Wednesday, June 8, 2011

PALESTIN DI DALAM SEJARAH ISLAM



Sejarah Palestin menyingkap sejarah Islam sejak dari Rasul yang pertama lagi, ADAM AS, hinggalah Rasul yang terakhir, Muhammad SAW. Palestin adalah bumi para Rasul yang diutuskan dengan ajaran Islam (Laa ilaaha illallah) dan tidaklah wajar untuknya diperintah oleh sesiapa melainkan mereka yang menegakkan Islam dengan melaksanakan perundangan dan perlembagaannya.

Masjidil-Aqsa adalah masjid yang kedua ditegakkan di muka bumi 40 tahun selepas tertegaknya Masjidil-Haram.

Ia adalah bumi yang suci di mana ramai daripada para Rasul AS dilahirkan dan wafat, termasuklah Ibrahim AS, Lut AS, Daud AS, Sulaiman AS, Musa As dan Isa AS. Biarpun Daud AS dan Sulaiman AS telah berjaya menegakkan kerajaan Islam di Palestin berasaskan perundangan yang ditetapkan oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan-Nya yang lurus itu, melanggar segala hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT lantas mereka telah dihukum oleh Allah SWT dengan pelbagai hukuman termasuklah dinyahkan dari bumi suci itu.

Baitul-Maqdis adalah tempat Isra' dan Mi'raj Rasulullah SAW.

Palestin kembali di bawah kekuasaan umat Islam pada zaman pemerintahan Umar ibn al-Khattab, Khalifah kedua umat Islam. Palestin lantas dijadikan sebahagian dari Negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam. Perundangan yang baru ini diterima baik dan disokongi oleh bukan sahaja umat Islam, tetapi juga oleh orang-orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di Palestin. Sebelum kemenangan Islam, mereka berada di bawah pemerintahan kuku besi kerajaan Byzantine. Kerajaan Kristian Byzantine juga menindas penduduk orang-orang Kristian di situ kerana mereka berlainan aliran. Kerajaan Islam bagaimanapun, menjanjikan keadilan kepada semua penduduk tanpa mengira agama dan aliran kefahaman.

1099 Masihi. Palestin ditakluki oleh tentera Salib Eropah dan dijajah selama hampir satu abad. Ketika penjajahan tersebut, pembunuhan beramai-ramai dan penindasan yang dahsyat dikenakan ke atas umat Islam, pendudk Yahudi dan penduduk Kristian asal di situ. Satu-satunya perundangan yang dilaksanakan di bumi suci lagi dimuliakan oleh Allah SWT itu hanyalah kekerasan dan penindasan.

1187 Masihi. Palestin dibebaskan oleh umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dan perundangan Islam sekali lagi dilaksanakan di bumi Palestin.

1916. Bangsa Arab yang berpemikiran Barat mengumumkan pemberontakan terhadap Khalifah Islam Uthmaniyyah atas hasutan British yang menjanjikan mereka negara-negara 'Arab' bagi menggantikan Negara 'Islam'.

1917. Kerajaan British mengeluarkan Deklarasi Balfour yang mengumumkan bahawa Palestin adalah tanahair bangsa Yahudi. Pada ketika itu, jumlah penduduk Yahudi hanyalah kira-kira 6% daripada keseluruhan penduduk Palestin dan merea memiliki hanya kira-kira 2.5% dari keseluruhan tanah Palestin.

1918. Kerajaan British dan sekutu-sekutu mereka dari kalangan nasionalis Arab menjatuhkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. British membahagikan Empayar Islam Uthmaniyyah dan menduduki Palestin. British kemudiannya terus memulakan kempen membawa masuk bangsa Yahudi dari Eropah ke Palestin.

1948. Bangsa Yahudi mahukan penubuhan sebuah negara untuk mereka di bumi Palestin dan menamakannya Israel. Beratus ribu umat Islam Palestin dihalau keluar dari Palestin dengan tekanan ketenteraan kumpulan-kumpulan pengganas Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot yang dibiayai dan diberi kelengkapan senjata oleh tentera British.

1967. Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria serta menduduki lebih banyak kawasan di Palestin termasuklah, buat kali pertamanya, Masjidil-Aqsa. Semenjak hari tersebut, Masjidil-Aqsa telah cuba dihancurkan oleh mereka dengan cubaan meroboh dan membakarnya. Malah beberapa cubaan untuk meruntuhkannya menerusi terowong-terowong bawah tanah juga telah dilaksanakan. Bangsa Yahudi tahu bahawa Masjidil-Aqsa adalah lambang keislaman bumi Palestin dan mereka mahu menghilangkan segala kesan tamadun Islam dari Palestin.

December 1987. Umat Islam Palestin memulakan kebangkitan (Intifada) di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menentang penjajahan Yahudi yang berterusan itu. Intifada terus hidup dan bertambah kuat. Walaupun menghadapi ribuan kematian (Shuhada', Insha-Allah) dan kecederaan, umat Islam Palestin tetap cekal memperjuangkan hak dan maruah mereka.

No comments:

Post a Comment