Wednesday, February 25, 2015
tanggungjawab itu lebih daripada masa
Aku rasa seperti tidak layak untuk menulis mengenai masa, kerana kadang-kadang aku juga sering mengabaikannya. Tapi tak mengapalah, ingatan ini cuma untuk soliloque diri ini dalam keheningan malam setelah kerja yang padat pada waktu siang dan program ikhwah waktu malam. Ahh..baru dapat ku rasa lega dan nikmat baring diatas tilam kekabu setelah seharian berjalan seperti nomad.
Merujuk balik kepada tajuk...ya..ada benarnya kata Al banna, tanggungjawab itu lebih daripada masa. Akh...(ingatan untuk diri), kadang-kadang kita terlalu sibuk bekerja sehingga lupa tanggungjawab kita kepada agama. Akh..kadang-kadang kita sibuk dengan urusan dakwah sehingga ibu bapa kita di kampung menanggung rindu kepada anaknya. Akh..kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kerja kita terlupa bahawa kita ini masih perlu diisi dengan ilmu. Akh...kadang-kadang kita terlalu sibuk sehingga kita lupa bahawa ada insan yang masih memerlukan ilmu dari kita.Akh...kadang-kadang kita sibuk sehingga lupa ada keperluan diri yang perlu kita tunaikan seperti berkeluarga.Akh.....dan banyak lagi. Mata pun sudah mengantuk.. esok masih ada tanggungjawab lagi untuk diselesaikan.....akh...akh....(akulah akh yang suka membuang masa itu..huhu)
Tuesday, February 17, 2015
Senja itu...
Malam itu benar-benar tenang, mencurahkan ketenangan dalam relung hatiku. Sebelum itu, pada senja yang kelam, aku pergi ke asrama dengan motor kapcai teman. Azan kualunkan dan usai solat Ustaz jemputan memulakan mutiara katanya. Cikgu shah berbisik kepadaku, Tuan Guru sudah meninggal dunia sebentar tadi. Aku terpana seketika, lidah mengungkapkan lafaz sunat musibah sambil hati bergetar kerana hiba. Aku mengenalinya sejak kecil lagi dan masih segar lagi dalam ingat bila aku mula menbaca karyanya ' tazkiyah an nafs' sewaktu darjah enam. Kitabnya kubawa sampai ke universiti untuk tazkiyah diri ini. Alhamdulillah, hasrat hati untuk bersua dengannya akhirnya tercapai semasa ziarah ke Kelantan. Kelibatnya samar-samar kulihat. Sambil bertongkat, dia berjalan menggagahkan diri yang semakin dimamah usia. Dia berjalan memasuki masjid dan duduk berhampiran denganku. Tanpa perlu disapa, dia menghadiahkan senyuman yang manis disebalik kedut tua di wajahnya. Kini dia telah pergi dan menunaikan hakikat sebagai pengembara dunia menuju ke destinasi yang pasti. Perjuangan dan ilmunya menjadi tauladan buat diri. Ku sedar, destinasi itu juga pasti menjemputku nanti. Al fatihah buat Tuan Guru Nik abdul Aziz bin Nik Mat.
Thursday, January 15, 2015
genap 26 tahun
15 hb januari 2015 ini genaplah umur 26 tahun
. Dah tua rupanya diri ini.
Kesibukan hampir menyebabkan aku lupa sehingga mesej adik menyedarkan diri ini.
Ya.. .26 tahun...
. Dah tua rupanya diri ini.
Kesibukan hampir menyebabkan aku lupa sehingga mesej adik menyedarkan diri ini.
Ya.. .26 tahun...
Thursday, December 25, 2014
kejarlah dunia semahumu, tapi ingat akhirat destinasi tetapmu
Untuk meneruskan kelangsungan hidup, seseorang hamba itu perlu mencari pekerjaan. Setiap pekerjaan ada dugaannya tersendiri dan hanya jiwa hamba sahaja akan merasa nikmat pekerjaan itu.
Mengapa jiwa hamba?
Aku, kau dan kamu semua ada jiwa!!
Tapi untuk mencari jiwa hamba bagaikan mencari permata hijau yang perlu digali sedalam- dalamnya di perut bumi.
Hanya yang bertaqwa akan memiliki.
Pekerja yang memiliki jiwa hamba tak akan berkeluh kesah dengan tugas yang ditanggungi.
Manakala pekerja yang memiliki jiwa dunia akan merengus kencang walau tugas itu ringan sekali.
Amarah pekerja sering menghantui. Laksana sang naga ingin menerkam bebiri.
Manakala si jiwa hamba tugasnya sentiasa saling kasih mengasihi. Umpama oasis yang melegakan pengembara di gurun kalahari.
Suara si gila dunia kadang bak halilintar menembak bumi.
Berdentum dentang menakutkan penghuni bumi.
Sang jiwa hamba suaranya bak angin semilir.
Sepoi sepoi bahasa. Walau tak nampak dipandang tapi bunyi dan dinginnya dirindui.
monolog ini hanya kerna ingin menasihati diri. Kerna ku tahu diri bukan suci murni. Kadang sukar menelah jiwa ini. Adakah jiwa hamba yang dicari atau jiwa dunia yang dikeji.
Azam/Bagan Datoh/Pagi Jumaat.
Monday, December 22, 2014
lepaskan kebimbangan
Let go of your worries
and be completely clear-hearted,
like the face of a mirror
that contains no images.
If you want a clear mirror,
behold yourself
and see the shameless truth,
which the mirror reflects.
If metal can be polished
to a mirror-like finish,
what polishing might the mirror
of the heart require?
