Wednesday, November 26, 2014
kenapa waktu dan hakikat..??
Tepat jam 1.05 pagi, berbekal teh o panas dan roti tostem yang dibakar bersama jem blackberry, aku berusaha memuat data-data SEGAK dan PJASK murid ke dalam sistem. Tatkala mata sudah mencapai tahap rehatnya, aku masih memaksa ia untuk berkerja pada tahap maksimum. Saat ini aku terkilan dengan nada sinis yang mengatakan karier ini paling mudah dan senang berbanding karier lain. Ah...biarkan mereka berkata-kata...
Mata semakin berat, aku mencapai pena dan kertas, lukisan demi lukisan....mood berkerja semakin segar. alhamdulillah....moga aku dapat mengisi data lima hingga enam orang lain. Kala termenung di malam ini, aku teringat ketika mula-mula menulis blog. Aku bukan seorang yang mengikut trend..bukan juga ingin mencari publisiti, tapi hanya untuk menulis untuk diri sendiri. Kalau ada yang lain membaca...kadang-kadang aku malu juga.
Mengapa waktu dan hakikat??
Waktu..
Waktu atau masa tidak pernah berundur ke belakang.
Waktu juga sering meninggalkan manusia yang leka.
Waktu juga kasih kepada manusia yang menghargainya.
Waktu juga seiring dengan hakikat manusia diciptakan di dunia.
Hakikat yang tidak boleh dilupakan oleh setiap hamba kepada tuhannya.
Tugas hamba kepada penciptanya.
Terkadang manusia alpa.
Lupa dengan hakikat dan makna dirinya.
Leka dengan nikmat dunia.
Sedangkan Hakikatnya...itu hanya sementara.
Hakikat yang sebenar adalah di akhirat sana.
monolog-monolog ini....masih kuingati dari mula aku menulis huruf pertama di blog ini.
moga tinta dakwat eletronik ini mampu memahamkan diri akan waktu dan hakikat dunia ini.
-azam/apartment cherry/ipoh-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apabila sudah mula berjinak-jinak ke alam pekerjaan berbanding dengan alam pembelajaran, kadang kala kita merasakan masa itu sentiasa mencemburui kita.. Berlalu dengan begitu pantas dan sekiranya kita lambat bertindak, ianya akan meninggalkan kita begitu sahaja..
ReplyDeleteBetapa pentingnya setiap saat, minit dan jam itu.. Mudah-mudahan kita sentiasa menghargainya dengan meluangkan perkara2 yang berfaedah.. InsyaAllah..
Ya ukhti...memang sukar mngatur jadual.
Delete