Thursday, March 24, 2016

adakah A itu segalanya...??



Sejak bergelumang dengan lumpur dan selut dalam bidang pendidikan bermacam ragam dan perangai pelajar aku dapat lihat. Bermacam masalah dan ragam pelajar telah mewarnai perjalanan sepanjang bergelar pendidik yang agak setahun jagung ini. Aku akui aku bukanlah guru yang terbaik, aku bukanlah pendidik ulung apatah lagi pendidik yang dapat anugerah perkhidmatan cemerlang setiap tahun. Tidak dan sekali kali tak akan aku mengharap anugerah itu, cukuplah ilmu yang aku sampaikan dan nasihat yang aku berikan dapat diamalkan oleh anak muridku. Aku menyampaikan ilmu bukan untuk dilihat orang, aku menyampaikan nasihat bukan untuk mendapat pujian dan sanjungan orang tapi cukuplah anak muridku senyum dan menegur aku bila bertembung di jalanan, cukuplah sapaan assalamualaikum cikgu di pasar malam dan shopping kompleks walau apa karier mereka, walau apa status mereka. Sapaan itu sudah cukup menyejukkan hati seorang guru.  Walaupun lidahku sering mengingatkan keputusan exam itu penting, sangat-sangat penting tetapi sebagai pendidik, matlamat kehidupan ini bukan terletak pada nilai A, A adalah salah satu syarat tapi bukan matlamat. Bagiku sebagai pendidik, apa yang aku harapkan cukuplah murid itu menjadi manusia yang berjaya dalam bidangnya, jadi manusia yang baik, bekerja dengan ikhlas, berbudi kepada orang tuanya dan taat setia kepada tuhannya. 

Aku bukan guru yang terbaik..anugerah bukan matlamatku..
Kadang-kadang aku suka melihat tauladan yang ditulis pada skrip anime naruto, ragam yang ada dalam sekolah awal naruto itu persis ragam yang ada di setiap sekolah yang ada di seluruh dunia termasuklah sekolah yang aku berpijak ini. Kepelbagaian karekter yang  ada dalam anime ini pada awal persekolahan mereka akan membentuk karekter yang akan wujud pada masa depan mereka. Ambil sahaja contoh naruto, pelajar nakal, bermasalah dari segi emosi kerana dia anak yatim piatu, ibu bapanya meninggal dunia semasa dia dilahirkan. Di sini aku melihat seni pedagogi atau seni didikan Iruka yang bukannya menghukum tetapi lebih kepada mendidik anak itu, potensi bukan dilihat pada gred tetapi pada azam dan kesungguhan. Motivasi dan rangsangan dari iruka dan seterusnya kakashi juga membantu perkembangan cita-cita Naruto. Aku gelarkan didikan yang diberikan ini adalah lebih bersifat kepada tauladan bukan doktrin. Kerana tauladan mampu mengubah sikap, hukuman dan cacian hanya akan menjauhkan murid kepada guru.
Entahlah…..

Aku suka kata-kata Plato yang agak bertepatan dengan kisah naruto ini..
‘do not train children to learning by forceand harshness, but direct them to it by what amuses their minds, so that you may be better able to discover with accuracy the peculiar bent of genius of each’

Haha…aku hanya mampu senyum berseorang dalam bilik sambil teringat lirik lagu coldplay…
‘nobody said it was easy, no one ever said it would be this hard, oh….take me back to the start’

No comments:

Post a Comment