Pagi ahad yang ceria, bangun tidur dan solat subuh kemudian capai kasut futsal di rak dan terus memecut ke padang polo. Hari ini kena mengetuai riadah dengan ikhwah STAM. Selesai riadah kirkira-kira jam 10, aku pergi le pasar karat untuk membeli buku terpakai..dapatlah satu buku yang agak nagus, iaitu '1421 the year chinese discover the world'. Setelah itu, aku balik ke rumah kemudian perlu bersiap ke izzudin untuk berjumpa anak usrah.
Petang ini pula perlu mambawa anak murid ke stadium untuk menyokong korea. Malam pula ada meeting progran dakwah. Begitulah kehidupan aku seharian...kadang-kadang aku terfikir, kalau sudah mendirikan rumahtangga, adakah zaujah mampu mrmahami tugas aku ini??..hmm
Saturday, April 11, 2015
Wednesday, April 1, 2015
20 adik yang perlu dijaga.
Awal tahun 2015 aku dikejutkan dengan penyerahan jadual yang menyatakan aku juga dilantik sebagai guru kelas. Pengalaman yang agak mendebaran kerana aku tidak pernah menggalas tugas ini. Tugas yang agak sukar bagi setiap guru kerana perlu berurusan dengan pelbagai perkara berkaitan pengurusan kelas, keceriaan, sukan dan lain-lain.
Rela dan terpaksa, aku menerima cabaran ini.
Susah juga jadi guru kelas ini. Ibarat kitalah ayah dan abang...lagi-lahi budak asrama..
Rela dan terpaksa, aku menerima cabaran ini.
Susah juga jadi guru kelas ini. Ibarat kitalah ayah dan abang...lagi-lahi budak asrama..
Wednesday, February 25, 2015
tanggungjawab itu lebih daripada masa
Aku rasa seperti tidak layak untuk menulis mengenai masa, kerana kadang-kadang aku juga sering mengabaikannya. Tapi tak mengapalah, ingatan ini cuma untuk soliloque diri ini dalam keheningan malam setelah kerja yang padat pada waktu siang dan program ikhwah waktu malam. Ahh..baru dapat ku rasa lega dan nikmat baring diatas tilam kekabu setelah seharian berjalan seperti nomad.
Merujuk balik kepada tajuk...ya..ada benarnya kata Al banna, tanggungjawab itu lebih daripada masa. Akh...(ingatan untuk diri), kadang-kadang kita terlalu sibuk bekerja sehingga lupa tanggungjawab kita kepada agama. Akh..kadang-kadang kita sibuk dengan urusan dakwah sehingga ibu bapa kita di kampung menanggung rindu kepada anaknya. Akh..kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kerja kita terlupa bahawa kita ini masih perlu diisi dengan ilmu. Akh...kadang-kadang kita terlalu sibuk sehingga kita lupa bahawa ada insan yang masih memerlukan ilmu dari kita.Akh...kadang-kadang kita sibuk sehingga lupa ada keperluan diri yang perlu kita tunaikan seperti berkeluarga.Akh.....dan banyak lagi. Mata pun sudah mengantuk.. esok masih ada tanggungjawab lagi untuk diselesaikan.....akh...akh....(akulah akh yang suka membuang masa itu..huhu)
Tuesday, February 17, 2015
Senja itu...
Malam itu benar-benar tenang, mencurahkan ketenangan dalam relung hatiku. Sebelum itu, pada senja yang kelam, aku pergi ke asrama dengan motor kapcai teman. Azan kualunkan dan usai solat Ustaz jemputan memulakan mutiara katanya. Cikgu shah berbisik kepadaku, Tuan Guru sudah meninggal dunia sebentar tadi. Aku terpana seketika, lidah mengungkapkan lafaz sunat musibah sambil hati bergetar kerana hiba. Aku mengenalinya sejak kecil lagi dan masih segar lagi dalam ingat bila aku mula menbaca karyanya ' tazkiyah an nafs' sewaktu darjah enam. Kitabnya kubawa sampai ke universiti untuk tazkiyah diri ini. Alhamdulillah, hasrat hati untuk bersua dengannya akhirnya tercapai semasa ziarah ke Kelantan. Kelibatnya samar-samar kulihat. Sambil bertongkat, dia berjalan menggagahkan diri yang semakin dimamah usia. Dia berjalan memasuki masjid dan duduk berhampiran denganku. Tanpa perlu disapa, dia menghadiahkan senyuman yang manis disebalik kedut tua di wajahnya. Kini dia telah pergi dan menunaikan hakikat sebagai pengembara dunia menuju ke destinasi yang pasti. Perjuangan dan ilmunya menjadi tauladan buat diri. Ku sedar, destinasi itu juga pasti menjemputku nanti. Al fatihah buat Tuan Guru Nik abdul Aziz bin Nik Mat.
Thursday, January 15, 2015
genap 26 tahun
15 hb januari 2015 ini genaplah umur 26 tahun
. Dah tua rupanya diri ini.
Kesibukan hampir menyebabkan aku lupa sehingga mesej adik menyedarkan diri ini.
Ya.. .26 tahun...
. Dah tua rupanya diri ini.
Kesibukan hampir menyebabkan aku lupa sehingga mesej adik menyedarkan diri ini.
Ya.. .26 tahun...
Thursday, December 25, 2014
kejarlah dunia semahumu, tapi ingat akhirat destinasi tetapmu
Untuk meneruskan kelangsungan hidup, seseorang hamba itu perlu mencari pekerjaan. Setiap pekerjaan ada dugaannya tersendiri dan hanya jiwa hamba sahaja akan merasa nikmat pekerjaan itu.
Mengapa jiwa hamba?
Aku, kau dan kamu semua ada jiwa!!
Tapi untuk mencari jiwa hamba bagaikan mencari permata hijau yang perlu digali sedalam- dalamnya di perut bumi.
Hanya yang bertaqwa akan memiliki.
Pekerja yang memiliki jiwa hamba tak akan berkeluh kesah dengan tugas yang ditanggungi.
Manakala pekerja yang memiliki jiwa dunia akan merengus kencang walau tugas itu ringan sekali.
Amarah pekerja sering menghantui. Laksana sang naga ingin menerkam bebiri.
Manakala si jiwa hamba tugasnya sentiasa saling kasih mengasihi. Umpama oasis yang melegakan pengembara di gurun kalahari.
Suara si gila dunia kadang bak halilintar menembak bumi.
Berdentum dentang menakutkan penghuni bumi.
Sang jiwa hamba suaranya bak angin semilir.
Sepoi sepoi bahasa. Walau tak nampak dipandang tapi bunyi dan dinginnya dirindui.
monolog ini hanya kerna ingin menasihati diri. Kerna ku tahu diri bukan suci murni. Kadang sukar menelah jiwa ini. Adakah jiwa hamba yang dicari atau jiwa dunia yang dikeji.
Azam/Bagan Datoh/Pagi Jumaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)


