Tuesday, February 19, 2013

Adakah tema yang ditonjolkan oleh filem tempatan mampu menanam budaya berfikir dalam masyarakat?



Apabila aku membuka helaian akhbar  maka aku akan terlihat beberapa filem tempatan dan juga luar negara menghiasi ruangan-ruangan kecil di sudut tepi ruangan segiempat tersebut. Dengan tulisan pemujukan ditulis dengan nada suspen dan bersemangat untuk menarik perhatian pembaca untuk menonton filem tersebut. Hal ini tidak kurang juga dengan promosi-promosi yang menghiasi kaca televisyen untuk menarik minat khalayak supaya membeli tiket-tiket wayang.
Aku berfikir…
Adakah filem-filem tempatan ini bertaraf Hollywood atau Bollywood..
Jawapannya…tidak sama sekali..
Tarafnya mungkin hampir sama dengan filem budget di Hollywood, bahkan mungkin skrip cerita filem budget Hollywood adalah lebih baik berbanding dengan filem tempatan.
Apabila aku melontarkan jawapan tersebut, ia tidak bermakna aku anti-dengan filem tempatan dan tidak menyokong produk tempatan Cuma aku berharap penggiat-penggiat filem haruslah berani untuk mengeluarkan diri mereka daripada mentaliti “apabila filem itu dapt untung, aku pun nak buat filem macam itu”. Dengan berkembangnya mentaliti penggiat filem yang sebegini, maka trend filem di negara kita ini adalah sama sahaja. Dewasa ini kita kerap melihat filem-filem bercorak gangster dan keganasan menghiasi layar pawagam tempatan. Selain itu muncul juga filem komedi seram dan fime seram yang muncul hampir setiap bulan dengan menampilkan hantu yang aku rasakan sama sahaja rupa mereka.Hal ini tidak kurang juga dengan filem komedi cinta yang kadang-kadang membuatkan khalayak yang suka berfikir secara berat membakul sampahkan filem-filem seperti itu. Aku juga sering mononton drama tempatan yang hampir majoritinya menampilkan sosok ahli korporat yang berjaya dengan rumah besar dan kereta mewah ditambah pula dengan konflik perebutan harta dengan pihak yang lain(selalunya ahli keluarga dan rakan terdekat).
Mungkin filem seperti ini mampu memberikan hiburan ringan kepada khalayak yang menontonnya. Akan tetapi sejauh manakah filem yang bergenre seperti ini mampu untuk membuat pemikiran masyarakat tersebut berkembang apabila asyik ditonjolkan dengan filem yang hampir sama sahaja temanya. Mari kita mengarahkan sudut pandang dan fikiran kita ke beberapa filem Indonesia. Aku menulis kata bilangan “beberapa” di atas kerana jumlah filem yang bermutu hanya beberapa kerat sahaja contohnya Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Sang Pencerah. Filem –filem tersebut pada aku berjaya memperlihatkan kepada masyarakat mengenai budaya dan sisi majoriti rakyat mereka yang kebanyakannya pelombong dan petani (pekerja kelas rendah) contohnya seperti filem Laskar Pelangi yang menceritakan mengenai kisah kehisupan anak pelombong dan nelayan yang berjuang untuk mencari ilmu walaupun ironinya mengikut kata-kata penduduk di situ “apabila besar jail kuli juga”. Akan tetapi kanak-kanak itu tetap bersemangat meneruskan perjuangan mereka menuntut ilmu. Aku juga tertarik dengan filem Sang Pemimpi, karya sambungan filem Laskar Pelangi yang menceritakan watak utamanya iaitu ikal dan rakan-rakan berusaha untuk menjadikan mimpi mereka menjadi kenyataan iaitu ingin menjelajah ke Eropah. Mereka berusaha untuk mencapai mimpi tersebut dengan menuntut ilmu dan perkara ini tercetus hasil daripada inspirasi guru mereka.
Nah!!
Begitulah filem yang wajar penggiat filem kita contohi. Filem yang baik ialah filem apabila penontonnya tidaka akan jemu menontonnya kembali dan nilai-nilai daripada filem terebut dapat kita ambil sebagai pengajaran kepada masyarakat. Selain itu filem yang baik juga ialah filem yang mampu memaparkan masalah dan realiti masyarakat yang berlaku sebelum dan juga masa kini supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Daripada : Azam (kuo blmt)

No comments:

Post a Comment