Thursday, March 24, 2016

when you try your best....



Jam menunjukkan pukul 12 malam, sempat aku mengulang hafalan surah an nisa dalam dua muka, sudah hilang banyak nampaknya beberapa ayat dalam kepalaku, mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi hingga tak sempat mengulang hafalan. Mata sudah berkedip kedip kerana mengantuk, bunyi kenderaan juga sudah semakin sepi, suara budak-budak asrama juga dah tiada, mungkin kerana sudah ditengking warden atau pengetua. Dua biji pil glucosamine dan dua biji b-co aku telan. Lagu shiro sagisu-will of the heart terpasang di laptop sambil meneman diri ini sebelum terlelap. Seharian dari pagi sampai ke petang aku terlibat dengan sukan di sekolah. Peranan tak banyak pun, Cuma ajk alatan, teknikal dan juga membuat mascot bagi rumah sukan.  Adeii…kelas kat 5av tak dapat masuk. Asyik-asyik 5av bertembung dengan program sekolah.
Tahun ni rumah sukan aku buat mascot captain America, sebelum itu sempatlah aku beli baju bundle rm5 kat memory lane atau nama glamournya pasar karat, seluar aku beli di malik sport KL. Hari ni sempatlah aku mengecat jalur di badan mascot. Lepas tu aku jahit, nasib baik la ada sorang budak tolong aku jahit. Yang lain hanya tengok je, aku rasa yang tengok je tu budak kelas BG. Kasut but buruk sebelum tu aku spray dengan cat merah kilat. Topeng pulak nasib baik ada cikgu yang beli. Esok pulak aku nak ubah basikal aku tu jadi motor….
Ada satu rumah sukan ni tiba-tiba pulak memujuk rayu aku supaya pinjamkan depa jubah. Heii….jubah tu mahal la, beli kat mydin tau…nak sewa la…!!!
Hahahaha…. Esok aku rasa mesti depa datang lagi nak memujuk rayu pinjam jubah…
Cikguu,…..boleh pinjam jubah…
Cikguuuuuu….
Cikgoooooooo……
Cikgu…………
Cikgu……
Cikguuuooooooo…
Semalam dah janji….
Cehhh….bila masa aku janji….!!!

1 comment: