Wednesday, November 20, 2013
Bilik kuliah Taman Universiti...
Bagi penuntut sesi 2009/2010 dan ke bawah, bilik kuliah Taman U pasti masih tersemat lagi dalam memori masing-masing. Bilik kuliah yang pernah mencetuskan kontroversi kerana ianya bukan bilik kuliah tetapi rumah kedai. Sebagai alumni suluh budiman kemasukan 2009, penulis juga tidak terlepas untuk merasai kenangan menuntut ilmu di sini.
Tersilap kelas....terlewat....peperiksaan....hehehe...
Anak Melayu Merdeka...
1.0 Pengenalan.
Dalam memperjuangkan kemerdekaan
tanah air, lahir beberapa tokoh yang terkenal yang datang dari pelbagai aliran.
Antara golongan tersebut ialah daripada golongan berhaluan kanan, golongan
berhaluan kiri, golongan islamis dan juga komunis. Golongan kanan ini ialah golongan yang
berorientasikan kebaratan, bersifat pro-establishment
serta mereka juga kadang-kadan bersifat konservatif dan juga reaksioner.Golongan
ini juga lebih dikenali sebagai elit melayu dan mereka juga digelar sebagai
golongan moderate yang mudah
berbicara dan berurusan dengan British. Golongan seterusnya ialah golongan yang berhaluan kiri yang lebih bersikap
radikal dan politik mereka juga politik oposisi. Menurut Khoo Kay Kim, dalam
kalangan satu-satu kumpulan kiri terdapat variasi yang jelas antara
kecenderungan mereka yang terlibat
termasuk dalam kalangan PKMM seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy yang lebih
berpendirian Islam, Ahmad Boestamam yang berjiwa militan dengan gagasan merdeka
dengan darah serta Ishak Haji Mohamad yang lebih dekat kepada tradisi
politik-perlembagaan British. Persamaan dalam kalangan mereka ialah
masing-masing ingin menuntut kemerdekaan dan nasib bangsa Melayu. Dr
Burhanuddin Al Helmy, juga tidak terkecuali dalam perjuangan ini.
2.0 Latar Belakang Burhanuddin Al
Helmi.
Dr. burhanuddin Al Helmy atau nama
sebenarnya Burhanuddin Mohd Noor merupakan seorang tokoh politik yang istimewa
dalam kepimpinan politik beliau. Hal ini demikian kerana setiap parti mestilah
mempunyai pengasasnya tersendiri dan memimpin parti tersebut, akan tetapi Dr
Burhanuddin al Helmy tidak pernah mengasaskan apa-apa parti politik tetapi
beliau telah dijemput untuk menerajui pimpinan parti politik tersebut. Antara
parti politik yang menjemput beliau untuk peneraju ialah Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Hal in demikian kerana
pada dekad itu, beliau merupakan pemimpin Grass-
Root yang dianggap berkarisma dan sangat terkenal.
2.1 Latar belakang Keluarga.
Dr Burhanuddn telah dilahirkan di
Kampung Changkat Tualang, Kota Bahru, Perak pada akhir tahun 1911. Ayah beliau
merupakan seorang petani dan ahli tasauf yang berasal dari Minangkabau,
Sumatera. Ibunya, Syarifah Zahrah Bt Habib Osman adalah darah campuran
Melayu-India Islam yang dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.
2.2 Latar Belakang Pendidikan.
Dalam aspek pendidikan pula beliau mendapat
pendidikan awal di peringkat rendah dan pendidikan agama di peringkat menegah
di Padang Panjang , Sumatra. Selain itu beliau juga pernah menuntut di Sekolah
Pondok Pulau Pisang, di Kedah dan seterusnya meneruskan menuntut ilmu di
Madrasah Al-Mashhur , Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran di Ismaeliah
Medical College, New Delhi dan Aligarh Muslim Universiti, India. Beliau
merupakan satu-satunya tokoh politik melayu Muslim sebelum merdeka yang pernah
mendapat pendidikan begitu tinggi.
2.3
Sikap dan keperibadian.
Nama
Al –Helmi atau asalnya Al Hulaimi yang bermakna orang yang tidak pemarah
menggambarkan sifat beliau yang tidak mudah marah.Selain itu menurut Ahmad Boestaman dalam bukunya “Dr Buhanuddin : Putera Melayu Raya” menyebut bahawa Dr Burhanuddin
seorang yang lurus dan jujur. Akan tetapi menurut boestamam, kejujuran yang ada
pada Dr Burhanuddin juga mendatangkan kelemahan kepada beliau. Antara kelemahan
yang dinyatakan oleh Boestamam ialah Dr Burhanuddin mudah menerima keahlian
PKMM tanpa menyiasat latar belakang individu tersebut. Menurutnya, hal ini
telah menyebabkan terdapat musang berbulu ayam dalam PKMM malahan terdapat juga
cawangan khas di dalam PKMM. Melalui mereka inilah maklumat dan rahsia terlepas
ke tangan orang lain. Selain
itu , menurut Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin juga seorang yang mudah
didampingi oleh sesiapa sahaja malah beliau juga mudah mendampingi orang lain.
Beliau juga tidak menghampakan orang yang menghampakannya.
3.0 Idealisme perjuangan.
3.1 Perjuangan kemerdekaan.
Dalam idealism dan perjuangan Dr
Burhanuddin Al Helmy, beliau meletakkan perjuangan Islam di tempat yang teratas
akan tetapi untuk menegakkan islam rakyat perlu membebaskan diri daripada
penjajahan. Beliau telah menulis dalam tulisannya yang bertajuk Agama dan Politik, Dr burhanuddin
menyatakan bahawa untuk menegakkan Islam rakyat perlu membebaskan diri mereka
daripada belenggu penjajahan dan menubuhkan negara yang berdaulat. Kata beliau:
“bagaimanakah kita dapat memulihkan kesakitan dan
penderitaan bangsa kita? Dan bagaimanakah kita akan mengembalikan agama kita,
hingga agama dapat berjalan menurut dikehendaki ALLAH , jika kita belum bebas
merdeka dan berdaulat. Tentu tidak boleh, melainkan sudah bebas dan berdaulat”
Persoalan
yang ditimbulkan oleh Dr burhanuddin ini merupakan teras perbincangan dalam
buku Agama dan Politik . Selain itu
Dr Burhanuddin juga menegaskan , selagi kuasa pemerintahan ini terletak dalam
kuasa penjajah maka kita sendiri tidak dapat mengatur negara. Hanya dengan
kemerdekaan negara ini dapat diatur dengan sendiri oleh rakyatnya dan cara
mengatur negara ini mestilah dengan Islam.
3.2 Ideologi politik Islam.
Selain
daripada perjuangan kemerdekaan, Dr Burhanuddin juga memperjuangkan politik
yang berlandaskan Islam. Hal ini demikian terbukti melalui ucapan beliau yang
bertajuk Ideologi Politik Islam yang
mengajak orang melayu supaya kembali kepada politik yang bercorak islam dan
meninggalkan politik acuan barat. Dalam ucapan tersebut beliau menegaskan:-
“kita perlu balik kepada al quran dan as sunnah yang
nyata dan tegas menunjukkan bahawa islam tidak boleh berpisah dan dipisahkan
oleh politik kerana islam menghubungkan hamba dengan tuhan dan menghubung hamba
dengan hamba. Islam mengubah bentuk dan dasar pemerintah dan masyarakat bermula
dari masyarakat lantas ke masyarakat internasional. Ini jelas kelihatan
perjalanannya dalam sejarah umat islam dan perjuangan ini akan terus berjalan
hingga ke hari akhirat”
3.3
Perjuangan Kebangsaan.
Selain daripada perjuangan
menegakkan negara Islam, perjuangan kebangsaan juga menjadi prinsip dan
ideologi Dr Burhanuddin Al Helmy. Walaupun beliau telah bertukar tukar
persatuan, akan tetapi prinsip tersebut masih diperjuangkan oleh beliau. Perjuangan
Dr Burhanuddin memperjuangkan kebangsaan Melayu bermula apabila beliau
menyertai KMM. Beliau telah diperkenalkan dengan persatuan ini melalui Mustapha
Hussein , yang pada ketika itu merupakan naib presiden KMM di Singapura. Pada
awal pergerakannya dalam KMM beliau tidaklah bergerak aktif seperti Ibrahim
Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestaman dan Sutan Djenain yang kemudiannya
telah ditahan oleh British. Setelah lama bergiat dalam KMM beliau kemudiannya
bersama dengan Ibrahim Yaakob , Onan Siraj dan beberapa pemimpin KMM telah
menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung dan telah membuat rundingan
bersama dengan Soekarno dan Hatta pada 15 dan 16 ogos di Taiping untuk membawa Tanah Melayu merdeka bersama
dengan Indonesia dan hal ini telah dijanjikan oleh pihak Jepun. Akan tetapi
usaha ini gagal apabila Jepun telah menyerah secara mendadak pada ogos 1945. Antara ucapan beliau yang bersifat semangat kebangsaan ialah
Walaupun usaha tersebut menemui
kegagalan, perjuangan pelitik beliau diteruskan dengan menyertai Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Di bawah pimpinan beliau, Dr Burhanuddin
menegaskan edentiti PKMM sebagai parti yang perjuangannya bertapak di
Semenanjung Tanah Melayu dan untuk penduduk Semenanjung Tanah Melayu.
Semasa beliau menyertai Partai
Rakyat, dalam pidato beliau di Kongres Partai Rakyat pada tahun 1955 beliau
telah menegaskan prinsip beliau tersebut antara ucapan beliau ialah:-
“..tetapi kita dengan perjuangan
kebangsaan ,ada mempunyai ideologi sendiri dan dengan perjuangan kita yang
terkenal sebagai yang tertulis dalam buku peringatan kita yang bernama “
PERJUANGAN KITA” maka kita memilih jalan yang sederhana dan di tengah-tengah ,
yang say sebutkan selalu dengan kebangsaan yang bulat. Kita menentang
penjajahan tetapi tidak pula pro-komunis. Kita mahu balik hak keadilan tanah
air kita yang berdaulat, sebagaimana kita belum dipengaruhi dan dijajah
dahulu.”
