Sesiapa yang pernah meneguk manisnya tarbiyah,
pasti akan pernah merasai pengalaman pertama dihulurkan gelas tarbiyah itu
sendiri oleh naqibnya. Aku juga pernah merasa begitu dan aku juga yakin,
sesiapa yang melangkah dalam daerah tarbiyah ini pasti pernah merasai
pengalaman seperti aku. Dahulu aku seorang yang pendiam, kalau istilah
psikologi mereka memanggil watak dan sifat seperti aku ini ialah “introvert”
dan mungkin juga watak itu masih lagi ada dalam diri ini. Hanya mereka yang
kenal dengan aku sahaja yang boleh mendiagnos watak aku dan diri ini juga sukar
menilai watak sendiri.
Aku dipertemukan dengan seorang akh di surau
yang harmoni pada diri aku. Surau yang juga mempertemukan para daei dan juga
para mad’u. Surau yang memberikan kenangan manis kepada setiap jemaah yang
setia hadir pada setiap waktu. Surau yang tak pernah sunyi dengan kuliah dan
aktiviti pada saban minggu. Surau yang penuh ukhuwah dan mahabbah kepada ikhwah
dan akhawat pada ketika itu. Surau Assalikin diberi dan ia sesuai dengan
suasana surau tersebut. Aku mengenal Arwah Fadhiri dan Faizol di surau
tersebut. Dua sahabat karib yang pergi dalam usia muda apabila terlibat dalam
kemalangan jalanraya. Sahabat yang sentiasa tersenyum dan menjadi jemaah tetap
pada setiap waktu. Aku bertemu dengan naqib apabila selesai solat dan berlaku
sesi taaruf. Kalau antum pernah membaca buku bagaimana menyentuh hati? Maka
persis kaedah itulah yang digunakan oleh naqibku menarik diri ini ke daerah
tarbiyah.
Kalau nak tahu lebih lanjut maka bacalah buku
karya Abbas as sisi tersebut. Selain itu, antara pengalaman awal dalam mengenal
erti tarbiyah ini ialah jaulah ke sebuah IPT di utara tanah air.
Pada waktu ini
kami menaiki van buruk menelusuri lebuh raya menuju ke utara. Setelah mengambil
tiket lebuh raya, kami pun asyik bersembang haraki di dalam van. Sibuk
bersembang dan menyakat teman-teman, kami pun tiba ke susur keluar ke lebuh
raya. Driver yang pun mencari-cari tiket highway untuk membayar tol. Cari punya
cari, tiket yang diperlukan itu tidak juga dijumpai. Mungkin terbang ketika
sibuk bersembang tarbawi. Van yang buruk, tiada air-cond dan tingkap yang
terbuka mengakibatkan tiket terbang melayang entah ke mana. Apa lagi, berkat
ikatan ukhuwah, duit dalam poket dihulur sama banyak bagi melunaskan tol
daripada Johor baru sehingga tol tadi. Pokai pun pokailah…. Janji ukhuwah itu
indah…hahaha…sampai sekarang apabila masuk highway…tiket dijaga rapi takut
sejarang mungkin berulang……hehe..macam tajuk lagu pulak…well…well…well…
No comments:
Post a Comment