Monday, November 26, 2012

Bangau oh bangau...

                                                       gambar yang sempat dijadikan koleksi...

Assalamu alaikum wr wb..
Semoga sahabat-sahabat semua dikurniakan kesihatan oleh ALLAH swt untuk antum semua meneruskan perjuangan di bumi yang sementara ini.
Alhamdulillah..pada 25 november kami “Pembina UPSI” dapat menganjurkan forum bersama tokoh dakwah dan pejuang Palestin yang terkenal iaitu Dr Zainur Rasyid bin Zainuddin. Antara slot yang terdapat pada hari itu ialah “Antara Semalam Dan Hari Ini- Assyahid Hassan Al Banna”, Membelah Awan Duka Ke Gaza” dan Langkah bermula.
Dalam forum ini banyak juga info yang diperoleh oleh hadirin terutamanya mengenai Palestin dan Al-Aqsa.
Akan tetapi bukan itu tujuan tulisan ini ditulis..tetapi ada suatu peristiwa yang ana ingin kongsikan kepada semua mengenai kisah semasa ana dalam perjalanan berseorang pulang ke kampung setelah selesai forum tersebut.
Pulang ke kampung menaiki motosikal bersendirian merupakan rutin yang sering ana lakukan apabila cuti semester ataupun apabila terpaksa berulang alik ke UPSI.
Setiap kali pulang ke kampung pada waktu petang, ana akan melintasi ribuan burung bangau pulang ke sarang. Mereka akan membentuk formasi V dengan jumlah yang banyak dan ana akan berhenti di tepi jalan untuk menyaksikan cara penerbangan yang indah ini.
Semasa memerhari burung tersebut ana juga terfikir beberapa kisah inspiratif yang dapat dihuraikan melalui tabiat burung hijrah ini.
Antara kisah inspiratif yang diperoleh ialah melalui penerbangan formasi V ini burung tersebut dapat menjimatkan tenaga semasa penerbangan. Bangau yang di hadapan merupakan bangau yang paling letih akibat rintangan udara. Oleh itu ia akan bertukar dengan bangau lain apabila berasa keletihan. Hal ini membuktikan semangat kerjasama penting dalam menuju kejayaan.
Selain itu apabila seekor bangau sakit dan tidak dapat meneruskan penerbangan. Akan ada bangau yang menjaga sehingga bangau yang sakit tersebut sembuh.
Hal ini memperlihatkan kepada kita bahawa apabila sahabat kita future dan putus asa. Sebagai sahabat kita harus merawat kembali hati mereka. Dan sekali-kali jangan membiarkan sahabat tersebut putus asa.
Apabila merenung kisah bangau tersebut..banayak pengajaran yang diperoleh terutamanya menggiatkan usaha dakwah bersama rakan-rakan yang lain.
Di dalam Al Quran, Allah berfirman agar kita memperhatikan burung, seperti dalam ayat, “Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.”
(Surat al-Mulk: 19).
Subhanallah…begitu banyak pelajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa migrasi burung ya.. berbagai alasan yang menyebabkan sekelompok burung bermigrasi, dan semua alasan tersebut tujuannya sangat penting yaitu berusaha untuk bertahan hidup dan memperoleh kehidupan yang lebih baik.
Migrasi memerlukan keahlian khusus seperti penentuan arah, cadangan makanan, dan kemampuan untuk terbang dalam jangka waktu yang lama. Burung telah melakukan persiapan yang baik, seperti menyiapkan persediaan makanan dalam bentuk lemak di tubuh, aturan dalam kelompok mereka. Meskipun jarak tempuhnya sangat jauh, mereka tetap optimis dan menjaga semangat tetap terbang dalam kelompok demi mencapai tujuan yang lebih baik dibandingkan tempat mereka tinggal selama ini. Mereka pun saling menyemangati satu sama lain dan saling menguatkan.
Burung telah menentukan tujuan dan mempersiapkan diri untuk mencapainya, pelajaran yang luar biasa tentang pentingnya tujuan dan bekal persiapan. Lalu, dalam perjalanan tersebut begitu banyak tantangan dan hambatan yang harus dihadapi, beberapa tantangan bahkan begitu beratnya hingga ada yang tidak bisa melanjutkan perjalanan ke tujuan.
Mari bersama kita hayati kata-kata peninggalan Abu Hurairah ini, "Sesungguhnya aku tidak menangisi dunia ini, tetapi aku menangis apabila memikirkan perjalanan yang panjang dan bekalan diri yang sedikit ke alam barzakh. Aku berada antara dua jalan. Tinggi dan rendah, syurga dan neraka. Aku tidak tahu ke arah mana kakiku ini melangkah. Fikir-fikirkan, saudaraku.


Thursday, November 22, 2012

kenangan zaman kanak-kanak.

Kenangan zaman kanak-kanak merupakan suatu episod kehidupan yang tidak boleh dilupakan...
oleh itu...hari ini aku tergerak hati untuk menukilkan pengalaman istimewa itu di dalam blog ini sebagai ingatan untuk diri sendiri dan juga orang lain yang mungkin senyum sendiri apabila membaca tulisan ini.

semasa aku berumur sekitar 5-7 tahun aku mempunyai ramai kawan-kawan tetapi yang paling rapat sekali pada zaman itu ialah atiff dan juga jijoy. Rumah diorang ni selalu menjadi tempat lepak aku zaman kecik-kecik dulu. Bila waktu petang pulak aku selalu main dengan diorang ni..kadang-kadang pergi menangkap ikan kat parit belakang rumah, kadang-kadang main panjat pokok dan macam-macam lagi.

