Pagi yang indah, aku merenung awan yang berarak
berlatarkan langit biru yang seolah-olah menjerit dan berlaung kepadaku….
“let’s have a new advanture..!!!!”. Aku duduk di pintu rumah, surat khabar yang
ada di meja kuperhatikan.- Ahh… hari-hari isu yang sama…korupsi dan konspirasi
daripada aristokrat yang semakin buncit perutnya membaham wang dan kekayaan
negara. Aku perhatikan rak kasut, kulihat jazz star putih kekuningan dan koyak
sedikit seolah-olah menjemputku untuk memakainya. Aku teringat dockers bundle
yang kubeli di baden-baden bundle sewaktu zaman menuntut ilmu dulu.
Yeah….keselesaan memakainya memang tiada tandingan, sesuai untuk ke kebun dan ladang,
sesuai juga untuk memancing…hahaha…tetapi seluar itu jugalah aku pakai sewaktu
kuliah di universiti....nevermind…no one notice it. Kulihat motor 135 LC yang
sudah lama tak dihidupkan dan bersepuk di garaj. Hatiku teruja pagi ini…yeah…
jazz star…dockers bundle….135 LC….jom!!...
let’s start a new adventure today!!!!.
Tanjung Malim, entah kenapa tempat ini begitu
menggamit fikiran dan minda ini. Tatkala orang berbicara mengenai keindahan
Pulau Tioman, kepelbagaian pusat beli-belah di KL tapi aku tetap ingin ke
Tanjung Malim. Ya…pengembaraan hari ini ke Tanjung Malim..!!!!!!.
Kusarung jazz star lusuh dan sedikit koyak,
kupakai seluar dockers bundle dan jaket. Aku capai motor kapcai dan aku pecut
dengan hati yang berbunga-bunga.
Jalan-jalan ke Tanjung Malim dari Sabak Bernam
masih seperti dulu. Panorama sawah padi di kiri dan kanan jalan begitu
mendamaikan. Kabus pagi yang nipis menyegarkan lagi pandanganku ketika itu.
Sambil meluncur di jalan sawah aku segarkan kembali minda dengan
hafalan-hafalan surah al fajr dan muzammil, almaklumlah....semakin tua semakin
lupa. Kadang-kadang orang di kiri kanan jalan melihat mulutku terkumat-kamit…
mungkin dalam hati mereka berkata “ orang kat atas motor tu cakap sorang-sorang
ke?? “…hehe. Ahh….pedulikan mereka… aku meluncur lagi, setelah melalui
petak-petak sawah menghijau aku kemudian membelah ladang kelapa sawit dengan
motor kapcaiku. Jalan agak seram… bloomy…creepy…macam cerita-cerita Hollywood
dan seram Melayu. Seram pun…seramlah…”looking out at the road rushing under my
wheels, looking back at the years gone by like so many summer fields….” Bak
kata Jackson browne…haha..sungguh nostalgik jalan-jalan ini.
Selesai melalui jalan lurus di celahan ladang
sawit, aku membelah pula hutan belantara, aku kira ini adalah hutan terakhir di
daerah hulu Selangor, mungkin dua atau tiga tahun lagi ia akan menjadi ladang
sawit juga. Hmm…begitulah nasib alam apabila manusia haloba yang terus menerus
menodai hutan-hutan di negara ini. Ya…suasana bertukar dingin apabila aku
melalui bukit-bukit di situ. Jalan agak bengkang bengkok. Setelah melaui hutan
tersebut, aku meronda seketika di Kg Sg Selisek. Kampung ini pernah menjadi
sekelumit dalam nota sejarah hidupku…ya…tempat aku praktikal. Sekolah Agama
yang suasananya sangat santai, tenang tanpa tekanan dan stress. Aku begitu
mengidam untuk kembali lagi ke sana.
Destinasi seterusnya di Pekan Behrang Station.
Ada apa di pekan koboi ini??. Ada Jesse James yang menembak sambil menunggang
kuda??..haha…tidak…di sini tempat aku menghirup cendol yang agak enak, tempat
aku dan pelajar melepak selepas waktu persekolahan.
BERSAMBUNG…..SIBUK SIKIT MINGGU NI…HUH.
No comments:
Post a Comment