Friday, November 29, 2013

Hiduplah dengan positif..


Setelah menamatkan pengajian...aku diulit dilema...pekerjaan??
walaupun memegang biasiswa...tetapi waktu untuk menunggu untuk dipostingkan adalah sangat menguji kesabaran diri. Melihat teman-teman lain yang sudah mengajar, bermacam -macam perasaan mengganggu diri ini. Sementara menunggu "ponsting" yang entah bila tarikhnya itu, bermacam-macam pekerjaan yang telah aku buat. Kerja Kontrak, jaga koperasi dan kerja kontrak..kontrak..kontrak..
mungkin sesetengah individu yang memengang ijazah sarjana muda melihat pekerjaan ini dengan sebelah mata. Teruk...letih...kotor... tetapi aku melihat pekerjaan ini suatu yang menarik. Pekerjaan ini mengajar aku erti susahnya untuk mencari duit..mengajar aku supaya berjimat cermat...mengajar aku supaya tidak merendahkan orang lain....
kali ini aku kembali lagi..
ya...dapat kontrak baru..
kasut safety disarung kembali..
baju keselamatan setia menemani..

yeahhhh....

Wednesday, November 20, 2013


Bilik kuliah Taman Universiti...
Bagi penuntut sesi 2009/2010 dan ke bawah, bilik kuliah Taman U pasti masih tersemat lagi dalam memori masing-masing. Bilik kuliah yang pernah mencetuskan kontroversi kerana ianya bukan bilik kuliah tetapi rumah kedai. Sebagai alumni suluh budiman kemasukan 2009, penulis juga tidak terlepas untuk merasai kenangan menuntut ilmu di sini.

Tersilap kelas....terlewat....peperiksaan....hehehe...

Anak Melayu Merdeka...

1.0  Pengenalan.
            Dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air, lahir beberapa tokoh yang terkenal yang datang dari pelbagai aliran. Antara golongan tersebut ialah daripada golongan berhaluan kanan, golongan berhaluan kiri, golongan islamis dan juga komunis.  Golongan kanan ini ialah golongan yang berorientasikan kebaratan, bersifat pro-establishment serta mereka juga kadang-kadan bersifat konservatif dan juga reaksioner.Golongan ini juga lebih dikenali sebagai elit melayu dan mereka juga digelar sebagai golongan moderate yang mudah berbicara dan berurusan dengan British. Golongan seterusnya ialah golongan yang berhaluan kiri yang lebih bersikap radikal dan politik mereka juga politik oposisi. Menurut Khoo Kay Kim, dalam kalangan satu-satu kumpulan kiri terdapat variasi yang jelas antara kecenderungan mereka yang terlibat  termasuk dalam kalangan PKMM seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy yang lebih berpendirian Islam, Ahmad Boestamam yang berjiwa militan dengan gagasan merdeka dengan darah serta Ishak Haji Mohamad yang lebih dekat kepada tradisi politik-perlembagaan British. Persamaan dalam kalangan mereka ialah masing-masing ingin menuntut kemerdekaan dan nasib bangsa Melayu. Dr Burhanuddin Al Helmy, juga tidak terkecuali dalam perjuangan ini.

2.0 Latar Belakang Burhanuddin Al Helmi.
            Dr. burhanuddin Al Helmy atau nama sebenarnya Burhanuddin Mohd Noor merupakan seorang tokoh politik yang istimewa dalam kepimpinan politik beliau. Hal ini demikian kerana setiap parti mestilah mempunyai pengasasnya tersendiri dan memimpin parti tersebut, akan tetapi Dr Burhanuddin al Helmy tidak pernah mengasaskan apa-apa parti politik tetapi beliau telah dijemput untuk menerajui pimpinan parti politik tersebut. Antara parti politik yang menjemput beliau untuk peneraju ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Hal in demikian kerana pada dekad itu, beliau merupakan pemimpin Grass- Root yang dianggap berkarisma dan sangat terkenal.

2.1 Latar belakang Keluarga.
            Dr Burhanuddn telah dilahirkan di Kampung Changkat Tualang, Kota Bahru, Perak pada akhir tahun 1911. Ayah beliau merupakan seorang petani dan ahli tasauf yang berasal dari Minangkabau, Sumatera. Ibunya, Syarifah Zahrah Bt Habib Osman adalah darah campuran Melayu-India Islam yang dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.

