Friday, August 17, 2012

aku memang pencinta setia (ramadhan)


assalamu alaikum...rasanya dah lama tak update blog ni..walaupun tak ada sapa yang nak baca rasanya..tapi aku teruskan juga niat yang terdetik di hati nak update blog nih..
aku mulakan tulisan dengan lafaz alhamdulillah dan selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah SAW..
sedar atau tidak kita sudah berada di fasa yang terakhir ramadan untuk tahun ini.
Ada yang gembira dan tidak sabar untuk menyambut hari raya dan ada juga yang bersedih kerana masih merindui ramadhan yang sudah memasuki fasa dijauhkan dari api neraka.
Ramadhan ini memberikan makna yang istimewa bagi diriku. Selain dapat mentarbiyyah diri dengan liqo-liqo yang dijalankan oleh ustaz azmil dan akh nazrey aku juga dapat membantu anak-anak murid di SAMSES menghayati Ramadhan kareem ini dengan program-program yang dijalankan sepanjang ramadhan ini.
Antara input yang diperoleh ketika di rumah akh nazrey ialah tazkirah dari Akhi Rusydie seorang pengajar bahasa arab. Peringatan yang penting kepada mereka yang memburu kelebihan Ramadhan dan kepada mereka yang semakin lupa kepadanya dek kerana menantikan hari raya.
aku juga terbaca puisi yang banyak memberi kesedaran kepada diri ini.
Ramadhan akan segera pergi.. Tak ada waktu utk berlengah2,
Selamat tidur, selamat bangun cepat dan menghidupkan mlm!
Ramadhan akan pergi.. Menjauh pergi.. Semua menangis, bumi langit menangis..jagat raya menangis.
Jgn dulu pergi..wahai bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka.
Jgn dulu pergi.. Wahai bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka .
Ibadahku belum lagi sempurna, doaku belum lagi membahana, malam-malamku masih kurang dengan airmata.
jgn pergi..amalan shalihku belum seberapa.. Itupun, belum tentu diterimaNya
Jgn dulu pergi.. Masih kurang ku bertilawah, masih kurang kuberibadah berjamaah, masih kurang kubersedekah.
Jgn pergi..Lisanku masih kurang bertasbih, malamku tak sempurna bertarawih, dosaku masih membuih.
Tinggal hitungan hari, kau pergi.. Meninggalkan diri yg berharap kembali fitri. Kembali suci..

Thursday, August 9, 2012

Basuh telur ayam sebelum memasak...



Ini satu luahan hati pendek hehehe....
tentang kebersihan telur sebagai maklumat kepada semua orang. Sebelum anda memecahkan kulit telur sebelum memasaknya, eloklah telur tersebut dibasuh terlebih dahulu. Kebelakangan ini sudah banyak gerai-gerai yang menjual burger tidak membasuh telur terlebih dahulu. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila najis ayam kelihatan masih terlekat di kulit telur tersebut tetapi mereka buat tidak peduli tentangnya. 

Apakah alasan telur tersebut dibiarkan tidak dibasuh kemudian dipecahkan lalu isinya tumpah bersama tahi tersebut? 

Tiada alasan untuk berbuat begitu selain orang-orang yang malas dan mahu jalan pintas. 

Baru-baru ini, saya pergi ke sebuah gerai burger. Saya lalu memerhatikan telur-telur yang diletakkan di rak gerai tersebut. Amat jelas kelihatan tahi-tahi ayam masih melekat di kulit telur tersebut. Saya bertanya apakah telur-telur ini telah dibasuh terlebih dahulu?..jawab penjual burger tersebut seolah-olah terkejut dengan soalan saya itu, "hah, ...oo...telur-telur ini telah dilapkan dengan kain tuala terlebih dahulu". Apakah bezanya mengelap dengan tidak membasuh? Bagi saya, ia sama sahaja, selagi ia tidak dibasuh dengan air, ia tetap najis. Ia akan dimasak bersama-sama dengan telur tersebut lalu masuk ke dalam mulut anda. 

Oleh itu, jika anda penggemar benjo, sila pastikan telur dibasuh terlebih dahulu. Jika tidak jangan beli dari gerai tersebut. Begitu juga apabila memasak telur di rumah, pastikan anda membasuhnya terlebih dahulu. 

lagi satu saya pernah pergi ke pasar malam dan juga ke kedai-kedai makan saya dapati orang yang masak mee tu tidak mencelur@basuh dengan air panas mee tersebut.keluar je dari plastik terus masak.eiii..bahaya tu..kotor pulak tu..

berdosa kalau peniaga mengainaya pembeli sebab bukan sahaja boleh bagi mudharat kat orang yang makan tapi menyerlahkan lagi sikap pengotor.

Monday, August 6, 2012

Emas yang bermakna ialah usaha yang tidak pernah padam.


Lee Chong Wei....
sandaran utama pingat emas negara telah tumpas di tangan seteru utamanya iaitu Lin Dan.
Walaupun tewas tapi Chong Wei telah memberi tentangan yang sengit kepada Lin Dan tidak seperti di Beijing yang menyaksikan beliau tewas dengan mudah.
Terdapat beberapa sisi kebaikan daripada Chong Wei yang dapat kita ambil sebagai contoh terutamanya yang bergelar atlet dan rakyat Malaysia. Pbeliau ialah pertama sekali perkara positif yang kita boleh lihat daripada beliau ialah riak muka yang tenang di gelanggang sama ada ketinggalan atau sedang mendahului lawan. Tiada unsur-unsur provokasi kepada lawan dan lain-lain. Selain itu kita boleh lihat Chong wei juga seorang pemain yang sangat menghormati jurulatih beliau. Kita boleh lihat bagaimana "chemistry" beliau dengan Misbun Sidek yang telah banyak membantu Chong Wei meningkatkan prestasi beliau sehingga hari ini walaupun telah bertukar jurulatih lain.
Chong Wei juga sedikit sebanyak membatu menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersatu hati menyokong beliau tidak kira bangsa dan keturunan.
Semoga akan ada pelapis yang dapat menggantikan wira Badminton negara ini. Walaupun hanya kilauan perak tetapi usahamu ibarat emas yang berkilau buat negara.
Tahniah Chong Wei!!

muslim yang berdisiplin


TIGA BENTUK DISIPLIN DIRI SEORANG MUSLIM


TIADA CATATAN TARIKH DAN TEMPAT

Seorang Muslim yang baik pandai mendisiplinkan dirinya. Yang dimaksudkan pandai mendisiplinkan diri ialah pandai mendisiplinkan fikiran, pandai mendisiplinkan jiwa atau hati dan pandai mendisiplinkan fizikal.

PANDAI MENDISIPLINKAN AKAL FIKIRAN

Apakah yang dimaksudkan pandai mendisiplinkan akal fikiran? Yang dimaksudkan pandai mendisiplinkan akal fikiran itu diantaranya, kalau hendak membuat suatu perbincangan atau satu ceramah, pandai memilih tajuk. Tajuk itu benar-benar memberi faedah bukah saja untuk dirinya tetapi juga berfaedah untuk umum. Kalau seseorang itu tidak pandai berfikir, dia akan memilih tajuk yang mungkin akan menguntungkan satu dua orang sahaja, tetapi tidak mengenai umum manfaatnya. Ini tidak banyak memberi manfaat sedangkan masa yang dikorbankan untuk memperkatakan tajuk itu terlalu lama. Bukan senang untuk menjadi orang yang pandai memilih tajuk. Yang lebih sulit ialah MENDISIPLINKAN FIKIRAN ketika memperkatakan tajuk itu. Dan untuk fokus fikiran kepada tajuk itu sahaja. Orang bijak apabila dia memperkatakan tajuk "ayam" dia boleh menghurai dari muncung ayam hingga ke kaki dan kukunya. Kalau dia petah bercakap sekali pun dengan hujah yang panjang tetapi tersebut kuku kambing, ekor kuda. Walaupun bahasanya indah, seindah ombak yang bergelombang, namun tidak ada nilai apa-apa. Walaupun seorang yang tidak petah bercakap, tapi masih lagi ucapannya terfokus pada tajuk yang dipilih, ini menunjukkan dia orang pandai dan pintar cuma tidak pandai bercakap. Kalau sudah pandai memilih tajuk yang tepat, apabila membahaskannya tidak terkeluar pula daripada tajuk dan boleh membawa hujah yang mantap dan ia boleh pula membawa hujah Al Quran dan Hadis. Maka akan lebih hebat lagilah untuk memperteguhkan hujah bagi tajuk yang dibahaskan.

