseorang dalam bilik sambil
teringat lirik lagu coldplay…
‘nobody said it was easy, no one ever said it would be this
hard, oh….take me back to the start’
Tuesday, March 1, 2016
Lelaki dan wanita yang mahal??
Lelaki dan wanita yang mahal??
Teringat aku pasal kisah wanita Suzuki swift dan pemuda naik
van yang aku pernah tulis waktu zaman rempit solo dulu. Kisah tersebut aku dah
nukilkan dalam entri sebelum ini.
Well…macam mana lelaki dan wanita yang murah ni? Ok…aku cuba
terangkan berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni. Aku pernah berkawan
dengan lelaki-lelaki yang bila jumpa perempuan yang lawa, ketat dan sendat mata
mereka akan terbelalak dan mulut akan terkeluar perkataan fewwwwwiittt…kalau
ada kawan dia lagi menjadi-jadi perangai ulat bulu tersebut. Kadang-kadang dah
jadi suami orang pun masih buat perkara yang sama.
Dan aku pernah jumpa perempuan yang perangai tak elok
dilakukan oleh perempuan bila minat kat seseorang lelaki. Tapi perempuan ni
cara dia lain sikit. Mesej nak kenal la…menyamar guna mesej la.. dan bagi
barang-barang konon nak ambil hati lelaki tu.
Ok…yang di atas tadi tu merupakan contoh lelaki/wanita yang
tak tahu menjaga harga diri mereka. Ok , macam mana nak jadikan kita ni mahal?
Mahal maksud aku bukannya ada pricetag ke apa, tapi mahal tu
bermaksud kita sebagai lelaki atau wanita islam tahu menjaga maruah diri
selaras dengan kehendak islam. Macam mana?
Yang pertama jaga pandangan mata kita, kalau jumpa perempuan
cantik tundukkan pandangan, jaga mata kita dan hati kita. Heii…jangan risau la…kalau
allah dah kata dia tu jodoh kau, dengan izin allah dia akan jadi isteri kau
jugak. Perempuan pun sama juga, tundukkan pandangan, dan jangan pulak menggedik
tak tentu pasal, malu la sikit.. kau ada maruah..mahal maruah tu kalau kita
jaga. Kalau kau menggedik dapat la kau dengan suami yang ulat bulu..jadi apa
beza 2x5 ja kan.
Yang kedua dekatkan diri kita dengan allah…jadikanlah allah
sebagai tempat bergantung kita. Kalau belum ada jodoh…tak perlu kita terdesak
buat perkara yang tak berfaedah tadi. Yakin allah dah aturkan segalanya.
Ingat…syaitan ni ibarat air..bila kecil dia jinak sampai kita tergoda..bila
besar dia akan memecah, menghenyak, merempuh kita dengan ganas kalau kita tak
cukup bentengkan diri kita dengan benteng iman dan taqwa.
Yang ketiga, cari kawan-kawan yang boleh nasihat kita, cari
usrah la senang. Walaupun ada yang kata usrah ni poyo. Tapi sebenarnya
tak…weii…kau tak masuk usrah suka-suka kata usrah poyo..usrah ni sebenarnya
dapat bantu kita cari kawan-kawan yang dapat tarik kita ke syurga. Dapat
ingatkan kita bila lalai.
Oklah….lagu jazz aku dah nak habis… baju bundle dah sedia
untuk dipakai…nak keluar jap…salam…
Kisah budak hoki.
Hari pertama aku mendaftar ke sekolah ini.
Alamak..nervousnya dah la semua perempuan, melangkah masuk semua budak-budak
tengok aku, haish….tak pernah tengok cikgu lelaki ke...bisik suara hati aku.
Hari pertama itu juga aku menghabiskan masa memenuhi kelas relief cikgu lain.
Budak-budak semua kata aku ni cikgu praktikal…maklumlah muda lagi masa tu.
Tengahari sikit aku dipanggil untuk masuk mesyuarat kelab hoki
katanya…alamak…macam mana mereka boleh tau aku pandai main hoki ni???
aku tak menunjuk pun aku ni tau main hoki....
bak kata seorang teman...kalau kat sekolah nak tunjuk pandai sangat.
Masa ni la aku kenal cikgu-cikgu hoki kat sini,tak lama
lepas tu pulak masuk la budak-budak hokinya. Aku pun tengok budak-budak hoki ni
agak scary…haha…tak sama dengan budak perempuan lain kat sekolah ni. Masuk
dalam bilik mesyuarat lengan baju lipat sampai siku, muka tak ada yang senyum,
bila duduk je budak-budak ni pakat menjeling aku dengan muka yang semacam.
Ehh…apahal depa ni tengok-tengok aku macam tu…
Tapi setelah setahun aku kenal budak-budak ni. Rupanya
disebalik rupa yang agak ganas tu rupanya mereka inilah yang jadi pengubat hati
aku kat sekolah. Setiap petang mereka inilah yang buat aku tersenyum…terkadang
kalau sedih depa ni menangis kalau gembira mereka ketawa ramai-ramai. Sebelum
training depa minta aku buat kelas sejarah 15 minit. Aku kata ok…tapi kelas
sejarah ni aku memang buat lawak la…bawa whiteboard dok kt tepi padang dan
lukis lukisan bagi budak suka. Tapi suka duka kami aku akui bahawa budak –budak
ni hati tisu sebenarnya…muka je ganas.
Subscribe to:
Posts (Atom)