Friday, July 13, 2012


Beberapa malam Khalifah Umar Al Katthab r.a tidak dapat melelapkan mata. Badan terasa amat penat kerana bekerja tanpa rehat. Waktu sunyi di malam hari Khalifa Umar r.a terus menghitung-hitung pahlawan Islam lepas satu persatu berlari-lari dalam fikirannya. Tugas yang mahu dipikulkan kepada panglima perang Islam untuk dihantar ke Parsi masih belum dapat jawapan. Awal pagi itu Umar r.a  ke masjid lebih awal dari biasa, sebaik masuk ke masjid dilihatnya ada seseorang yang sedang solat dengan penuh khusyuknya. Melihatkan hamba rakyat nya yang menjadikan solat malam sebagai amalan, hati khalifah menjadi sangat tenang. Di pagi yang kedua, Saidina Umar r.a tekad untuk datang lebih awal dari semalam. Sebaik melangkah ke masjid beliau melihat susuk tubuh yang sama sedang melakukan solat dengan khusyuk dan tertib. Beliau terus saja melakukan urusannya walaupun terdetik di hatinya untuk melihat gerangan siapakah yang sedang solat itu. Apabila ditenungnya betul-betul maka kenallah dia akan tokoh yang sedang solat itu. Pada malam ketiga Saidina Umar r.a datang lebih awal dari hari sebelumnya. Nuqman Ar Muqarrin r.a telah mendahuluinya selama tiga hari-hari berturut-turut. Umar r.a terus memperhatikan pegerakan solat Nuqman r.a yang sanagt tertib seakan-akan solat Rasulullah SAW. Selesai solat Subuh, Umar r.a mengambil keputusan untuk mengekori Nuqman r.a secara diam sehingga sampai ke rumah nya. Kelihatan rumah Nuqman ra sangat sederhana, lalu beliau memberi salam kepada tuan rumah. Lantas salamnya itu disambut dan pertanyaan terus diajukan kepada tetamu,
“Siapakah gerangan tetamu yang datang ke rumahku?”
“Sayalah Khalifah Umar Al Khattab, Amirul Mukminin”.
Nuqman berkata dengan nada yang sedikit keras, “Kalau kedatangan tuan bertujuan untuk dunia, pulanglah segera, tetapi kalau kedatangan tuan bertujuan akhirat, jihad fisabilillah, silakanlah masuk”.
Dengan tidak bertangguh Umar r.a masuk ke rumah sambil memerhatikan keadaan rumah yang keliahatan amat sederhana sekali. Sebaik disampaikan maksud kedatangan khalifah, Nuqman pun menjawab segera,
“Aku terima pelawaanmu wahai khalifah tetapi dengan syarat.”
“Apa syaratnya?” Kata khalifah seperti tidak sabar.
“Sewaktu seluruh tentera Islam dikumpulkan aku akan melaungkan takbir tiga kali. Takbir yang pertama aku akan berdoa agar akulah orang yang awal-awal mati syahid. Takbir yang kedua aku akan berdoa utnuk kemenangan tentera Islam dan takbir yang ketiga sebagai tanda tentera harus mulakan serangan. Kalau tiga syarat ini tuan persetujui, jangan serahkan tugas ini pada orang lain meliankan kepadaku.”
Dalam nada sebak dan bangga khalifah mengangguk tanda setuju. Maka dibuatlah persiapan dan dikumpulkan bala tentera. Setelah semuanya bersiap sedia, Nuqman pun memulakan pidatonya dengan penuh semangat.
Salah satu ungkapan yang beliau katakan, “Wahai tentera Islam sekalian, kalau sekiranya hari ini ada di antara kamu yang terpaksa ikut berjihad aku minta keluar dari barisan dan pulanglah ke rumah. Kalau ada di antara kamu masih berhutang pulanglah. Kalau ada di antara kamu yang masih ada urusan-urusan dunia yang lain pulanglah, sesungguhnya aku hanya mahu hati-hati yang sudah bulat mahu syahid demi menyebarkan kalimah syahadah.”
Tiada seorang pun yang beredar dan beliau terus menyampaikan tiga syarat seperti yang pernah disampaikan kepada khalifah waktu pertama kali dia di minta untuk memimpin tentera Islam. Bergeraklah mereka ke  Nahawand di daerah parsi. Setelah pecah pertempuran dan peperangan ada sahbat yang nampak Nuqman menyusup ke kiri dan ke kanan,  setiap musuh yang melintas dipancung dan dipenggal. Panglima yang itu berani sudah berada jauh di tengah kumpulan musuh. Mereka mendengar laungan takbir makin sayup dan akhirnya hilang dalam keruihan pekikan kedua belah pihak. Setelah perang selesai umat Islam berjaya menawan musuh. Para sahabat tercari-cari di mana panglima yang gagah berani itu, setelah puas dicari tidak juga dijumpai. Setelah beberapa hari, akhirnya mereka bertemu panglima itu melalui sepupunya yang kenal kerana cincin yang dipakainya. Mereka lihat badannya hancur hasil tetakan dan tikaman tentera musuh. Mayatnya habis dicincang tentera musuh. Kemudian jenazahnya dibawa untuk dikebumikan. Apabila kembali bertemu dengan khalifah disampaikanlah berita kemenangan Nahawand ini dengan hasil harta rampasan yang begitu banyak. Tetapi utusan bertemu khalifah menceritakan bahawa mereka hampir tidak kenal mayat Nuqman.
Khalifah Umar Al Khattab dalam nada sedih mengeluarkan kata-kata, “Kalau Umar tidak boleh kenal dia, itu tidak mengapa, tetapi Allah kenal dia”.
Kata-kata ini menunjukkan bahawa Nuqman Al Muqarrin r.a berada di kedudukan yang tinngi di sisi Allah. Dia syahid tepat seperti janjinya bahawa dia akan berdoa agar dialah yang awal-awal syahid. Islam semakin berkembang di Parsi. Islam yang telah berkembang laksana bunga yang indah yang berkembang mekar harum mewangi tumbuhnya memenuhi bumi. Tumbuhnya memenuhi bumi, kesuburannya itu kerana dbajai darah para syuhada, oleh darah manusia yang cintakan Allah. Bait-bait syair berkumandang lahir dari jiwa para mujahid yang bercita-cita agar Islam berkembang dan menaungi seluruh dunia.
Demikianlah kisah panglima sejati Islam, pahlawan terbilang, satria agama. Mereka syahid di perbatasan demi melihat agama Allah mekar subur menyelubungi dunia. Dengarlah munajat mereka agar terubat sedikit kegelisahan umat Islam yang kini sedang ditimpa bala bencana.
“Allah Tuhan kami,
Allah matlamat kami,
Rasul ikutan kami,
Rasul matlamat kami,
Al Quran ikutan dan perundangan kami,
Mati pada jalan Allah cita-cita kami
Jihad pada jalan Allah itu jalan kami,
Mati pada jalan Allah cita-cita kami,
Negeri akhirat adalah matlamat dan kehidupan kami,
Syurga di akhirat adalah impian dan tempat berhimpun kami.”