Aku selalu gak nk lepak dengan budak-budak besor...tapi aku asyik kena buli je...ingat lagi pembuli tegar masa zaman tu...antaranya ialah epit, along, ajed, acai dan ramai lagi yang aku tak ingat nama-nama mereka ni..hehehe...

skarang ni aku lama tak jumpa budak-budak nih...agak-agak ingat lagi tak kat aku ni..haha

19 oktober dalam kenangan.



Tanggal 19 oktober 2012….ada apa dengan tarikh ini??
Ya…tanggal ini merupakan tarikh perpisahan bagi kebanyakan guru pelatih UPSI.
Detik yang menyalakan perasaan bercampur baur antara kesedihan dan kegembiraan.
Selama 16 minggu guru anak kandung suluh budiman mengerah keringat di sekolah , mengaplikasikan segala teori yang dipelajari di kelas dan kadang-kadang terpaksa menggunakan teori sendiri untuk merungkai masalah di kelas dek kerana perangai dan tingkahlaku murid yang bermacam ragam.
Selama 16 minggu ini juga guru-guru pelatih berusaha menghabiskan silibus matapelajaran yang telah diamanahkan oleh Pengetua dan juga guru-guru.
Selama 16 minggu ini juga jari-jari dan tangan guru pelatih terpaksa bekerja lebih masa menulis rancangan pelajaran untuk tatapan penolong kanan akademik pada setiap hari jumaat.
Selama 16 minggu ini juga guru-guru pelatih berusaha mencari bahan bantu mengajar seperti kad manila, kertas mahjong, video dan lain-lain supaya pelajaran yang diajar mudah dihadam oleh murid dan persembahan pengajaran juga lebih menarik daripada biasa.
Selama 16 minggu ini juga guru-guru pelatih akan berhadapan dengan kritikan dan juga saranan daripada guru pelatih dan pensyarah yang memantau.
Bagi aku…
Selama 16 minggu ini merupakan perjalanan peristiwa bermakna yang bakal mencorak setiap langkahku untuk menjadi pendidik.
Selama 16 minggu ini aku berhadapan dengan situasi sebenar di dalam kelas, yang mempunyai bermacam ragam dan karenah murid-murid.
Selama 16 minggu ini aku berkongsi pengalaman dan ilmu bersama dengan murid-murid yang aku sayangi di dalam kelas.
Dan…
Selama 16 minggu ini segala peristiwa yang indah dan bermakna telah dicorakkan di satu wilayah ilmu yang bernama….
SAMSES..
Satu medan ilmu yang boleh membuat sang pencinta ilmu dan dakwah tidak mahu berganjak dari situ. Rasa cinta pada bumi ini menyebabkan rasa kerinduan itu menyelinap dalam urat nadi dan darah sang pencinta itu.
Adik-adik...
kamu ibarat laskar pelangi cikgu...

Sunday, September 23, 2012

kenangan sebagai pendidik.


Alhamdulillah…berakhir sudah kem kokurikulum Sam Sg selisek...
Melalui kem ini aku dapat melihat dan merasai pengalaman berharga sebagai guru praktikum.
Pengalaman menguruskan pelajar yang sakit, berjaga malam menguruskan khemah pelajar yang basah akibat hujan lebat sepanjang malam.  Teringat aku apabila pintu diketuk pada pukul 3.00 pagi.
Cikgu..cikgu…khemah kami banjir. Air penuh dalam khemah. Khemah pun nak runtuh.
Kata seorang pelajar kepada aku.
Aku pun tanpa membuang masa bingkas bangun walaupun kesakitan dan kebas yang terasa pada tulang rusuk akibat tidur di atas simen yang sejuk masih terasa lagi.
Tikar untuk pelajar perempuan sudah diselesaikan.
Satu tugasan lagi ialah mengejutkan pelajar lelaki yang masih tidur di dalam khemah.
Bangun…bangun!!!
Kata ustaz bahari yang menemani kami semasa mengejutkan pelajar.
Kami memeriksa setiap khemah yang ada. Didapati ada pelajar yang sudah tidur di dalam kelas dan masih ada lagi pelajar yang tidur lena walaupun lantai khemah dibanjiri dengan air hujan.
Perkara paling melucukan ialah seorang pelajar yang tidur seolah-olah berada di hotel  5 bintang . Lena sehinggakan air hujan yang membanjiri lantai khemah seolah-olah tilam empuk. Mungkin kerana keletihan agaknya…
Pada pagi berikutnya program berjalan lancar dengan senaman pagi yang dikelola oleh ustaz azwan. Seterusnya pelajar – pelajar bakal melakukan aktiviti lasak dan mencabar iaitu fliying fox dan paintball.
Semoga pengalaman ini menjadi pengalaman yang berharga kepada diri dan rakan-rakan.

Monday, September 10, 2012

Kembara Tahunan..


Cita-cita untuk mengembara telah bermula apabila aku di zaman sekolah rendah lagi. Waktu itu aku bersama rakan-rakan memasang angan-angan untuk mengembara menjelajah bumi Malaya ini dengan menaiki Bas. Teringat suasana pada zaman itu. Kami penuh angan-angan dan imaginasi selaras dengan kartun dan anime yang ada dalam siri TV seperti Dragon Ball, Conan, Dragon Quest yang banyak menceritakan mengembaraan yang menarik.
Apabila aku meningkat remaja, aku teringin pulak nak mengembara secara solo menaiki keretapi setelah aku membaca satu buku mengenai rangkaian keretapi di dunia yang melalui jalan-jalan yang menarik contohnya Trans siberia dan lain-lain.

