Sunday, April 20, 2014
Pakej Rekreasi: Memanah dan Go-Kart
Hujung minggu yang tenang, cuaca agak sedikit terik, matahari terbit dari ufuk timur dengan kilatan cahaya yang sedikit panas. Minggu ini aku terlibat dengan program Pembina UPSI. Kutekan pedal minyak kereta dan kukawal strering kereta menuju ke destinasi, sambil telefon menyanyi keriangan mengarahkan aku menjawab panggilan. Sambil menghala ke litar Go-Kart, aku terbayang kereta mini yang kecil dan dipandu dengan laju selain bow serta arrow yang laju menuju sasaran. Aku tiba di meja pendaftaran sambil menunggu ikhwah lain. Ya..boring juga...seperti biasa ikwah lambat sikit dan akhawat pula sudah memulakan sesi taaruf.
Selama lima minit menunggu akhirnya ikhwah yang dinanti dari tadi pun tiba. Kami terus ke meja pendaftaran dan melihat-lihat kereta yang bakal dipacu nanti. Setelah melihat dan memerhati akhirnya kami pun meneruskan aktiviti dengan menaiki go-kart. Ya...aku memecut dengan laju untuk mendapat tempat pertama, akan tetapi tiba-tiba ada anak biawak lalu melintas di depan kereta aku, dengan perasaan belas kasihan dan simpati aku pun membrek kecemasan. Akhirnya biawak itu terselamat dan aku pun ketinggalan di tempat tercorot...adoi...apa nak dikato. Program diteruskan dengan aktiviti memanah. Sambil membelek-belek bow dan arrow, aku teringat zaman kanak-kanak, apabila aku membuat sendiri panah dan anak panah menggunakan kayu. Tanpa, latihan dan tunjuk ajar, aku berjaya membuat panah tersebut dengan jayanya. Hampir 50 meter jugalah sasaran maksimum yang boleh dicapai oleh panah tersebut. Begitulah, permainan anak kampung seperti aku pada zaman dahulu. Hal ini berbeza dengan budak bandar yang asyik dengan gajet tanpa merasai kenikmatan bermain di luar rumah.
Program selesai pada pukul 1 tengahari dan kami pun bersurai.
Saturday, April 5, 2014
Kita Diuji Dengan Pilihan
Selepas mendapat
tawaran master di UPSI, aku diberi beberapa pilihan kerjaya. Di UPSI, aku
mendapat pilihan untuk menjadi pembantu penyelidik, satu kerjaya yang agak
sukar bagi pelajar master yang mengambil mod sepenuh masa. Sementara itu, aku
juga ditawarkan sebagai guru di sebuah sekolah agama swasta di Johor dan dalam
masa yang sama juga sebuah asrama anak yatim di Perak menawarkan aku menjadi
warden di asrama itu.
Ya…kalau nak
difikirkan mudah, senang dan goyang kaki, adalah lebih baik aku menjadi guru di
Johor dan menjadi warden di asrama. Research master pun boleh cepat siap,
tanggungjawab pun tak banyak dan paling penting gaji masuk tiap-tiap bulan.
Berbanding menjadi R.A yang hari-hari sibuk dengan research orang lain
berbanding research sendiri. Sebelum membuat keputusan aku teringat kata-kata
seorang ikhwah kepada aku:
Ikhwah A: Syeikh….enta
lepas belajar ni nak tinggal di sini atau kerja di tempat lain.
Aku : Tak tahulah ustaz…kalau ada rezeki di
tempat lain insya-Allah.
Ikhwah A: Ana nak cerita kat anta
satu cerita masa ana belajar dulu di Mesir. Masa tu ramai ikhwah yang habis belajar
di sana dan sepatutnya mereka balik ke Malaysia. Tapi kebanyakannya mereka
tangguhkan hasrat itu dan ada yang sambung master dengan usaha sendiri hanya
untuk kekalkan usaha dakwah di sana.