2.2 Latar Belakang Pendidikan.
 Dalam aspek pendidikan pula beliau mendapat pendidikan awal di peringkat rendah dan pendidikan agama di peringkat menegah di Padang Panjang , Sumatra. Selain itu beliau juga pernah menuntut di Sekolah Pondok Pulau Pisang, di Kedah dan seterusnya meneruskan menuntut ilmu di Madrasah Al-Mashhur , Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran di Ismaeliah Medical College, New Delhi dan Aligarh Muslim Universiti, India. Beliau merupakan satu-satunya tokoh politik melayu Muslim sebelum merdeka yang pernah mendapat pendidikan begitu tinggi.

2.3 Sikap dan keperibadian.
Nama Al –Helmi atau asalnya Al Hulaimi yang bermakna orang yang tidak pemarah menggambarkan sifat beliau yang tidak mudah marah.Selain itu menurut Ahmad Boestaman dalam bukunya “Dr Buhanuddin : Putera Melayu Raya” menyebut bahawa Dr Burhanuddin seorang yang lurus dan jujur. Akan tetapi menurut boestamam, kejujuran yang ada pada Dr Burhanuddin juga mendatangkan kelemahan kepada beliau. Antara kelemahan yang dinyatakan oleh Boestamam ialah Dr Burhanuddin mudah menerima keahlian PKMM tanpa menyiasat latar belakang individu tersebut. Menurutnya, hal ini telah menyebabkan terdapat musang berbulu ayam dalam PKMM malahan terdapat juga cawangan khas di dalam PKMM. Melalui mereka inilah maklumat dan rahsia terlepas ke tangan orang lain. Selain itu , menurut Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin juga seorang yang mudah didampingi oleh sesiapa sahaja malah beliau juga mudah mendampingi orang lain. Beliau juga tidak menghampakan orang yang menghampakannya. 

3.0 Idealisme perjuangan.
3.1 Perjuangan kemerdekaan.
            Dalam idealism dan perjuangan Dr Burhanuddin Al Helmy, beliau meletakkan perjuangan Islam di tempat yang teratas akan tetapi untuk menegakkan islam rakyat perlu membebaskan diri daripada penjajahan. Beliau telah menulis dalam tulisannya yang bertajuk Agama dan Politik, Dr burhanuddin menyatakan bahawa untuk menegakkan Islam rakyat perlu membebaskan diri mereka daripada belenggu penjajahan dan menubuhkan negara yang berdaulat. Kata beliau:
            “bagaimanakah kita dapat memulihkan kesakitan dan penderitaan bangsa kita? Dan bagaimanakah kita akan mengembalikan agama kita, hingga agama dapat berjalan menurut dikehendaki ALLAH , jika kita belum bebas merdeka dan berdaulat. Tentu tidak boleh, melainkan sudah bebas dan berdaulat”
            Persoalan yang ditimbulkan oleh Dr burhanuddin ini merupakan teras perbincangan dalam buku Agama dan Politik . Selain itu Dr Burhanuddin juga menegaskan , selagi kuasa pemerintahan ini terletak dalam kuasa penjajah maka kita sendiri tidak dapat mengatur negara. Hanya dengan kemerdekaan negara ini dapat diatur dengan sendiri oleh rakyatnya dan cara mengatur negara ini mestilah dengan Islam.


3.2 Ideologi politik Islam.
            Selain daripada perjuangan kemerdekaan, Dr Burhanuddin juga memperjuangkan politik yang berlandaskan Islam. Hal ini demikian terbukti melalui ucapan beliau yang bertajuk Ideologi Politik Islam yang mengajak orang melayu supaya kembali kepada politik yang bercorak islam dan meninggalkan politik acuan barat. Dalam ucapan tersebut beliau menegaskan:-
            “kita perlu balik kepada al quran dan as sunnah yang nyata dan tegas menunjukkan bahawa islam tidak boleh berpisah dan dipisahkan oleh politik kerana islam menghubungkan hamba dengan tuhan dan menghubung hamba dengan hamba. Islam mengubah bentuk dan dasar pemerintah dan masyarakat bermula dari masyarakat lantas ke masyarakat internasional. Ini jelas kelihatan perjalanannya dalam sejarah umat islam dan perjuangan ini akan terus berjalan hingga ke hari akhirat”

