bagaimana fenomena ini boleh berlaku? siapakah yang mencetuskan fenomena ini?
Pelbagai jawapan juga telah diberi mengikut logik fakta dan juga pemerhatian serta kajian yang telah dilakukan. Masyarakat kita terlalu disogokkan dengan hiburan yang melalaikan dan pemuda pemudi lebih bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan penghibur daripada menjadi ilmuan dan dai'e. Amat sukar untuk mencari pemuda dan pemudi yang bercita-cita untuk menjadi pembela agama dan syahid menjadi impian mereka.
Ana juga tergolong dalam golongan muda dan telah menyaksikan mendengar pengalaman daripada rakan-rakan yang sebaya dengan ana. Setelah menyaksikan dan mendengar pengalaman daripada kawan-kawan, Ana rasa risau dan takut....apakah akan terjadi kepada anak muda dan golongan dewasa 10 tahun akan datang jika fenomena ini masih berlaku dan terus berlaku? adakah malaysia ini akan dihuni oleh masyarakat yang hilang nilai keislamannya dan hanya tinggal nama sahaja. Rempit, Zina, dan banyak lagi dosa dan salah laku yang dilakukan oleh anak muda pada zaman ini. Ada juga anak muda yang anggup mati semata-mata untuk menunjukkan kejaguhan di jalanan, ada juga sanggup mati untuk berebutkan wanita murahan. Masih adakah syabab yang cintakan islam dan perjuangan islam yang sanggup mati demi memperjuangkan islam? jawapannya..ada...dan kita mesti berusaha untuk menuju ke arah itu...
Jika dahulu kita mendengar kisah-kisah semasa bermulanya kebangkitan islam dan kemuncak kebangkitan islam. Golongan pemuda@syabab telah memainkan peranan yang menjadi faktor pemangkin kepada kebangkitan itu contohnya Ibnu umar yang merupakan pemuda contoh di zaman Rasulullah S.A.W. ketika Perang Khandak bakal tercetus,Maka sesiapa sahaja lelaki berusia 15 tahun ke atas berhak ikut berjihad. Mendengar berita tersebut, seorang pemuda berseri-seri wajahnya. Usianya saat itu memasuki 15 tahun. Dia segera mendaftarkan diri. Itulah idamannya selama ini, berjihad bersama Rasulullah saw. Penyertaannya dalam pelbagai medan jihad tidak pernah lepas dalam sejarah hidup pemuda itu. Saat perang membuka kota Mekah (Futuh Mekah), dia berusia 20 tahun dan termasuk pemuda yang menonjol di medan perang. Dialah, Abdullah ibn Umar, atau Ibnu Umar.
Ibnu Umar juga terkenal dengan ibadat pada waktu malam. Dia tidak pernah meninggalkan qiyamullail, baik ketika bermukim atau bermusafir. Beliau amat tekun menegakkan solat, membaca Al-Quran dan banyak berzikir menyebut asma Allah. Beliau amat menyerupai ayahnya, Umar ibn Khatthab, yang selalu mencucurkan airmata tatkala mendengar ayat-ayat peringatan dari Al-Quran.
Banyak lagi contoh pemuda hebat yang sanggup berkorban demi islam contohnya Sultan Muhammad AL fateh yang telah menakluk konstantinople pada usia yang masih muda. Baginda dikatakan tidak pernah meninggalkan solat tahajjud dari baligh sehingga ke akhir hayat beliau.
semoga diri ini dan sahabat-sahabat menjadi pemuda idaman syurga. Jihad menjadi perjuangan utama. Syahid menjadi cita-cita kita....dalam mencari redha ALLAH SWT...
moga ALLAH pelihara kita semua
ReplyDelete