Kata-kata ikhwah A
itu kadang-kadang seperti mengetuk-ngetuk hati ini dan akhirnya aku mengerti. Ya…tanggungjawab
yang terpikul di bahu ini masih ada di medan ini. Adik-adik masih perlu dibimbing
dan program perlu diteruskan selagi diri ini masih terdaya. Kadang-kadang aku
juga lemah dengan ujian yang melanda tatkala berada di bumi tarbiyah ini. Saat diuji
dengan gaji yang tak kunjung tiba, kesibukan yang berterusan dan research master
yang bergerak perlahan. Moga ALLAH kekalkan hati ini supaya ikhlas bekerja di
sini.
Sunday, March 23, 2014
Mengapa mereka membenci sejarah?
Petang ini hujan turun mencurah-curah. Aku
keluar dari ofis meninggalkan keserabutan kerja yang masih belum diselesaikan
pada minggu ini. Sebelum itu, pada waktu pagi mentari terik sehingga rasa pedih
epidermis ini. Sebelum melangkah keluar ofis oku sempat berbincang secara
ilmiah dengan seorang pensyarah. Beliau seorang ahli statistik manakala aku
dalam aliran sejarah. Satu pertentangan akademik yang agak kontra antara aku
dan dia. dia mengkritik kaedah sejarah yang tidak menggunakan instrumen untuk
mengukur sesuatu peristiwa yang sudah berlaku. Aku pula menegaskan bahawa
sesuatu instrumen itu tidak boleh diaplikasi kepada sejarah. Instrumen itu
untuk diuji oleh manusia dan tidak ramai pelaku sejarah itu masih hidup pada
masa kini. Akhirnya aku mengalah kerana faktor usia dan tidak mahu melanjutkan
perdebatan.
Mungkin ramai pembenci sejarah di luar
sana…anda?? Kamu??dia?? atau siapa-siapa??
Menurut George Santayana, “those who cannot
remember the past are condemn to repeat it” . Mereka yang prihatin kepada
masa lalu tentunya akan sedar kepentingan serta fungsi sejarah dalam pelbagai
sudut kehidupan mereka. T.S. Hameraw berpendapat, sejarah juga boleh difahami
sebagai suatu proses pendidikan kenegaraan, menjalankan pemerintahan ataupun
untuk membimbing masyarakat.
Pernah juga seorang teman yang mengkritik
habis-habisan mengenai sejarah dalam facebook beliau. Beliau asyik menekankan
perkara yang lepas buat apa hendak diingat semula. Agaknya mereka yang ingin
melupakan sejarah itu ingat tak tarikh hari lahir dia??? Aku tersenyum
sendirian. Senyuman yang tak mampu aku ukir di dinding putih dalam skrin
komputer ini. Dalam kesamaran malam dikala aku menulis luahan ini, aku juga
risau dengan situasi pembenci sejarah . Ia seolah-olah satu epidemik dan sedang
menular dalam kalangan pelajar. Dalam benak dan fikiran mereka sudah tertanam
dengan satu sentimen iaitu “ sejarah subjek yang boring”, “sejarah perlu
membaca banyak buku” dan lain-lain.
Sedarlah teman…
Walaupun seboring mana ilmu itu…jangan sesekali
kau mencerca ilmu, walaupun engkau tidak minat ilmu tersebut. Aku teringat
bahan bacaan yang diberikan oleh murabbi di sini iaitu bainal ams wal yaum satu
tulisan daripada Hasan Al banna. Beliau sangat mementingkan aspek sejarah
supaya dihayati oleh generasi masa kini yang semakin hilang jati diri. Dengan
menghayati sejarah, anak muda mampu mengambil teladan dan juga inspirasi tokoh
dan peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Kita tidak boleh melupakan saja
peristiwa itu, bagaimana Tok Janggut dihambat dan digantung kerana perang jihad
yang dilancarkan oleh beliau.
Adakah engkau mahu melupakan itu anak muda???
Perjuangan mereka dengan darah dan jihad,
sedangkan kita mudah melafazkan “kita tinggalkan masa lalu”.
