Alhamdulillah..tanggal 18-21
haribulan Jun 2013, Pembina UPSI telah berjaya mengadakan Mukhayyam Perdana di
Kem Desa Selesa, Sungai Samak , Tanjung Malim, Perak. Antara objektif Mukhayyam
ini adaalh untuk memberi pendedahan kepada perserta mengenai pentingnya
tarbiyah dalam diri. Selain itu ianya juga bertujuan untuk meneruskan
kelangsungan tarbiyah para peserta terutamanya semasa cuti dan juga apabila
mereka menaiki ke semester seterusnya.
Untuk ikhwah kami terdiri
daripada 8 orang perserta iaitu aku, Izwan, Asyraf Madinah, Opi Toronto, Naim,
Halimi dan Ariff manakala akhawat pula terdiri dalam lingkungan 40 orang
peserta. Pada permulaaan agak janggal bagi kami untuk memulakan aktiviti kerana
jumlah ikhwah yang agak sedikit. Akan tetapi , Alhamdulillah segala aktiviti
berjalan lancar walaupun ada aktiviti yang kami lakukan memang tidak dirancang
dari awal. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah membina rakit buluh, bermain
permainan batu, helang dan air (tak tahu nama sebenar), galah panjang dalam air
dan puisi Islam.
Selain itu, program ini juga
dilengkapkan dengan slot ceramah daripada tetamu jemputan contohnya mengenai
kerjaya, kelangsungan tarbiyah dan Baitul Muslim. Akan tetapi, slot yang
menjadi masalah kepada aku ialah slot Baitul Muslim. Hal ini kerana ada sedikin
tamparan kepada diri ini supaya berbaitul muslim. Aku dengan prinsip aku, bina
kerjaya dan masa depan barulah akan mendirikan baitul muslim. Setiap orang ada
prinsip dan pendirian mereka sendiri. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit dugaan
dan cabaran dalam menjaga hati sebelum ini. Tetapi Alhamdulillah, aku dapat
mengelakkan diri dari bercouple sepanjang aku hidup. Walaupun kadang-kadang
diri ini diuji oleh sindiran kawan-kawan dan dugaan sepanjang berdepan dengan
rakan-rakan dari kaum “hawa”. Alhamdulillah, Allah masih memelihara hati ini
sehingga jari-jari ini menaip kisah ini.
Sepanjang program juga aku sempat
menyampaikan kuliah magrib yang bertajuk orientalisme dan juga kisah Nuqman Al
Muqarrin. Sebelum ini aku hanya bertazkirah di hadapan ikhwah tetapi apabila
berdepan dengan akhawat hati ini sedikit berdebar dan gementar.
Tanggal 21 Jun 2013, maka
berakhirlah program ini, Hari itu juga
ALLAH memberi kami rezeki untuk merasa ikan Sebarau yang menyerah diri kepada
kami. Apa lagi… Sebarau bakar menjadi santapan tengahari tersebut bersama ayam
BBQ.
No comments:
Post a Comment