Thursday, December 16, 2010

kembara menginsafi diri...

apabila waktu cuti semester ramai pelajar-pelajar di ipta saya berpusu pusu balik ke kampung halaman masing-masing.Tetapi aku masih di sini dan menanti untuk bermusafir ke utara untuk melihat ragam kehidupan manusia.Destinasinya ialah pulau mutiara..alhamdulillah ada sahabat yang tinggal di yang juga menghabiskan masa cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Saturday, November 13, 2010

pengajaran perang dunia pertama.

Setelah proses perang yang panjang diantara 1914-1918 akhirnya perang dunia pertama ini telah tamat dan termeterailah perjanjian Versailles yang telah menyebabkan Jerman telah dituduh sebagai punca peperangan dan diarahkan untuk memulangkan tanah jajahan mereka,manakala pihak yang menang telah mendapat pampasan akibat daripada peperangan tesebut. Perang dunia pertama telah mencatatkan satu sejarah penting serta telah memberikan kesan yang mendalam dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, politik dan juga sosial bukan sahaja di eropah bahkan di dunia.

Perang dunia pertama juga telah mencatatkan sejarah sebagai peperangan yang paling dasyat dalam era moden ini. Daripada perang ini terdapat sekurang-kurangnya 13 juta orang telah terbunuh, ramai juga yang cedera dan cacat seumur hidup akibat daripada perang ini.[1] Akan tetapi perang ini juga sedikit sebanyak telah memberikan kebaikan kepada masyarakat Eropah walaupun kerosakannya lebih banyak dilihat. Di antara kesan positifnya ialah perubahan politik yang baik di Eropah iaitu tamatnya kekuasaan raja dan golongan rakyat mula mentadbir kerajaan mereka sendiri dan selain itu berlaku perkembangan dalam bidang sosial seperti penglibatan wanita dalam pekerjaan, seni dan kebudayaan dan juga semangat perkauman yang semakin terhakis. Perang dunia pertama juga mengajar kita mengenai keburukan peperangan yang tiada faedahnya kepada manusia dan ia juga memaparkan sikap masyarakat eropah itu sendiri yang suka berperang dan hal ini berterusan sehingga sekarang apabila barat terutamanya Amerika dan sekutunya masih lagi terlibat dalam peperangan dan menindas negara-negara seperti Afganistan, Iraq, Palestin dan lain-lain.



[1] Mohamad Kamal Kamaruddin, (2009). Sejarah Eropah, Petaling Jaya,Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.hlm 271.

Monday, November 1, 2010

alhamdulillah.....
berkat ikatan ukhuwwah kami dapat betemu..
dan selepas ini berpisah keranamu ya ALLAH..
semoga ikatan ini semakin kuat...
semoga istiqomah dalam memperbaiki diri dan juga menyampaikan dakwah kepada orang lain....

ikhlaskah aku ini??...

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :-

“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” -Riwayat Ahmad dan Hakim.

ya ALLAH jadikan hambamu ini seorang yang ikhlas beramal keranamu...

ya ALLAH jadikan hambamu ini seorang yang ikhlas dalam menuruti sunnah kekasihmu dan jantung hati umatmu iaitu Rasullullah SAW....

ya ALLAH jadikan hambamu ini seorang yang ikhlas dalam berbakti kepada kedua ibu bapa yang telah melahirkan dan medidik sehingga mampu berdiri dengan sendiri berkat bantuanmu ya ALLAH.

ya ALLAH jadikan hambamu ini seorang sahabat kepada muslim yang lain dengan ikatan ukhhuwwah islamiyyah dengan hati yang tulus ikhlas keranamu ya ALLAH...

ya ALLAH jadikan hambamu ini ikhlas dalam mencintai pasangannya dengan terbinanya baitul muslim untuk meramaikan umatmu ya ALLAH...

hambamu hanya mampu berusaha dan berdoa untuk mencapai keihlasan kepadamu ya ALLAH..

Redhailah hambamu yang lemah dan kerdil di dunia ini...

