Saturday, February 22, 2014

Kopi Ais satuu…...!!!


Sedang bersarapan di Gerai Sri Mawar secara solo tiba-tiba terlintas lirik lagu Jackson browne yang bertajuk “running on empty”. Apa lagi, mula la terbayang kisah-kisah silam yang pernah tercatat di meja-meja makan dan jalanraya daripada KUO ke Sri Mawar.
Abang!!! Order….
Abang waiter: Nak order ape dik??
Kopi O ais satu bang…
Abang waiter : Dengan muka yang kehairanan sambil berkata…Kopi ais??
Hhahahaha!!!!
Berderai hilai tawa teman-teman mendengar jenis air yang dipesan.
Teman: Pagi-pagi sejuk beku ni ko pesan Kopi Ais. Pelik la ko ni zam.
Aku : Suka hati aku la...!!
Geli hati, gurau tawa, sedikit tazkirah daripada mat Redhuwan, kadang-kadang mendengar bicara lagak orang tua daripada Ramdhan, melihat gaya osman menghirup teh tarik gaya pakcik berusia 60an sambil kaki bersilang di atas lutut, melihat gaya bro zul yang sering disakat oleh adik-adik junior terutamanya ifwat, mendengar bicara Pak khalid yang mahir dalam perubatan islam serta Akhi Syed yang asyik memikirkan baitul muslim..alhamdulillah..baitul muslimnya sudah dibina pada tahun lepas.
Pada detik ini aku hanya mampu menghirup Kopi Ais sambil mengimbas kembali rakaman peristiwa yang masih tersimpan dalam sel-sel otak aku ini serta hati yang masih merindui pengalaman itu. Sambil teman-teman yang lain masing-masing sudah membina kerjaya dan aku di sini masih menghirup kopi ais berseorangan.
Alangkah indahnya masa itu. Akan tetapi ruang masa tetap berjalan dan aku hanya boleh merindui dan tidak boleh kembali. Hanya gambar sebagai peneman kerinduan teman-teman.
Perhh… jiwang karat pulak pagi-pagi ni…

Running on empty…!!!

Tuesday, February 18, 2014

Ketahuilah….jalan itu panjang...


Ketahuilah….jalan itu panjang...
Aku sering mendengar jawapan mengenai persoalan kenapa kamu menuntut ilmu?. Kebanyakkan jawapan yang diberi ialah:
Aku menuntut ilmu kerana ingin berjaya…
Aku menuntut ilmu kerana ingin mendapat gaji besar..
Aku menuntut ilmu kerana ingin kenaikan pangkat..
Aku menuntut ilmu kerana ingin dipandang tinggi oleh masyarakat..
Jawapan ini bukan sahaja diberikan oleh pelajar sekolah, akan tetapi jawapan ini juga diberikan oleh mereka yang menuntut di tahap sarjana muda, sarjana dan phd. Sebelum membincangkan lebih lanjut mengenai permasalahan konsep ilmu yang membelenggu para penuntut ini. Adalah lebih baik kita mengulas lebih lanjut mengenai konsep ilmu daripada pandangan barat dan islam yang mungkin dapat membantu para penuntut lebih jelas mengenai konsep ini.
Ilmu mempunyai pengertian yang umum yang luas dan merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Terlebih dulu mari kita ketahui perkataan lawan kepada ilmu. Lawan kepada ilmu ialah “bebal” atau dalam bahasa inggerisnya bererti ignorance atau dalam bahasa arab bererti jahil.
Islam sangat mementingkan ilmu dalam kehidupan. Dalam perkembangan berkaitan, agama Islam bukan sahaja telah  meletakkan ilmu pengetahuan di tahap yang tinggi tetapi juga menganjurkan agar umatnya sentiasa mementingkan ilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan firman Allah s.w.t (Az-Zumar: 9) yang bermaksud “Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan” .
Dalam buku bertajuk konsep ilmu dalam islam karangan Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud menyatakan “Nabi Muhammad SAW dipersetujui sebulat suara oleh semua umat Islam sebagai al-nabi al-ummi, nabi yang buta huruf. Namun demikian, sunnahnya lengkap dengan aphorisme dan tindakan-tindakan yang menguatkan konsep ilmu dalam al-Quran dan menjadi pencetus dan kuasa pendorong bagi pembangunan intelektual dan tamadun masa depan dalam Islam.”  Begitulah kepentingan ilmu yang begitu diperlukan oleh masyarakat muslim pada masa kini.
Mari kita lihat pula konsep ilmu dalam tamadun barat, menurut  Arnold Toynbee Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama. Manakala Haas dan Lecky berpendapat Tamadun Eropah adalah berakar umbikan tamadun Yunani dan tamadun Rom yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata. J.K Fiebleman Tamadun ialah kepandaian mengekploitasi material oleh masyarakat iaitu proses masyarakat terhadap material dengan sendiri menjadikan barang baru bagi keperluan tertentu.
Melalui perbandingan kedua-dua ini dapat kita lihat bahawa matlamat menuntut ilmu dalam tamadun islam adalah lebih luas dan halatujunya jelas dan lebih berpaksikan agama islam itu sendiri ialatu mencari keredhaan ALLAH SWT. Akan tetapi apabila kita melihat konsep ilmu dalam tamadun barat, ianya lebih bersifat duniawi dan hanya menganggap agama itu salah satu cabang budaya yang sama dengan cabang-cabang yang lain.

Oleh itu teman, konsep manakah yang kita pilih. Cuba cermin diri dan koreksi hati.

Thursday, February 6, 2014

Kembali ke sini lagi...


Sambil melayan lagu “this is home” dendangan Switchfoot. Aku dibuai dengan memori di daerah ini suatu ketika dulu. Banyak kenangan pahit manis yang pernah dilalui di sini. Alhamdulillah, aku kembali ke bumi ini dengan memikul beberapa misi yang penting untuk agama, bangsa dan negara. Bunyi macam poyo je…. Tapi insya-Allah. Akan ku cuba supaya ia menjadi realiti. Ya..!!! Tanjung Malim masih seperti dahulu. Kedai Yik Mun masih tersergam dengan cat merah menyalanya. Hari minggu masih dipenuhi mat motor dari KL. Kononnya nak merasa keistimewaan hidangan di situ (aku tak pernah makan pun). Keistimewaan makanan pun masih seperti dulu. Gerai Roti Canai Seri Mawar yang menjadi nostalgia sewaktu diri ini masih mejadi mahasiswa sarjana muda. Selepas isyak kami dah tetapkan temu janji di gerai tersebut. Selepas solat subuh dan mendengar tazkirah penawar bagi hati, kami pun merempit ke gerai Seri mawar yang terkenal dengan keistimewaan roti canai yang rangup di luar dan lembut di dalam. Pelayan gerai tersebut kami gelar abang amy search kerana rupa parasnya yang seakan-akan penyanyi popular itu. Itulah rutin harian kami sewaktu hujung minggu, kalau aku tidak pulang ke kampung. Tanjung Malim juga terkenal dengan buah buahan tempatan seperti durian,langsat, manggis. Aku juga teringat kenangan sewaktu meneroka dusun durian mencari buah tersebut. Rasanya dekat dua guni durian kami bawa balik ke kolej dan sampaikan kami boleh mengagihkan ke Blok B lagi. Kini aku kembali lagi…alhamdulillah…pakcik-pakcik di masjid masih mengingati wajah ini. Kedai yang kebiasaan aku pergi suatu ketika dulu juga masih mengingati wajah ini. Junior yang masih ada juga masih mengingati wajah ini.