3.3 Perjuangan Kebangsaan.
            Selain daripada perjuangan menegakkan negara Islam, perjuangan kebangsaan juga menjadi prinsip dan ideologi Dr Burhanuddin Al Helmy. Walaupun beliau telah bertukar tukar persatuan, akan tetapi prinsip tersebut masih diperjuangkan oleh beliau. Perjuangan Dr Burhanuddin memperjuangkan kebangsaan Melayu bermula apabila beliau menyertai KMM. Beliau telah diperkenalkan dengan persatuan ini melalui Mustapha Hussein , yang pada ketika itu merupakan naib presiden KMM di Singapura. Pada awal pergerakannya dalam KMM beliau tidaklah bergerak aktif seperti Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestaman dan Sutan Djenain yang kemudiannya telah ditahan oleh British. Setelah lama bergiat dalam KMM beliau kemudiannya bersama dengan Ibrahim Yaakob , Onan Siraj dan beberapa pemimpin KMM telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung dan telah membuat rundingan bersama dengan Soekarno dan Hatta pada 15 dan 16 ogos di Taiping  untuk membawa Tanah Melayu merdeka bersama dengan Indonesia dan hal ini telah dijanjikan oleh pihak Jepun. Akan tetapi usaha ini gagal apabila Jepun telah menyerah secara mendadak pada ogos 1945. Antara ucapan beliau yang bersifat semangat kebangsaan ialah
            Walaupun usaha tersebut menemui kegagalan, perjuangan pelitik beliau diteruskan dengan menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Di bawah pimpinan beliau, Dr Burhanuddin menegaskan edentiti PKMM sebagai parti yang perjuangannya bertapak di Semenanjung Tanah Melayu dan untuk penduduk Semenanjung Tanah Melayu.
            Semasa beliau menyertai Partai Rakyat, dalam pidato beliau di Kongres Partai Rakyat pada tahun 1955 beliau telah menegaskan prinsip beliau tersebut antara ucapan beliau ialah:-
            “..tetapi kita dengan perjuangan kebangsaan ,ada mempunyai ideologi sendiri dan dengan perjuangan kita yang terkenal sebagai yang tertulis dalam buku peringatan kita yang bernama “ PERJUANGAN KITA” maka kita memilih jalan yang sederhana dan di tengah-tengah , yang say sebutkan selalu dengan kebangsaan yang bulat. Kita menentang penjajahan tetapi tidak pula pro-komunis. Kita mahu balik hak keadilan tanah air kita yang berdaulat, sebagaimana kita belum dipengaruhi dan dijajah dahulu.”
            Selain itu antara bukti yang menunjukan ideologi dan semangat kebangsaan kuat yang ada dalam diri Dr Burhanuddin ialah apabila mengekalkan prinsip kebangsaan melayu tersebut apabila beliau menyertai PAS. Melalui ucapan beliau, beliau berkata :-
i-                    Kebangsaan negeri ini mestilah melayu.
ii-                  Mestilah diakui bahawa bangsa melayu adalah tuan punya negeri ini.
iii-                Untuk membina satu bahasa, satu negara, dan satu bangsa yang teguh hanya diakui bahasa melayu sahaja jadi bahasa resmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal di negeri ini.
iv-                Islam menjadi agama resmi dalam erti kata yang betul pada ajaran –ajaran al-Quran dan sunnah nubuwwah.
v-                  Menentang dasar Jus Soli (yang memberikan kerakyatan kepada sesiapa sahaja yang dilahirkan di negara ini) diberikan kepada orang yang bukan bumiputra negeri ini, dan orang-orang yang bukan Melayu yang hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah dengan permintaan yang diluluskan oleh undang-undang yang mengawal keselamatan wujudnya bangsa Melayu dan dicurahkan dengan orang-orang dagang ke negeri ini oleh “open door policy.
            Selain itu, beberapa tokoh politik aliran kiri seperti Ahmad Boestamam juga sangat mengagumi semangat kebangsaan yang dimiliki oleh Dr Burhanuddin Al Helmy. Antara kenyataan daripada Ahmad Boestamam yang dijelaskan dalam buku beliau seperti:-
“..Di atas segala-galanya mendiang Dr Burhanuddin Al Helmy adalah seorang Patriot. Dan kalau kepada beliau hendak diberikan suatu gelaran maka gelaran yang tepat , layak sesuai dan hak sekali bagi beliau ialah Bapak Kebangsaan Melayu…dan mendiang Dr Burhanuddin , sejak mula berjuang lagi sehinggalah kepada saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir masih tetap mengingin ‘ bangsa negara’ itu dinamakan “ Melayu” .
            Selain itu,dalam Falsafah Kebangsaan Melayu, beliau juga sentiasa mencuba menyelaraskan fahaman kebangsaan dengan kehendak kehendak islam. Contohnya beliau menyatakan
“ Islam memandang kebangsaan itu suatu alat bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.”
Melalui ucapan-ucapan dan juga kenyataan Dr Burhanuddin Al Helmy , pada setiap pertubuhan yang disertai beliau dapat disimpulkan walaupun beliau betukar-tukar pertubuhan akan tetapi semangat kebangsaan dan prinsip kemelayuan beliau tetap tidak berubah.

