Sunday, July 22, 2012
alhamdulillah...syukur ke hadrat ALLAH swt yang telah memberi peluang kepada diri ini untuk bernafas di muka bumi dan menikmati ramadan kareem setakat waktu ini. Minggu ini aku berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga berbuka puasa. Setelah itu aku balik ke bumi pendidik dan terlibat kemalangan kecil dengan kereta. Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku cuma luka dan lebam sedikit sahaja.
Friday, July 13, 2012
Beberapa malam Khalifah Umar Al Katthab r.a tidak dapat
melelapkan mata. Badan terasa amat penat kerana bekerja tanpa rehat. Waktu
sunyi di malam hari Khalifa Umar r.a terus menghitung-hitung pahlawan Islam
lepas satu persatu berlari-lari dalam fikirannya. Tugas yang mahu dipikulkan
kepada panglima perang Islam untuk dihantar ke Parsi masih belum dapat jawapan.
Awal pagi itu Umar r.a ke masjid lebih awal dari biasa, sebaik masuk ke
masjid dilihatnya ada seseorang yang sedang solat dengan penuh khusyuknya. Melihatkan
hamba rakyat nya yang menjadikan solat malam sebagai amalan, hati khalifah
menjadi sangat tenang. Di pagi yang kedua, Saidina Umar r.a tekad untuk datang
lebih awal dari semalam. Sebaik melangkah ke masjid beliau melihat susuk tubuh
yang sama sedang melakukan solat dengan khusyuk dan tertib. Beliau terus saja
melakukan urusannya walaupun terdetik di hatinya untuk melihat gerangan
siapakah yang sedang solat itu. Apabila ditenungnya betul-betul maka kenallah
dia akan tokoh yang sedang solat itu. Pada malam ketiga Saidina Umar r.a datang
lebih awal dari hari sebelumnya. Nuqman Ar Muqarrin r.a telah mendahuluinya
selama tiga hari-hari berturut-turut. Umar r.a terus memperhatikan pegerakan
solat Nuqman r.a yang sanagt tertib seakan-akan solat Rasulullah SAW. Selesai
solat Subuh, Umar r.a mengambil keputusan untuk mengekori Nuqman r.a secara
diam sehingga sampai ke rumah nya. Kelihatan rumah Nuqman ra sangat sederhana,
lalu beliau memberi salam kepada tuan rumah. Lantas salamnya itu disambut dan
pertanyaan terus diajukan kepada tetamu,
“Siapakah gerangan tetamu yang datang ke rumahku?”
“Sayalah Khalifah Umar Al Khattab, Amirul Mukminin”.
Nuqman berkata dengan nada yang sedikit keras, “Kalau
kedatangan tuan bertujuan untuk dunia, pulanglah segera, tetapi kalau
kedatangan tuan bertujuan akhirat, jihad fisabilillah, silakanlah masuk”.
Dengan tidak bertangguh Umar r.a masuk ke rumah sambil memerhatikan
keadaan rumah yang keliahatan amat sederhana sekali. Sebaik disampaikan maksud
kedatangan khalifah, Nuqman pun menjawab segera,
“Aku terima pelawaanmu wahai khalifah tetapi dengan syarat.”
“Apa syaratnya?” Kata khalifah seperti tidak sabar.
“Sewaktu seluruh tentera Islam dikumpulkan aku akan
melaungkan takbir tiga kali. Takbir yang pertama aku akan berdoa agar akulah
orang yang awal-awal mati syahid. Takbir yang kedua aku akan berdoa utnuk
kemenangan tentera Islam dan takbir yang ketiga sebagai tanda tentera harus
mulakan serangan. Kalau tiga syarat ini tuan persetujui, jangan serahkan tugas
ini pada orang lain meliankan kepadaku.”
Dalam nada sebak dan bangga khalifah mengangguk tanda setuju.
Maka dibuatlah persiapan dan dikumpulkan bala tentera. Setelah semuanya bersiap
sedia, Nuqman pun memulakan pidatonya dengan penuh semangat.
Salah satu ungkapan yang beliau katakan, “Wahai tentera Islam
sekalian, kalau sekiranya hari ini ada di antara kamu yang terpaksa ikut
berjihad aku minta keluar dari barisan dan pulanglah ke rumah. Kalau ada di
antara kamu masih berhutang pulanglah. Kalau ada di antara kamu yang masih ada
urusan-urusan dunia yang lain pulanglah, sesungguhnya aku hanya mahu hati-hati
yang sudah bulat mahu syahid demi menyebarkan kalimah syahadah.”