NUQMAN BIN MUQARRIN


Ketika pasukan muslimin yang berjumlah 30,000 orang sedang bersiap menghadapi tentera Parsi seramai 150,000 orang di Nahawand, Khalifah Umar al-Khattab bercadang melantik Nuqman sebagai panglima tertinggi pasukan Islam. ketika bertemu dengannya setelah solat berjemaah, Umar berkata : "aku ingin mengutusmu untuk suatu misi."

Nuqman segera menjawab : " Jika untuk mengumpulkan harta, aku menolak. Namun jika untuk jihad fi sabilillah..aku bersedia."


ABDULLAH BIN HUZAFAH


Abdullah bin Huzaifah al-Sahmi, seorang sahabat Nabi saw, diutus oleh Khalifah Umar dalam sebuah misi menawan kota Al-Qaisariah yang dijajah Kristian Rom. Pasukan Islam mengalami kekalahan, Abdullah bin Huzafah bersama ratusan tenteranya ditawan. Raja Rom yang mengetahui bahawa Abdullah ialah seorang sahabat Nabi, beliau segera memanggilnya lalu menawarkan sesuatu yang sangat menggiurkan : "mahukah kamu masuk agama Kristian dan aku akan memberikan kepada kamu setengah daripada kerajaanku?"

Abdullah bin Huzafah dengan tegas menolak dan berkata :"Andai kamu memberiku seluruh kerajaanmu bersama-sama kerajaan yang berada di tanah Arab sekalipun, aku tidak akan meninggalkan agamaku."
dicopy daripada blog sahabat lain...

No comments:

Post a Comment