4.0 Sumbangan.
            Burhanuddin Al Helmy juga banyak memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga orang melayu khususnya. Sumbangan beliau seperti tulisan dan juga buah fikiran beliau yang menjadi rujukan masyarakat ketika itu. Beliau seorang yang doktor yang progresif, berfikiran terbuka serta seorang pemimpin yang pragmatik.

4.1 Tulisan.
            Selain daripada pejuang kemerdekaan dan ahli politik, beliau juga aktif dalam bidang penulisan. Tulisan-tulisan beliau kebanyakannya mengenai perjuangan kemerdekaan dan juga perkara yang berkaitan dengan semangat kebangsaan melayu. Antara karya dan tulisan beliau ialah “Falsafah Kebangsaan Melayu” yang ditulis oleh beliau pada tahun 1954. Tulisan beliau ini menjadi panduan kepada bangsa melayu supaya tidak melupakan asal usul dan jati diri mereka sebagai orang melayu. Hal ini demikian boleh dinilai melalui tulisan beliau tersebut. Selain itu berdasarkan penilaian tulisan beliau tersebut, “ Falsafah Kebangsaan Melayu” ini juga menekankan kepentingan semangat untuk memerdekakan diri dan negara dari belenggu penjajahan.  Selain itu beliau juga telah menulis satu buku nipis yang diberi nama Sejarah Perjuangan Kita yang bertujuan supaya ia akan dapat menimbulkan rasa keyakinan dan kepercayaan yang teguh yang akan menjadi asas dan dasar kita memperjuangkan cita-cita menuju matlamatnya iaitu merdeka atau dalam erti kata sebenarnya ialah kemerdekaan bangsa, agama dan tanah air.
            Selain daripada tulisan mengenai Kebangsaan Melayu, Dr Burhanuddin Al-Helmy juga menulis mengenai kesedaran umat Islam mengenai agama Islam dan juga politik melalui tulisannya yang bertajuk “Agama Dan Politik”. Dalam tulisan ini beliau berusaha untuk menyedarkan masyarakat melayu mengenai kepentingan politik Islam contohnya beliau menulis:-
“politik berubah-rubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama”
            Dalam Politik Dan Islam juga Dr Burhanuddin mengajak masyarakat Islam pada masa itu supaya berjuang memerdekakakan negara ini supaya rakyat di negara ini boleh memerintah dengan pemerintahan yang bercorak islam. Melalui tulisan, Dr Burhanuddin telah membuka minda masyarakat mengenai politik dan juga sejarah bangsa Melayu sekaligus telah menyumbang kepada perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.

4.2 Kepimpinan.
            Dr Burhanuddin Al Helmi merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam menyumbang tenaga dan pemikiran beliau dalam memimpin beberapa pertubuhan di Tanah Melayu. Sumbangan kepimpinan beliau teserlah apabila beliau menyertai beberapa pertubuhan politik di Malaya. Antara pertubuhan awal yang disertai oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy ialah Kesatuan Melayu Muda. Kesatuan Melayu Muda (KMM) didirikan pada Mei 1937 dan pada awalnya persatuan ini digelar Persatuan Belia Melayu (Malay Youth League) lalu ditukar menjadi Kesatua Melayu Muda dengan mencontohi Kesatuan Turki Muda yang terkenal dalam kalangan orang Melayu ketika itu. Antara pemimpin KMM ketika itu ialah Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob dan Mustapha Hussein. Setelah itu KMM dibubarkan dan tidak dapat bertahan lama kerana beberapa pemimpin terajunya telah ditangkap oleh Jepun.
            Setelah itu beberapa bekas ahli KMM dan PKM telah menubuhkan PKMM iaitu Partai Kebangsaan Melayu Malaya. Dari aspek kepimpinan PKMM, Burhanuddin Al- Helmy telah mememegang tampuk kepimpinan PKMM dengan menyandang jawatan sebagai Yang Dipetua Agung setelah mengambil alih daripada Motharuddin Lasso yang telah menghilangkan diri. Menurut Ahmad Boestaman dalam bukunya Burhanuddin Al Helmy : Putera Melayu Raya dengan kepimpinan baru inilah PKMM mencapai kekuatan demi kekuatan. Anggotanya semakin bertambah dari sehari  ke sehari dan demikian juga dengan ranting-rantingnya di seluruh negara.  
            Selain daripada PKMM, Dr Burhanuddin Al-Helmy juga terlibat dalam kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia atau PAS. Dr Burhanuddin dilamar PAS secara rasminya pada persidangan Parti Rakyat Malaysia (PRM) di Ipoh, pada 10 November 1956. Dr Burhanuddin memimpin Pas dalam usia yang agak matang iaitu 16 tahun. Beliau memegang jawatan tersebut seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat agung PAS kelima di Kelab Sultan Sulaiman pada 25 disember 1956. Antara jasa beliau ketika memimpis PAS ialah, PAS telah berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu dalam pilihanraya Persekutuan pada tahun 1959. Pas telah memenangi 13 kerusi parlimen dan 42 kerusi negeri.