Masih ingatkan
engkau anak muda..
Perjuangan dakwah Rasulullah SAW sehingga mencapai
zaman kegemilangan islam dari rantau Arab sehingga ke eropah. Seruan dakwah itu
juga yang menyebabkan lidah kita basah mengucapkan dua kalimah syahadah.
Walaupun semua itu telah berlaku..tetapi peristiwa itu wajar kita ambil sebagai
cas tenaga kita untuk menapak dalam dunia ini.
Thursday, March 20, 2014
I.V kott...
Di tengah kesibukan berkerja sebagai pembantu
penyelidik dan dalam masa yang sama pula masih tercari –cari bahan untuk
research master, tiba-tiba SPP pula menghantar surat cinta.
“anda dikehendaki untuk hadir pada temuduga
yang akan dijalankan di IPGPP pada 18hb Mac 2014”
Apabila menerima MEMO tersebut….perasaan
bercampur baur dalam hati ini.
Gembira, sedih, risau, cemas….
Sedangkan teman lain begitu Exited, terkezut
dan teruja apabila mendapat berita ni.
Aku pun dengan kekalutan dan kesibukan di bumi
tarbiyah ini, mulalah mengumput sijil-sijil dan barang persiapan untuk
temuduga. blazer(pinjam pensyarah), cop pengesahan, baju berwarna lembut dan
bermacam-macam kelengkapan lain. mengalahkan persiapan walimah je…hurmm…aku merungut
sendirian di sini. Persiapan fizikal sudah disiapkan…tetapi persediaan
mental……???
Aku pun membaca sedikit nota yang dibekalkan
oleh adik aku yang juga sedang menunggu penempatan guru. Dari muka depan sampai
ke muka belakang aku baca tetapi aku rasakan fakta tu belum menyerap ke dalam
minda. Dalam hati aku berkata…
“.ahhhh…nanti masa temu duga tu fakta tersebut
akan keluar dengan sendiri”
Dalam
hingar bingar kesibukan tadi, tiba-tiba..dugaan lain pula menimpa diri aku yang
serba kusut ini. Ingat….demam, sakit, masalah….semua itu ujian dari
ALLAH…mungkin ada hikmah dan kebaikan di sebalik peristiwa ini bagi muslim yang
merenung dan berfikir…begitulah ayat pujukan kepada diri ini.
Pada hari sabtu 15hb itu, aku dengan badan yang
menggigil dan kepala yang pening mula memulas minyak motor untuk balik ke
kampung halaman. Badan dan sugul, kepada yang pening, dan mata yang berat
membuat aku merasa jarak yang biasa aku lalu untuk ke kampung halaman dua kali
jauh daripada sebelum ini. Alhamdulillah sesudah sampai di rumah, mak dah
bersiap sedia dengan ubat dan leteran. Aku menadah telinga je bila dihujani
dengan macam-macam leteran..hehe
17 mac 2014…aku meneruskan misi temu duga
dengan memulakan perjalanan ke Parit Buntar. Sampai di Manjung, hujan turun
mencurah-curah sepanjang jalan sehingga ke Parit Buntar. Alhamdulillah sahabat
aku Solihin yang tinggal di Parit buntar sudi menerima aku sebagai tetamu pada
hari itu sebelum ke Pulau Pinang pada hari seterusnya. Pada pukul 5 pagi aku,
solihin dan pak cik hasan(bapa solihin) mula memecut ke Bukit chombee. Surau
menjadi tempat kami solat subuh dan berehat sebelum berjuang di bilik temu
duga.
Pukul 7.30 pagi aku lihat beberapa calon temu
duga yang sememangnya aku pernah lihat di UPSI sudah berdiri di depan pintu bilik…fuhh..semangat
betul diorang ni. Aku melihat dengan mata yang mengantuk sambil bersandar di
tiang surau. Selepas gesaan dari pak cik hasan aku dan solihin mula bergegas
naik ke atas bangunan tersebut untuk mendaftar. Kebetulan dalam senarai nama tu
aku dalam senarai calon ketiga. Apalagi aku pun kalut menyiapkan dokumen dan
dalam lima minit tu aku pun dipanggil ke bilik.
