Di tengah kesibukan berkerja sebagai pembantu
penyelidik dan dalam masa yang sama pula masih tercari –cari bahan untuk
research master, tiba-tiba SPP pula menghantar surat cinta.
“anda dikehendaki untuk hadir pada temuduga
yang akan dijalankan di IPGPP pada 18hb Mac 2014”
Apabila menerima MEMO tersebut….perasaan
bercampur baur dalam hati ini.
Gembira, sedih, risau, cemas….
Sedangkan teman lain begitu Exited, terkezut
dan teruja apabila mendapat berita ni.
Aku pun dengan kekalutan dan kesibukan di bumi
tarbiyah ini, mulalah mengumput sijil-sijil dan barang persiapan untuk
temuduga. blazer(pinjam pensyarah), cop pengesahan, baju berwarna lembut dan
bermacam-macam kelengkapan lain. mengalahkan persiapan walimah je…hurmm…aku merungut
sendirian di sini. Persiapan fizikal sudah disiapkan…tetapi persediaan
mental……???
Aku pun membaca sedikit nota yang dibekalkan
oleh adik aku yang juga sedang menunggu penempatan guru. Dari muka depan sampai
ke muka belakang aku baca tetapi aku rasakan fakta tu belum menyerap ke dalam
minda. Dalam hati aku berkata…
“.ahhhh…nanti masa temu duga tu fakta tersebut
akan keluar dengan sendiri”
Dalam
hingar bingar kesibukan tadi, tiba-tiba..dugaan lain pula menimpa diri aku yang
serba kusut ini. Ingat….demam, sakit, masalah….semua itu ujian dari
ALLAH…mungkin ada hikmah dan kebaikan di sebalik peristiwa ini bagi muslim yang
merenung dan berfikir…begitulah ayat pujukan kepada diri ini.
Pada hari sabtu 15hb itu, aku dengan badan yang
menggigil dan kepala yang pening mula memulas minyak motor untuk balik ke
kampung halaman. Badan dan sugul, kepada yang pening, dan mata yang berat
membuat aku merasa jarak yang biasa aku lalu untuk ke kampung halaman dua kali
jauh daripada sebelum ini. Alhamdulillah sesudah sampai di rumah, mak dah
bersiap sedia dengan ubat dan leteran. Aku menadah telinga je bila dihujani
dengan macam-macam leteran..hehe
17 mac 2014…aku meneruskan misi temu duga
dengan memulakan perjalanan ke Parit Buntar. Sampai di Manjung, hujan turun
mencurah-curah sepanjang jalan sehingga ke Parit Buntar. Alhamdulillah sahabat
aku Solihin yang tinggal di Parit buntar sudi menerima aku sebagai tetamu pada
hari itu sebelum ke Pulau Pinang pada hari seterusnya. Pada pukul 5 pagi aku,
solihin dan pak cik hasan(bapa solihin) mula memecut ke Bukit chombee. Surau
menjadi tempat kami solat subuh dan berehat sebelum berjuang di bilik temu
duga.
Pukul 7.30 pagi aku lihat beberapa calon temu
duga yang sememangnya aku pernah lihat di UPSI sudah berdiri di depan pintu bilik…fuhh..semangat
betul diorang ni. Aku melihat dengan mata yang mengantuk sambil bersandar di
tiang surau. Selepas gesaan dari pak cik hasan aku dan solihin mula bergegas
naik ke atas bangunan tersebut untuk mendaftar. Kebetulan dalam senarai nama tu
aku dalam senarai calon ketiga. Apalagi aku pun kalut menyiapkan dokumen dan
dalam lima minit tu aku pun dipanggil ke bilik.
Aku, Hisyam murai, Hisyam YB, Nazrin, Asmuna,
dan Farahain mula menapak kaki ke dalam bilik temu duga. Soalan pertama kepada
kami ialah pengenalan diri. Seterusnya kami pula disoal mengenai isu pendidikan
semasa. Aku dengan semangat yang datang tiba-tiba secara sukarela mengangkat
tangan…bukan apa…hari-hari aku melihat masalah PBS, sebelum orang lain sambar
isu itu dulu adalah lebih baik aku terkam dulu. Ulas, perah dan goreng tiba-tiba kata-kata aku dipotong oleh panel.
Kamu ni bak bagi kelas ke atau pendapat…sambil hisyam Murai tersenyum sinis.
Panel terdiri daripada seorang datuk dan seorang Guru Cemerlang Sejarah. Datuk
lebih mengutarakan soalan umum manakala Guru Cemerlang lebih berfokus pada
silibus dalam PdP. Soalan yang ditanya kepada aku ialah residen dan penasihat
serta persediaan sebelum pengajaran. Alhamdulillah…gorengan dan tumisan aku
menjawab tadi berhasil walaupun kadangkala terdapat tambahan garam dan lada
sedikit dalam resipi menjawab tadi. Selesai temu duga pada pukul tiga petang
kami pun keluar dari pulau menaiki jambatan kedua Pulau Pinang tanpa
bayaran(free sehingga april) diskaun pembukaan kononnya. Pemandangan yang cantik
sepanjang jambatan melintasi pulau aman dan laut yang biru. Hati pemancing aku
mula meronta-ronta untuk melabuhkan kail di sini. Huhu
Aku pulang dalam pukul 5 petang melalui jalan
lama, kerana ingin melihat panorama yang menarik sepanjang jalan. Hobi aku
berhenti bila nampak tasik, bukit sungai…alhamdulillah aku selamat sampai
dengan jarak perjalanan dari tapak parking rumah solihin ke parking rumah aku
sebanyak 199km dan kurang 1 km sahaja untuk mencukupkan 200km.
Begitulah kisah i.v yang menjadi sejarah bila
aku membacanya pada kemudian hari…fuhhh lega rasanya..

aku membacanya pada kemudian hari…fuhhh lega rasanya…
No comments:
Post a Comment