Tuesday, July 10, 2012

Selesai Senamrobik..

hari ini merupakan pengalaman yang agak manis kerana telah ditugaskan menjadi instruktor senamrobik..walaupun pada awalnya kami menerima dengan keadaan yang terpaksa tetapi kami cuba untuk menjayakannya. Senakrobik pagi tadi berjalan dengan baik Pengetua, PK 1 dan juga PK koko bersemangat diikuti oleh pelajar-pelajar yang ceria-ceria selalu...
begitulah cerita seba sedikit pada minggu ke tiga di SAM Sg selisek..

Sahabat Sejati...



Kisah cinta Salman al Farisi

Pada suatu ketika Salman al Farisi jatuh cinta terhadap seorang gadis Ansar. Beliau mengajak sahabatnya Abu Darda’ pergi ke rumah gadis itu untuk bertemu dengan ayah dan ibunya.

“Ini adalah saudara saya Salman yang berasal dari Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam. Salman memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah, sehingga baginda menyebut sebagai ahli keluarganya. Saya mewakili saudara saya ini bagi melamar anak gadis tuan untuk menjadi isterinya,” kata Abu Barda’.

Setelah berbincang dengan ahli keluarganya maka tuan rumah pun berkata. “Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang dengan mengharap keredaan Allah. Kami menolak lamaran Salman tetapi kami bersetuju jika tuan iaitu Abu Darda’ yang melamarnya.”

Tanpa rasa marah atau kecewa maka Salman al Farisi pun berkata. “Semua wang yang aku kumpulkan untuk perkahwinanku akan aku hadiahkan kepadamu Abu Darda’ dan aku akan menjadi saksi pernikahanmu.”

Mulianya hati Salman al Farisi. Beliau mengajar kita arti sebuah cinta dan persahabatan. Beliau juga mengajar bahawa cinta itu bukan untuk dimiliki…

sumber:abdul latip talib-salman al farisi.

Monday, July 9, 2012

Assalamu alaikum...apabila melihat keyboard dan mendengar lagu di blog jari ini rasa ingin menari-nari di keyboard untuk meluahkan rasa hati dan pengalaman yang dilalui hari ini. Tanggal 9 julai 2012 aku di "observe" oleh pensyarah iaitu en hafizul. Sebelum itu di kelas ibnu khaldun aku telah menganjurkan forum yang bertajuk menjaga kepentingan alam sekitar. Alhamdulillah pelajar mengikuti forum dengan baik dan antara wakil yang tampil ke hadapan ialah adib, husna, sollehin dan laila.
Di akhir kelas Adib bertanya:
Ustaz..macam mana nak berkomunikasi dengan baik secara spontan?
aku berkata...banyakkan latihan adib.
dalam hatiku terdetik: subhanallah bersemangat betul syabab ini..moga berfaedah untuk kemenangan Islam.

Saturday, July 7, 2012

Melangkah ke alam pratikum...

Alam praktikum merupakan satu tempoh waktu yang agak mencabar bagi sesetengah bakal pendidik dan mungkin juga satu tempoh yang manis dan mengembirakan.
begitu juga aku...sebelum berpraktikum, bermacam-maca perasaan bergolak dalam jiwa. Ada perasaan berdebar-debar, ada perasaan malu, ada perasaan kurang bersedia...tapi pada masa yang sama ada juga perasaan lain..perasaan yang aku cita-citakan sejak menjejak kaki ke tanah pendidik iaitu perasaan ingin mentarbiyyah anak bangsa.
Aku telah memilih SAM Sg Selisek sebagai medan untuk berpraktikum. Sebelum bermulanya sesi kami telah melakukan lawatan sosial untuk bertemu dengan pihak pengurusan sekolah untuk berkenalan dan memudahkan urusan surat menyurat. Kami telah bertemu dengan Pengetua sekolah iaitu Ustazah Mariathol dan kata-kata beliau sangat memberi inspirasi kepada kami. Antara kata-kata beliau:

Kamu sebagai guru praktikal selalunya disukai oleh pelajar,
sebagai guru yang disukai oleh pelajar,
maka tunjukkanlah contoh yang baik,
tanamkan didikan yang berguna dalam diri mereka,

Kata-kata itu ibarat embun pagi yang menyegarkan dedaunan. Jiwa yang mulanya gementar mula bersemangat. Alhamdulillah tanggal 24 jun merupakan tugasan pertama kami sebagai guru praktikum. Aku, osman dan ifwat ditugaskan sebagai pengadil sukan dan juga pengacara Majlis. Pada detik itu juga akhi osman mendapat Tagline beliau iaitu "cikgu Faribi". Pengalaman hari sukan amat bermakna kepada kami dan juga murid-murid. Detik itu juga kami berkenalan dengan beberapa orang pelajar.
Tanggal 26 jun merupakan hari pertama kami bertugas sebagai guru praktikal di kelas. Kelas pertama aku ialah 4 ibnu sina. Antara pandangan pertama kelas ialah murid lelaki yang pasif dan murid perempuan yang aktif. Bermula juga sesi taaruf antara kami dan antara pelajar yang boleh diingat namanya ialah Anam, Syaza dan lain-lain.
Aku memulakan bicara dengan kisah-kisah pemuda Islam seperti Mus'ab bin Umair dan juga kisah kebangkitan islam di Eropah. Alhamdulilah..pelajar lelaki yang pada mulanya lesu dan mengantuk mula menunjukkan minat dan pelajar perempuan mula tertarik dengan kisah syabab islam.

Pelajar yang aku sayangi:

tanggal 26 jun 2012 kita bersua,
kisah pemuda islam menjadi tajuk bicara,
moga ingatan yang ku berikan dapat diguna,
agar menjadi pedoman di masa muda,

Wahai syabab islam yang aku sayangi,
empat bulan ustaz di teratak ilmu ini,
harapan ustaz menggunung tinggi,
moga jadi syabab islam berakhlak tinggi,

Wahai adik-adik yang dikasihi,
engkau adalah harapan keluarga dan agama,
tanamkan keyakinan dalam diri, 
moga dapat berbakti usai sekolah nanti,

wahai pemuda harapan agama:
al banna pernah berkata- pemuda islam ada empat ciri, beriman, ikhlas , semnagat dan usaha,
ambillah kata-kata ini sebagai semangat,
moga cemerlang di dunia dan akhirat nanti.


                                                salam sayang dan kasih daripada ustaz...



Wednesday, December 28, 2011

peperiksaan menghampiri...adakah kita bersedia dari segi rohani dan jasmani...

Musim peperiksaan mula menjelang. Majoriti mahasiswa sibuk dengan aktiviti mengulangkaji , ada juga yang bermalas malasan seolah olah "A" sudah berada dalam genggaman. Apabila peperiksaan menjelang terbit satu persoalan dari dalam benak hati ini. adakah sudah cukup persediaanku?..adakah cukup studyku? adakah cukup amalanku berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH SWT....

Thursday, July 28, 2011

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:

17 Ramadhan 2H:

Perang Badar Al-Kubra,Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.Ramadhan 5HPersiapan Perang KhandaqPersiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

20 Ramadhan 8H:

Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala.Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

Ramadhan 9H:

Perang Tabuk-Rasulullah SAW tidak mendapati tentera Rom lalu kembali ke Madinah.
Utusan Thaif-Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana.
Utusan Raja Himyar-Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Baginda kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.

Ramadhan 10H:

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

Ramadhan 53H:

Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.

Ramadhan 92H:

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Panglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic.Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Ramadhan 129H:

Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

Ramadhan 584H:

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

Ramadhan 658H:

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H (6 September 1260M) di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut
.

Friday, July 1, 2011