Alhamdulillah....setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini....pada malam ini jari terasa ingin menyentuh keyboard dan minda pula terasa ingin melontarkan beberapa idea dan juga pandangan.Alhamdulillah pada musim cuti semester ini ramai dalam kalangan ikhwah dan akhwat telah mendirikan baitul muslim mereka dalam usia yang agak muda dan masih menuntut lagi dan ada juga yang telang bertunang serta masih lagi dalam perancangan ke arah itu. Ana ucapkan tahniah dan semoga perancangan antum dipermudahkan ALLAH swt dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Sejak akhir-akhir ini masyarakat apabila ada pasangan itu nikah semasa usia muda pasti ada suara-suara sumbang yang mengatakan
"ish!!! kahwin muda..dah gatal sangat la tu nak menikah...orang kumpul duit banyak-banyak dulu baru la boleh nikah"
" tak patut betul budak tu...orang muda-muda la nak tolong keluarga....ni muda dah gatal nak bernikah".
Pandangan negatif ini sering kita dengar di kampung-kampung atau di bandar di mana ibu bapa lebih gemar anak-anak mereka nikah pada usia lewat dan mengumpul harta dahulu sebelum berumah tangga. Sebenarnya pandangan ini adalah salah. Banyak faedah yang ibu bapa dan juga pasangan akan dapat apabila bernikah pada usia muda.
Masalah yang kedua pula ialah ada sesetengah keluarga meredhakan anak-anak mereka bercinta selama beberapa tahun sebelum bernikah. Zina hati yang berlaku terlalu lama bahkan ada yang terjerumus dengan zina apabila bercinta terlalu lama. Ibu bapa yang tidak faham dengan syariat islam seolah-olah menghalalkan perhubungan anak-anak mereka sebelum berkahwin dan masalah ini boleh dikatakan serius apabila ibu bapa yg konon-kononnya sporting tak bertempat ini seolah-oleh membiarkan anak-anak membuat dosa di depan mata. Apabila anak meminta kebenaran untuk mendirikan rumah tangga mula la si ibu bapa ini melenting kerana tidak menyediakan keperluan material untuk mereka sebelum berkahwin dan dalam pada masa yang sama telah menggalakkan anak ke kancah zina.
Islam tidak menghalang seseorang itu untuk berumah tangga kerana ia adalah fitrah manusia yang diciptakan ALLAH swt berpasang pasangan bahkan menggalakkan lagi apabila mereka telah bersedia..
Hukum Nikah Dalam Islam
Wajib: Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina. Berdasar kepada sabda Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wa sallam yang bermaksud:
Wahai sekalian orang muda, sesiapa di kalangan kamu yang berkemampuan, hendaklah dia berkahwin – Hadis riwayat Al Bukhari (4/106), Muslim (1400), Abu Daud (2046), At Tirmidzi (1081) dan An Nasaie (4/169) daripada Ibnu Mas’ud ra. Ulama bersepakat bahawa ini adalah perintah. Dan perintah membawa makna kecuali ada dalil lain yang ia tidak bermaksud demikian. Dan di sini tiada dalil sedemikian. Oleh itu ia kekal dengan hukum wajib.
Sunat: Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina.
Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab sunat bernikah bagi sesiapa yang ingin bernikah, nombor 1401.
Haram: Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya.
Makruh: Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.
Harus: Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.
InsyaALLAH anak yang faham dengan islam tidak akan mengabaikan keperluan rumah tangga dan juga keluarga. Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana anak yang faham agama akan membantu ibu bapa mereka kerana itu adalah tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan mereka sejak kecil lagi.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bercouple eloklah disegerakan pernikahan bagi mengelakkan anak-anak mereka terjerumus ke kancah zina.
Pada ana nikah di usia muda adalah satu cara terbaik untuk menyempurkan muasafat tarbiyyah kita iaitu menjadi individu muslim terbaik-melahirkan individu muslim terbaik-membina ummah terbaik dan sekaligus menjunjung islam kembali menguasai dunia.
ikhwah ramai dah nikah.....aku bila lagi???.....hmmm...
tunggu dan lihat...insyaALLAH....hehe...
yang penting....
Saya x bangga kalo pasangan saya ada Master @ PhD pun..
Saya x bangga kalo pasangan saya belajar di luar negara pun..
Saya x bangga kalo pasangan saya bergaji besar pun...
Saya x bangga kalo pasangan saya cantik sgt pun...
tapi,saya akan BANGGA jika dia ADA AGAMA dan dia AMALKANNYA..
No comments:
Post a Comment