“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” -(Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Ya ALLAH...jadikan hambamu ini hamba yang termasuk dalam golongan yang engkau kasihi...
amin...




Wednesday, October 20, 2010

As Syahid Fauzi Ismail

Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh At Taubah:111

Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia. Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama.

Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka saya muat-turunkan selingkar kisah dari buku
Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail untuk tatapan pengunjung laman web ini.

Latar Belakang As Syahid
Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa
Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad
Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah
As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci.
Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

Tanda Kesyahidan
As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki - Ali Imran 169

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.
Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur.

Nota:Terima kasih dan jazakumullah Khairan kathira kepada C.N Al Afghani kerana membukukan kisah perjuangan ini. Semoga Allah memberi ganjaran dan rahmat kepada saudara. Bersabarlah dalam merintis onak dan duri tribulasi ini. Amin.

Ehsan:
Jihad Maya

Dicopy dari blog>> http://kabilahmerdeka.blogspot.com/

Masya ALLAH.. Saya telah pun membaca buku ini, saya terkejut krn beliau dgn tegasnya mengatakan bhw beliau tidak mahu pulang lagi ke Malaysia selagimana beliau belum bernikah dgn bidadari syurga yg sering datang dalam tidur beliau.. ALLAHUAKBAR!!!!

Memang jihad ini jalan ke syurga.. Memang jihad ini dibenci oleh orang2 yg tak guna macam kita, tapi cukup dicintai oleh orang2 yg beriman... Memang jihad jalan yg benar... Jihad tidak menyusahkan kita.. Jihad tidak memendekkan umur kita...

Saturday, October 9, 2010

Alhamdulillah....assignment cuma tinggal sejarah eropah sahaja....perang dunia petama...itupun lagi dua page je nk siap....lepas bentang respon lecture alhamdulillah..memberangsangkan....sangat lengkap kata dia...hehe....semoga dipermudahkan...amin..insyaALLAH...

Sunday, May 2, 2010

ziarah kubur.


cuti 3 hari ni ana habiskan masa dengan keluarga.lepas tu sempatlah ana dengan adik-adik ziarah kubur arwah atuk dgn opah dengan bersihkan rumput-rumput yang banyak tumbuh di kubur tu.Semoga dengan menziarahi kubur ni dapat menginsafkan ana dan adik-adik bahawa semua insan akan pergi.Oleh tu banyakkan dan perbaiki amalan dan ibadah kita di dunia ini.

selamat sampai...
















Alhamdulillah selamat sampai gak kt kuo..walaupun perjalanan selama 3 jam yang agak mencabar dengan bawak motor sorang,separuh perjalanan bermandi hujan,dan sesat sekejap sebab mencari jalan shortcut..seram betul jalan tu....

Wednesday, April 28, 2010

mata oh mata........

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12]


Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

hati kita keras

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat


Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Guru oh guru...

Dialah pemberi paling setia,
Setiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segalanya,
Untuk manusia jadi dewasa

Dialah ibu bapa dan sahabat,
Alur kesetiaan mengalir nasihat,
Pemimpin yang ditauliah segala umat,
Seribu tahun katanya berhikmat.

Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini Raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah negara,
jika hari ini ulama mulia,
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa,
Dengan lembut sabar,
Mengajar tulis baca.

Di mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sekolah mewah di ibu kota,
di bangunan tua di sekolah Hulu Terengganu,
Dia guru wakili seribu buku.

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya pada negara,
Jadilah apa pun pada akhirnya,
Budi yang diapung di dulang ilmu,
Panggilan keramat 'cikgu' terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
alhamdulillah...baru-baru ni ana berkesempatan untuk menziarahi rumah sahabat di gunung besout.Alhamdulillah hari itu banyak pengalaman yang kami kutip dan yang penting pada hari itu kami dapat mengeratkan ukhuwwah kami.

kemaskini terbaru....

assalamu alaikum....hari ni barulah blog saya ni dikemaskini....terima kasih atas nasihat kawan-kawan...