Cita-cita untuk mengembara telah bermula apabila aku di zaman sekolah rendah lagi. Waktu itu aku bersama rakan-rakan memasang angan-angan untuk mengembara menjelajah bumi Malaya ini dengan menaiki Bas. Teringat suasana pada zaman itu. Kami penuh angan-angan dan imaginasi selaras dengan kartun dan anime yang ada dalam siri TV seperti Dragon Ball, Conan, Dragon Quest yang banyak menceritakan mengembaraan yang menarik.
Apabila aku meningkat remaja, aku teringin pulak nak
mengembara secara solo menaiki keretapi setelah aku membaca satu buku mengenai
rangkaian keretapi di dunia yang melalui jalan-jalan yang menarik contohnya
Trans siberia dan lain-lain.
Trans Siberia.
Walaupun ramai yang berpendapat bahawa mengembara seorang
diri ini agak berbahaya tetapi ia memberi kepuasan kepada diri. Hal ini kerana
ia mengajar kita mengenai sifat berdikari dan sifat berani dalam diri. Selain
itu dengan mengembara kita juga boleh menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH
dan dengan menghayati ciptaan tersebut kita boleh memantapkan iman kita sebagai
orang Islam.
Aku pernah mengembara dengan motosikal seorang diri ke
beberapa destinasi dan walaupun destinasi itu tidaklah jauh sangat tetapi
pengalaman yang dikutip sangat berharga bagi diri ini.
Apabila aku memasuki alam Mahasiswa aku memasang cita-cita
untuk mengembara ke Asia Barat, Afrika dan China selain menunaikan haji dengan
menggunakan jalan darat dari Mesir. Asia Barat, Eropah, China dan Afrika Utara
mempunyai sejarah yang tersendiri dan suasana persekitaran yang indah dan
menarik disamping kepelbagaian masyarakatnya.
Ladang Zaitun di Morocco.
Selain itu dokomentari-dokumentari pengembaraan juga telah
memberikan inspirasi kepada diri ini untuk mengembara. Beberapa kisah
pengembara melalui tulisan juga menarik untuk dibaca antaranya seperti kisah
seorang warga poland ini:
Kisah seorang wanita warga Poland berusia 78 tahun,
Teresa Bancewicz yang mengembara dengan cara hitch-hiking.
Wanita kental ini dilahirkan pada tahun 1934. Dia berkelulusan dalam bidang seni di Wrocław. Ibu kepada tiga orang anak ini pernah bekerja sebagai seorang pereka di sebuah syarikat perdagangan tempatan selama 35 tahun dan pencen pada usia 55 tahun.
Dia kemudiannya mendapat bantuan daripada kerajaan sebanyak 700PLN (lebih kurang RM900) sebulan. Lama-kelamaan dia mula mengalami kemurungan dan merasakan tahap kesihatannya semakin tidak baik. Doktor kemudiannya mencadangkan supaya dia bertukar persekitaran, namun bagaimana hendak melakukannya ketika dia mula mengalami saat-saat kesukaran?
Ya, dengan hitch-hiking.
Pengembaraannya bermula ketika hitch-hiking ke Finland pada tahun 1996 dan semenjak itu, dia pergi lebih jauh merentas benua Eropah, sebahagian besar benua Afrika, dan kebanyakan tempat di Asia. Dia pernah tidur di rumah-rumah batu Berber berdekatan dengan Gurun Sahara dan berkhemah di tebing Sungai Nil. Empat tahun lalu dia berada di Jepun dan setahun kemudian dia di Cuba sebelum ke Kazakhstan pada tahun berikutnya.
Sudah tentu bukan semua pengembaraannya dengan hitch-hiking. Dia ke Cuba dengan kapal terbang, ke Asia dengan kereta api Trans-Siberia. Bagaimana dia dapatkan duit? Ya, melalui sumbangan. Seperti tiket ke Cuba, wangnya telah disumbangkan oleh penduduk-penduduk tempatan di negara-negara yang dikunjunginya. Selain itu, wanita ini juga menggunakan inisiatifnya dengan membuat sendiri poskad yang unik untuk dijual sebagai bekalan di sepanjang perjalanannya.
Agak-agaknya apa yang Teresa bawa di dalam beg galasnya (backpack 30 kilogram)?
8 hingga 10 kilogram bijirin dan susu tepung (cukup untuk
dua kali makan sehari selama dua bulan)
250 biji kiub bahan bakar (fire starter)
Dapur tin
Cawan aluminium
Beg tidur
Khemah
Beberapa kilogram poskad buatan sendiri
Alat-alat membersihkan diri
Baju panas
Sudu dan garpu
"Saya tidak lupa tentang pengalaman bertemu dengan penduduk tempatan, tetapi saya boleh lupa tentang ketinggian sesebuah gunung atau nama-nama bangunan cantik yang saya temui (faktor usia). Saya telah belajar untuk sentiasa senyum dan menjadi seorang yang periang. Saya juga belajar betapa bagusnya memberikan senyuman kepada orang lain kerana setiap daripada mereka mampu membayar balik senyuman itu," kata wanita itu yang hanya membelanjakan $8 sehari di sepanjang perjalanannya.
aku ingin berkelana, menemukan arahku dengan membaca bintang gemintang. Aku ingin mengharungi padang dan gurun-gurun, ingin melepuh terbakar matahari , melambung dihentam angin, mengecut dicengkam dingin. Aku ingin kehidupan yang menggetarkan, penuh penaklukan . Aku ingin hidup!! Ingin merasai sari pati hidup!!.
Petikan ini adalah dari novel ketiga Tetralogi Laskar Pelangi, Edensor karya penulis Indonesia, Andrea Hirata.
No comments:
Post a Comment