Sunday, June 12, 2011

sejauh manakah nilai pemuda dan pemudi di malaysia berbanding dengan nilai pemuda pemudi semasa zaman awal kebangkitan islam dahulu...

assalamu alaikum wr wb....terdetik di hati untuk meluahkan dan jari pun terpetik di keyboard untuk menulis...risau...rimas...resah....remuk...dan banyak lagi perasaan yang dapat diluahkan melalui kata-kata mengenai anak muda pada zaman sekarang ini terutamanya di negara kita. Anak muda yang rosak akhlak, pemuda yang terlena dengan arus hedonisme dan pemudi yang masih asyik dengan mimpi yang palsu...itulah yang dapat saya rumuskan mengenai sesetengah anak muda di negara kita. Seringkali kita dilontarkan dengan teka-teki dan persoalan....
bagaimana fenomena ini boleh berlaku? siapakah yang mencetuskan fenomena ini?

Pelbagai jawapan juga telah diberi mengikut logik fakta dan juga pemerhatian serta kajian yang telah dilakukan. Masyarakat kita terlalu disogokkan dengan hiburan yang melalaikan dan pemuda pemudi lebih bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan penghibur daripada menjadi ilmuan dan dai'e. Amat sukar untuk mencari pemuda dan pemudi yang bercita-cita untuk menjadi pembela agama dan syahid menjadi impian mereka.

Ana juga tergolong dalam golongan muda dan telah menyaksikan mendengar pengalaman daripada rakan-rakan yang sebaya dengan ana. Setelah menyaksikan dan mendengar pengalaman daripada kawan-kawan, Ana rasa risau dan takut....apakah akan terjadi kepada anak muda dan golongan dewasa 10 tahun akan datang jika fenomena ini masih berlaku dan terus berlaku? adakah malaysia ini akan dihuni oleh masyarakat yang hilang nilai keislamannya dan hanya tinggal nama sahaja. Rempit, Zina, dan banyak lagi dosa dan salah laku yang dilakukan oleh anak muda pada zaman ini. Ada juga anak muda yang anggup mati semata-mata untuk menunjukkan kejaguhan di jalanan, ada juga sanggup mati untuk berebutkan wanita murahan. Masih adakah syabab yang cintakan islam dan perjuangan islam yang sanggup mati demi memperjuangkan islam? jawapannya..ada...dan kita mesti berusaha untuk menuju ke arah itu...

Jika dahulu kita mendengar kisah-kisah semasa bermulanya kebangkitan islam dan kemuncak kebangkitan islam. Golongan pemuda@syabab telah memainkan peranan yang menjadi faktor pemangkin kepada kebangkitan itu contohnya Ibnu umar yang merupakan pemuda contoh di zaman Rasulullah S.A.W. ketika Perang Khandak bakal tercetus,Maka sesiapa sahaja lelaki berusia 15 tahun ke atas berhak ikut berjihad. Mendengar berita tersebut, seorang pemuda berseri-seri wajahnya. Usianya saat itu memasuki 15 tahun. Dia segera mendaftarkan diri. Itulah idamannya selama ini, berjihad bersama Rasulullah saw. Penyertaannya dalam pelbagai medan jihad tidak pernah lepas dalam sejarah hidup pemuda itu. Saat perang membuka kota Mekah (Futuh Mekah), dia berusia 20 tahun dan termasuk pemuda yang menonjol di medan perang. Dialah, Abdullah ibn Umar, atau Ibnu Umar.

Ibnu Umar juga terkenal dengan ibadat pada waktu malam. Dia tidak pernah meninggalkan qiyamullail, baik ketika bermukim atau bermusafir. Beliau amat tekun menegakkan solat, membaca Al-Quran dan banyak berzikir menyebut asma Allah. Beliau amat menyerupai ayahnya, Umar ibn Khatthab, yang selalu mencucurkan airmata tatkala mendengar ayat-ayat peringatan dari Al-Quran.
Banyak lagi contoh pemuda hebat yang sanggup berkorban demi islam contohnya Sultan Muhammad AL fateh yang telah menakluk konstantinople pada usia yang masih muda. Baginda dikatakan tidak pernah meninggalkan solat tahajjud dari baligh sehingga ke akhir hayat beliau.
semoga diri ini dan sahabat-sahabat menjadi pemuda idaman syurga. Jihad menjadi perjuangan utama. Syahid menjadi cita-cita kita....dalam mencari redha ALLAH SWT...





