Tatkala ini aku sedang makan bersendirian di sebuah restoran di Bandungan. kedinginan cuaca di sini menyebabkan aku keluar dari bilik yang dikongsi dengan cikgu Lan dan cikgu Azmi. Aku bukanlah anti sosial, cuma aku ingin menikmati malam di sini dengan bersendirian sambil membawa buku Dr Aidh Al Qarni yang bertajuk 'ka annaka tara'. Buku yang masih belum diautopsi olehku lagi dan sudah lama aku mecari kelibat buku ini di kedai buku di Malaysia, tetapi tiada.
Aku keluar juga kerana ingin melihat elemen sosioekonomi di sekitar sini. Ragam manusianya,pekerjaannya dan penempatan mereka. Aku hadir di sini sebenarnya untuk mengiringi lawatan dan pertandingan pelajar di Semarang. Kami bergerak dari KLIA2 pada pukul 9 pagi dan tiba di Jogja pada sekitar pukul 11 pagi.
Kota Jogja pada pandangan mata kasarku adalah seperti kota Bharu,Kelantan,yang kediamannya merupakan tanah lot dan kegiatan ekonomi kecil yang agak rancak seperti menjual Bakso,soto,surat khabar dan lain-lain.
Penginapan kami adalah di sebuah hotel di tengah badar jogja cuma pada hari pertama tiba di jogja kami hanya mampu meninjau suasana di sekitar lorong-lorong dalam bandaraya klasik ini. Sambil menanti teksi ke hotel,aku sempat berbual dengan pemilik kedai buku mengenai kehidupan di sini. Berbual mengenai suasana sosioekonomi tempatan. Aku juga telah menemui buku idaman iaitu 'ka annaka tara'. Terdapat kereta kuda yang menyusur di sekitar jalan dan motosikal merupakan kenderaan utama penduduk di sini. Bersambung...