MENDISIPLINKAN JIWA ATAU HATI

Bisikan hati boleh dibahagi kepada dua.

Rasa hati yang diperlukan pertimbangan akal. Rasa hati ini mesti dibahaskan lagi, rasa hati yang mesti difikirkan dan dinilai oleh akal. Hati ialah rebutan antara malaikat dan syaitan. Kalau ada cetusan rasa hati, terus saja dijadikan tindakan. Ditakuti rasa hati itu bisiskan syaitan. Oleh itu ada jenis rasa hati yang mesti difikirkan, dibahas, direnung dan dinilai DENGAN BANTUAN AKAL. Apabila ditimbang-timbang oleh akal, diterima oleh syariat mungkin itu titisan ilham dari malaikat, maka bolehlah dijadikan tindakan. Oleh itu rasa hati seumpama ini kenalah dipertimbangkan oleh akal lagi berdasarkan hukum-hakam syariat. Tidak boleh terus saja bertindak mengikut rasa, takut-takut nanti tindakan itu akan membawa akibat buruk kerana ia dibisik oleh syaitan.

Rasa hati yang tidak memerlukan bantuan akal. Ada rasa hati yang lain lagi yang boleh terus dipakai kerana ia tidak memerlukan pertimbangan. Tetapi ini susah hendak digambarkan bagi orang yang tidak ada pengalaman. Kalau kita terangkan secara ilmiah, ia tidak dapat mengagak juga. Mungkin dia akan memikirkan rasa yang pertama juga. Dia tidak dapat membezakan rasa pertama dengan rasa yang kedua. Rasa hati yang kedua ini "ILHAM". Ilham, syaitan tidak campur tangan. Ini benar-benar dari malaikat. Hakikatnya dari Allah. Apakah tandanya? Tandanya akal langsung tidak mahu campur tangan, bahkan dihentikan pertimbangan otak. Ditutup pintu pertimbangan otak. Payah hendak disebut bagi mereka yang tidak pernah sampai ke peringkat ini. Siapa yang pernah diberi Allah, dia dapat merasa sendiri. Tak payah hendak diceritakan, sesuatu yang diilhamkan ke hati. Memang akal tidak terbuka bukan saja tidak mahu fikirkan bahkan akal terus terhenti, ditutup terus pembantu akal. Indah sungguh sesuatu yang dijatuhkan ke dalam hati yang tidak tahu dari mana sumber datangnya. Sekiranya sesuatu ilham itu patut dijadikan tindakan. Kalau ia tidak mahu bertindak, dia rasa gelisah, ibarat bayi dalam kandungan yang belum muncul keluar. Bila telah muncul keluar, si ibu terasa lapang. Demikianlah bila telah jadi tindakan, terasa lapang. Mungkin payah nak faham teori ilmiah ini bagi orang yang tidak pernah mengalaminya, payah memahaminya. Orang yang pernah mengalaminya akan berkata, ya, benar sungguh, demikian kata hatinya.

Dapatlah kita fahami pertama, ada rasa hati yang boleh atau sepatutnya difikirkan oleh akal kemudian barulah dijadikan tindakan. Kedua, ada rasa hati yang akal tidak mahu campur tangan. Memang akal langsung tidak mahu memikirkannya. Ilham atau bisikan itu dibiarkan saja pada hatinya. Ini ilham namanya. Ini orang yang pandai menyusun hati namanya.

PANDAI MENYUSUN FIZIKAL

Kita perlu pandai menggunakan tenaga badan atau fizikal. Biarlah boleh gunakan tenaga itu supaya boleh dapat hasil yang besar. Kita menggunakan tenaga fizikal dengan masa yang singkat, tetapi hasilnya besar. Kalau mengguna tenaga tetapi masanya berlarut-larut, buang masa sahaja, sedangkan hasilnya terlalu sedikit. Ini ertinya pandai menyusun tenaga.

Begitulah maksudnya orang yang bijak dan pandai mendisiplinkan diri. Pandai mendisiplinkan fikiran, hati dan fizikal. Kalau Allah tak bantu, tidak boleh lakukan. Kalau Allah tak bantu, tidak boleh bertindak sebegitu halus.


Apakah kita bercakap, berfikir, bertindak mengikut kaedah ini atau tidak?
dari: al-risalah.