Selain itu antara bukti yang
menunjukan ideologi dan semangat kebangsaan kuat yang ada dalam diri Dr
Burhanuddin ialah apabila mengekalkan prinsip kebangsaan melayu tersebut
apabila beliau menyertai PAS. Melalui ucapan beliau, beliau berkata :-
i-
Kebangsaan
negeri ini mestilah melayu.
ii-
Mestilah
diakui bahawa bangsa melayu adalah tuan punya negeri ini.
iii-
Untuk
membina satu bahasa, satu negara, dan satu bangsa yang teguh hanya diakui
bahasa melayu sahaja jadi bahasa resmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal di
negeri ini.
iv-
Islam
menjadi agama resmi dalam erti kata yang betul pada ajaran –ajaran al-Quran dan
sunnah nubuwwah.
v-
Menentang
dasar Jus Soli (yang memberikan
kerakyatan kepada sesiapa sahaja yang dilahirkan di negara ini) diberikan
kepada orang yang bukan bumiputra negeri ini, dan orang-orang yang bukan Melayu
yang hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah dengan permintaan yang
diluluskan oleh undang-undang yang mengawal keselamatan wujudnya bangsa Melayu
dan dicurahkan dengan orang-orang dagang ke negeri ini oleh “open door policy”.
Selain itu, beberapa tokoh politik
aliran kiri seperti Ahmad Boestamam juga sangat mengagumi semangat kebangsaan
yang dimiliki oleh Dr Burhanuddin Al Helmy. Antara kenyataan daripada Ahmad
Boestamam yang dijelaskan dalam buku beliau seperti:-
“..Di atas segala-galanya
mendiang Dr Burhanuddin Al Helmy adalah seorang Patriot. Dan kalau kepada
beliau hendak diberikan suatu gelaran maka gelaran yang tepat , layak sesuai
dan hak sekali bagi beliau ialah Bapak Kebangsaan Melayu…dan mendiang Dr
Burhanuddin , sejak mula berjuang lagi sehinggalah kepada saat beliau menghembuskan
nafasnya yang terakhir masih tetap mengingin ‘ bangsa negara’ itu dinamakan “
Melayu” .
Selain
itu,dalam Falsafah Kebangsaan Melayu,
beliau juga sentiasa mencuba menyelaraskan fahaman kebangsaan dengan kehendak
kehendak islam. Contohnya beliau menyatakan
“ Islam memandang kebangsaan itu
suatu alat bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana
dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu
bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi,
sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat atau
tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.”
Melalui
ucapan-ucapan dan juga kenyataan Dr Burhanuddin Al Helmy , pada setiap
pertubuhan yang disertai beliau dapat disimpulkan walaupun beliau betukar-tukar
pertubuhan akan tetapi semangat kebangsaan dan prinsip kemelayuan beliau tetap
tidak berubah.
4.0
Sumbangan.
Burhanuddin
Al Helmy juga banyak memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga orang melayu
khususnya. Sumbangan beliau seperti tulisan dan juga buah fikiran beliau yang
menjadi rujukan masyarakat ketika itu. Beliau seorang yang doktor yang
progresif, berfikiran terbuka serta seorang pemimpin yang pragmatik.
4.1
Tulisan.
Selain
daripada pejuang kemerdekaan dan ahli politik, beliau juga aktif dalam bidang penulisan.
Tulisan-tulisan beliau kebanyakannya mengenai perjuangan kemerdekaan dan juga
perkara yang berkaitan dengan semangat kebangsaan melayu. Antara karya dan
tulisan beliau ialah “Falsafah Kebangsaan
Melayu” yang ditulis oleh beliau pada tahun 1954. Tulisan beliau ini
menjadi panduan kepada bangsa melayu supaya tidak melupakan asal usul dan jati
diri mereka sebagai orang melayu. Hal ini demikian boleh dinilai melalui
tulisan beliau tersebut. Selain itu berdasarkan penilaian tulisan beliau
tersebut, “ Falsafah Kebangsaan Melayu”
ini juga menekankan kepentingan semangat untuk memerdekakan diri dan negara
dari belenggu penjajahan. Selain itu beliau juga telah menulis satu
buku nipis yang diberi nama Sejarah Perjuangan Kita yang bertujuan supaya ia
akan dapat menimbulkan rasa keyakinan dan kepercayaan yang teguh yang akan
menjadi asas dan dasar kita memperjuangkan cita-cita menuju matlamatnya iaitu
merdeka atau dalam erti kata sebenarnya ialah kemerdekaan bangsa, agama dan
tanah air.
Selain daripada tulisan mengenai Kebangsaan
Melayu, Dr Burhanuddin Al-Helmy juga menulis mengenai kesedaran umat Islam
mengenai agama Islam dan juga politik melalui tulisannya yang bertajuk “Agama
Dan Politik”. Dalam tulisan ini beliau berusaha untuk menyedarkan masyarakat
melayu mengenai kepentingan politik Islam contohnya beliau menulis:-
“politik berubah-rubah tetapi
agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik
itulah yang mesti disesuaikan dengan agama”
Dalam
Politik Dan Islam juga Dr Burhanuddin
mengajak masyarakat Islam pada masa itu supaya berjuang memerdekakakan negara
ini supaya rakyat di negara ini boleh memerintah dengan pemerintahan yang
bercorak islam. Melalui tulisan, Dr Burhanuddin telah membuka minda masyarakat mengenai politik
dan juga sejarah bangsa Melayu sekaligus telah menyumbang kepada perkembangan
politik di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.
4.2 Kepimpinan.
Dr
Burhanuddin Al Helmi merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam menyumbang
tenaga dan pemikiran beliau dalam memimpin beberapa pertubuhan di Tanah Melayu.