                                                                         Trans Siberia.
Walaupun ramai yang berpendapat bahawa mengembara seorang diri ini agak berbahaya tetapi ia memberi kepuasan kepada diri. Hal ini kerana ia mengajar kita mengenai sifat berdikari dan sifat berani dalam diri. Selain itu dengan mengembara kita juga boleh menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH dan dengan menghayati ciptaan tersebut kita boleh memantapkan iman kita sebagai orang Islam.
Aku pernah mengembara dengan motosikal seorang diri ke beberapa destinasi dan walaupun destinasi itu tidaklah jauh sangat tetapi pengalaman yang dikutip sangat berharga bagi diri ini.
Apabila aku memasuki alam Mahasiswa aku memasang cita-cita untuk mengembara ke Asia Barat, Afrika dan China selain menunaikan haji dengan menggunakan jalan darat dari Mesir. Asia Barat, Eropah, China dan Afrika Utara mempunyai sejarah yang tersendiri dan suasana persekitaran yang indah dan menarik disamping kepelbagaian masyarakatnya. 

                                                              Ladang Zaitun di Morocco.
Selain itu dokomentari-dokumentari pengembaraan juga telah memberikan inspirasi kepada diri ini untuk mengembara. Beberapa kisah pengembara melalui tulisan juga menarik untuk dibaca antaranya seperti kisah seorang warga poland ini:
 Kisah seorang wanita warga Poland berusia 78 tahun, Teresa Bancewicz yang mengembara dengan cara hitch-hiking.

Wanita kental ini dilahirkan pada tahun 1934. Dia berkelulusan dalam bidang seni di Wrocław. Ibu kepada tiga orang anak ini pernah bekerja sebagai seorang pereka di sebuah syarikat perdagangan tempatan selama 35 tahun dan pencen pada usia 55 tahun.
Dia kemudiannya mendapat bantuan daripada kerajaan sebanyak 700PLN (lebih kurang RM900) sebulan. Lama-kelamaan dia mula mengalami kemurungan dan merasakan tahap kesihatannya semakin tidak baik. Doktor kemudiannya mencadangkan supaya dia bertukar persekitaran, namun bagaimana hendak melakukannya ketika dia mula mengalami saat-saat kesukaran?
Ya, dengan hitch-hiking.
Pengembaraannya bermula ketika hitch-hiking ke Finland pada tahun 1996 dan semenjak itu, dia pergi lebih jauh merentas benua Eropah, sebahagian besar benua Afrika, dan kebanyakan tempat di Asia. Dia pernah tidur di rumah-rumah batu Berber berdekatan dengan Gurun Sahara dan berkhemah di tebing Sungai Nil. Empat tahun lalu dia berada di Jepun dan setahun kemudian dia di Cuba sebelum ke Kazakhstan pada tahun berikutnya.
Sudah tentu bukan semua pengembaraannya dengan hitch-hiking. Dia ke Cuba dengan kapal terbang, ke Asia dengan kereta api Trans-Siberia. Bagaimana dia dapatkan duit? Ya, melalui sumbangan. Seperti tiket ke Cuba, wangnya telah disumbangkan oleh penduduk-penduduk tempatan di negara-negara yang dikunjunginya. Selain itu, wanita ini juga menggunakan inisiatifnya dengan membuat sendiri poskad yang unik untuk dijual sebagai bekalan di sepanjang perjalanannya.
Agak-agaknya apa yang Teresa bawa di dalam beg galasnya (backpack 30 kilogram)?
8 hingga 10 kilogram bijirin dan susu tepung (cukup untuk dua kali makan sehari selama dua bulan)
250 biji kiub bahan bakar (fire starter)
Dapur tin
Cawan aluminium
Beg tidur
Khemah
Beberapa kilogram poskad buatan sendiri
Alat-alat membersihkan diri
Baju panas
Sudu dan garpu

"Saya tidak lupa tentang pengalaman bertemu dengan penduduk tempatan, tetapi saya boleh lupa tentang ketinggian sesebuah gunung atau nama-nama bangunan cantik yang saya temui (faktor usia). Saya telah belajar untuk sentiasa senyum dan menjadi seorang yang periang. Saya juga belajar betapa bagusnya memberikan senyuman kepada orang lain kerana setiap daripada mereka mampu membayar balik senyuman itu," kata wanita itu yang hanya membelanjakan $8 sehari di sepanjang perjalanannya.
aku ingin berkelana, menemukan arahku dengan membaca bintang gemintang. Aku ingin mengharungi padang dan gurun-gurun, ingin melepuh terbakar matahari , melambung dihentam angin, mengecut dicengkam dingin. Aku ingin kehidupan yang menggetarkan, penuh penaklukan . Aku ingin hidup!! Ingin merasai sari pati hidup!!.
Petikan ini adalah dari novel ketiga Tetralogi Laskar Pelangi, Edensor karya penulis Indonesia, Andrea Hirata.

