Friday, February 22, 2013

Orientalisme dalam peristiwa Acheh melawan Belanda.


Sejak pertengahan julai sampai pertengahan februari 1892 atas permintaan pemerintah Hindia Belanda. Snouck Hurgronje telah melakukan penyelidikan  untuk mengenal masyarakat Acheh, khususnya untuk memperoleh gambaran yang tepat tentang kehidupan islam serta pengaruhnya kepada politik dan hubungan kemasyarakatan di Acheh. Dia berpendapat bahawa ulama memainkan peranan penting dalam menggerakkan rakyat berperang sabil melawan Belanda. Tidak boleh ada keraguan dalam menghadapi pihak Acheh yang tidak mahu bertekuk lutut untuk itu hanya ada satu kebijaksanaan, iaitu menguasai mereka dengan kekuatan senjata dan hubungan dengan mereka tidak boleh diadakan sebelu mereka menyerah.
(E. Gobee dan V Adriaanse (eds.) Ambtelike Adviezen Van C. Snouck Hurgronje 1957, jilid I, hlm 95-96.)
Berdasarkan tulisan ini ternyata bahawa orientalisme barat seperti Hurgronje yang berdarah yahudi  berusaha untuk mencari kelemahan-kelemahan umat islam. Selain itu pendapat Hurgronje berdasarkan kajiannya tersebut membuktikan bahawa masyarakat Acheh mempunyai hubungan rapat dengan ulama-ulama yang membuatkan mereka lebih bersemangat untuk berjihad melawan Belanda. Hal ini demikian sangat berbeza dengan masyarakat pada masa kini yang semakin meminggirkan ulama-ulama. Selain itu ulama pada masa kini juga semakin bisu disebabkan kepentingan dunia lebih menarik minat mereka berbanding kepentingan ummah.
Oleh itu , untuk mengembalikan kekuatan umat islam, masyarakat, pemerintah, alim ulama haruslah mengutamakan kepentingan islam berbanding dengan kepentingan-kepentingan yang melibatkan diri sendiri sahaja.

Tuesday, February 19, 2013

Adakah tema yang ditonjolkan oleh filem tempatan mampu menanam budaya berfikir dalam masyarakat?



Apabila aku membuka helaian akhbar  maka aku akan terlihat beberapa filem tempatan dan juga luar negara menghiasi ruangan-ruangan kecil di sudut tepi ruangan segiempat tersebut. Dengan tulisan pemujukan ditulis dengan nada suspen dan bersemangat untuk menarik perhatian pembaca untuk menonton filem tersebut. Hal ini tidak kurang juga dengan promosi-promosi yang menghiasi kaca televisyen untuk menarik minat khalayak supaya membeli tiket-tiket wayang.
Aku berfikir…
Adakah filem-filem tempatan ini bertaraf Hollywood atau Bollywood..
Jawapannya…tidak sama sekali..
Tarafnya mungkin hampir sama dengan filem budget di Hollywood, bahkan mungkin skrip cerita filem budget Hollywood adalah lebih baik berbanding dengan filem tempatan.
Apabila aku melontarkan jawapan tersebut, ia tidak bermakna aku anti-dengan filem tempatan dan tidak menyokong produk tempatan Cuma aku berharap penggiat-penggiat filem haruslah berani untuk mengeluarkan diri mereka daripada mentaliti “apabila filem itu dapt untung, aku pun nak buat filem macam itu”. Dengan berkembangnya mentaliti penggiat filem yang sebegini, maka trend filem di negara kita ini adalah sama sahaja. Dewasa ini kita kerap melihat filem-filem bercorak gangster dan keganasan menghiasi layar pawagam tempatan. Selain itu muncul juga filem komedi seram dan fime seram yang muncul hampir setiap bulan dengan menampilkan hantu yang aku rasakan sama sahaja rupa mereka.Hal ini tidak kurang juga dengan filem komedi cinta yang kadang-kadang membuatkan khalayak yang suka berfikir secara berat membakul sampahkan filem-filem seperti itu. Aku juga sering mononton drama tempatan yang hampir majoritinya menampilkan sosok ahli korporat yang berjaya dengan rumah besar dan kereta mewah ditambah pula dengan konflik perebutan harta dengan pihak yang lain(selalunya ahli keluarga dan rakan terdekat).
Mungkin filem seperti ini mampu memberikan hiburan ringan kepada khalayak yang menontonnya. Akan tetapi sejauh manakah filem yang bergenre seperti ini mampu untuk membuat pemikiran masyarakat tersebut berkembang apabila asyik ditonjolkan dengan filem yang hampir sama sahaja temanya. Mari kita mengarahkan sudut pandang dan fikiran kita ke beberapa filem Indonesia. Aku menulis kata bilangan “beberapa” di atas kerana jumlah filem yang bermutu hanya beberapa kerat sahaja contohnya Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Sang Pencerah. Filem –filem tersebut pada aku berjaya memperlihatkan kepada masyarakat mengenai budaya dan sisi majoriti rakyat mereka yang kebanyakannya pelombong dan petani (pekerja kelas rendah) contohnya seperti filem Laskar Pelangi yang menceritakan mengenai kisah kehisupan anak pelombong dan nelayan yang berjuang untuk mencari ilmu walaupun ironinya mengikut kata-kata penduduk di situ “apabila besar jail kuli juga”. Akan tetapi kanak-kanak itu tetap bersemangat meneruskan perjuangan mereka menuntut ilmu. Aku juga tertarik dengan filem Sang Pemimpi, karya sambungan filem Laskar Pelangi yang menceritakan watak utamanya iaitu ikal dan rakan-rakan berusaha untuk menjadikan mimpi mereka menjadi kenyataan iaitu ingin menjelajah ke Eropah. Mereka berusaha untuk mencapai mimpi tersebut dengan menuntut ilmu dan perkara ini tercetus hasil daripada inspirasi guru mereka.
Nah!!
Begitulah filem yang wajar penggiat filem kita contohi. Filem yang baik ialah filem apabila penontonnya tidaka akan jemu menontonnya kembali dan nilai-nilai daripada filem terebut dapat kita ambil sebagai pengajaran kepada masyarakat. Selain itu filem yang baik juga ialah filem yang mampu memaparkan masalah dan realiti masyarakat yang berlaku sebelum dan juga masa kini supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Daripada : Azam (kuo blmt)

