Pokok buluh di seberang jalan meliuk-liuk ditiup angin. Bendera yang di atas pagar seolah-olah menari mengikut rentak angin. Sambil menunggu hujan meencurah ada beberapa isi yang ingin aku tuliskan di medan maya ini. Pejam celik
pejam celik dah 3 tahun 1 bulan mengajar di sini. Banyak perkara aneh dan pelik
yang berlaku di sini. Aku seorang yang minat dengan apa juga jenis sukan dan
aku bermain dengan pelbagai jenis sukan semasa zaman sekolah dahulu. Antara
sukan yang aku aktif dulu ialah hoki (ada la wakil negeri), badminton (main
daerah), ping pong( sekolah), handball (sekolah dan universiti). Ada juga sukan
yang aku terjebak secara tak langsung seperti basketball (paan gemuk ajak
main), tenis (main sebab ambik subjek tenis), rugby (sebab kawan ajak), memanah
dan banyak lagi. Apabila aku sampai ke sekolah ini, aku rasa terkongkong dan
tak dapat nak berkongsi minat aku dengan pelajar, hal ini kerana sekolah aku
mengajar ini sekolah perempuan.
Disebabkan
minat dengan sukan, aku pun selalu melihat dari jauh pelajar-pelajar ini
berlatih dan bermain sewaktu petang dan semasa pendidikan jasmani.
Kadang-kadang aku senyum sendirian melihat telatah mereka di padang, ketawa dan
bercakap tak pernah lekang dari bibir mereka. Sambil membawa bola pun boleh
ketawa, sepak bola pun ketawa, main badminton pun ketawa. Kadang-kadang gelak
tawa mereka boleh jadi penawar kepada aku yang kadang-kadang stress dengan
tugas. Satu lagi perkara yang aneh di sini ialah aku permah menegur seorang
pelajar dan tiba-tiba dia menangis, kadang-kadang aku bergurau pun dia
menangis. Sudah…aku pun rasa serba salah, yang aku pelik cikgu perempuan yang
garang macam harimau tak ada pulak budak-budak ni menangis. Entah-entah aku ada
aura kegarangan yang aku sendiri tak nampak…haha..
No comments:
Post a Comment