Friday, August 17, 2012

aku memang pencinta setia (ramadhan)


assalamu alaikum...rasanya dah lama tak update blog ni..walaupun tak ada sapa yang nak baca rasanya..tapi aku teruskan juga niat yang terdetik di hati nak update blog nih..
aku mulakan tulisan dengan lafaz alhamdulillah dan selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah SAW..
sedar atau tidak kita sudah berada di fasa yang terakhir ramadan untuk tahun ini.
Ada yang gembira dan tidak sabar untuk menyambut hari raya dan ada juga yang bersedih kerana masih merindui ramadhan yang sudah memasuki fasa dijauhkan dari api neraka.
Ramadhan ini memberikan makna yang istimewa bagi diriku. Selain dapat mentarbiyyah diri dengan liqo-liqo yang dijalankan oleh ustaz azmil dan akh nazrey aku juga dapat membantu anak-anak murid di SAMSES menghayati Ramadhan kareem ini dengan program-program yang dijalankan sepanjang ramadhan ini.
Antara input yang diperoleh ketika di rumah akh nazrey ialah tazkirah dari Akhi Rusydie seorang pengajar bahasa arab. Peringatan yang penting kepada mereka yang memburu kelebihan Ramadhan dan kepada mereka yang semakin lupa kepadanya dek kerana menantikan hari raya.
aku juga terbaca puisi yang banyak memberi kesedaran kepada diri ini.
Ramadhan akan segera pergi.. Tak ada waktu utk berlengah2,
Selamat tidur, selamat bangun cepat dan menghidupkan mlm!
Ramadhan akan pergi.. Menjauh pergi.. Semua menangis, bumi langit menangis..jagat raya menangis.
Jgn dulu pergi..wahai bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka.
Jgn dulu pergi.. Wahai bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka .
Ibadahku belum lagi sempurna, doaku belum lagi membahana, malam-malamku masih kurang dengan airmata.
jgn pergi..amalan shalihku belum seberapa.. Itupun, belum tentu diterimaNya
Jgn dulu pergi.. Masih kurang ku bertilawah, masih kurang kuberibadah berjamaah, masih kurang kubersedekah.
Jgn pergi..Lisanku masih kurang bertasbih, malamku tak sempurna bertarawih, dosaku masih membuih.
Tinggal hitungan hari, kau pergi.. Meninggalkan diri yg berharap kembali fitri. Kembali suci..

Thursday, August 9, 2012

Basuh telur ayam sebelum memasak...



Ini satu luahan hati pendek hehehe....
tentang kebersihan telur sebagai maklumat kepada semua orang. Sebelum anda memecahkan kulit telur sebelum memasaknya, eloklah telur tersebut dibasuh terlebih dahulu. Kebelakangan ini sudah banyak gerai-gerai yang menjual burger tidak membasuh telur terlebih dahulu. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila najis ayam kelihatan masih terlekat di kulit telur tersebut tetapi mereka buat tidak peduli tentangnya. 

Apakah alasan telur tersebut dibiarkan tidak dibasuh kemudian dipecahkan lalu isinya tumpah bersama tahi tersebut? 

Tiada alasan untuk berbuat begitu selain orang-orang yang malas dan mahu jalan pintas. 

Baru-baru ini, saya pergi ke sebuah gerai burger. Saya lalu memerhatikan telur-telur yang diletakkan di rak gerai tersebut. Amat jelas kelihatan tahi-tahi ayam masih melekat di kulit telur tersebut. Saya bertanya apakah telur-telur ini telah dibasuh terlebih dahulu?..jawab penjual burger tersebut seolah-olah terkejut dengan soalan saya itu, "hah, ...oo...telur-telur ini telah dilapkan dengan kain tuala terlebih dahulu". Apakah bezanya mengelap dengan tidak membasuh? Bagi saya, ia sama sahaja, selagi ia tidak dibasuh dengan air, ia tetap najis. Ia akan dimasak bersama-sama dengan telur tersebut lalu masuk ke dalam mulut anda. 

Oleh itu, jika anda penggemar benjo, sila pastikan telur dibasuh terlebih dahulu. Jika tidak jangan beli dari gerai tersebut. Begitu juga apabila memasak telur di rumah, pastikan anda membasuhnya terlebih dahulu. 

lagi satu saya pernah pergi ke pasar malam dan juga ke kedai-kedai makan saya dapati orang yang masak mee tu tidak mencelur@basuh dengan air panas mee tersebut.keluar je dari plastik terus masak.eiii..bahaya tu..kotor pulak tu..

berdosa kalau peniaga mengainaya pembeli sebab bukan sahaja boleh bagi mudharat kat orang yang makan tapi menyerlahkan lagi sikap pengotor.

Monday, August 6, 2012

Emas yang bermakna ialah usaha yang tidak pernah padam.


Lee Chong Wei....
sandaran utama pingat emas negara telah tumpas di tangan seteru utamanya iaitu Lin Dan.
Walaupun tewas tapi Chong Wei telah memberi tentangan yang sengit kepada Lin Dan tidak seperti di Beijing yang menyaksikan beliau tewas dengan mudah.
Terdapat beberapa sisi kebaikan daripada Chong Wei yang dapat kita ambil sebagai contoh terutamanya yang bergelar atlet dan rakyat Malaysia. Pbeliau ialah pertama sekali perkara positif yang kita boleh lihat daripada beliau ialah riak muka yang tenang di gelanggang sama ada ketinggalan atau sedang mendahului lawan. Tiada unsur-unsur provokasi kepada lawan dan lain-lain. Selain itu kita boleh lihat Chong wei juga seorang pemain yang sangat menghormati jurulatih beliau. Kita boleh lihat bagaimana "chemistry" beliau dengan Misbun Sidek yang telah banyak membantu Chong Wei meningkatkan prestasi beliau sehingga hari ini walaupun telah bertukar jurulatih lain.
Chong Wei juga sedikit sebanyak membatu menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersatu hati menyokong beliau tidak kira bangsa dan keturunan.
Semoga akan ada pelapis yang dapat menggantikan wira Badminton negara ini. Walaupun hanya kilauan perak tetapi usahamu ibarat emas yang berkilau buat negara.
Tahniah Chong Wei!!

muslim yang berdisiplin


TIGA BENTUK DISIPLIN DIRI SEORANG MUSLIM


TIADA CATATAN TARIKH DAN TEMPAT

Seorang Muslim yang baik pandai mendisiplinkan dirinya. Yang dimaksudkan pandai mendisiplinkan diri ialah pandai mendisiplinkan fikiran, pandai mendisiplinkan jiwa atau hati dan pandai mendisiplinkan fizikal.