Sumbangan kepimpinan beliau teserlah apabila beliau menyertai beberapa
pertubuhan politik di Malaya. Antara pertubuhan awal yang disertai oleh Dr
Burhanuddin Al-Helmy ialah Kesatuan Melayu Muda. Kesatuan Melayu Muda (KMM)
didirikan pada Mei 1937 dan pada awalnya persatuan ini digelar Persatuan Belia
Melayu (Malay Youth League) lalu ditukar menjadi Kesatua Melayu Muda dengan
mencontohi Kesatuan Turki Muda yang terkenal dalam kalangan orang Melayu ketika
itu. Antara pemimpin KMM ketika itu ialah Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob dan
Mustapha Hussein. Setelah itu KMM dibubarkan dan tidak dapat bertahan lama kerana beberapa
pemimpin terajunya telah ditangkap oleh Jepun.
Setelah itu beberapa bekas ahli KMM
dan PKM telah menubuhkan PKMM iaitu Partai Kebangsaan Melayu Malaya. Dari aspek
kepimpinan PKMM, Burhanuddin Al- Helmy telah mememegang tampuk kepimpinan PKMM
dengan menyandang jawatan sebagai Yang Dipetua Agung setelah mengambil alih
daripada Motharuddin Lasso yang telah menghilangkan diri. Menurut Ahmad Boestaman
dalam bukunya Burhanuddin Al Helmy :
Putera Melayu Raya dengan kepimpinan baru inilah PKMM mencapai kekuatan
demi kekuatan. Anggotanya semakin bertambah dari sehari ke sehari dan demikian juga dengan
ranting-rantingnya di seluruh negara.
Selain daripada PKMM, Dr Burhanuddin
Al-Helmy juga terlibat dalam kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia atau PAS. Dr
Burhanuddin dilamar PAS secara rasminya pada persidangan Parti Rakyat Malaysia
(PRM) di Ipoh, pada 10 November 1956. Dr Burhanuddin memimpin Pas dalam usia yang agak matang iaitu 16 tahun. Beliau
memegang jawatan tersebut seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat agung PAS
kelima di Kelab Sultan Sulaiman pada 25 disember 1956. Antara jasa beliau
ketika memimpis PAS ialah, PAS telah berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu
dalam pilihanraya Persekutuan pada tahun 1959. Pas telah memenangi 13 kerusi
parlimen dan 42 kerusi negeri.
5.0
Cabaran Dan Tribulasi.
Sebagai
tokoh yang unggul, cabaran dan tribulasi merupakan satu perkara biasa bagi
mereka. Hal ini juga tidak terkecuali dengan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Pada bulan Januari 1965, beliau telah ditahan
di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana telah dituduh terlibat dalam
komplot menentang kerajaan Malaysia. Beliau
bersama beberapa anggota pembangkanyang lain seperti Dato’ Raja Abu
Hanifah (PAS), Aziz Ishak dan Ishak Haji Muhammad (Parti Buruh), dan Nazar Nong
(Parti Rakyat Malaysia) dikatakan telah terlibat dalam usaha untuk menubuhkan National Front bagi membantu Indonesia
dan dikatakan juga terlibat dalam membantu Indonesia dan dikatakan juga
terlibat dalam pembentukan kerajaan buangan di Indonesia. Segala tuduhan ini
dimuatkan dalam Kertas Putih Kerajaan yang bertajuk A Plot is Exposed. Semasa belia berpindah ke Singapura, Burhanuddin Al –Helmy juga pernah
ditangkap apabila berliau terlibat dengan rusuhan Natrah di Singapura pada
tahun 1950 dan kemudian beliau telah dibebaskan setelah setahun dalam tahanan. Begitulah cabaran dan dugaan yang telah
ditempuh oleh beliau sepanjang bergelar nasionalisme.
6.0 Kesimpulan.
Berdasarkan
daripada isi yang dinyatakan, jelas bahawa Dr Burhanuddin Al Helmy seorang
pemimpin Melayu yang jelas pada fikrah dan kefahamannya mengenai kepentingan
agama dan bangsa yang perlu dinaikkan untuk memerintah sebuah negara . Walaupun
penyertaan beliau dalam beberapa parti politik dan pertubuhan seolah-olah
dilihat beliau tidak mempunyai prinsip akan tetapi jika diteliti dari sudut
pendirian beliau, beliau sentiasa teguh kepada beberapa prinsip tetentu iaitu
Islam, kemerdekaan tanah melayu dan juga kebangsaan melayu. Ketiga-tiga prinsip
ini jelas dalam ucapan dan tindakan beliau walau di platform mana beliau
berada. Begitulah prinsip tokoh bernama Burhanuddin Al-Helmy sehinggakan Ahmad
Boestamam menggelar beliau dengan gelaran “Putera Setia Melayu Raya”.
ditulis oleh : akhi azam
sebarang peniruan dan plagiat hanya akan merugikan anda # harap maklum.
Rujukan.
Mohd Rosdi Bin Nik Ahmad, Ilmuan Nusantara: Mutiara Ilmu Tanah
Serumpun, Batu Caves : PTS Islamika,
2011.
Roslan Saadon, Gagasan Nasianalisme Melayu Raya : Pertumbuhan dan Perkembangan,
Shah Alam : Karisma Publication, 2009.
Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy, Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2003.
Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin al Helmy : Putera Setia
Melayu Raya , Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Kejora, 1972.
Faridah Abdul Rasyid, Biography Of The Early Malay Doctors
1900-1957 Malaya And Singapore, Bloominton : Xlibris Corporation, 2012.
Ismail Said, Dr Burhanuddin Al-Helmi: Pejuang Melayu Sejati, Shah Alam : Karisma
Publication Sdn Bhd,2008.
Kamaruddin Jaffar, Dr Burhanuddin Al Helmy: Pemikiran Dan
Perjuangan, Kuala lumpur: IKDAS SDN BHD, 2000.
Saliha Hassan Adli, Dr Burhanuddin Al Helmi 1911-1969, Abdullah Zakaria dan Adnan Nawang,
Biografi tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya,
1997.
Dr Ramlah Adam ,Titian Siri Kertas Kerja Akademi Pengajian
Melayu Bil 2 : Dr Burhanuddin Al-Helmy: Kajian Mengenai Kegiatannya Dalam PKMM
1946-1948, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu , 1993.
Muhammad Abu Bakar, Potret Masa ,
Jilid Satu, Persaingan Ideologi Dan Pemulihan Tradisi, Petaling Jaya: Gateway
Publishing House Sdn Bhd, 1994.
Sunday, November 17, 2013
Ulasan artikel : Dasuki Bin Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1980.Bab XXXIV(1).Zaman Kedatangan Agama Islam: Hubungannya Dengan Arab.
Pengenalan.
Terdapat pelbagai buku, artikel dan juga jurnal yang telah
membincangkan dan mengupas mengenai
teori-teori kedatangan Islam di Asia tenggara. Hal ini termasuklah buku Iktisar
Perkembangan Islam ini yang banyak membincangkan asal usul serta teori
kedatangan agama Islam dan perkebangannya di Asia tenggara. Dalam bab XXXIV(1) buku
ini, secara kesimpulannya penulis telah menyimpulkan bahawa terdapat dua
peringkat penyebaran Islam di Asia Tenggara iaitu pada peringkat tunas dan pada
peringkat pengislaman secara beramai –ramai. Kenyataan ini sekaligus telah membuktikan bahawa pada peringkat awal kedatangan
Islam ke Asia Tenggara adalah semata-mata bermotifkan perdagangan. Akan tetapi
pada peringkat kedua penyebaran Islam lebih bersifat kepada perdagangan dan
juga tanggungjawab menyebarkan agama Islam di Nusantara ini.
Ulasan
perbincangan.
Menurut
penulis kedatangan Islam di Asia Tenggara berlaku disebabkan oleh hubungan
masyarakat diantara Asia Tenggara dan masyarakat Arab. Hubungan ini berlaku
disebabkan oleh keperluan ekonomi iaitu perdagangan yang amat penting kepada
kedua-dua rantau yang telah berlaku sebelum terdirinya kerajaan Islam yang
pertama di nusantara. Mahayudin Yahaya dalam bukunya “Islam Di Alam Melayu”
menambah bahawa kapal-kapal peniaga arab telah sampai di alam melayu sejak
sebelum kewujudan agama islam lagi. Daripada bukti yang dikemukan penulis dan sokongan daripada penulis lain
ternyata bahawa sememangnya telah wujud hubungan perdagangan diantara
masyarakat arab dengan penduduk di asia tenggara sejak sebelum kewujudan agama
islam dan hal ini diteruskan pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’
al-Rasyidin.
Penulis telah
menyatakan bahawa kedatangan Islam berlaku sebanyak dua peringkat iaitu zaman
tunas dan juga peringkat pengislama secara beramai-ramai. Pengislaman secara
tunas bermula apabila kedatangan pedagang arab yang berdagang di kerajaan
Srivijaya dan mereka telah membina penempatan di negeri ini. Hal ini telah
disokong oleh G.E Marrison yang mnyatakan kewujudan pedagang Islam di Asia
Tenggara sekitar abad ke Sembilan dan tiada berlaku pendakwahan islam secara
besar besaran pada waktu itu. Penulis juga menyatakan
bukti penemuan batu nisan yang berukir dengan huruf arab di Grisek yang
bertarikh 1082 atau 1102 dan bukit ini juga telah dikemukakan oleh G.E Marrison
dalam jurnal beliau.
Kemudian , penulis
juga telah menyatakan bahawa penyebaran Islam berlaku secara berencana dan
beramai-ramai berlaku pada kurun ke 13 masihi. Hal ini berlaku apabila
pedagang-pedagang Islam telah diberi kepercayaan oleh pemerintah tempatan dan
lama kelamaan dakwah mereka telah diterima oleh pemerintah. Hal ini dapat
dibuktikan apabila lahirnya kerajaan Islam Pasai di Sumatera. Kisah pengislaman
pasai ini dapat kita lihat di dalam teks melayu lama iaitu Hikayat Raja-Raja
Pasai dan juga Sejarah melayu yang menyatakan Pasai merupakan daerah yang
pertama menerima Islam di Nusantara.
Hal ini demikian diikuti dengan
pengislaman beberapa kerajaan lain di nusantara seperti Kerajaan Melayu Melaka
apabila Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya menjadi Megat
Iskandar Shah. Setelah itu Melaka telah menjadi pusat penyebaran pesat di alam
melayu hingga meruntuhkan kerajaan Majapahit. Ahmad Jelani Halimi dalam bukunya
“sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu” menyatakan perkembangan Islam berlaku
dengan pesat semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah apabil ramai pendakwah dan
juga ahli sufi dari Timur Tengah dan India telah datang ke Melaka untuk
menyebarkan ilmu Islam.
Selain
itu penulis juga telah menyatakan bahawa penyebaran agama Islam pada peringkat
kedua ini adalah datang daripada India semasa pemerintahan kesultanan Delhi.
Terdapat pelbagai teori yang mengatakan Islam itu dari India dan kawasan
kedatangan itu menjadi perdebatan dalam kalangan. Ada yang mengatakan bahawa Islam
itu datang daripada Gujarat dan ada juga berpendapat dari koromandel di utara India.
Teori –teori ini telah dibahas dan
dinyatakan di dalam beberapa jurnal seperti “The Coming of Islam In East Indies” daripada G.E Marrison dan juga Mahayudin Yahaya dalam bukunya “Islam
Di Alam Melayu” serta banyak rujukan lain. Daripada beberapa teori yang
dikemukakan oleh sejarawan ini penulis telah mennyatakan pendirian beliau
bahawa beliau lebih bersetuju bahawa Islam itu telah disebarkan dari Gujarat
bersandarkan bukti jumpaan batu nisan di Gresik dan juga bersandarkan kepada
persamaan mazhab yang dianuti oleh masyarakat islam di Nusantara dan Gujarat
iaitu mazhab Syafie. Hal ini juga telah dinyatakan oleh Moquette dalam
artikelnya “Da Grafteenen Te Pase En Grisee” yang menyatakan terdapat
persamaan antara batu yang dijumpai di Pasai tersebut dengan batu nisan yang
terdapat Gujarat dan jika bukti ini benar maka terdapat pertukaran budaya dan
perdagangan antara Pasai dan Gujarat.
Penulis
juga menegaskan pendapat beliau dan menyangkal pandangan beberapa pandangan
ahli sejarah yang menyatakan bahawa penyebarab agama Islam yang pertama berlaku
dari China dengan bersandarkan kepada bukti penemuan batu bersurat di
Terengganu. Penulis menegaskan bahawa teori
ini tidak dapat diterima kerana kedudukan Islam di Terengganu pada masa itu
tidak kukuh lagi untuk berkembang di negeri-negeri di Nusantara. Penulis juga
mengangkal bahawa pusat penyebaran agama islam bermula di negeri kedah dengan
alasan bahawa Syeikh Abdullah anak murid kepada Ibnu Battutah telah sampai ke
kedah kira-kira 1400 masihi. Beliau perpendapat bahawa tidak berlaku penyebaran
pada waktu itu bahkan Raja Merong Mahawangsa Sendiri bukan beragama Islam.
Secara Konseptualnya penulis telah
menegaskan bahawa kedatangan Islam dia Asia Tenggara berlaku secara dua
peringkat iaitu masa tunas iaitu penyebaran Islam pada awalnya tidak dirancang
oleh pedagang Islam mereka hanya berdagang dan menetap secara sementara sahaja
contohnya di Terengganu dan juga Srivijaya. Pada peringkat kedua penyebaran Islam berlaku apabila pedagang Islam
telah mendapat kepercayaan pemerintah dan proses ini menurut pendapat penulis
telah diusahakan oleh para pendagang dan pendakwah yang datang dari Gujarat.
Selain daripada itu terdapat juga pendapat lain yang dikemukana mengenai
peringkat penyebaran islam di asia tenggara contohnya seperti Abdul Rahman Haji
Abdullah yang menyatakan terdapat tiga peringkat kedatangan islam ke asia
tenggara dan peringkat ketiga tersebut ialah peringkat perkembangan Islam di
Nusantara apabuila kehadiran ulama dan ahli tasauf daripada Yaman dan ianya
menjadi tunjang kepada kedatangan dan penyebaran Islam di rantau ini pada abad
ke-13 sehingga abad ke-17. Fakta ini boleh dirujuk di dalam buku Pemikiran Umat
Islam di Nusantara Sejarah dan Perkembangannya Hingga Abad ke-19 dan juga
Jaringan ulama timur tengah dan kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII yang
menghurai dengan jelas peranan pedagang dan ulama dari Yaman terhadap
perkembangan Islam di Asia Tenggara.
Bibiliografi.
Buku.
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara : Sejarah dan Perkembangannya HIngga
Abad ke-19. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah
Ishak, 1992, Islam Di India,
Nusantara Dan China, Kuala Lumpur: Nurin Interprise.
Ahmad Jelani Halimi, 2008 ,sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu,
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
Dasuki Bin Haji Ahmad, 1980, Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,.
Mahayudin
Yahaya, Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
2001.
Jurnal.
G.E
Marrison, “The Coming of Islam In East Indies,” JMBRAS Vol XXIV, Pt I ,(1951)
From The Treehouse : zaman kanak-kanak yang mengujakan.
