Thursday, November 22, 2012

19 oktober dalam kenangan.



Tanggal 19 oktober 2012….ada apa dengan tarikh ini??
Ya…tanggal ini merupakan tarikh perpisahan bagi kebanyakan guru pelatih UPSI.
Detik yang menyalakan perasaan bercampur baur antara kesedihan dan kegembiraan.
Selama 16 minggu guru anak kandung suluh budiman mengerah keringat di sekolah , mengaplikasikan segala teori yang dipelajari di kelas dan kadang-kadang terpaksa menggunakan teori sendiri untuk merungkai masalah di kelas dek kerana perangai dan tingkahlaku murid yang bermacam ragam.
Selama 16 minggu ini juga guru-guru pelatih berusaha menghabiskan silibus matapelajaran yang telah diamanahkan oleh Pengetua dan juga guru-guru.
Selama 16 minggu ini juga jari-jari dan tangan guru pelatih terpaksa bekerja lebih masa menulis rancangan pelajaran untuk tatapan penolong kanan akademik pada setiap hari jumaat.
Selama 16 minggu ini juga guru-guru pelatih berusaha mencari bahan bantu mengajar seperti kad manila, kertas mahjong, video dan lain-lain supaya pelajaran yang diajar mudah dihadam oleh murid dan persembahan pengajaran juga lebih menarik daripada biasa.
Selama 16 minggu ini juga guru-guru pelatih akan berhadapan dengan kritikan dan juga saranan daripada guru pelatih dan pensyarah yang memantau.
Bagi aku…
Selama 16 minggu ini merupakan perjalanan peristiwa bermakna yang bakal mencorak setiap langkahku untuk menjadi pendidik.
Selama 16 minggu ini aku berhadapan dengan situasi sebenar di dalam kelas, yang mempunyai bermacam ragam dan karenah murid-murid.
Selama 16 minggu ini aku berkongsi pengalaman dan ilmu bersama dengan murid-murid yang aku sayangi di dalam kelas.
Dan…
Selama 16 minggu ini segala peristiwa yang indah dan bermakna telah dicorakkan di satu wilayah ilmu yang bernama….
SAMSES..
Satu medan ilmu yang boleh membuat sang pencinta ilmu dan dakwah tidak mahu berganjak dari situ. Rasa cinta pada bumi ini menyebabkan rasa kerinduan itu menyelinap dalam urat nadi dan darah sang pencinta itu.
Adik-adik...
kamu ibarat laskar pelangi cikgu...

No comments:

Post a Comment