Cuti
kembali lagi, kali ini trip kembara masih lagi berfokus ke KKB, entah kenapa
daerah itu begitu menggamit diri, mungkin kerana banyak kenangan tercipta di
sana. Kembara kali ini disertai oleh alif dan fuad, saudara aku. Teringin
sangat nak cari adventure katanya. Nah..jom ikut aku.
Pagi itu
aku ambil kereta buruk ayah aku yang lama tersadai kat bawah bangsal. Ayah aku ada tiga kereta dan dia guna satu
sahaja. Yang dua lagi dah ibarat barang muzium je. Aku tak mahu guna kereta
aku, sebab nak masuk hutan dan aku takut bila keluar hutan kereta dah lesap dan
sebab tu aku pilih kereta buruk dan sebab yang lain kononnya nak hipster sikit
dan try a new adventure lah.
Sebut fasal
kereta, selepas solat subuh aku cuba panaskan enjin sebelum
bertolak..alamak…bunyi enjin dia semacam je…timing belt agak hidup segan mati
tak mahu..berbunyi keriuk keriuk..haha. Ah…aku tawakal je kat jalan nanti. Tak
lama lepas tu Fuad datang dengan pancing., nak memancing katanya. So…perjalanan
dengan kereta buruk dan uzur itu pun bermula…fuuhh…letih jugak aku memulas
stering yang tak ada power stering. Sampai teluk intan aku ambil alif dari
rumah dia. Kembara kami dihiasi dengan kabus tebal dan kereta buruk yang
tingkap terbuka menyebabkan muka aku basah kena kabus tadi..haha.
Sampai di
Behrang Station kami singgah bersarapan roti canai di kedai bekas anak murid
aku. Pekan Behrang Station ni ibarat pekan pada tahun 70-an kerana masih
mengekalkan ciri-ciri bangunan pada masa itu. Anak murid aku tadi mungkin tak
perasan pada awalnya semasa ambil order, mungkin cara pakaian aku yang agak
simple, bertopi besball dan bersekuar khakis bundle menyebabkan dia menyangka
aku seorang pekerja kontrak yang ambil overtime masa cuti ni. Lama-kelamaan dia
mula perasan…cikgu!!!...haha…ingatkan dapat makan free tadi..rupanya tak
juga…haha
Perjalanan
kami diteruskan…enjin kereta buruk menderam deram…angin dari luar masuk
meniup-niup rambut aku hingga serabai. Alif di tempat duduk belakang
terlentok-lentok kerana mengantuk manakala Fuad sibuk mengisahkan perihal
pekerja di tempat kerja dia. Kereta aku melalui pekan Tanjung Malim. Sampai di
sini aku pulak buka cerita fasal pengalaman hidup kat sini. Tak lama lepas tu
kereta buruk pun sampai di pekan KKB. Pekan ini pekan lama dan banyak
sejarahnya, tak perlu nak aku huraikan panjang lebar sejarah tersebut kerana
kalau nak disembangkan aku perlu buat satu tajuk khas iaitu sejarah KKB.
Kereta
buruk terus meluncur laju..daripada jalan lurus di KKB kemudian terus memecut
ke jalan bengkang bengkok di tepi lereng bukit. Aku rasakan tayar seperti nak
tercabut ketika melalui lereng. Teringat anime Intial D pulak masa ni..haha.
Angin kencang serta dingin melalui lereng bukit terasa begitu segar dan
menyamankan, ditambah pula dengan keindahan empangan Selangor yang luas saujana
mata memandang.
Setelah
bermain drift di selekoh tajam akhirnya kami pun tiba ke destinasi. Kami
berjalan sedikit kemudian sampai di kaunter pendaftaran…kena daftar yob…nanti
hilang kome sesat dalam hutan. Dah selesai kami bertiga pun mula melangkah ke
dalam hutan. Trek biasa-biasa je..sesuai untuk release tension la. Aku pun
campak sikit roti habuan ikan makan..tak lama lepas tu ada pelancong India
datang… wooww….fish la ..!@#$@%!% aku pun tak
faham apa dia kata…aku faham fish je…haha…what the fish!!...aku pun bagi la
sikit penerangan dalam bahasa Inggeris kat depa fasal ikan, fasal hutan kat Malaysia,
fasal conservation bagai…haha…dah jadi macam tourist guide dah aku.
Perjalanan
kami diteruskan dengan beberapa lintasan sungai yang agak deras airnya. Bila
melintas ni yang best…alif siap jadi sukarelawan banjir lagi tolong orang
melintas sungai…aku dengan puad dan melintas awal..haha.,,terpaksalah tunggu
dia tolong orang. Dua jam masuk dan dua jam keluar..lepas tu kereta buruk ni
pun memecut balik dan sambil-sambil tu sempat memancing lagi kat jambatan. Kami
singgah solat jamak takhir di Masjid KKB dan kemudian singgah di UPSI… sempat
memancing lagi kat sana..haha. mengimbau kenangan lalu katakan…
Balik je rumah…mak aku tanya…banyak ke ikan dapat??
Hrmmm….hrmm…adalah
sekor….haha
Maaf la
kalau penulisan ni dicampur dengan bahasa santai. Asyik bahasa formal je aku
tulis..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerbaikk
ReplyDeleteI don't know that how to use these apps. Can you give me some suggestion through by your post. Thanks.
ReplyDeletegclub
gclub casino
gclub