Sejenak di
Arkib Negara. Tatkala hujan lebat menyiram ke bumi, aku duduk di pintu hadapan
sambil memandang satu bangunan di hadapan. Di sana sayup-sayup tertulis “menara
ilmu”. Apakah makna menara ilmu bagi diri kalian??
Adakah
dengan membaca seribu buku anda sudah berjaya sampai ke menara ilmu.?
Adakah anda
sudah bergelar Dr, prof, anda sudah mencapai menara ilmu?
Adakah si
bijak pandai bicara dan petah tutur kata, dia sudah mencapai menara ilmu?
Padaku
mudah sahaja…
Setiap
menara pasti ada batu asasnya…
Pasti ada
tiang serinya..
Dan pasti
ada cerucuknya..
Menara juga
ada puncak yang mencakar awan..
Yang pasti
sukar untuk dagapai apatah lagi untuk didaki..
Untuk tiba
ke menara ilmu..
Kita perlu
ada prinsipnya..
Ada
asasnya..
Ada
gurunya..
Ada
disiplinnya.
Paling
penting yang perlu terisi dalam hati
nurani sang pengembara ilmu ialah:
Teguh
imannya..
Tinggi
akhlaknya..
Kuat
ibadahnya..
Membulat
azamnya..
Kepada
Allah, dia bertawakal..
Aku masih
termenung sambil menunggu dokumen yang dipesan..
Monolog
masih diteruskan..
Hujan masih
berjuraian..
Diri
menggigil kedinginan..
Paling penting yang perlu terisi dalam hati nurani sang pengembara ilmu ialah:
ReplyDeleteTeguh imannya..
Tinggi akhlaknya..
Kuat ibadahnya..
Membulat azamnya..
Kepada Allah, dia bertawakal..
Betul tu..