5.0  Cabaran Dan Tribulasi.
            Sebagai tokoh yang unggul, cabaran dan tribulasi merupakan satu perkara biasa bagi mereka. Hal ini juga tidak terkecuali dengan Dr Burhanuddin Al-Helmy.  Pada bulan Januari 1965, beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana telah dituduh terlibat dalam komplot menentang kerajaan Malaysia. Beliau  bersama beberapa anggota pembangkanyang lain seperti Dato’ Raja Abu Hanifah (PAS), Aziz Ishak dan Ishak Haji Muhammad (Parti Buruh), dan Nazar Nong (Parti Rakyat Malaysia) dikatakan telah terlibat dalam usaha untuk menubuhkan National Front bagi membantu Indonesia dan dikatakan juga terlibat dalam membantu Indonesia dan dikatakan juga terlibat dalam pembentukan kerajaan buangan di Indonesia. Segala tuduhan ini dimuatkan dalam Kertas Putih Kerajaan yang bertajuk A Plot is Exposed. Semasa belia berpindah ke Singapura, Burhanuddin Al –Helmy juga pernah ditangkap apabila berliau terlibat dengan rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950 dan kemudian beliau telah dibebaskan setelah setahun dalam tahanan.  Begitulah cabaran dan dugaan yang telah ditempuh oleh beliau sepanjang bergelar nasionalisme.

6.0 Kesimpulan.
            Berdasarkan daripada isi yang dinyatakan, jelas bahawa Dr Burhanuddin Al Helmy seorang pemimpin Melayu yang jelas pada fikrah dan kefahamannya mengenai kepentingan agama dan bangsa yang perlu dinaikkan untuk memerintah sebuah negara . Walaupun penyertaan beliau dalam beberapa parti politik dan pertubuhan seolah-olah dilihat beliau tidak mempunyai prinsip akan tetapi jika diteliti dari sudut pendirian beliau, beliau sentiasa teguh kepada beberapa prinsip tetentu iaitu Islam, kemerdekaan tanah melayu dan juga kebangsaan melayu. Ketiga-tiga prinsip ini jelas dalam ucapan dan tindakan beliau walau di platform mana beliau berada. Begitulah prinsip tokoh bernama Burhanuddin Al-Helmy sehinggakan Ahmad Boestamam menggelar beliau dengan gelaran “Putera Setia Melayu Raya”.

ditulis oleh : akhi azam
sebarang peniruan dan plagiat hanya akan merugikan anda # harap maklum.


Rujukan.
Mohd Rosdi Bin Nik Ahmad, Ilmuan Nusantara: Mutiara Ilmu Tanah Serumpun,  Batu Caves : PTS Islamika, 2011.
Roslan Saadon, Gagasan Nasianalisme Melayu Raya : Pertumbuhan dan Perkembangan, Shah Alam : Karisma Publication, 2009.
Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy, Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.
Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin al Helmy : Putera Setia Melayu Raya , Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Kejora, 1972.
Faridah Abdul Rasyid, Biography Of The Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya And Singapore, Bloominton : Xlibris Corporation, 2012.
Ismail Said, Dr Burhanuddin Al-Helmi: Pejuang Melayu Sejati, Shah Alam : Karisma Publication Sdn Bhd,2008.
Kamaruddin Jaffar, Dr Burhanuddin Al Helmy: Pemikiran Dan Perjuangan, Kuala lumpur: IKDAS SDN BHD, 2000.
Saliha Hassan Adli, Dr Burhanuddin Al Helmi  1911-1969, Abdullah Zakaria dan Adnan Nawang, Biografi tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1997.
Dr Ramlah Adam ,Titian Siri Kertas Kerja Akademi Pengajian Melayu Bil 2 : Dr Burhanuddin Al-Helmy: Kajian Mengenai Kegiatannya Dalam PKMM 1946-1948, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu , 1993.
Muhammad Abu Bakar, Potret Masa , Jilid Satu, Persaingan Ideologi Dan Pemulihan Tradisi, Petaling Jaya: Gateway Publishing House Sdn Bhd, 1994.