Tiada seorang pun yang beredar dan beliau terus menyampaikan
tiga syarat seperti yang pernah disampaikan kepada khalifah waktu pertama kali
dia di minta untuk memimpin tentera Islam. Bergeraklah mereka ke Nahawand
di daerah parsi. Setelah pecah pertempuran dan peperangan ada sahbat yang
nampak Nuqman menyusup ke kiri dan ke kanan, setiap musuh yang melintas
dipancung dan dipenggal. Panglima yang itu berani sudah berada jauh di tengah
kumpulan musuh. Mereka mendengar laungan takbir makin sayup dan akhirnya hilang
dalam keruihan pekikan kedua belah pihak. Setelah perang selesai umat Islam
berjaya menawan musuh. Para sahabat tercari-cari di mana panglima yang gagah
berani itu, setelah puas dicari tidak juga dijumpai. Setelah beberapa hari,
akhirnya mereka bertemu panglima itu melalui sepupunya yang kenal kerana cincin
yang dipakainya. Mereka lihat badannya hancur hasil tetakan dan tikaman tentera
musuh. Mayatnya habis dicincang tentera musuh. Kemudian jenazahnya dibawa untuk
dikebumikan. Apabila kembali bertemu dengan khalifah disampaikanlah berita
kemenangan Nahawand ini dengan hasil harta rampasan yang begitu banyak. Tetapi
utusan bertemu khalifah menceritakan bahawa mereka hampir tidak kenal mayat
Nuqman.
Khalifah Umar Al Khattab dalam nada sedih mengeluarkan
kata-kata, “Kalau Umar tidak boleh kenal dia, itu tidak mengapa, tetapi
Allah kenal dia”.
Kata-kata ini menunjukkan bahawa Nuqman Al Muqarrin r.a
berada di kedudukan yang tinngi di sisi Allah. Dia syahid tepat seperti
janjinya bahawa dia akan berdoa agar dialah yang awal-awal syahid. Islam
semakin berkembang di Parsi. Islam yang telah berkembang laksana bunga yang
indah yang berkembang mekar harum mewangi tumbuhnya memenuhi bumi. Tumbuhnya
memenuhi bumi, kesuburannya itu kerana dbajai darah para syuhada, oleh darah
manusia yang cintakan Allah. Bait-bait syair berkumandang lahir dari jiwa para mujahid
yang bercita-cita agar Islam berkembang dan menaungi seluruh dunia.
Demikianlah kisah panglima sejati Islam, pahlawan terbilang,
satria agama. Mereka syahid di perbatasan demi melihat agama Allah mekar subur
menyelubungi dunia. Dengarlah munajat mereka agar terubat sedikit kegelisahan
umat Islam yang kini sedang ditimpa bala bencana.
“Allah Tuhan kami,
Allah matlamat kami,
Rasul ikutan kami,
Rasul matlamat kami,
Al Quran ikutan dan perundangan kami,
Mati pada jalan Allah cita-cita kami
Jihad pada jalan Allah itu jalan kami,
Mati pada jalan Allah cita-cita kami,
Negeri akhirat adalah matlamat dan kehidupan kami,
Syurga di akhirat adalah impian dan tempat berhimpun kami.”
NUQMAN BIN MUQARRIN
Ketika pasukan muslimin yang berjumlah 30,000 orang sedang
bersiap menghadapi tentera Parsi seramai 150,000 orang di Nahawand, Khalifah
Umar al-Khattab bercadang melantik Nuqman sebagai panglima tertinggi pasukan
Islam. ketika bertemu dengannya setelah solat berjemaah, Umar berkata :
"aku ingin mengutusmu untuk suatu misi."
Nuqman segera menjawab : " Jika untuk mengumpulkan harta, aku menolak. Namun jika untuk jihad fi sabilillah..aku bersedia."
ABDULLAH BIN HUZAFAH
Abdullah bin Huzaifah al-Sahmi, seorang sahabat Nabi saw, diutus oleh Khalifah Umar dalam sebuah misi menawan kota Al-Qaisariah yang dijajah Kristian Rom. Pasukan Islam mengalami kekalahan, Abdullah bin Huzafah bersama ratusan tenteranya ditawan. Raja Rom yang mengetahui bahawa Abdullah ialah seorang sahabat Nabi, beliau segera memanggilnya lalu menawarkan sesuatu yang sangat menggiurkan : "mahukah kamu masuk agama Kristian dan aku akan memberikan kepada kamu setengah daripada kerajaanku?"
Abdullah bin Huzafah dengan tegas menolak dan berkata :"Andai kamu memberiku seluruh kerajaanmu bersama-sama kerajaan yang berada di tanah Arab sekalipun, aku tidak akan meninggalkan agamaku."
dicopy daripada blog sahabat lain...
