Entah
kenapa hari ini aku merasa sangat-sangat hiba. Hari ini aku telah menziarahi
kematian ayah sahabatku. Aku mengenali ayahnya seorang yang sangat baik dan aku
bersedih atas pemergiannya. Akan tetapi rasa hibaku bukanlah disebabkan
kesedihan itu. Aku merasakan diriku ini sangat-sangat dan sangat dekat dengan
kematian dan hakikat kematian itu memanglah sangat dekat kepada manusia cuma bila
waktunya dan di mana tempatnya itu adalah rahsia ALLAH.
Sepanjang
perjalanan daripada Teluk Intan ke Ipoh aku rasakan pipi dan bajuku basah dengan
lelehan air mata. Bacaan surah ali imran daripada Syeikh Misyari di radio yang
agak sayu menambah lagi tusukan-tusukan kesedihan dan penyesalan di dalam hati.
Aku terbayang jika ALLAH mencabut nyawaku pada saat ini, adalah aku bersedia
dengan alam kubur yang bersendirian itu, adakah aku cukup kuat untuk menjawab
soalan-soalan malaikat di alam kubur nanti dan adakah amalan aku cukup untuk
mencium bau-bauan syurga di akhirat nanti. Adakah aku mampu untuk mendapat
nikmat syurga yang banyak dinyatakan
dalam al-quran seperti dalam surah an-naba ayat 31-36, surah al mutaffifin ayat
18-26. Ya ALLAH aku sangat takut dengan
azab nerakaMu, aku sangat takut dengan percikan-percikan api yang bahan bakarnya
adalah orang-orang kafir, aku sangat takut dengan makanan ahli neraka iaitu
buah yang berduri, aku takut aku dicampak dalam keadaan yang terhina di akhirat
kelak. Aku teringat dengan ingatan dan amaran yang telah diberi oleh ALLAH dalam
surah al Ghaasyiah ayat 1 hingga 7.
Sebenarnya Allah telah mengujiku dengan
saat-saat berdepan dengan kematian. Aku teringat ketika pulang daripada kuliah
Dr Zulkifli al bakri di Slim River. Aku pulang ke UPSI bersendirian dalam
lingkungan pukul 10 malam. Pada malam itu aku begitu rindu dengan mak dan abah
lalu aku menghidupkan motor jam 11 malam untuk pulang ke kampung yang memakan
masa 3 jam perjalanan. Tiba di selekoh tajam dan gelap berhampiran SMKA Slim
River motor aku dilanggar dengan ganas oleh sebuah treler dari belakang. Aku terpelanting
dan terseret hampir 10 meter di atas tar. Aku bernasib baik tidak disedut oleh
tayar treler tersebut. Setelah terseret
di jalan tar yang gelap aku terpandang bias-bias cahaya di cermin topi
keledarku, sebuah lori yang datang dari belakang hampir hampir melanggarku yang
sedang terbaring kelenguhan dan kebingungan di atas tar itu. Kurasakan tayar
lori itu hampir beberapa inci dengan badanku. Allah…Allah….andai ini saatnya
maka aku serta merta mengucap tiada tuhan melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu
pensuruh ALLAH. Tubuhku menggigil dan hatiku sangat-sangat kosong pada ketika
itu hanya terbayang kematian sahaja. Tersedar dari lamunan aku terus bingkas
bangun ke tepi jalan. Aku terduduk sayu dan seluruh otot dan sendiku kebas
kerana jatuhan dan seretan ganas di atas tar tadi. Allah…begitu hampir aku
dengan kematian. Saat itu juga ada insan yang baik hati sudi menumpangkan aku
ke Tanjung Malim.
Malam itu
sungguh sayu, aku mengeti ALLAH masih lagi memberi peluang untuk diri
memperbaiki diri sebelum amal dan amalanku terputus. Tangisan penyesalan pada
malam itu aku sendukan di tikar sejadah. Mak dan Abah pada ketika itu masih
tidak tahu lagi kemalangan tersebut, esoknya baru aku memberitahu mereka.
Ya ..Allah
jadikanlah saat nafas terakhirku ketika aku berjuang menegakkan agamamu, saat
aku berjuang supaya diriku dan umatmu menegakkan syiar agama ini.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..
ReplyDelete