Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" [Surah al-Hujuraat:ayat 10]
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Semoga dengan Ayat al quran dan hadis ini dapat menyemai rasa cinta kita kepada saudara seislam terutamanya sahabat-sahabat seperjuangan yang tak lokek dengan ilmu dan ukhuwwah.
Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH swt. apabila masih diberi kesempatan untuk menghirup udara pada hari ini, dapat menapak di bumi ALLAH swt yg maha esa dan dapat melihat dengan mata yang dianugerahkan kepada diri ini untuk menghayati alam ciptaannya yang indah ini. Pada 24 rejab ana berkesempatan untuk menghadiri satu majlis ilmu di masjid negeri Selangor dan juga pelancaran TAPIS iaitu tabung amanah yg telah dibuat oleh kerajaan negeri Selangor untuk memajukan umat islam di negeri itu. Perjalanan bermula dengan lancar dan apabila samapi di shah alam kami tersesat ke Subang Jaya , alhamdulillah kami sempat berpatah balik sebelum sampai ke KL. Kami tiba di masjid serentak dengan laungan azan. Selepas maghrib ana dan sahabat-sahabt mendengar ucapan daripada Dr Hasan Ali dan juga MB selangor Khalid Ibrahim selepas itu satu forum yang bersemangat dan kupasan yang menarik telah disampaikan oleh Utz haslin yang terkenal dengan alunan bacaan al quran irama asia selatan dan juga kemantapan Dr Azhar mengulas isi perbincangan yang bertajuk mengisra' mikrajkan ummah yang menekankan aspek amanah dan lain-lain.
Setelah berakhir program itu kami bermalam di masjid itu dan menantikan program Qiamullail bersama imam-imam yang telah dilantik oleh majlis agama islam Selangor. Alhamdulillah promgram itu sangat menyentuh hati sanubari kami dengan bacaan imam qiamullail dan sedikit tazkirah yang bermakna telah melembutkan hati kami dan memecahkan takungan air mata yang selama ini sukar untuk menangis menginsafi dan merenung kembali diri ini. Semoga dapat bertemu lagi dengan Imam tersebut, lagak dan gayanya persis Assyahid Syeikh ahmad Yassin dengan berkerusi roda dan suara yang lembut.
Selepas subuh kami dihidangkan dengan santapan rohani dan kata-kata semangat dari seorang doktor yang begitu bersemagat dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan Masjid Al Aqsa. Subhanallah...
No comments:
Post a Comment