Aku, Hisyam murai, Hisyam YB, Nazrin, Asmuna,
dan Farahain mula menapak kaki ke dalam bilik temu duga. Soalan pertama kepada
kami ialah pengenalan diri. Seterusnya kami pula disoal mengenai isu pendidikan
semasa. Aku dengan semangat yang datang tiba-tiba secara sukarela mengangkat
tangan…bukan apa…hari-hari aku melihat masalah PBS, sebelum orang lain sambar
isu itu dulu adalah lebih baik aku terkam dulu. Ulas, perah dan goreng tiba-tiba kata-kata aku dipotong oleh panel.
Kamu ni bak bagi kelas ke atau pendapat…sambil hisyam Murai tersenyum sinis.
Panel terdiri daripada seorang datuk dan seorang Guru Cemerlang Sejarah. Datuk
lebih mengutarakan soalan umum manakala Guru Cemerlang lebih berfokus pada
silibus dalam PdP. Soalan yang ditanya kepada aku ialah residen dan penasihat
serta persediaan sebelum pengajaran. Alhamdulillah…gorengan dan tumisan aku
menjawab tadi berhasil walaupun kadangkala terdapat tambahan garam dan lada
sedikit dalam resipi menjawab tadi. Selesai temu duga pada pukul tiga petang
kami pun keluar dari pulau menaiki jambatan kedua Pulau Pinang tanpa
bayaran(free sehingga april) diskaun pembukaan kononnya. Pemandangan yang cantik
sepanjang jambatan melintasi pulau aman dan laut yang biru. Hati pemancing aku
mula meronta-ronta untuk melabuhkan kail di sini. Huhu
Aku pulang dalam pukul 5 petang melalui jalan
lama, kerana ingin melihat panorama yang menarik sepanjang jalan. Hobi aku
berhenti bila nampak tasik, bukit sungai…alhamdulillah aku selamat sampai
dengan jarak perjalanan dari tapak parking rumah solihin ke parking rumah aku
sebanyak 199km dan kurang 1 km sahaja untuk mencukupkan 200km.
Begitulah kisah i.v yang menjadi sejarah bila
aku membacanya pada kemudian hari…fuhhh lega rasanya..

aku membacanya pada kemudian hari…fuhhh lega rasanya…
Sunday, March 16, 2014
Last minit punya cerita: kenangan hari terbuka kolej...
sikit-sikit terkenang...
terkenang je sikit-sikit..
hmmmmmmmm....
hambar..boring je blog
suka hati la...sememangnya aku je yang baca blog ni...hehe
bukan apa...
kadang-kadang...kisah yang tak dikenang apatah lagi dicatat pada lembaran kertas, blog, kulit kambing, daun papyrus dan lain-lain mudah dilupakan. aku dah mengalaminya...sedih..bila buku catatan aku yang penuh dengan artikel yang ditulis semasa kerja koperasi hilang entah ke mana.
kembali kepada tajuk..!!!!
kebetulan hari ni hari terbuka kolej kat Universiti tempat aku belajar.
bila hari terbuka ni yang paling bestnya kalau nak beli makanan tak payah pi jauh-jauh. cuma turun tangga dan order je..tu kalau di kolej kuo lama la. Klu ade persembahan je..aku jenguk ikut tingkap je...tak payah bersesak-sesak kat bawah tu. Yang paling best sekali masa UNIC buat persembahan. aku dan geng tengok ikut tingkat je...tiba-tiba bila habis nasyid ada pulak cabutan nombor bertuah. Aku dah siap dengan nombor kat tangan tapi hati ni rasa memang tak ada harapan nak dapat. Alhamdulillah..tu yang dikatakan rezeki aku..
tiba-tiba UNIC tu sebut nombor aku pulak....banyak kali dia sebut...
