Petang ini
aku menghabiskan sisa cuti dengan memancing ikan di kunci air berdekatan dengan
laut. Di sini juga terdapat sekumpulan remaja lelaki. Salah seorang daripada
mereka memegang joran seperti aku, menunggu sang sembilang memagut umpan, kalau
tak semilang, ikan duri yang menyambar umpan. Sambil-sambil menyanyikan lagu
noh salleh- sang penikam di dalam hati dan mengharap ada ikan besar menyentap
joran, Aku memasang telinga mendengar perbualan anak-anak remaja tersebut:
Remaja A:
weiii…ape korang tengah buat no bod#h..??
Remaja B
dan C: ekelehhh…. Tak kan ko tak nampak ni B##i?? aku tengah mancing la bo@#h.
Remaja A:
alaa….aku tau la..bo@@h..hahaha
Daripada
menyanyi lagu noh hujan hatiku terus berubah kepada istighfar
sebanyak-banyaknya…astaghfirullah...beginilah percakapan seharian anak muda
kita. Aku pun pernah muda remaja tapi seingat aku tiadalah sampai mulutku
tergelincir menyebut perkataan-perkataan itu. Aku juga pelik kenapa
teman-temannya tak marah ketika kawan yang lain memaki hamun mereka. Aku rasa
kalau aku digelar seperti itu rasanya penumbuk kiri ini dah hinggap ke batang
hidung dah. Padamu mungkin mereka sudaha lali digelar seperti itu dan sebab
itulah gelaran itu melekat dan sebati dalam diri sehingga akhlak mereka pun
seperti gelaran-gelaran itu.
Aku
terfikir..dari manakah budaya ini datang...
Rumah??
Sekolah??
Rakan??
Aku pasti
bukan daripada guru…
Pada aku
mungkin juga ia bermula dari rumah. Mak dan ayah aku tak pernah menyebut
perkataan-perkataan yang tidak senonoh bahkan jika mereka terdengar anak
menyebut perkataan mencarut akan dicilinya mulut kami dengan cabai hidup.
Tetapi ada juga sesetengah ibu bapa yang tanpa segan silu mencarut di hadapan
anak-anak mereka. Pernah semasa aku minum di kedai makan, seorang ayah membawa
anaknya dan tanpa segan silu mencarut di hadapan anaknya kerana makanan lambat
sampai. Di mana tarbiyatul aulad untuk anak-anak kita jika lisan dan akhlak
kita sendiri tidak dijaga.
Sebab yang
kedua ialah daripada lingkungan persekitaran mereka, aku pasti ada dalam kalangan
anak-anak remaja yang sewaktu di rumah masih suci dan bersih daripada carut
marut. Akan tetapi bial mereka menjejak ke asrama, persekitaran itu seolah
menjadi wabak di sekitar kawasan tersebut. Seolah oleh mereka yang ada dalam
lingkungan itu tidak boleh lari daripada penyakit itu. Aku merasakan penyakit
ini melanda pelbagai asrama, sama ada di sekolah perempuan, lelaki, sekolah
agama.
Di mana salahnya?..
Padaku
kekuatan dalaman seseorang itu yang takut kepada ALLAH sangat-sangat penting.
Takut kepada dosa lisan itu sangat-sangat penting. Risau kepada ukhwah yang
retak akibat kata-kata itu penting. Tak guna jika kita kata:
mulut aku
memang jahat, tapi hati aku baik!!
sedangkan hakikatnya watak luaran itulah
gambaran dalamannya dan kalau hatinya baik dia tak akan mengaku hatinya baik.
Hati yang baik penuh sifat kerendahan dan tawaduk. Ada juga yang kata:
Ala…aku
memang macam ni..nanti dah tua aku berubah la..!!
Tapi…tak
sedarkan kita…tarikh kematian itu hanya allah yang tahu. Tua bukan syarat mati,
sakit juga bukan syarat mati. Tak sedarkan kita setiap hari kita hidup, dalam
masa yang sama kain kafan kita sedang ditenun, saamaada cepat atau lambat mesin
tenunan itu. Begitulah perumpamaan kehidupan yang sementara ini.
Jadi
solusinya perubahan dalam itu penting..kuatkan ruhi kita. Cari teman yang baik
akhlaknya. Di ini bukan aku suruh memilih teman tetapi kita perlu pandai
menapis setiap apa yang ada pada teman kita. Yang indah kita ambil manakala
yang jelik kita buang jauh-jauh.
Jadikan
lisan kita ini mengeluarkan kata-kata yang indah didengar, seolah-oleh wangian
yang mewangikan setiap orang yang ada di sekelilingnya. Jadikan lisan kita ini
seolah matahari yang menerangi kegelapan hati-hati kita dan hati orang
sekeliling kita.
Aku pun
berleter sendirian dalam hati dan dek kerana rimas dengan gelagat remaja yang
seperti kera putus ekor itu, aku pun pergi ke tempat yang lebih sunyi.
Lagu Noh
Salleh aku sambung…
‘dalam
terang…malam…kucari semua yang telah… padam…. dari suaramu…dendam dan rindu
fana….bla…bla…bla….”
No comments:
Post a Comment