Saturday, November 13, 2010

pengajaran perang dunia pertama.

Setelah proses perang yang panjang diantara 1914-1918 akhirnya perang dunia pertama ini telah tamat dan termeterailah perjanjian Versailles yang telah menyebabkan Jerman telah dituduh sebagai punca peperangan dan diarahkan untuk memulangkan tanah jajahan mereka,manakala pihak yang menang telah mendapat pampasan akibat daripada peperangan tesebut. Perang dunia pertama telah mencatatkan satu sejarah penting serta telah memberikan kesan yang mendalam dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, politik dan juga sosial bukan sahaja di eropah bahkan di dunia.

Perang dunia pertama juga telah mencatatkan sejarah sebagai peperangan yang paling dasyat dalam era moden ini. Daripada perang ini terdapat sekurang-kurangnya 13 juta orang telah terbunuh, ramai juga yang cedera dan cacat seumur hidup akibat daripada perang ini.[1] Akan tetapi perang ini juga sedikit sebanyak telah memberikan kebaikan kepada masyarakat Eropah walaupun kerosakannya lebih banyak dilihat. Di antara kesan positifnya ialah perubahan politik yang baik di Eropah iaitu tamatnya kekuasaan raja dan golongan rakyat mula mentadbir kerajaan mereka sendiri dan selain itu berlaku perkembangan dalam bidang sosial seperti penglibatan wanita dalam pekerjaan, seni dan kebudayaan dan juga semangat perkauman yang semakin terhakis. Perang dunia pertama juga mengajar kita mengenai keburukan peperangan yang tiada faedahnya kepada manusia dan ia juga memaparkan sikap masyarakat eropah itu sendiri yang suka berperang dan hal ini berterusan sehingga sekarang apabila barat terutamanya Amerika dan sekutunya masih lagi terlibat dalam peperangan dan menindas negara-negara seperti Afganistan, Iraq, Palestin dan lain-lain.



[1] Mohamad Kamal Kamaruddin, (2009). Sejarah Eropah, Petaling Jaya,Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.hlm 271.

Monday, November 1, 2010

alhamdulillah.....
berkat ikatan ukhuwwah kami dapat betemu..
dan selepas ini berpisah keranamu ya ALLAH..
semoga ikatan ini semakin kuat...
semoga istiqomah dalam memperbaiki diri dan juga menyampaikan dakwah kepada orang lain....

ikhlaskah aku ini??...

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :-

“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” -Riwayat Ahmad dan Hakim.

ya ALLAH jadikan hambamu ini seorang yang ikhlas beramal keranamu...

ya ALLAH jadikan hambamu ini seorang yang ikhlas dalam menuruti sunnah kekasihmu dan jantung hati umatmu iaitu Rasullullah SAW....

ya ALLAH jadikan hambamu ini seorang yang ikhlas dalam berbakti kepada kedua ibu bapa yang telah melahirkan dan medidik sehingga mampu berdiri dengan sendiri berkat bantuanmu ya ALLAH.

ya ALLAH jadikan hambamu ini seorang sahabat kepada muslim yang lain dengan ikatan ukhhuwwah islamiyyah dengan hati yang tulus ikhlas keranamu ya ALLAH...

ya ALLAH jadikan hambamu ini ikhlas dalam mencintai pasangannya dengan terbinanya baitul muslim untuk meramaikan umatmu ya ALLAH...

hambamu hanya mampu berusaha dan berdoa untuk mencapai keihlasan kepadamu ya ALLAH..

Redhailah hambamu yang lemah dan kerdil di dunia ini...

“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” -(Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Ya ALLAH...jadikan hambamu ini hamba yang termasuk dalam golongan yang engkau kasihi...
amin...