Between the mirror and the heart
is this single difference:
the heart conceals secrets,
while the mirror does not.
and be completely clear-hearted,
like the face of a mirror
that contains no images.
If you want a clear mirror,
behold yourself
and see the shameless truth,
which the mirror reflects.
If metal can be polished
to a mirror-like finish,
what polishing might the mirror
of the heart require?
Between the mirror and the heart
is this single difference:
the heart conceals secrets,
while the mirror does not.
-RUMI-
Wednesday, December 17, 2014
Apabila orang bertanya soal jodoh...garu kepala dan senyuman sahaja yang mampu aku bagi..
Musim cuti merupakan musim yang menggembirakan bagi pelajar dan juga guru-guru. Musim cuti juga merupakan waktu yang ideal untuk menganjurkan majlis perkahwinan. Dalam musim cuti ini juga aku sering memenuhkan perut dengan hidangan nasi minyak setiap minggu di rumah teman-teman sebaya yang bernikah. Ah...enaknya nasi minyak yang dihidangkan panas bersama kari daging, rendang ayam dan paling menarik sekali ialah berjumpa teman-teman lama yang sudah bertahun tidak bertemu. Aku perhatikan teman-teman dahulu ada yang mendukung anak, ada yang beriringan dengan isteri/suami...haha...aku juga yang masih selesa dengan status bujang, menaiki motor kapcai, berseluar sukan dan memakai t-shirt di majlis itu.
Pulang sahaja ke rumah, mak sudah siap soalan cepu emas kepada aku...
asyik pergi kenduri ke rumah kawan je....!!!
diri tu bila nak bernikahnya..!!
Ada kawan mak ni cikgu....anak dia baru balik belajar kat Arab..setuju ke tak???
Aku terbeliak sambil menggaru-garu kepada yang tidak gatal. Apa nak kujawab?? setuju atau tak??
Muka tak hensem....motor kapcai...selekeh pulak...duit pun tak berapa nak ada.
Jalan selamat bagi menjawab soalan tersebut...
Saya tak sedia lagi mak... baru je kerja 4 bulan..suruh la dia cari orang lain.
Mak menjawab....
Mak bukan apa...mak berkenan dengan budak tu...tudung labuh...baik...dan macam-macam pujian lagi.
Aku pun tak tahu nak buat apa...tangan masih lagi menggaru kepala yang tak gatal. Mulut tersengih-sengih dan kening bergerak-gerak.
Arhh.... Ustaz-ustaz di Ipoh juga menanyakan perkara ini....
apapun masa yang sesuai masih belum tiba lagi.
dan aku suka kata-kata ini..
Pulang sahaja ke rumah, mak sudah siap soalan cepu emas kepada aku...
asyik pergi kenduri ke rumah kawan je....!!!
diri tu bila nak bernikahnya..!!
Ada kawan mak ni cikgu....anak dia baru balik belajar kat Arab..setuju ke tak???
Aku terbeliak sambil menggaru-garu kepada yang tidak gatal. Apa nak kujawab?? setuju atau tak??
Muka tak hensem....motor kapcai...selekeh pulak...duit pun tak berapa nak ada.
Jalan selamat bagi menjawab soalan tersebut...
Saya tak sedia lagi mak... baru je kerja 4 bulan..suruh la dia cari orang lain.
Mak menjawab....
Mak bukan apa...mak berkenan dengan budak tu...tudung labuh...baik...dan macam-macam pujian lagi.
Aku pun tak tahu nak buat apa...tangan masih lagi menggaru kepala yang tak gatal. Mulut tersengih-sengih dan kening bergerak-gerak.
Arhh.... Ustaz-ustaz di Ipoh juga menanyakan perkara ini....
apapun masa yang sesuai masih belum tiba lagi.
dan aku suka kata-kata ini..
Cuti: Menjadi pengiring adik-adik
Tepat jam
6.30 aku mencari privasi, tatkala peserta KRIM sedang beriadah sambil dipantau
oleh fasilitator aku terus ke pantai melihat matahari terbit sambil berteman
laptop usang yang dibeli empat tahun dahulu. Sambil melihat matahari bergerak
perlahan dan cahaya petang berbalam-balam mula pudar warnanya, idea-idea untuk menulis
semakin lama semakin meruap-ruap.
Sepanjang
mengiringi anak-anak KRIM yang merupakan pewaris perjuangan dakwah ini, aku
mula terfikir anak-anak di luar sana. Sebenarnya semakin lama kita membina anak-anak
ini, semakin kuat cabaran yang mendatang kepada anak-anak ini. Mungkin usia
belasan tahun seperti mereka ada sikap keanak-anakan dan gila-gila remaja.
Tetapi dengan situasi umat zaman sekarang, sifat kematangan perlu ada pada
remaja.
Jika diimbas kembali zaman para sahabat dahulu ada antara sahabat sudah
memikul beban ummah dan dakwah ketika belasan tahun lagi. Remaja-remaja
palestin contohnya, mereka sedar bahawa tanggungjawab mereka kini dan kelak
adalah membebaskan negara mereka dari penjajahan. Sifat kematangan dan
kebertanggungjawaban ini perlu dididik sejak dari kecil lagi dan ibu bapa perlu
mendedahkan tanggungjawab ini sejak mereka kecil. Apakah yang dimaksudkan
dengan matang??.. Matang pada remaja diertikan remaja itu sedar akan
keberadaannya di bumi ini, sedar akan tanggungjawabnya sebagai hamba, sebagai
anak, sebagai pelajar. Moga anak-anak yang aku iring ini mampu menjadi pemimpin
masa depan insya-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)