Tuesday, July 10, 2012
Selesai Senamrobik..
hari ini merupakan pengalaman yang agak manis kerana telah ditugaskan menjadi instruktor senamrobik..walaupun pada awalnya kami menerima dengan keadaan yang terpaksa tetapi kami cuba untuk menjayakannya. Senakrobik pagi tadi berjalan dengan baik Pengetua, PK 1 dan juga PK koko bersemangat diikuti oleh pelajar-pelajar yang ceria-ceria selalu...
begitulah cerita seba sedikit pada minggu ke tiga di SAM Sg selisek..
Sahabat Sejati...
Kisah cinta Salman al Farisi
Pada suatu ketika Salman al Farisi jatuh cinta terhadap seorang gadis Ansar. Beliau mengajak sahabatnya Abu Darda’ pergi ke rumah gadis itu untuk bertemu dengan ayah dan ibunya.
“Ini adalah saudara saya Salman yang berasal dari Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam. Salman memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah, sehingga baginda menyebut sebagai ahli keluarganya. Saya mewakili saudara saya ini bagi melamar anak gadis tuan untuk menjadi isterinya,” kata Abu Barda’.
Setelah berbincang dengan ahli keluarganya maka tuan rumah pun berkata. “Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang dengan mengharap keredaan Allah. Kami menolak lamaran Salman tetapi kami bersetuju jika tuan iaitu Abu Darda’ yang melamarnya.”
Tanpa rasa marah atau kecewa maka Salman al Farisi pun berkata. “Semua wang yang aku kumpulkan untuk perkahwinanku akan aku hadiahkan kepadamu Abu Darda’ dan aku akan menjadi saksi pernikahanmu.”
Mulianya hati Salman al Farisi. Beliau mengajar kita arti sebuah cinta dan persahabatan. Beliau juga mengajar bahawa cinta itu bukan untuk dimiliki…
sumber:abdul latip talib-salman al farisi.
Monday, July 9, 2012
Assalamu alaikum...apabila melihat keyboard dan mendengar lagu di blog jari ini rasa ingin menari-nari di keyboard untuk meluahkan rasa hati dan pengalaman yang dilalui hari ini. Tanggal 9 julai 2012 aku di "observe" oleh pensyarah iaitu en hafizul. Sebelum itu di kelas ibnu khaldun aku telah menganjurkan forum yang bertajuk menjaga kepentingan alam sekitar. Alhamdulillah pelajar mengikuti forum dengan baik dan antara wakil yang tampil ke hadapan ialah adib, husna, sollehin dan laila.
Di akhir kelas Adib bertanya:
Ustaz..macam mana nak berkomunikasi dengan baik secara spontan?
aku berkata...banyakkan latihan adib.
dalam hatiku terdetik: subhanallah bersemangat betul syabab ini..moga berfaedah untuk kemenangan Islam.
Di akhir kelas Adib bertanya:
Ustaz..macam mana nak berkomunikasi dengan baik secara spontan?
aku berkata...banyakkan latihan adib.
dalam hatiku terdetik: subhanallah bersemangat betul syabab ini..moga berfaedah untuk kemenangan Islam.
Saturday, July 7, 2012
Melangkah ke alam pratikum...
Alam praktikum merupakan satu tempoh waktu yang agak mencabar bagi sesetengah bakal pendidik dan mungkin juga satu tempoh yang manis dan mengembirakan.
begitu juga aku...sebelum berpraktikum, bermacam-maca perasaan bergolak dalam jiwa. Ada perasaan berdebar-debar, ada perasaan malu, ada perasaan kurang bersedia...tapi pada masa yang sama ada juga perasaan lain..perasaan yang aku cita-citakan sejak menjejak kaki ke tanah pendidik iaitu perasaan ingin mentarbiyyah anak bangsa.
Aku telah memilih SAM Sg Selisek sebagai medan untuk berpraktikum. Sebelum bermulanya sesi kami telah melakukan lawatan sosial untuk bertemu dengan pihak pengurusan sekolah untuk berkenalan dan memudahkan urusan surat menyurat. Kami telah bertemu dengan Pengetua sekolah iaitu Ustazah Mariathol dan kata-kata beliau sangat memberi inspirasi kepada kami. Antara kata-kata beliau:
Kamu sebagai guru praktikal selalunya disukai oleh pelajar,
sebagai guru yang disukai oleh pelajar,
maka tunjukkanlah contoh yang baik,
tanamkan didikan yang berguna dalam diri mereka,
Kata-kata itu ibarat embun pagi yang menyegarkan dedaunan. Jiwa yang mulanya gementar mula bersemangat. Alhamdulillah tanggal 24 jun merupakan tugasan pertama kami sebagai guru praktikum. Aku, osman dan ifwat ditugaskan sebagai pengadil sukan dan juga pengacara Majlis. Pada detik itu juga akhi osman mendapat Tagline beliau iaitu "cikgu Faribi". Pengalaman hari sukan amat bermakna kepada kami dan juga murid-murid. Detik itu juga kami berkenalan dengan beberapa orang pelajar.