Saturday, February 16, 2013

Liberalisme - Satu Ulasan Berdasarkan Novel Kemi-Dr Adian Husaini.

 Liberalisme...
Menurut kajian daripada Datuk Wan Zahidi Wan Teh, beliau mendefinikan liberalisme ialah Liberalisme adalah memahami nash-nash agama (Al-Quran dan As Sunnah) menggunakan akal fikiran yang bebas; hanya menerima doktrindoktrin agama yang sesuai dengan akal fikiran semata.

Pemikiran Islam Liberal berpunca daripada pengaruh pandangan hidup Barat dan peradabannya yang mendominasi segenap bidang kehidupan dewasa ini. Usaha-usaha untuk merombak segala yang tetap atau “thawabit” dalam Islam merupakan ciri utama pemikiran ini. Takrif Islam yang telah disepakati perlu
diliberalkan dan dirombak sehingga orang bukan Islam pun dianggap sebagai muslim, dan agama selain Islam juga diterima sebgai Islam. Al-Quran yang diimani oleh seluruh penganut Islam sebagai wahyu illahi diragui kesahihannya dan dianggap sebagai ‘perangkap Quraisy’. Kelompok Islam Liberal ingin menjadikan
Islam senasib dengan agama-agama di Barat seperti Kristian dan Yahudi yang tunduk kepada arus sekularisasi. Mereka mengusung slogan “Menuju Masa Depan Yang Membebaskan” sebagai perangkap bagi menjerumuskan umat Islam ke Lembah pengabdian total kepada pemikiran dan cara hidup Barat yang kufur dan menyesatkan. Begitulah serba sedikit pengenalan kepada liberalisme kepada mereka yang masih belum hadam kepada pengertiannya.
Berbalik kita kepada novel Kemi karya Dr Adian Husaini, seorang tokoh pemikir islam yang pernah menuntut di ISTAC IIUM, satu pusat pengajian atau taman ilmu kepada pemikir islam di nusantara. Kemi merupakah antara karya beliau menurut saya cuba mengetengahkan dan mendedahkan sisi-sisi liberalisme kepada kita dan kaedah serta perbahasan untuk menyanggah hujah-hujah yang diberi oleh sosok-sosok liberalis contoh di dalam novel itu ialah Kemi itu sendiri. Perbahasan ini boleh dilihat melalui perdebatan diatara Kemi dan juga Rahmat, dua sahabat baik yang datang dari pesantren yang sama tetapi melalui aliran pemikiran yang berbeza.


Thursday, February 7, 2013


Assalamualaikum wr wb..
Lama tidak menekan keyboard untuk melakarkan butir-butir huruf di skin komputer berlatar belakang blog diri sendiri.sebenarnya..setelah dua hari ke KL mencari sedikit bahan tugasan dan juga sedikit pengalaman..Hati ini terdetik untuk menulis adalah kerana perkataan "je" yang sering muncul di akhir ayat. Perkataan ini sering muncul apabila seseorang itu berkata bagi menggambarkan kerendahan diri, dan juga mungkin kata-kata itu diluahkan akibat daripada rasa tidak bersyukur seseorang tersebut.
Aku sering mendengar seseorang mengungkapkan perkataan sebegini:-

Samad: Dol...kau buat apa sekarang ni??

Dol     : Ala...aku jadi cikgu ...jee...(nada rendah)

contoh lain..

Amid : lama tak jumpa kau..kerja apa skarang ni??

Asan: aku kerja posmen je...

Persoalannya di sini..
adakah kita perlu untuk mengungkapkan perkataan "je" di belakang ayat tersebut untuk menggambarkan rasa rendah diri.??...
Sebenarnya perkataan tersebut tidak perlu kita ungkapkan. Hal ini demikian kerana kita seolah-olah tidak pernah bersyukur dengan sesuatu anugerah kepada kita. Tidak juga kita perlu menggunakan ayat-ayat yang bongkak tetapi ungkaplah kata-kata yang menggambarkan rasa syukur kita kepada yang memberi anugerah dan rezeki iaitu ALLAH SWT.

contohnya:-


Samad: Dol...kau buat apa sekarang ni??

Dol     : Alhamdulillah..aku jadi cikgu sekarang ni.

Nah...begitulah perkataan atau kata-kata yang wajar kita tuturkan..
sentiasa bersyukur walau dalam perkataan dan juga perbuatan.