Wednesday, June 8, 2011

PALESTIN DI DALAM SEJARAH ISLAM



Sejarah Palestin menyingkap sejarah Islam sejak dari Rasul yang pertama lagi, ADAM AS, hinggalah Rasul yang terakhir, Muhammad SAW. Palestin adalah bumi para Rasul yang diutuskan dengan ajaran Islam (Laa ilaaha illallah) dan tidaklah wajar untuknya diperintah oleh sesiapa melainkan mereka yang menegakkan Islam dengan melaksanakan perundangan dan perlembagaannya.

Masjidil-Aqsa adalah masjid yang kedua ditegakkan di muka bumi 40 tahun selepas tertegaknya Masjidil-Haram.

Ia adalah bumi yang suci di mana ramai daripada para Rasul AS dilahirkan dan wafat, termasuklah Ibrahim AS, Lut AS, Daud AS, Sulaiman AS, Musa As dan Isa AS. Biarpun Daud AS dan Sulaiman AS telah berjaya menegakkan kerajaan Islam di Palestin berasaskan perundangan yang ditetapkan oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan-Nya yang lurus itu, melanggar segala hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT lantas mereka telah dihukum oleh Allah SWT dengan pelbagai hukuman termasuklah dinyahkan dari bumi suci itu.

Baitul-Maqdis adalah tempat Isra' dan Mi'raj Rasulullah SAW.

Palestin kembali di bawah kekuasaan umat Islam pada zaman pemerintahan Umar ibn al-Khattab, Khalifah kedua umat Islam. Palestin lantas dijadikan sebahagian dari Negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam. Perundangan yang baru ini diterima baik dan disokongi oleh bukan sahaja umat Islam, tetapi juga oleh orang-orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di Palestin. Sebelum kemenangan Islam, mereka berada di bawah pemerintahan kuku besi kerajaan Byzantine. Kerajaan Kristian Byzantine juga menindas penduduk orang-orang Kristian di situ kerana mereka berlainan aliran. Kerajaan Islam bagaimanapun, menjanjikan keadilan kepada semua penduduk tanpa mengira agama dan aliran kefahaman.

1099 Masihi. Palestin ditakluki oleh tentera Salib Eropah dan dijajah selama hampir satu abad. Ketika penjajahan tersebut, pembunuhan beramai-ramai dan penindasan yang dahsyat dikenakan ke atas umat Islam, pendudk Yahudi dan penduduk Kristian asal di situ. Satu-satunya perundangan yang dilaksanakan di bumi suci lagi dimuliakan oleh Allah SWT itu hanyalah kekerasan dan penindasan.

1187 Masihi. Palestin dibebaskan oleh umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dan perundangan Islam sekali lagi dilaksanakan di bumi Palestin.

1916. Bangsa Arab yang berpemikiran Barat mengumumkan pemberontakan terhadap Khalifah Islam Uthmaniyyah atas hasutan British yang menjanjikan mereka negara-negara 'Arab' bagi menggantikan Negara 'Islam'.

1917. Kerajaan British mengeluarkan Deklarasi Balfour yang mengumumkan bahawa Palestin adalah tanahair bangsa Yahudi. Pada ketika itu, jumlah penduduk Yahudi hanyalah kira-kira 6% daripada keseluruhan penduduk Palestin dan merea memiliki hanya kira-kira 2.5% dari keseluruhan tanah Palestin.

1918. Kerajaan British dan sekutu-sekutu mereka dari kalangan nasionalis Arab menjatuhkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. British membahagikan Empayar Islam Uthmaniyyah dan menduduki Palestin. British kemudiannya terus memulakan kempen membawa masuk bangsa Yahudi dari Eropah ke Palestin.

1948. Bangsa Yahudi mahukan penubuhan sebuah negara untuk mereka di bumi Palestin dan menamakannya Israel. Beratus ribu umat Islam Palestin dihalau keluar dari Palestin dengan tekanan ketenteraan kumpulan-kumpulan pengganas Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot yang dibiayai dan diberi kelengkapan senjata oleh tentera British.