Tanggal 26 jun merupakan hari pertama kami bertugas sebagai guru praktikal di kelas. Kelas pertama aku ialah 4 ibnu sina. Antara pandangan pertama kelas ialah murid lelaki yang pasif dan murid perempuan yang aktif. Bermula juga sesi taaruf antara kami dan antara pelajar yang boleh diingat namanya ialah Anam, Syaza dan lain-lain.
Aku memulakan bicara dengan kisah-kisah pemuda Islam seperti Mus'ab bin Umair dan juga kisah kebangkitan islam di Eropah. Alhamdulilah..pelajar lelaki yang pada mulanya lesu dan mengantuk mula menunjukkan minat dan pelajar perempuan mula tertarik dengan kisah syabab islam.
salam sayang dan kasih daripada ustaz...
begitu juga aku...sebelum berpraktikum, bermacam-maca perasaan bergolak dalam jiwa. Ada perasaan berdebar-debar, ada perasaan malu, ada perasaan kurang bersedia...tapi pada masa yang sama ada juga perasaan lain..perasaan yang aku cita-citakan sejak menjejak kaki ke tanah pendidik iaitu perasaan ingin mentarbiyyah anak bangsa.
Aku telah memilih SAM Sg Selisek sebagai medan untuk berpraktikum. Sebelum bermulanya sesi kami telah melakukan lawatan sosial untuk bertemu dengan pihak pengurusan sekolah untuk berkenalan dan memudahkan urusan surat menyurat. Kami telah bertemu dengan Pengetua sekolah iaitu Ustazah Mariathol dan kata-kata beliau sangat memberi inspirasi kepada kami. Antara kata-kata beliau:
Kamu sebagai guru praktikal selalunya disukai oleh pelajar,
sebagai guru yang disukai oleh pelajar,
maka tunjukkanlah contoh yang baik,
tanamkan didikan yang berguna dalam diri mereka,
Kata-kata itu ibarat embun pagi yang menyegarkan dedaunan. Jiwa yang mulanya gementar mula bersemangat. Alhamdulillah tanggal 24 jun merupakan tugasan pertama kami sebagai guru praktikum. Aku, osman dan ifwat ditugaskan sebagai pengadil sukan dan juga pengacara Majlis. Pada detik itu juga akhi osman mendapat Tagline beliau iaitu "cikgu Faribi". Pengalaman hari sukan amat bermakna kepada kami dan juga murid-murid. Detik itu juga kami berkenalan dengan beberapa orang pelajar.
Tanggal 26 jun merupakan hari pertama kami bertugas sebagai guru praktikal di kelas. Kelas pertama aku ialah 4 ibnu sina. Antara pandangan pertama kelas ialah murid lelaki yang pasif dan murid perempuan yang aktif. Bermula juga sesi taaruf antara kami dan antara pelajar yang boleh diingat namanya ialah Anam, Syaza dan lain-lain.
Aku memulakan bicara dengan kisah-kisah pemuda Islam seperti Mus'ab bin Umair dan juga kisah kebangkitan islam di Eropah. Alhamdulilah..pelajar lelaki yang pada mulanya lesu dan mengantuk mula menunjukkan minat dan pelajar perempuan mula tertarik dengan kisah syabab islam.
Pelajar yang aku sayangi:
tanggal 26 jun 2012 kita bersua,
kisah pemuda islam menjadi tajuk bicara,
moga ingatan yang ku berikan dapat diguna,
agar menjadi pedoman di masa muda,
Wahai syabab islam yang aku sayangi,
empat bulan ustaz di teratak ilmu ini,
harapan ustaz menggunung tinggi,
moga jadi syabab islam berakhlak tinggi,
Wahai adik-adik yang dikasihi,
engkau adalah harapan keluarga dan agama,
tanamkan keyakinan dalam diri,
moga dapat berbakti usai sekolah nanti,
wahai pemuda harapan agama:
al banna pernah berkata- pemuda islam ada empat ciri, beriman, ikhlas , semnagat dan usaha,
ambillah kata-kata ini sebagai semangat,
moga cemerlang di dunia dan akhirat nanti.
salam sayang dan kasih daripada ustaz...
Subscribe to:
Posts (Atom)