Tuesday, March 4, 2014
Face it..!!!
alahai....mudahnya tajuk..mesti tak ada idea ni kan???
rasanya aku boleh membaca isi hati antum bila membaca tajuk ini.
ya...tajuknya simple tetapi aku cuba saratkan dengan isi kehidupan yang kita perlu "face it!!!"
alhamdulillah... selesai mendaftar untuk program master sepenuh masa di UPSI. Tugas sudah bermula sebagai R.A dan juga sebagai pelajar walaupun diri ini kadang-kadang dihimpit dengan masalah kesunyian. Ya lah....zaman degree...ada kawan-kawan teman makan, ada kawan untuk sembang...tetapi sekarang kadang-kadang makan sorang di kedai dengan kawan setia yang tak bercakap(buku).Di sini tugas sebagai da'ei sudah bermula sesuai dengan kata-kata peserta pencetus ummah yang aku tak ingat namanya.
"Aku da'ei bukan mufti"
walaupun diri ini tak sehebat ikhwah di Universiti lain yang boleh mengumpul mad'u dengan banyak, program yang berjalan setiap minggu, liqo yang disertai adik-adik halaqoh yang ramai, insyaallah...aku cuba...cuba... dan insyaALLAH terus mencuba, moga akan lahir da'ei mantop di sini walaupun.... bukan aaaa...kuuu...
insyaallah adik-adikku di sini akan meneruskannya.
ikhwah fillah yang dihormati sekalian...
(wow....bahasa yang biasa digunakan oleh para ikhwah.)
Apabila dakwahmu tak mendapat sambutan, maka sabarlah...moga akan ada sinar di kemudian hari. Perkara yang paling penting...sabar...sabar..sabar dan teruskan dengan kerja..kerja..dan kerja. Hal ini kerana seorang da'ei atau pendakwah, walaupun dakwahnya tak mendapat sambutan...adik-adik usrah mudah futur ..... pujuklah hati antum (wow..bahasa biasa lagi) mungkin kaedah dakwah antum tak sesuai, mungkin ilmu antum belum cukup dan yang paling penting....pujuklah diri kita...mungkin ALLAH sedang menguji kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment