Selepas mendapat
tawaran master di UPSI, aku diberi beberapa pilihan kerjaya. Di UPSI, aku
mendapat pilihan untuk menjadi pembantu penyelidik, satu kerjaya yang agak
sukar bagi pelajar master yang mengambil mod sepenuh masa. Sementara itu, aku
juga ditawarkan sebagai guru di sebuah sekolah agama swasta di Johor dan dalam
masa yang sama juga sebuah asrama anak yatim di Perak menawarkan aku menjadi
warden di asrama itu.
Ya…kalau nak
difikirkan mudah, senang dan goyang kaki, adalah lebih baik aku menjadi guru di
Johor dan menjadi warden di asrama. Research master pun boleh cepat siap,
tanggungjawab pun tak banyak dan paling penting gaji masuk tiap-tiap bulan.
Berbanding menjadi R.A yang hari-hari sibuk dengan research orang lain
berbanding research sendiri. Sebelum membuat keputusan aku teringat kata-kata
seorang ikhwah kepada aku:
Ikhwah A: Syeikh….enta
lepas belajar ni nak tinggal di sini atau kerja di tempat lain.
Aku : Tak tahulah ustaz…kalau ada rezeki di
tempat lain insya-Allah.
Ikhwah A: Ana nak cerita kat anta
satu cerita masa ana belajar dulu di Mesir. Masa tu ramai ikhwah yang habis belajar
di sana dan sepatutnya mereka balik ke Malaysia. Tapi kebanyakannya mereka
tangguhkan hasrat itu dan ada yang sambung master dengan usaha sendiri hanya
untuk kekalkan usaha dakwah di sana.
Kata-kata ikhwah A
itu kadang-kadang seperti mengetuk-ngetuk hati ini dan akhirnya aku mengerti. Ya…tanggungjawab
yang terpikul di bahu ini masih ada di medan ini. Adik-adik masih perlu dibimbing
dan program perlu diteruskan selagi diri ini masih terdaya. Kadang-kadang aku
juga lemah dengan ujian yang melanda tatkala berada di bumi tarbiyah ini. Saat diuji
dengan gaji yang tak kunjung tiba, kesibukan yang berterusan dan research master
yang bergerak perlahan. Moga ALLAH kekalkan hati ini supaya ikhlas bekerja di
sini.
Istikharah. Mudah-mudahan keputusan yang dibuat itu adalah pilihan yang paling terbaik.
ReplyDeletemoga ada hikmahnya kak, insyaallah himmah kita di sini juga perlu diteruskan..
ReplyDelete