Assalamu
alaikum wr wb..
Semoga
sahabat-sahabat semua dikurniakan kesihatan oleh ALLAH swt untuk antum semua
meneruskan perjuangan di bumi yang sementara ini.
Alhamdulillah..pada
25 november kami “Pembina UPSI” dapat menganjurkan forum bersama tokoh dakwah
dan pejuang Palestin yang terkenal iaitu Dr Zainur Rasyid bin Zainuddin. Antara
slot yang terdapat pada hari itu ialah “Antara Semalam Dan Hari Ini- Assyahid
Hassan Al Banna”, Membelah Awan Duka Ke Gaza” dan Langkah bermula.
Dalam
forum ini banyak juga info yang diperoleh oleh hadirin terutamanya mengenai
Palestin dan Al-Aqsa.
Akan
tetapi bukan itu tujuan tulisan ini ditulis..tetapi ada suatu peristiwa yang
ana ingin kongsikan kepada semua mengenai kisah semasa ana dalam perjalanan
berseorang pulang ke kampung setelah selesai forum tersebut.
Pulang
ke kampung menaiki motosikal bersendirian merupakan rutin yang sering ana
lakukan apabila cuti semester ataupun apabila terpaksa berulang alik ke UPSI.
Setiap
kali pulang ke kampung pada waktu petang, ana akan melintasi ribuan burung
bangau pulang ke sarang. Mereka akan membentuk formasi V dengan jumlah yang
banyak dan ana akan berhenti di tepi jalan untuk menyaksikan cara penerbangan
yang indah ini.
Semasa
memerhari burung tersebut ana juga terfikir beberapa kisah inspiratif yang
dapat dihuraikan melalui tabiat burung hijrah ini.
Antara
kisah inspiratif yang diperoleh ialah melalui penerbangan formasi V ini burung
tersebut dapat menjimatkan tenaga semasa penerbangan. Bangau yang di hadapan
merupakan bangau yang paling letih akibat rintangan udara. Oleh itu ia akan
bertukar dengan bangau lain apabila berasa keletihan. Hal ini membuktikan
semangat kerjasama penting dalam menuju kejayaan.
Selain
itu apabila seekor bangau sakit dan tidak dapat meneruskan penerbangan. Akan
ada bangau yang menjaga sehingga bangau yang sakit tersebut sembuh.
Hal
ini memperlihatkan kepada kita bahawa apabila sahabat kita future dan putus
asa. Sebagai sahabat kita harus merawat kembali hati mereka. Dan sekali-kali
jangan membiarkan sahabat tersebut putus asa.
Apabila
merenung kisah bangau tersebut..banayak pengajaran yang diperoleh terutamanya
menggiatkan usaha dakwah bersama rakan-rakan yang lain.
Di
dalam Al Quran, Allah berfirman agar kita memperhatikan burung, seperti dalam
ayat, “Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang
mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang
menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat
segala sesuatu.”
(Surat
al-Mulk: 19).
Subhanallah…begitu
banyak pelajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa migrasi burung ya..
berbagai alasan yang menyebabkan sekelompok burung bermigrasi, dan semua alasan
tersebut tujuannya sangat penting yaitu berusaha untuk bertahan hidup dan
memperoleh kehidupan yang lebih baik.
Migrasi
memerlukan keahlian khusus seperti penentuan arah, cadangan makanan, dan
kemampuan untuk terbang dalam jangka waktu yang lama. Burung telah melakukan
persiapan yang baik, seperti menyiapkan persediaan makanan dalam bentuk lemak
di tubuh, aturan dalam kelompok mereka. Meskipun jarak tempuhnya sangat jauh,
mereka tetap optimis dan menjaga semangat tetap terbang dalam kelompok demi
mencapai tujuan yang lebih baik dibandingkan tempat mereka tinggal selama ini.
Mereka pun saling menyemangati satu sama lain dan saling menguatkan.
Burung
telah menentukan tujuan dan mempersiapkan diri untuk mencapainya, pelajaran
yang luar biasa tentang pentingnya tujuan dan bekal persiapan. Lalu, dalam
perjalanan tersebut begitu banyak tantangan dan hambatan yang harus dihadapi,
beberapa tantangan bahkan begitu beratnya hingga ada yang tidak bisa
melanjutkan perjalanan ke tujuan.
Mari bersama kita hayati kata-kata peninggalan Abu Hurairah
ini, "Sesungguhnya aku tidak menangisi dunia ini, tetapi aku menangis
apabila memikirkan perjalanan yang panjang dan bekalan diri yang sedikit ke
alam barzakh. Aku berada antara dua jalan. Tinggi dan rendah, syurga dan
neraka. Aku tidak tahu ke arah mana kakiku ini melangkah. Fikir-fikirkan,
saudaraku.