Tatkala ini
aku sedang makan bersendirian di sebuah restoran dalam kawasan Bandungan.
Kedinginan cuaca di sini menyebabkan aku keluar dari bilik yang dikongsi dengan
En Lan dan En Azmi. Aku bukanlah antisosial, tetapi aku ingin bersendirian
sambil menikmati udara dingin dalam sepi malam di kawasan pergunungan ini.
Sambil termenung aku membelek sambil membaca sedikit isi buku “Muhammad ka
annaka tara” yang dibeli dengan harga 40 ribu rupiah di toko buku yang terletak
di pusat Jogjakarta. Kedainya agak daif, berdinding papan dan beratap genting,
tetapi penjual buku tersebut agak berfikiran luas, banyak aku aku bualkan
dengan beliau seperti tajuk buku popular sehingga kepada siatuasi politik
serantau.
Entah kenapa
aku sedikit sebak apabila membaca buku ini, mungkin kerana tulisan Dr Aidh yang
agak puitis dan diterjemah dengan baik oleh penterjemah Indonesia sehingga
mampu menggegar jiwa nurani ini dengan gambaran kehebatan dan kesederhanaan
junjungan mulia Rasulullah SAW. Sebenarnya aku mencari buku ini agak lama,
sejak dari Malaysia dan akhirnya Allah temukan aku dengan karya ini di
Indonesia.
Aku tiba di
Jogja pada 13.12.15, dengan menaiki pesawat pada pukul 10 pagi dan tiba dalam
pukul 12 tengah hari. Suasana di Jogja agak mirip dengan suasana dan bandar di
Ipoh. Tidak terdapat bangunan mencakar langit Cuma bezanya dengan Ipoh ialah
kepadatan penduduk dan keadaan “macet” atau dalam bahasa di negara kita “kesesakan
lalu lintas”. Daripada lapangan terbang kami dibawa ke sebuah rumah
persinggahan yang terletak di lorong-lorong sempit di tengah kota Jogja. Hujan lebat
di Jogja tidak mengganggu kembara kami, aku serba sedikit melihat keadaan
sosioekonomi penduduk tempatan.
Apabila
hujan reda kami bergerak ke Restoran Nasi Padang untuk menikmati hidangan pertama
di kota Jogja. Masakan tidak jauh beza dengan semenanjung, Cuma bezanya di sini
makanannya tidak berkuah seperti di Malaysia. Usai menikmati makanan aku
berjalan jalan di sekitar rumah-rumah kedai di tepi jalan Jogja. Agak klasik
melihat kedai papan dan atap genting.
Setelah itu
kami dibawa menginap di Hotel berhampiran kawasan Universiti, aku tak ingat
Universiti apa. Kami berehat sebentar dan tiba-tiba En Lan mengadu demam dan di
mengigigil kesejukan. Malam itu aku dengan en Azmi berjalan sambil mencari
hidangan malam untuk mengisi perut. Usai makan aku kami pergi membeli kad
prabayar. Aku tertarik dengan koleksi buku yang dimiliki oleh budak penjual
prabayar tersebut. Buku-bukunya tersusun rapi di belakang, sempat juga berbual
mengenai sejarah Indonesia dan karya tulisan adian husaini.
No comments:
Post a Comment