Aku
merenung titis-titis hujan daripada jendela mewah di Heritage Hotel. Titis air
terbit di cermin kaca akibat daripada proses kondensasi yang berlaku kerana
cuaca di dalam bilik lebih sejuk berbanding di luar. Selama empat hari ini
minda aku letih merenung dan menanda kertas 3 pagi, petang dan malam.
Esok aku
perlu ke Kuala Lumpur. Mengiringi anak-anak hoki untuk mengadakan perlawanan
persahabatan dan juga lawatan ke tempat menarik di Kuala Lumpur. Bandar yang
agak nostalgia bagiku. Ya…nostalgia…nanti kusambung kisahnya di perenggan
seterusnya.
Hari
Jumaat…penghulu segala hari. Aku tergesa-gesa menghantar kereta ke rumah dan
kembali ke hotel untuk sesi terakhir pembentangan. Kemudian aku tergesa-gesa
untuk keluar awal dari dewan kerana bas sudah menunggu di luar kelas. Sabarlah
wahai hati…tergesa-gesa dan menjadi mainan dalam hidup sejak aku hadir ke sini.
Rindu aku kepada bumi tarbiyah, suasana yang aman, bumi yang hijau, majlis ilmu
yang mekar mewangi, biah solehah yang wujud seperti embun yang menyegarkan
dedaunan di musim kemarau. Ya…aku ingin kembali ke sana.
Kembali ke
alam realiti…
Aku terjun
ke dalam perut bas dengan rasa letih di otak. Destinasi adalah Kuala Lumpur.
Bandar yang sering dijadikan tajuk lagu-lagu evergreen seperti alleycats, malek
ridzuan. Teringat baik-bait lirik malek ridzuan yang dinyanyikan oleh konduktor bas dalam filem "rock ooo"
“Meskipun badai yang melanda
aku terus melangkah
mengharungi hidup kota
dengan sepotong doa
Agar penghidupan
lebih maju bermakna
cuba membela nasib agama, bangsa, negara”
mengharungi hidup kota
dengan sepotong doa
Agar penghidupan
lebih maju bermakna
cuba membela nasib agama, bangsa, negara”
Bas kami
berhenti di Stadium Pantai Kuala Lumpur. Stadium ini tidak asing lagi bagi aku.
Sejak liga Div 1 lagi aku dah bermain di sini. Berhadapan dengan menara rebung,
suasananya sungguh indah sekali. Tersergam megah ibarat setiap penghuni dalam
menara itu menonton perlawanan hoki pada hari ini. Aku sempat berlari ke masjid
untuk solat Jumaat. Iktikaf sebentar di masjid ini menggamit memori aku semasa
zaman menuntut ilmu dahulu. Pernah aku tidur di masjid ini kerana tiada wang
untuk menyewa hotel kerana ingin berhibernasi di Perpustakaan UM selama dua
hari. Aku bertemu dengan Fitri, teman sewaktu Mukhayyam di belantara
titiwangsa, pernah survival mencari jalan pulang ke kem, pernah menuruni jurang
90 darjah dan dihumbani batu-baru di atas kepala, pernah bersolat sekali di
pasir sungai. Ahh…pengalaman itu walaupun pahit, bila dikenang terasa ranum dan
manisnya kenangan itu.
Selesai
berukhwah dengan Fitri, aku pun tergesa-gesa lagi ke stadium, di luar masjid
bangla ais krim membunyikan locengnya. Arh…tekak yang kering dan cuaca yang
panas ini aku terbayang ais krim yang enak sambil wap-wap halus terbit dari
kesejukan krim yang beku itu. Aku singgah lalu menikmati sebentar keenakan ais
krim tersebut lalu terus mengorak langkah ke stadium.
Aku begitu
rindukan UM. Berhibernasi di Za Ba dan curi-curi menagkap gambar buku kerana khuatir
diamarah oleh pustakawan singh yang garang begitu mencuit hati sambil aku
tersenyum sendiri. Hampir setiap buku yang aku minat, aku potostat kerana buku
tersebut sangat eksklusif kerana masih tiada terbitan baru lagi. Ah…bila lagi
dapat kunikmati nikmat bau-bauan buku lama dan habuk-habuk buku yang melekat di
rak-rak.