1967. Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria serta menduduki lebih banyak kawasan di Palestin termasuklah, buat kali pertamanya, Masjidil-Aqsa. Semenjak hari tersebut, Masjidil-Aqsa telah cuba dihancurkan oleh mereka dengan cubaan meroboh dan membakarnya. Malah beberapa cubaan untuk meruntuhkannya menerusi terowong-terowong bawah tanah juga telah dilaksanakan. Bangsa Yahudi tahu bahawa Masjidil-Aqsa adalah lambang keislaman bumi Palestin dan mereka mahu menghilangkan segala kesan tamadun Islam dari Palestin.

December 1987. Umat Islam Palestin memulakan kebangkitan (Intifada) di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menentang penjajahan Yahudi yang berterusan itu. Intifada terus hidup dan bertambah kuat. Walaupun menghadapi ribuan kematian (Shuhada', Insha-Allah) dan kecederaan, umat Islam Palestin tetap cekal memperjuangkan hak dan maruah mereka.

perkahwinan di usia muda....salah satu langkah untuk melengkapkan perjuangan...


Alhamdulillah....setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini....pada malam ini jari terasa ingin menyentuh keyboard dan minda pula terasa ingin melontarkan beberapa idea dan juga pandangan.
Alhamdulillah pada musim cuti semester ini ramai dalam kalangan ikhwah dan akhwat telah mendirikan baitul muslim mereka dalam usia yang agak muda dan masih menuntut lagi dan ada juga yang telang bertunang serta masih lagi dalam perancangan ke arah itu. Ana ucapkan tahniah dan semoga perancangan antum dipermudahkan ALLAH swt dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Sejak akhir-akhir ini masyarakat apabila ada pasangan itu nikah semasa usia muda pasti ada suara-suara sumbang yang mengatakan

"ish!!! kahwin muda..dah gatal sangat la tu nak menikah...orang kumpul duit banyak-banyak dulu baru la boleh nikah"

" tak patut betul budak tu...orang muda-muda la nak tolong keluarga....ni muda dah gatal nak bernikah".

Pandangan negatif ini sering kita dengar di kampung-kampung atau di bandar di mana ibu bapa lebih gemar anak-anak mereka nikah pada usia lewat dan mengumpul harta dahulu sebelum berumah tangga. Sebenarnya pandangan ini adalah salah. Banyak faedah yang ibu bapa dan juga pasangan akan dapat apabila bernikah pada usia muda.

Masalah yang kedua pula ialah ada sesetengah keluarga meredhakan anak-anak mereka bercinta selama beberapa tahun sebelum bernikah. Zina hati yang berlaku terlalu lama bahkan ada yang terjerumus dengan zina apabila bercinta terlalu lama. Ibu bapa yang tidak faham dengan syariat islam seolah-olah menghalalkan perhubungan anak-anak mereka sebelum berkahwin dan masalah ini boleh dikatakan serius apabila ibu bapa yg konon-kononnya sporting tak bertempat ini seolah-oleh membiarkan anak-anak membuat dosa di depan mata. Apabila anak meminta kebenaran untuk mendirikan rumah tangga mula la si ibu bapa ini melenting kerana tidak menyediakan keperluan material untuk mereka sebelum berkahwin dan dalam pada masa yang sama telah menggalakkan anak ke kancah zina.

Islam tidak menghalang seseorang itu untuk berumah tangga kerana ia adalah fitrah manusia yang diciptakan ALLAH swt berpasang pasangan bahkan menggalakkan lagi apabila mereka telah bersedia..

Hukum Nikah Dalam Islam

Wajib: Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina. Berdasar kepada sabda Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wa sallam yang bermaksud:

Wahai sekalian orang muda, sesiapa di kalangan kamu yang berkemampuan, hendaklah dia berkahwin – Hadis riwayat Al Bukhari (4/106), Muslim (1400), Abu Daud (2046), At Tirmidzi (1081) dan An Nasaie (4/169) daripada Ibnu Mas’ud ra. Ulama bersepakat bahawa ini adalah perintah. Dan perintah membawa makna kecuali ada dalil lain yang ia tidak bermaksud demikian. Dan di sini tiada dalil sedemikian. Oleh itu ia kekal dengan hukum wajib.

Sunat: Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina.

Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab sunat bernikah bagi sesiapa yang ingin bernikah, nombor 1401.

Haram: Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya.

Makruh: Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.

Harus: Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

InsyaALLAH anak yang faham dengan islam tidak akan mengabaikan keperluan rumah tangga dan juga keluarga. Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana anak yang faham agama akan membantu ibu bapa mereka kerana itu adalah tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan mereka sejak kecil lagi.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bercouple eloklah disegerakan pernikahan bagi mengelakkan anak-anak mereka terjerumus ke kancah zina.

Pada ana nikah di usia muda adalah satu cara terbaik untuk menyempurkan muasafat tarbiyyah kita iaitu menjadi individu muslim terbaik-melahirkan individu muslim terbaik-membina ummah terbaik dan sekaligus menjunjung islam kembali menguasai dunia.

ikhwah ramai dah nikah.....aku bila lagi???.....hmmm...

tunggu dan lihat...insyaALLAH....hehe...

yang penting....

Saya x bangga kalo pasangan saya ada Master @ PhD pun..
Saya x bangga kalo pasangan saya belajar di luar negara pun..
Saya x bangga kalo pasangan saya bergaji besar pun...
Saya x bangga kalo pasangan saya cantik sgt pun...

tapi,saya akan BANGGA jika dia ADA AGAMA dan dia AMALKANNYA..








Sunday, March 20, 2011

Tuesday, February 15, 2011

kembara mencari ilmu....

assalamualaikum wr wb...pada minggu ini minggu yang agak sibuk bagi ana...alhamdulillah ALLAH telah mempermudahkan urusan ana...minggu lepas merupakan pengalaman yang manis bagi ana. Hal ini demikian kerana pertama kali ana berpuisi di khalayak ramai dan alhamdulillah mendapat tempat ke -3. Pada keesokan harinya pula ana berpeluang menyertai pasukan amar makruf nahi mungkar yang terdiri daripada sahabat-sahabat seperjuangan untuk membanteras pergaulan bebas yang berleluasa dalam kalangan mahasiswa di IPT ini. Bermacam-macam ragam mahasiswa dapat dilihat.

Saturday, February 5, 2011

musafir ke selatan tanah air.....


alhamdulillah..pada 21 januari 2011 ana dan ikhwah lain berkesempatan untuk menghadiri majlis ilmu di salah sebuah universiti di selatan tanah air. Perjalanan bermula pada 10.30 malam dan sampai di sana pada pukul 2.30 pagi. Kami bermalam di masjid dan sempat juga berkenalan dengan ikhwah2 dari Universiti tempatan dan juga luar negara. Selepas qiamullail dan solat subuh berjamaah kami pun mencari sarapan ke kafe berdekatan. HEHe sempat parking kereta kat tempat khas untuk Professor pelawat. Lepas makan kami terus pergi ke dewan besar untuk pendaftaran. Dapat dilihat kehadiran muslimat melebihi kaum lelaki.
Pada sesi pembentangan oleh 2 orang ahli akademik didapati memuaskan selaras dengan status professor emeritus yg mereka pegang. Pada sesi petang pula diadakan forum masalah yang dihadapai oleh orang islam dewasa ini yang semakin hilang nilai keislamannya. Selepas itu kami melawat bandar hilir yang merupakan tapak kerajaan melayu melaka dengan tiggalannya seperti Kota A famosa. Selepas itu kami tergerak hati untuk melawat rumah sahabat kami yang baru sahaja mengajar di salah sebuah sekolah di Lenggeng Negeri sembilan. Perjalanan agak memenatkan dan banyak peristiwa lucu dan juga pahit pada masa itu seperti sesat di bandar Seremban dan juga Stesen Petronas Lobak yang mmbuatkan kami pecah perut ketawa di dalam kereta ditambah pula dengan usikan-usikan ikhwah.
setelah penat sesat di seremban. Sahabat kami datang untuk mengambil kami di Stesen Lobak...Sungguh tak sangka dia sanggup menaiki motosikal dengan perjalanan yang agak jauh dan jalan yang boleh dikatakan bahaya. Akhirnya alhamdulillah kami sampai di lenggeng dan bermalam di rumah beliau. Pagi esoknya kami pulang ke bumi tarbiyyah dengan rasa pahit manis dan semangat ihkwah fillah....

Thursday, December 16, 2010

kembara menginsafi diri...

apabila waktu cuti semester ramai pelajar-pelajar di ipta saya berpusu pusu balik ke kampung halaman masing-masing.Tetapi aku masih di sini dan menanti untuk bermusafir ke utara untuk melihat ragam kehidupan manusia.Destinasinya ialah pulau mutiara..alhamdulillah ada sahabat yang tinggal di yang juga menghabiskan masa cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah.