Zaman
kanak-kanak merupakan zaman yang tidak dapat dilupakan oleh setiap orang yang
telah mencapai usia dewasa. Banyak karya daripada penulis terkenal yang telah
membukukan kisah zaman “bocah” atau zaman kanak-kanak mereka. Antara penulis
yang terkenal ialah Andrea Hirata dan lain-lain. Kartunis juga tidak terkecuali
mengekspresikan zaman kanak-kanak mereka melalui kartun yang dilukis oleh
mereka. Antaranya ialah Fujio F Fujiko dan pelukis terkenal tanah air, Lat.
Zaman kanak-kanak memberikan seribu kenangan dan pada ketika itu kanak-kanak
juga mempunyai seribu impian. Impian untuk mengejar cita-cita berdasarkan
fikiran mereka ketika itu. Kadangkala cita-cita itu hanyalah angan-angan,
fantasi dan imaginasi yang tidak mungkin dapat dicapai seperti menjadi adiwira
terkenal, merantau ke planet-planet seperti dalam cerita Star Wars dan Dragon
Ball, mempunyai ilmu kungfu dan silat yang boleh mengeluarkan api di tangan.
Begitulah zaman kanak-kanak aku dan kalian semua.
Berbalik
kepada tajuk, From The Treehouse…
Kenapa dengan
Treehouse...???
Sebenarnya,
Treehouse merupakan salah satu kenangan paling indah aku bersama kawan-kawan di
zaman kanak-kanak. Aku agak sulit juga memikirkan di mana kami inspirasi membina
treehouse ini. Antara sumber inspirasi yang menyebabkan ia melintasi fikiran
kami pada waktu itu ialah cerita P.Ramlee dan mungkin juga beberapa siri drama
kanak-kanak inggeris. Untuk membina rumah kayu ketika itu, kami yang tiada
asas-asas pertukangan hanya melakar pelan ringkas, seterusnya mencari barang
pertukangan untuk membina treehouse tersebut. Pokok yang sesuai juga dicari,
antara kriteria pokok yang sesuai ialah pokok yang dahannya banyak dan setara
supaya memudahkan proses melantai. Kami , tiga sekawan memulakan proses membina
dengan memanjat pokok, menaikkan kayu-kayu, zink sebagai bumbung dan alat
pertukangan lain. Proses pembinaannya begitu mudah sekali, hanya struktur asas
tanpa kekemasan dan nilai kesenian he..he..he..akhirnya treehouse kami siap
walaupun ada diantara kami yang jatuh “berdebap” ke tanah dua tiga kali semasa
proses memaku.
Banyak dugaan
yang ditempuhi semasa dan selepas proses membina treehouse…antaranya daripada
arwah atuk yang melarang kami membuat treehouse tersebut. Kata beliau..”nanti
pokok pelam tu tak berbuah bila ko dah paku pokok tu.!!” Kami dengan jiwa degil
pada masa itu terus membina dan melepak di atas treehouse tersebut.
Kadang-kadang….bila ada lebihan kuih muih di rumah, kami terus membawa ke atas
pokok untuk dijadikan kudapan. Buku-buku cerita dan komik juga tidak
ketinggalan dibawa ke atas untuk dibaca. Langsir lama juga dicari untuk
mencantikkan treehouse yang dibuat. Sejak adanya treehouse tersebut…mak aku
mula berleter…hehehe…biasalah..mak mana yang tidak sayangkan anaknya…
“azam..!!...ain..!! balik rumah…asyik do katas pokok tu je…macam tak ada
rumah…” hehe…begitu bunyi leteran mak setiap kali kami melepak atas pokok
tersebut. Kadang-kadang waktu malam pun kami pergi ke treehouse dengan bekalan
lilin hanya untuk merasai suasana malam dia atas pokok tersebut. Treehouse kami
bertahan agak lama juga sehingga satu ketika apabila atuk aku
merobohkannya…hehe… kami bertiga hanya mampu menangis melihat treehouse kami
dirobohkan begitu sahaja. Sepanjang zaman kanak-kanak kami, dua kali kami
membina treehouse. Selain itu terdapat juga binaan-binaan lain seperti jeti dan
kelong di parit berhampiran. Semuanya tidak bertahan lama. Almaklumlah…jurutera
tidak bertauliah…hehe…
Pengalaman
membina semasa zaman kanak-kanak begitu berharga buat kami. Kadang apabila
berbual mengenai pengalaman ini…terbit hilai tawa dalam kalangan kami. Aku
perhatikan zaman ini kurang anak-anak terlibat dengan aktiviti ini. Mereka
hanya duduk di rumah bermain video game,
facebook dan televisyen. Pengalaman bermain di luar agak kurang dan hal ini
kadangkala boleh mematikan daya kreativiti mereka. Aku ada membaca kisah
keluarga yang sanggup menjual segala permainan video, tv dan computer hanya
untuk menyuruh anak mereka bermain di halaman rumah. Satu langkah yang baik
juga dari mereka.
Kepada
adik-adik…. Jom bermain…membina…kembangkan daya kreativiti anda.
Insyaallah…ianya akan menjadi pengalaman berharga bila dewasa kelak..
-azam,
fuad, borhan, lopi,atiqillah,ameer, abang dan, adik ain, arwah atuk, mak dan
abah-
-watak
utama zaman kanak-kanak aku-
No comments:
Post a Comment