Zaman
kanak-kanak merupakan zaman yang tidak dapat dilupakan oleh setiap orang yang
telah mencapai usia dewasa. Banyak karya daripada penulis terkenal yang telah
membukukan kisah zaman “bocah” atau zaman kanak-kanak mereka. Antara penulis
yang terkenal ialah Andrea Hirata dan lain-lain. Kartunis juga tidak terkecuali
mengekspresikan zaman kanak-kanak mereka melalui kartun yang dilukis oleh
mereka. Antaranya ialah Fujio F Fujiko dan pelukis terkenal tanah air, Lat.
Zaman kanak-kanak memberikan seribu kenangan dan pada ketika itu kanak-kanak
juga mempunyai seribu impian. Impian untuk mengejar cita-cita berdasarkan
fikiran mereka ketika itu. Kadangkala cita-cita itu hanyalah angan-angan,
fantasi dan imaginasi yang tidak mungkin dapat dicapai seperti menjadi adiwira
terkenal, merantau ke planet-planet seperti dalam cerita Star Wars dan Dragon
Ball, mempunyai ilmu kungfu dan silat yang boleh mengeluarkan api di tangan.
Begitulah zaman kanak-kanak aku dan kalian semua.
Berbalik
kepada tajuk, From The Treehouse…
Kenapa dengan
Treehouse...???
Sebenarnya,
Treehouse merupakan salah satu kenangan paling indah aku bersama kawan-kawan di
zaman kanak-kanak. Aku agak sulit juga memikirkan di mana kami inspirasi membina
treehouse ini. Antara sumber inspirasi yang menyebabkan ia melintasi fikiran
kami pada waktu itu ialah cerita P.Ramlee dan mungkin juga beberapa siri drama
kanak-kanak inggeris. Untuk membina rumah kayu ketika itu, kami yang tiada
asas-asas pertukangan hanya melakar pelan ringkas, seterusnya mencari barang
pertukangan untuk membina treehouse tersebut. Pokok yang sesuai juga dicari,
antara kriteria pokok yang sesuai ialah pokok yang dahannya banyak dan setara
supaya memudahkan proses melantai. Kami , tiga sekawan memulakan proses membina
dengan memanjat pokok, menaikkan kayu-kayu, zink sebagai bumbung dan alat
pertukangan lain. Proses pembinaannya begitu mudah sekali, hanya struktur asas
tanpa kekemasan dan nilai kesenian he..he..he..akhirnya treehouse kami siap
walaupun ada diantara kami yang jatuh “berdebap” ke tanah dua tiga kali semasa
proses memaku.
Banyak dugaan
yang ditempuhi semasa dan selepas proses membina treehouse…antaranya daripada
arwah atuk yang melarang kami membuat treehouse tersebut. Kata beliau..”nanti
pokok pelam tu tak berbuah bila ko dah paku pokok tu.!!” Kami dengan jiwa degil
pada masa itu terus membina dan melepak di atas treehouse tersebut.
Kadang-kadang….bila ada lebihan kuih muih di rumah, kami terus membawa ke atas
pokok untuk dijadikan kudapan. Buku-buku cerita dan komik juga tidak
ketinggalan dibawa ke atas untuk dibaca. Langsir lama juga dicari untuk
mencantikkan treehouse yang dibuat. Sejak adanya treehouse tersebut…mak aku
mula berleter…hehehe…biasalah..mak mana yang tidak sayangkan anaknya…
“azam..!!...ain..!! balik rumah…asyik do katas pokok tu je…macam tak ada
rumah…” hehe…begitu bunyi leteran mak setiap kali kami melepak atas pokok
tersebut. Kadang-kadang waktu malam pun kami pergi ke treehouse dengan bekalan
lilin hanya untuk merasai suasana malam dia atas pokok tersebut. Treehouse kami
bertahan agak lama juga sehingga satu ketika apabila atuk aku
merobohkannya…hehe… kami bertiga hanya mampu menangis melihat treehouse kami
dirobohkan begitu sahaja. Sepanjang zaman kanak-kanak kami, dua kali kami
membina treehouse. Selain itu terdapat juga binaan-binaan lain seperti jeti dan
kelong di parit berhampiran. Semuanya tidak bertahan lama. Almaklumlah…jurutera
tidak bertauliah…hehe…
Pengalaman
membina semasa zaman kanak-kanak begitu berharga buat kami. Kadang apabila
berbual mengenai pengalaman ini…terbit hilai tawa dalam kalangan kami. Aku
perhatikan zaman ini kurang anak-anak terlibat dengan aktiviti ini. Mereka
hanya duduk di rumah bermain video game,
facebook dan televisyen. Pengalaman bermain di luar agak kurang dan hal ini
kadangkala boleh mematikan daya kreativiti mereka. Aku ada membaca kisah
keluarga yang sanggup menjual segala permainan video, tv dan computer hanya
untuk menyuruh anak mereka bermain di halaman rumah. Satu langkah yang baik
juga dari mereka.
Kepada
adik-adik…. Jom bermain…membina…kembangkan daya kreativiti anda.
Insyaallah…ianya akan menjadi pengalaman berharga bila dewasa kelak..
