Tuesday, May 2, 2017

32 bunga

32 bunga
Lama aku tidak menulis kata-kata rapuan dan pujangga di medan khayal berkaca ini. Lama sungguh ribut kreatif dan fikiran yang terpendam serta kusimpan dalam benak ini akhirnya kulepaskan juga pada hari ini. Seharian aku digembala oleh kerja, moga aku tidak lupa dan lalai menjadi hamba kepadanya, moga aku dijauhkan daripada dihambakan oleh dunia. Semakin lewat petang, hemikrania aku semakin kuat, pabila aku keluar fotofobia menyergah mataku, pabila kudengar, fonofobia menyerang telingaku.
Aku ada 32 bunga
Pagi kudidik dan kuhias
Petangnya aku siram sehingga mereka segar

Aku ada 32 bunga
Hemikrania aku terasa hilang seketika
Melihat bunga-bunga ini segar di bawak mentari
Melihat bunga-bunga ini ceria bercanda

Aku ada 32 bunga
Setiap satunya berlainan sifat dan fizikalnya
Ada kuat rajuknya, ada licik helahnya dan ada jujur kalimahnya
Kadangkala aku siram dan bajai ada juga yang kucantas kasar sekali
Semuanya bukan kerana aku benci
Tetapi mereka kusayangi

Aku ada 32 bunga
Ada juga insan yang cuba mencantas bunga-bunga ini
Kadangkala aku juga terasa sakit bila mereka dilukai
Tapi apakan daya
Taman ini bukan aku miliki
Hanya tempat bunga-bunga ini berdikari

Aku ada 32 bunga
Satu ketika bunga ini akan pergi
Kerana mereka sudah berdikari dan bersendiri
Aku juga tak lama di sini

Mungkin satu ketika dipindahkan ke sana kemari

2 comments:

  1. Semoga panjang umur , dimurahkan rezeki Cikgu bila pindah nanti .. Jangan lupakan bunga-bunga yang sentiasa ada , yang masih mengingati Cikgu .. Selamat Hari Guru ..

    ReplyDelete
  2. Ty ckg didik kami shingga kami pandai berdikari sndiri 💕

    ReplyDelete