PANDAI MENDISIPLINKAN AKAL FIKIRAN

Apakah yang dimaksudkan pandai mendisiplinkan akal fikiran? Yang dimaksudkan pandai mendisiplinkan akal fikiran itu diantaranya, kalau hendak membuat suatu perbincangan atau satu ceramah, pandai memilih tajuk. Tajuk itu benar-benar memberi faedah bukah saja untuk dirinya tetapi juga berfaedah untuk umum. Kalau seseorang itu tidak pandai berfikir, dia akan memilih tajuk yang mungkin akan menguntungkan satu dua orang sahaja, tetapi tidak mengenai umum manfaatnya. Ini tidak banyak memberi manfaat sedangkan masa yang dikorbankan untuk memperkatakan tajuk itu terlalu lama. Bukan senang untuk menjadi orang yang pandai memilih tajuk. Yang lebih sulit ialah MENDISIPLINKAN FIKIRAN ketika memperkatakan tajuk itu. Dan untuk fokus fikiran kepada tajuk itu sahaja. Orang bijak apabila dia memperkatakan tajuk "ayam" dia boleh menghurai dari muncung ayam hingga ke kaki dan kukunya. Kalau dia petah bercakap sekali pun dengan hujah yang panjang tetapi tersebut kuku kambing, ekor kuda. Walaupun bahasanya indah, seindah ombak yang bergelombang, namun tidak ada nilai apa-apa. Walaupun seorang yang tidak petah bercakap, tapi masih lagi ucapannya terfokus pada tajuk yang dipilih, ini menunjukkan dia orang pandai dan pintar cuma tidak pandai bercakap. Kalau sudah pandai memilih tajuk yang tepat, apabila membahaskannya tidak terkeluar pula daripada tajuk dan boleh membawa hujah yang mantap dan ia boleh pula membawa hujah Al Quran dan Hadis. Maka akan lebih hebat lagilah untuk memperteguhkan hujah bagi tajuk yang dibahaskan.

MENDISIPLINKAN JIWA ATAU HATI

Bisikan hati boleh dibahagi kepada dua.

Rasa hati yang diperlukan pertimbangan akal. Rasa hati ini mesti dibahaskan lagi, rasa hati yang mesti difikirkan dan dinilai oleh akal. Hati ialah rebutan antara malaikat dan syaitan. Kalau ada cetusan rasa hati, terus saja dijadikan tindakan. Ditakuti rasa hati itu bisiskan syaitan. Oleh itu ada jenis rasa hati yang mesti difikirkan, dibahas, direnung dan dinilai DENGAN BANTUAN AKAL. Apabila ditimbang-timbang oleh akal, diterima oleh syariat mungkin itu titisan ilham dari malaikat, maka bolehlah dijadikan tindakan. Oleh itu rasa hati seumpama ini kenalah dipertimbangkan oleh akal lagi berdasarkan hukum-hakam syariat. Tidak boleh terus saja bertindak mengikut rasa, takut-takut nanti tindakan itu akan membawa akibat buruk kerana ia dibisik oleh syaitan.

Rasa hati yang tidak memerlukan bantuan akal. Ada rasa hati yang lain lagi yang boleh terus dipakai kerana ia tidak memerlukan pertimbangan. Tetapi ini susah hendak digambarkan bagi orang yang tidak ada pengalaman. Kalau kita terangkan secara ilmiah, ia tidak dapat mengagak juga. Mungkin dia akan memikirkan rasa yang pertama juga. Dia tidak dapat membezakan rasa pertama dengan rasa yang kedua. Rasa hati yang kedua ini "ILHAM". Ilham, syaitan tidak campur tangan. Ini benar-benar dari malaikat. Hakikatnya dari Allah. Apakah tandanya? Tandanya akal langsung tidak mahu campur tangan, bahkan dihentikan pertimbangan otak. Ditutup pintu pertimbangan otak. Payah hendak disebut bagi mereka yang tidak pernah sampai ke peringkat ini. Siapa yang pernah diberi Allah, dia dapat merasa sendiri. Tak payah hendak diceritakan, sesuatu yang diilhamkan ke hati. Memang akal tidak terbuka bukan saja tidak mahu fikirkan bahkan akal terus terhenti, ditutup terus pembantu akal. Indah sungguh sesuatu yang dijatuhkan ke dalam hati yang tidak tahu dari mana sumber datangnya. Sekiranya sesuatu ilham itu patut dijadikan tindakan. Kalau ia tidak mahu bertindak, dia rasa gelisah, ibarat bayi dalam kandungan yang belum muncul keluar. Bila telah muncul keluar, si ibu terasa lapang. Demikianlah bila telah jadi tindakan, terasa lapang. Mungkin payah nak faham teori ilmiah ini bagi orang yang tidak pernah mengalaminya, payah memahaminya. Orang yang pernah mengalaminya akan berkata, ya, benar sungguh, demikian kata hatinya.

Dapatlah kita fahami pertama, ada rasa hati yang boleh atau sepatutnya difikirkan oleh akal kemudian barulah dijadikan tindakan. Kedua, ada rasa hati yang akal tidak mahu campur tangan. Memang akal langsung tidak mahu memikirkannya. Ilham atau bisikan itu dibiarkan saja pada hatinya. Ini ilham namanya. Ini orang yang pandai menyusun hati namanya.

PANDAI MENYUSUN FIZIKAL

Kita perlu pandai menggunakan tenaga badan atau fizikal. Biarlah boleh gunakan tenaga itu supaya boleh dapat hasil yang besar. Kita menggunakan tenaga fizikal dengan masa yang singkat, tetapi hasilnya besar. Kalau mengguna tenaga tetapi masanya berlarut-larut, buang masa sahaja, sedangkan hasilnya terlalu sedikit. Ini ertinya pandai menyusun tenaga.

Begitulah maksudnya orang yang bijak dan pandai mendisiplinkan diri. Pandai mendisiplinkan fikiran, hati dan fizikal. Kalau Allah tak bantu, tidak boleh lakukan. Kalau Allah tak bantu, tidak boleh bertindak sebegitu halus.


Apakah kita bercakap, berfikir, bertindak mengikut kaedah ini atau tidak?
dari: al-risalah.

Sunday, July 22, 2012

alhamdulillah...syukur ke hadrat ALLAH swt yang telah memberi peluang kepada diri ini untuk bernafas di muka bumi dan menikmati ramadan kareem setakat waktu ini. Minggu ini aku berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga berbuka puasa. Setelah itu aku balik ke bumi pendidik dan terlibat kemalangan kecil dengan kereta. Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku cuma luka dan lebam sedikit sahaja.

Friday, July 13, 2012


Beberapa malam Khalifah Umar Al Katthab r.a tidak dapat melelapkan mata. Badan terasa amat penat kerana bekerja tanpa rehat. Waktu sunyi di malam hari Khalifa Umar r.a terus menghitung-hitung pahlawan Islam lepas satu persatu berlari-lari dalam fikirannya. Tugas yang mahu dipikulkan kepada panglima perang Islam untuk dihantar ke Parsi masih belum dapat jawapan. Awal pagi itu Umar r.a  ke masjid lebih awal dari biasa, sebaik masuk ke masjid dilihatnya ada seseorang yang sedang solat dengan penuh khusyuknya. Melihatkan hamba rakyat nya yang menjadikan solat malam sebagai amalan, hati khalifah menjadi sangat tenang. Di pagi yang kedua, Saidina Umar r.a tekad untuk datang lebih awal dari semalam. Sebaik melangkah ke masjid beliau melihat susuk tubuh yang sama sedang melakukan solat dengan khusyuk dan tertib. Beliau terus saja melakukan urusannya walaupun terdetik di hatinya untuk melihat gerangan siapakah yang sedang solat itu. Apabila ditenungnya betul-betul maka kenallah dia akan tokoh yang sedang solat itu. Pada malam ketiga Saidina Umar r.a datang lebih awal dari hari sebelumnya. Nuqman Ar Muqarrin r.a telah mendahuluinya selama tiga hari-hari berturut-turut. Umar r.a terus memperhatikan pegerakan solat Nuqman r.a yang sanagt tertib seakan-akan solat Rasulullah SAW. Selesai solat Subuh, Umar r.a mengambil keputusan untuk mengekori Nuqman r.a secara diam sehingga sampai ke rumah nya. Kelihatan rumah Nuqman ra sangat sederhana, lalu beliau memberi salam kepada tuan rumah. Lantas salamnya itu disambut dan pertanyaan terus diajukan kepada tetamu,
“Siapakah gerangan tetamu yang datang ke rumahku?”
“Sayalah Khalifah Umar Al Khattab, Amirul Mukminin”.
Nuqman berkata dengan nada yang sedikit keras, “Kalau kedatangan tuan bertujuan untuk dunia, pulanglah segera, tetapi kalau kedatangan tuan bertujuan akhirat, jihad fisabilillah, silakanlah masuk”.
Dengan tidak bertangguh Umar r.a masuk ke rumah sambil memerhatikan keadaan rumah yang keliahatan amat sederhana sekali. Sebaik disampaikan maksud kedatangan khalifah, Nuqman pun menjawab segera,
“Aku terima pelawaanmu wahai khalifah tetapi dengan syarat.”
“Apa syaratnya?” Kata khalifah seperti tidak sabar.
“Sewaktu seluruh tentera Islam dikumpulkan aku akan melaungkan takbir tiga kali. Takbir yang pertama aku akan berdoa agar akulah orang yang awal-awal mati syahid. Takbir yang kedua aku akan berdoa utnuk kemenangan tentera Islam dan takbir yang ketiga sebagai tanda tentera harus mulakan serangan. Kalau tiga syarat ini tuan persetujui, jangan serahkan tugas ini pada orang lain meliankan kepadaku.”
Dalam nada sebak dan bangga khalifah mengangguk tanda setuju. Maka dibuatlah persiapan dan dikumpulkan bala tentera. Setelah semuanya bersiap sedia, Nuqman pun memulakan pidatonya dengan penuh semangat.
Salah satu ungkapan yang beliau katakan, “Wahai tentera Islam sekalian, kalau sekiranya hari ini ada di antara kamu yang terpaksa ikut berjihad aku minta keluar dari barisan dan pulanglah ke rumah. Kalau ada di antara kamu masih berhutang pulanglah. Kalau ada di antara kamu yang masih ada urusan-urusan dunia yang lain pulanglah, sesungguhnya aku hanya mahu hati-hati yang sudah bulat mahu syahid demi menyebarkan kalimah syahadah.”
Tiada seorang pun yang beredar dan beliau terus menyampaikan tiga syarat seperti yang pernah disampaikan kepada khalifah waktu pertama kali dia di minta untuk memimpin tentera Islam. Bergeraklah mereka ke  Nahawand di daerah parsi. Setelah pecah pertempuran dan peperangan ada sahbat yang nampak Nuqman menyusup ke kiri dan ke kanan,  setiap musuh yang melintas dipancung dan dipenggal. Panglima yang itu berani sudah berada jauh di tengah kumpulan musuh. Mereka mendengar laungan takbir makin sayup dan akhirnya hilang dalam keruihan pekikan kedua belah pihak. Setelah perang selesai umat Islam berjaya menawan musuh. Para sahabat tercari-cari di mana panglima yang gagah berani itu, setelah puas dicari tidak juga dijumpai. Setelah beberapa hari, akhirnya mereka bertemu panglima itu melalui sepupunya yang kenal kerana cincin yang dipakainya. Mereka lihat badannya hancur hasil tetakan dan tikaman tentera musuh. Mayatnya habis dicincang tentera musuh. Kemudian jenazahnya dibawa untuk dikebumikan. Apabila kembali bertemu dengan khalifah disampaikanlah berita kemenangan Nahawand ini dengan hasil harta rampasan yang begitu banyak. Tetapi utusan bertemu khalifah menceritakan bahawa mereka hampir tidak kenal mayat Nuqman.
Khalifah Umar Al Khattab dalam nada sedih mengeluarkan kata-kata, “Kalau Umar tidak boleh kenal dia, itu tidak mengapa, tetapi Allah kenal dia”.
Kata-kata ini menunjukkan bahawa Nuqman Al Muqarrin r.a berada di kedudukan yang tinngi di sisi Allah. Dia syahid tepat seperti janjinya bahawa dia akan berdoa agar dialah yang awal-awal syahid. Islam semakin berkembang di Parsi. Islam yang telah berkembang laksana bunga yang indah yang berkembang mekar harum mewangi tumbuhnya memenuhi bumi. Tumbuhnya memenuhi bumi, kesuburannya itu kerana dbajai darah para syuhada, oleh darah manusia yang cintakan Allah. Bait-bait syair berkumandang lahir dari jiwa para mujahid yang bercita-cita agar Islam berkembang dan menaungi seluruh dunia.
Demikianlah kisah panglima sejati Islam, pahlawan terbilang, satria agama. Mereka syahid di perbatasan demi melihat agama Allah mekar subur menyelubungi dunia. Dengarlah munajat mereka agar terubat sedikit kegelisahan umat Islam yang kini sedang ditimpa bala bencana.
“Allah Tuhan kami,
Allah matlamat kami,
Rasul ikutan kami,
Rasul matlamat kami,
Al Quran ikutan dan perundangan kami,
Mati pada jalan Allah cita-cita kami
Jihad pada jalan Allah itu jalan kami,
Mati pada jalan Allah cita-cita kami,
Negeri akhirat adalah matlamat dan kehidupan kami,
Syurga di akhirat adalah impian dan tempat berhimpun kami.”

NUQMAN BIN MUQARRIN


Ketika pasukan muslimin yang berjumlah 30,000 orang sedang bersiap menghadapi tentera Parsi seramai 150,000 orang di Nahawand, Khalifah Umar al-Khattab bercadang melantik Nuqman sebagai panglima tertinggi pasukan Islam. ketika bertemu dengannya setelah solat berjemaah, Umar berkata : "aku ingin mengutusmu untuk suatu misi."

Nuqman segera menjawab : " Jika untuk mengumpulkan harta, aku menolak. Namun jika untuk jihad fi sabilillah..aku bersedia."


ABDULLAH BIN HUZAFAH


Abdullah bin Huzaifah al-Sahmi, seorang sahabat Nabi saw, diutus oleh Khalifah Umar dalam sebuah misi menawan kota Al-Qaisariah yang dijajah Kristian Rom. Pasukan Islam mengalami kekalahan, Abdullah bin Huzafah bersama ratusan tenteranya ditawan. Raja Rom yang mengetahui bahawa Abdullah ialah seorang sahabat Nabi, beliau segera memanggilnya lalu menawarkan sesuatu yang sangat menggiurkan : "mahukah kamu masuk agama Kristian dan aku akan memberikan kepada kamu setengah daripada kerajaanku?"

Abdullah bin Huzafah dengan tegas menolak dan berkata :"Andai kamu memberiku seluruh kerajaanmu bersama-sama kerajaan yang berada di tanah Arab sekalipun, aku tidak akan meninggalkan agamaku."
dicopy daripada blog sahabat lain...

Tuesday, July 10, 2012

Selesai Senamrobik..

hari ini merupakan pengalaman yang agak manis kerana telah ditugaskan menjadi instruktor senamrobik..walaupun pada awalnya kami menerima dengan keadaan yang terpaksa tetapi kami cuba untuk menjayakannya. Senakrobik pagi tadi berjalan dengan baik Pengetua, PK 1 dan juga PK koko bersemangat diikuti oleh pelajar-pelajar yang ceria-ceria selalu...
begitulah cerita seba sedikit pada minggu ke tiga di SAM Sg selisek..

Sahabat Sejati...



Kisah cinta Salman al Farisi

Pada suatu ketika Salman al Farisi jatuh cinta terhadap seorang gadis Ansar. Beliau mengajak sahabatnya Abu Darda’ pergi ke rumah gadis itu untuk bertemu dengan ayah dan ibunya.

“Ini adalah saudara saya Salman yang berasal dari Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam. Salman memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah, sehingga baginda menyebut sebagai ahli keluarganya. Saya mewakili saudara saya ini bagi melamar anak gadis tuan untuk menjadi isterinya,” kata Abu Barda’.

Setelah berbincang dengan ahli keluarganya maka tuan rumah pun berkata. “Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang dengan mengharap keredaan Allah. Kami menolak lamaran Salman tetapi kami bersetuju jika tuan iaitu Abu Darda’ yang melamarnya.”

Tanpa rasa marah atau kecewa maka Salman al Farisi pun berkata. “Semua wang yang aku kumpulkan untuk perkahwinanku akan aku hadiahkan kepadamu Abu Darda’ dan aku akan menjadi saksi pernikahanmu.”

Mulianya hati Salman al Farisi. Beliau mengajar kita arti sebuah cinta dan persahabatan. Beliau juga mengajar bahawa cinta itu bukan untuk dimiliki…

sumber:abdul latip talib-salman al farisi.

Monday, July 9, 2012

Assalamu alaikum...apabila melihat keyboard dan mendengar lagu di blog jari ini rasa ingin menari-nari di keyboard untuk meluahkan rasa hati dan pengalaman yang dilalui hari ini. Tanggal 9 julai 2012 aku di "observe" oleh pensyarah iaitu en hafizul. Sebelum itu di kelas ibnu khaldun aku telah menganjurkan forum yang bertajuk menjaga kepentingan alam sekitar. Alhamdulillah pelajar mengikuti forum dengan baik dan antara wakil yang tampil ke hadapan ialah adib, husna, sollehin dan laila.
Di akhir kelas Adib bertanya:
Ustaz..macam mana nak berkomunikasi dengan baik secara spontan?
aku berkata...banyakkan latihan adib.
dalam hatiku terdetik: subhanallah bersemangat betul syabab ini..moga berfaedah untuk kemenangan Islam.

Saturday, July 7, 2012

Melangkah ke alam pratikum...

Alam praktikum merupakan satu tempoh waktu yang agak mencabar bagi sesetengah bakal pendidik dan mungkin juga satu tempoh yang manis dan mengembirakan.
begitu juga aku...sebelum berpraktikum, bermacam-maca perasaan bergolak dalam jiwa. Ada perasaan berdebar-debar, ada perasaan malu, ada perasaan kurang bersedia...tapi pada masa yang sama ada juga perasaan lain..perasaan yang aku cita-citakan sejak menjejak kaki ke tanah pendidik iaitu perasaan ingin mentarbiyyah anak bangsa.
Aku telah memilih SAM Sg Selisek sebagai medan untuk berpraktikum. Sebelum bermulanya sesi kami telah melakukan lawatan sosial untuk bertemu dengan pihak pengurusan sekolah untuk berkenalan dan memudahkan urusan surat menyurat. Kami telah bertemu dengan Pengetua sekolah iaitu Ustazah Mariathol dan kata-kata beliau sangat memberi inspirasi kepada kami. Antara kata-kata beliau:

Kamu sebagai guru praktikal selalunya disukai oleh pelajar,
sebagai guru yang disukai oleh pelajar,
maka tunjukkanlah contoh yang baik,
tanamkan didikan yang berguna dalam diri mereka,

Kata-kata itu ibarat embun pagi yang menyegarkan dedaunan. Jiwa yang mulanya gementar mula bersemangat. Alhamdulillah tanggal 24 jun merupakan tugasan pertama kami sebagai guru praktikum. Aku, osman dan ifwat ditugaskan sebagai pengadil sukan dan juga pengacara Majlis. Pada detik itu juga akhi osman mendapat Tagline beliau iaitu "cikgu Faribi". Pengalaman hari sukan amat bermakna kepada kami dan juga murid-murid. Detik itu juga kami berkenalan dengan beberapa orang pelajar.
Tanggal 26 jun merupakan hari pertama kami bertugas sebagai guru praktikal di kelas. Kelas pertama aku ialah 4 ibnu sina. Antara pandangan pertama kelas ialah murid lelaki yang pasif dan murid perempuan yang aktif. Bermula juga sesi taaruf antara kami dan antara pelajar yang boleh diingat namanya ialah Anam, Syaza dan lain-lain.
Aku memulakan bicara dengan kisah-kisah pemuda Islam seperti Mus'ab bin Umair dan juga kisah kebangkitan islam di Eropah. Alhamdulilah..pelajar lelaki yang pada mulanya lesu dan mengantuk mula menunjukkan minat dan pelajar perempuan mula tertarik dengan kisah syabab islam.

Pelajar yang aku sayangi:

tanggal 26 jun 2012 kita bersua,
kisah pemuda islam menjadi tajuk bicara,
moga ingatan yang ku berikan dapat diguna,
agar menjadi pedoman di masa muda,

Wahai syabab islam yang aku sayangi,
empat bulan ustaz di teratak ilmu ini,
harapan ustaz menggunung tinggi,
moga jadi syabab islam berakhlak tinggi,

Wahai adik-adik yang dikasihi,
engkau adalah harapan keluarga dan agama,
tanamkan keyakinan dalam diri, 
moga dapat berbakti usai sekolah nanti,

wahai pemuda harapan agama:
al banna pernah berkata- pemuda islam ada empat ciri, beriman, ikhlas , semnagat dan usaha,
ambillah kata-kata ini sebagai semangat,
moga cemerlang di dunia dan akhirat nanti.


                                                salam sayang dan kasih daripada ustaz...