122334..aku pun tak ingat no berapa..haha
sila datang ke hadapan dan ambil hadiah...!!!
adeiii...aku dari tingkap menjerit...ada...ada!!...ada.!!
la...orangnya ada di tingkap rumah...mai turun ambil hadiah...hahahaha...
kata UNIC tu...
aku dengan rasa bertuahnya berlari turun tangga pi ambil hadiah...fuhhh..letih...
lagi satu kenangan yang paling tak dapat dilupakan masa hari terbuka ialah kena jadi peserta bidan terjun.
bukan sekali tapi banyak kali. Hehehe
Teringat semasa pertandingan puisi islam. Pihak kolej jemput peserta dari luar..tapi semua peserta yang hadir dari dalam UPSI sendiri. Aku pula dipaksa oleh kawan-kawan untuk masuk pertandingan puisi..
kalau menulis tu ok lagi...ni nak kena jadi usman awang pulak kat pentas...adeiii...
jadi tak jadi kena jugak naik pentas...
puisi pulak dikarang setengah jam sebelum pertandingan...ni baru dikata last minit punya puisi..
hehe..jalan cerita dan lakonan semua dilakukan secara spontan.
cerita sedih kononnya tiba-tiba jadi macam rancangan maharaja lawak kerana lakonan spontan tadi.hehehe
(ada video tapi aku segan nak upload)
akhil hayy(juri pertandingan) pun pecah perut gelak sekali...ni penangan lawak osman la ni...hehe
komen juri lepas tu..
"puisi menarik..cuma lakonan tu mcm raja lawak je..."
"saya rasa macam kat korea pun ada, )sebab muzik latar lakonan tadi theme song winter sonata)"
bila tengok balik video tu...sampai sekarang aku boleh tergelak lagi..
kesimpulan dari cerita ni bukannya cerita lawak tadi.
apabila difikirkan kembali..
kalau tak diepecahkan ruyung manakan dapat sagunya..
kalau tak mencuba manakan dapat hasilnya..
sebelum ni aku memang agak introvert..
berpuisi hanya di alam maya sahaja...
tetapi kini di alam nyata..
terima kasih teman-teman..
zaman muda

Sunday, March 9, 2014
Kembara lagi...sedikit catatan untuk muslimah...
pagi tadi aku mengembara seorang diri dari tanjung malim ke sebuah destinasi rahsia. Aku menunggang motor sambil memakai jaket lusuh dan berkasut "jazz star" yg agak season. Sedang aku memecut, diri ini teringat kenangan silam di TM sambil lirik lagu "switchfoot-this is home" bermain-main di minda. Aku kemudian singgah di stesen minyak untuk berehat sebentar sebelum kembali menyambung perjalanan yang jaraknya masih 100 km lagi..huh..
Tiba-tiba, sebuah kereta suzuki swift berhenti untuk mengisi minyak. Kemudian, dari dalam perut kereta keluar seorang gadis yang berpakaian trendy dan stailo.
Hendak dijadikan cerita, tiba-tiba dtg pula sebuah van untuk mengisi minyak. Van itu dipenuhi anak muda yang mungkin hendak pi berkelah kat mana2.
wow...awek cun...!! kedengaran sorakan dan jeritan dari perut van ke arah gadis tadi.
haii...!!!
boleh berkenalan!!!!...hahaha...samb il gelak berdekah dekah.
suasana agak bising dengan gadis tadi tak tentu arah disapa sebegitu.
hai adik manis boleh berkenalan. sapa bangla pam.(hanya rekaan semata2)
aku bermonolog sendirian..
kalau hang pakai pakaian muslimah, gerenti hang tak kena kacau mcm tu.
Pakaian yang labuh ibarat perisai bagi seorang muslimah. Aku percaya, pemuda tadi tak berani nak tegur apatah lagi untuk disapa mcm tadi.
(mcm ayat dlm novel fatimah sharha pulak)
selepas..mengisi minyak...van tadi masih terlolong dan terpekik sambil mengurat si gadis tadi tanpa ada rasa malu.
aku pun berlalu dengan motor buruk lagenda 110zr (legend di area TM) menuju ke destinasi sambil lagu "muslimah" dendangan nazre johani bermain di bibir.
hehehe..
begitulah sedikit cebisan kisah hari ni..
Tiba-tiba, sebuah kereta suzuki swift berhenti untuk mengisi minyak. Kemudian, dari dalam perut kereta keluar seorang gadis yang berpakaian trendy dan stailo.
Hendak dijadikan cerita, tiba-tiba dtg pula sebuah van untuk mengisi minyak. Van itu dipenuhi anak muda yang mungkin hendak pi berkelah kat mana2.
wow...awek cun...!! kedengaran sorakan dan jeritan dari perut van ke arah gadis tadi.
haii...!!!
boleh berkenalan!!!!...hahaha...samb
suasana agak bising dengan gadis tadi tak tentu arah disapa sebegitu.
hai adik manis boleh berkenalan. sapa bangla pam.(hanya rekaan semata2)
aku bermonolog sendirian..
kalau hang pakai pakaian muslimah, gerenti hang tak kena kacau mcm tu.
Pakaian yang labuh ibarat perisai bagi seorang muslimah. Aku percaya, pemuda tadi tak berani nak tegur apatah lagi untuk disapa mcm tadi.
(mcm ayat dlm novel fatimah sharha pulak)
selepas..mengisi minyak...van tadi masih terlolong dan terpekik sambil mengurat si gadis tadi tanpa ada rasa malu.
aku pun berlalu dengan motor buruk lagenda 110zr (legend di area TM) menuju ke destinasi sambil lagu "muslimah" dendangan nazre johani bermain di bibir.
hehehe..
begitulah sedikit cebisan kisah hari ni..
Tuesday, March 4, 2014
Face it..!!!
alahai....mudahnya tajuk..mesti tak ada idea ni kan???
rasanya aku boleh membaca isi hati antum bila membaca tajuk ini.
ya...tajuknya simple tetapi aku cuba saratkan dengan isi kehidupan yang kita perlu "face it!!!"
alhamdulillah... selesai mendaftar untuk program master sepenuh masa di UPSI. Tugas sudah bermula sebagai R.A dan juga sebagai pelajar walaupun diri ini kadang-kadang dihimpit dengan masalah kesunyian. Ya lah....zaman degree...ada kawan-kawan teman makan, ada kawan untuk sembang...tetapi sekarang kadang-kadang makan sorang di kedai dengan kawan setia yang tak bercakap(buku).Di sini tugas sebagai da'ei sudah bermula sesuai dengan kata-kata peserta pencetus ummah yang aku tak ingat namanya.
"Aku da'ei bukan mufti"
walaupun diri ini tak sehebat ikhwah di Universiti lain yang boleh mengumpul mad'u dengan banyak, program yang berjalan setiap minggu, liqo yang disertai adik-adik halaqoh yang ramai, insyaallah...aku cuba...cuba... dan insyaALLAH terus mencuba, moga akan lahir da'ei mantop di sini walaupun.... bukan aaaa...kuuu...
insyaallah adik-adikku di sini akan meneruskannya.
ikhwah fillah yang dihormati sekalian...
(wow....bahasa yang biasa digunakan oleh para ikhwah.)
Apabila dakwahmu tak mendapat sambutan, maka sabarlah...moga akan ada sinar di kemudian hari. Perkara yang paling penting...sabar...sabar..sabar dan teruskan dengan kerja..kerja..dan kerja. Hal ini kerana seorang da'ei atau pendakwah, walaupun dakwahnya tak mendapat sambutan...adik-adik usrah mudah futur ..... pujuklah hati antum (wow..bahasa biasa lagi) mungkin kaedah dakwah antum tak sesuai, mungkin ilmu antum belum cukup dan yang paling penting....pujuklah diri kita...mungkin ALLAH sedang menguji kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)