-azam,
fuad, borhan, lopi,atiqillah,ameer, abang dan, adik ain, arwah atuk, mak dan
abah-
-watak
utama zaman kanak-kanak aku-
Wednesday, November 13, 2013
Ulasan Artikel "Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu"
Alhamdulillah…
dalam usaha untuk memahami perkembangan islam di alam melayu,terdapat beberapa artikel dan penulisan yang agak
menarik untuk dibaca antaranya ialah artikel yang ditulis oleh Dr Arba’iyah
Mohd Noor yang bertajuk “Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu”. Antara tujuan utama artikel ini ditulis
menurut Arba’iyah ialah untuk memperkenal perkembangan pensejarahan Islam di
Alam Melayu. Pengkisahan mengenai perkembangan pensejarahan Islam ini akan
dimulai dengan perkembangan Islam di rantau ini pada abad ke tujuh Masihi.
Perkembangan yang paling mendasar adalah peranan al-Quran dan sebahagian
pensejarahan Islam yang telah memberikan inspirasi dan kesedaran kepada orang
Melayu mengenai kefahaman mereka tentang sejarah Islam. Secara keseluruhannya
artikel ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pengenalan, perkembangan
islam di rantau alam melayu, pengajian sejarah dan tulisan jawi, karya
pensejarahan islam dan pengaruhnya serta kesimpulan.
Daripada bahagian pengenalan
kepada artikel ini, arba’iyah menyatakan bahawa pensejarahan islam pada awalnya
diperkenalkan kepada masyarakat melayu melalui kisah-kisah yang terdapat dalam
kitab Al-Quran yang boleh menjadi pedoman dan pengajaran kepada orang melayu
yang ketika itu masih mentah dan baru memeluk agama islam. Untuk menguatkan
lagi pensejarahan islam dalam kalangan orang melayu, karya pensejarahan islam
yang lain telah dibawa dan diceritakan kepada masyarakat melayu contohnya kisah
kepahlawanan sahabat Rasulullah S.A.W dan lain-lain.
Melalui bahagian perkembangan
islam di rantau alam melayu pula, artikel ini mengulas mengenai sejarah
kedatangan islam di alam melayu melalui beberapa teori yang telah dikemukakan
oleh sejarawan dan orientalis. Antara teori tersebut ialah kedatangan islam yang
telah disebarkan oleh pedagang arab. Perkara ini telah dikaji oleh Hamka
melalui pendapat yang dikemukakan oleh T.W Arnold dan sumber catatan daripada
China. Hal ini juga disepakati oleh syed Naquib al-Attas berdasarkan pengaruh
kesusasteraan daripada arab dan parsi. Melalui bukti batu nisan pula, ada
pendapat yang menyatakan islam telah disebarkan oleh pedagang daripada gujerat,
Malabar dan koromandel. Hal ini berikutan bentuk batu nisan yang ditemui
tersebut menyerupai batu nisan di kawasan Gujarat, Malabar dan koromandel.
Teori ini telah disokong oleh beberapa sejarawan dan orientalis daripada barat
seperti Pijnappel, Snouck Hurgrenje, Moquette, Morrison, Winstedt, Schrieke dan
sebagainya.
Selain
itu, artikel ini telah mengulas beberapa peringkat dakwah dan islamisasi yang
telah dilakukan oleh pedangang dan juga golongan ulama contohnya mengajar agama
di istana, mempelajari bahasa tempatan dan juga berkahwin dengan penduduk
tempatan. Selain itu karisma dan perwatakan pedagang dan ulama yang beragama islam
juga menarik minat raja-raja untuk mendapatkan nasihat bahkan mereka juga telah
dilantik sebagai ulama dan juga penasihat kepada raja.
Sumber :
Arba’iyah Mohd Noor, Perkembangan
Pensejarahan Islam Di Alam Melayu.
Diulas oleh : akhi azam, 13.11.2013
mungkin kerana kita leka...
sekali
pena terlepas dari genggaman,
ucapan
'oppss' mendahului YA ALLAH,
bila
perut kenyang,
'haa...kenyangnya'
mengatasi ALHAMDULILLAH,
bila
terpegun dengan keindahan alam,
SUBHANALLAH
ditutup oleh 'cantiknya',
bila dikunjungi
berita malang,
'kasihannya'
terucap kerana
kita
lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN,
kadangkala
kita lupa kerana kita terbiasa...
tp
ingatlah agar
bila
Izrail mendekati kita,
biarlah
ucapan LAILAHAILLALLAH
menjadi
juara mengatasi segala kata2..
Tuesday, September 17, 2013
Ku Kembara Sendirian
kembara...
kadang-kadang mengembara sendirian mendatangkan kepuasan kepada diri.
Mungkin pada orang, mereka memandang aku sebagai introvert...ada juga yang mengatakan aku "forever alone"...ahh...!!! pedulikan kata-kata itu.
ya... memang aku kadang-kadang suka bersendirian...
kerana pada waktu itu aku juga berfikir, aku juga merenung..dalam sunyi malam sehinggakan kepada bunyi bising deruan ombak dan hiruk pikuk lebuhraya.
sendirian aku tidak bermakna aku "kera sumbang" ...ada tempat yang aku berteman, ada tempat aku bergurau bersama rakan.
tetapi kadang aku perlu kepada kepuasan bersendirian...
aku mengimpikan kembara yang penuh cerita semasa bermotosikal sambil menuju ke denstinasi idaman..
bersendirian....
suka... mungkin juga duka... yang dapat aku coretkan dalam diari hati dan jentikan keyboard di blog ini. Mungkin juga dapat aku konsikan bersama keluarga dan teman-teman pengalaman mengembara..
bersendirian...
Subscribe to:
Posts (Atom)


