Tuesday, February 17, 2015
Senja itu...
Malam itu benar-benar tenang, mencurahkan ketenangan dalam relung hatiku. Sebelum itu, pada senja yang kelam, aku pergi ke asrama dengan motor kapcai teman. Azan kualunkan dan usai solat Ustaz jemputan memulakan mutiara katanya. Cikgu shah berbisik kepadaku, Tuan Guru sudah meninggal dunia sebentar tadi. Aku terpana seketika, lidah mengungkapkan lafaz sunat musibah sambil hati bergetar kerana hiba. Aku mengenalinya sejak kecil lagi dan masih segar lagi dalam ingat bila aku mula menbaca karyanya ' tazkiyah an nafs' sewaktu darjah enam. Kitabnya kubawa sampai ke universiti untuk tazkiyah diri ini. Alhamdulillah, hasrat hati untuk bersua dengannya akhirnya tercapai semasa ziarah ke Kelantan. Kelibatnya samar-samar kulihat. Sambil bertongkat, dia berjalan menggagahkan diri yang semakin dimamah usia. Dia berjalan memasuki masjid dan duduk berhampiran denganku. Tanpa perlu disapa, dia menghadiahkan senyuman yang manis disebalik kedut tua di wajahnya. Kini dia telah pergi dan menunaikan hakikat sebagai pengembara dunia menuju ke destinasi yang pasti. Perjuangan dan ilmunya menjadi tauladan buat diri. Ku sedar, destinasi itu juga pasti menjemputku nanti. Al fatihah buat Tuan Guru Nik abdul Aziz bin Nik Mat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al-Fatihah buat Allahyarham..
ReplyDelete