Alhamdulillah…berakhir sudah kem kokurikulum Sam Sg
selisek...
Melalui kem ini aku dapat melihat dan merasai pengalaman
berharga sebagai guru praktikum.
Pengalaman menguruskan pelajar yang sakit, berjaga malam
menguruskan khemah pelajar yang basah akibat hujan lebat sepanjang malam. Teringat aku apabila pintu diketuk pada pukul
3.00 pagi.
Cikgu..cikgu…khemah
kami banjir. Air penuh dalam khemah. Khemah pun nak runtuh.
Kata seorang pelajar kepada aku.
Aku pun tanpa membuang masa bingkas bangun walaupun kesakitan
dan kebas yang terasa pada tulang rusuk akibat tidur di atas simen yang sejuk
masih terasa lagi.
Tikar untuk pelajar perempuan sudah diselesaikan.
Satu tugasan lagi ialah mengejutkan pelajar lelaki yang
masih tidur di dalam khemah.
Bangun…bangun!!!
Kata ustaz bahari yang menemani kami semasa mengejutkan
pelajar.
Kami memeriksa setiap khemah yang ada. Didapati ada pelajar
yang sudah tidur di dalam kelas dan masih ada lagi pelajar yang tidur lena
walaupun lantai khemah dibanjiri dengan air hujan.
Perkara paling melucukan ialah seorang pelajar yang tidur
seolah-olah berada di hotel 5 bintang .
Lena sehinggakan air hujan yang membanjiri lantai khemah seolah-olah tilam
empuk. Mungkin kerana keletihan agaknya…
Pada pagi berikutnya program berjalan lancar dengan senaman
pagi yang dikelola oleh ustaz azwan. Seterusnya pelajar – pelajar bakal
melakukan aktiviti lasak dan mencabar iaitu fliying fox dan paintball.
Semoga pengalaman ini menjadi pengalaman yang berharga
kepada diri dan rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment