begitu juga aku...sebelum berpraktikum, bermacam-maca perasaan bergolak dalam jiwa. Ada perasaan berdebar-debar, ada perasaan malu, ada perasaan kurang bersedia...tapi pada masa yang sama ada juga perasaan lain..perasaan yang aku cita-citakan sejak menjejak kaki ke tanah pendidik iaitu perasaan ingin mentarbiyyah anak bangsa.
Aku telah memilih SAM Sg Selisek sebagai medan untuk berpraktikum. Sebelum bermulanya sesi kami telah melakukan lawatan sosial untuk bertemu dengan pihak pengurusan sekolah untuk berkenalan dan memudahkan urusan surat menyurat. Kami telah bertemu dengan Pengetua sekolah iaitu Ustazah Mariathol dan kata-kata beliau sangat memberi inspirasi kepada kami. Antara kata-kata beliau:
Kamu sebagai guru praktikal selalunya disukai oleh pelajar,
sebagai guru yang disukai oleh pelajar,
maka tunjukkanlah contoh yang baik,
tanamkan didikan yang berguna dalam diri mereka,
Kata-kata itu ibarat embun pagi yang menyegarkan dedaunan. Jiwa yang mulanya gementar mula bersemangat. Alhamdulillah tanggal 24 jun merupakan tugasan pertama kami sebagai guru praktikum. Aku, osman dan ifwat ditugaskan sebagai pengadil sukan dan juga pengacara Majlis. Pada detik itu juga akhi osman mendapat Tagline beliau iaitu "cikgu Faribi". Pengalaman hari sukan amat bermakna kepada kami dan juga murid-murid. Detik itu juga kami berkenalan dengan beberapa orang pelajar.
Tanggal 26 jun merupakan hari pertama kami bertugas sebagai guru praktikal di kelas. Kelas pertama aku ialah 4 ibnu sina. Antara pandangan pertama kelas ialah murid lelaki yang pasif dan murid perempuan yang aktif. Bermula juga sesi taaruf antara kami dan antara pelajar yang boleh diingat namanya ialah Anam, Syaza dan lain-lain.
Aku memulakan bicara dengan kisah-kisah pemuda Islam seperti Mus'ab bin Umair dan juga kisah kebangkitan islam di Eropah. Alhamdulilah..pelajar lelaki yang pada mulanya lesu dan mengantuk mula menunjukkan minat dan pelajar perempuan mula tertarik dengan kisah syabab islam.
Pelajar yang aku sayangi:
tanggal 26 jun 2012 kita bersua,
kisah pemuda islam menjadi tajuk bicara,
moga ingatan yang ku berikan dapat diguna,
agar menjadi pedoman di masa muda,
Wahai syabab islam yang aku sayangi,
empat bulan ustaz di teratak ilmu ini,
harapan ustaz menggunung tinggi,
moga jadi syabab islam berakhlak tinggi,
Wahai adik-adik yang dikasihi,
engkau adalah harapan keluarga dan agama,
tanamkan keyakinan dalam diri,
moga dapat berbakti usai sekolah nanti,
wahai pemuda harapan agama:
al banna pernah berkata- pemuda islam ada empat ciri, beriman, ikhlas , semnagat dan usaha,
ambillah kata-kata ini sebagai semangat,
moga cemerlang di dunia dan akhirat nanti.
salam sayang dan kasih daripada ustaz...
No comments:
Post a Comment