Persahabatan yang didasari dengan taqwa pasti akan menempuh jalan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Imam al-Nawawi juga membawa hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada sahabat tentang satu kisah yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Kisah tersebut ialah kisah seorang sahabat ingin menziarahi seorang sahabatnya yang tinggal dalam sebuah kampung yang lain. Lalu Allah s.w.t. telah mengutuskan malaikat untuk bertemu dengan lelaki itu.
Malaikat yang menyamar sebagai manusia itu lalu bertanya kepada lelaki itu, "Kemana engkau ingin pergi? "Lelaki itu menjawab: "Aku ingin pergi bertemu sahabatku di kampung ini."Lalu disoal lagi lelaki itu tentang tujuannya menziarahi sahabat itu. Lelaki itu menajwab dengan jawapan yang amat indah mengenai sebab utama dia ingin menziarahi sahabatnya, iaitu; " Aku mengasihi sahabatku kerana Allah s.w.t.
Maka Malaikat itupun terus memberitahunya bahawa dirinya adalah malaikat yang disuruh untuk memberitahu lelaki itu bahawa Allah Ta'ala mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya kerana Allah. Kisah ini cukup besar dan bermakna ertinya bagi memberikan maksud sejauh mana nilai serta harga persahabatan yang berlandaskan keredhaan Allah s.w.t. Persahabatan yang membawa kepada cinta Allah s.w.t!.
"Di antara golongan daripada 7 golongan yang mendapat naungan Allah adalah 2 orang lelaki yang menyintai satu sama lain (bertemu dan berpisah kerana Allah SWT)
No comments:
Post a Comment