Sambil melayan lagu “this is home” dendangan
Switchfoot. Aku dibuai dengan memori di daerah ini suatu ketika dulu. Banyak
kenangan pahit manis yang pernah dilalui di sini. Alhamdulillah, aku kembali ke
bumi ini dengan memikul beberapa misi yang penting untuk agama, bangsa dan
negara. Bunyi macam poyo je…. Tapi insya-Allah. Akan ku cuba supaya ia menjadi
realiti. Ya..!!! Tanjung Malim masih seperti dahulu. Kedai Yik Mun masih
tersergam dengan cat merah menyalanya. Hari minggu masih dipenuhi mat motor
dari KL. Kononnya nak merasa keistimewaan hidangan di situ (aku tak pernah
makan pun). Keistimewaan makanan pun masih seperti dulu. Gerai Roti Canai Seri
Mawar yang menjadi nostalgia sewaktu diri ini masih mejadi mahasiswa sarjana
muda. Selepas isyak kami dah tetapkan temu janji di gerai tersebut. Selepas
solat subuh dan mendengar tazkirah penawar bagi hati, kami pun merempit ke
gerai Seri mawar yang terkenal dengan keistimewaan roti canai yang rangup di
luar dan lembut di dalam. Pelayan gerai tersebut kami gelar abang amy search
kerana rupa parasnya yang seakan-akan penyanyi popular itu. Itulah rutin harian
kami sewaktu hujung minggu, kalau aku tidak pulang ke kampung. Tanjung Malim
juga terkenal dengan buah buahan tempatan seperti durian,langsat, manggis. Aku
juga teringat kenangan sewaktu meneroka dusun durian mencari buah tersebut. Rasanya
dekat dua guni durian kami bawa balik ke kolej dan sampaikan kami boleh
mengagihkan ke Blok B lagi. Kini aku kembali lagi…alhamdulillah…pakcik-pakcik
di masjid masih mengingati wajah ini. Kedai yang kebiasaan aku pergi suatu
ketika dulu juga masih mengingati wajah ini. Junior yang masih ada juga masih
mengingati wajah ini.
Semoga terus tsabat dalam perjuangan.. InsyaAllah..
ReplyDeleteamin
ReplyDelete