Sunday, November 17, 2013

Ulasan artikel : Dasuki Bin Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1980.Bab XXXIV(1).Zaman Kedatangan Agama Islam: Hubungannya Dengan Arab.

Pengenalan.
Terdapat pelbagai buku, artikel dan juga jurnal yang telah membincangkan dan mengupas  mengenai teori-teori kedatangan Islam di Asia tenggara. Hal ini termasuklah buku Iktisar Perkembangan Islam ini yang banyak membincangkan asal usul serta teori kedatangan agama Islam dan perkebangannya di Asia tenggara. Dalam bab XXXIV(1) buku ini, secara kesimpulannya penulis telah menyimpulkan bahawa terdapat dua peringkat penyebaran Islam di Asia Tenggara iaitu pada peringkat tunas dan pada peringkat pengislaman secara beramai –ramai. Kenyataan ini sekaligus telah membuktikan bahawa pada peringkat awal kedatangan Islam ke Asia Tenggara adalah semata-mata bermotifkan perdagangan. Akan tetapi pada peringkat kedua penyebaran Islam lebih bersifat kepada perdagangan dan juga tanggungjawab menyebarkan agama Islam di Nusantara ini.
Ulasan perbincangan.
            Menurut penulis kedatangan Islam di Asia Tenggara berlaku disebabkan oleh hubungan masyarakat diantara Asia Tenggara dan masyarakat Arab. Hubungan ini berlaku disebabkan oleh keperluan ekonomi iaitu perdagangan yang amat penting kepada kedua-dua rantau yang telah berlaku sebelum terdirinya kerajaan Islam yang pertama di nusantara. Mahayudin Yahaya dalam bukunya “Islam Di Alam Melayu” menambah bahawa kapal-kapal peniaga arab telah sampai di alam melayu sejak sebelum kewujudan agama islam lagi. Daripada bukti yang dikemukan penulis dan sokongan daripada penulis lain ternyata bahawa sememangnya telah wujud hubungan perdagangan diantara masyarakat arab dengan penduduk di asia tenggara sejak sebelum kewujudan agama islam dan hal ini diteruskan pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin.
Penulis telah menyatakan bahawa kedatangan Islam berlaku sebanyak dua peringkat iaitu zaman tunas dan juga peringkat pengislama secara beramai-ramai. Pengislaman secara tunas bermula apabila kedatangan pedagang arab yang berdagang di kerajaan Srivijaya dan mereka telah membina penempatan di negeri ini. Hal ini telah disokong oleh G.E Marrison yang mnyatakan kewujudan pedagang Islam di Asia Tenggara sekitar abad ke Sembilan dan tiada berlaku pendakwahan islam secara besar besaran pada waktu itu. Penulis juga menyatakan bukti penemuan batu nisan yang berukir dengan huruf arab di Grisek yang bertarikh 1082 atau 1102 dan bukit ini juga telah dikemukakan oleh G.E Marrison dalam jurnal beliau.
Kemudian , penulis juga telah menyatakan bahawa penyebaran Islam berlaku secara berencana dan beramai-ramai berlaku pada kurun ke 13 masihi. Hal ini berlaku apabila pedagang-pedagang Islam telah diberi kepercayaan oleh pemerintah tempatan dan lama kelamaan dakwah mereka telah diterima oleh pemerintah. Hal ini dapat dibuktikan apabila lahirnya kerajaan Islam Pasai di Sumatera. Kisah pengislaman pasai ini dapat kita lihat di dalam teks melayu lama iaitu Hikayat Raja-Raja Pasai dan juga Sejarah melayu yang menyatakan Pasai merupakan daerah yang pertama menerima Islam di Nusantara.
Hal ini demikian diikuti dengan pengislaman beberapa kerajaan lain di nusantara seperti Kerajaan Melayu Melaka apabila Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya menjadi Megat Iskandar Shah. Setelah itu Melaka telah menjadi pusat penyebaran pesat di alam melayu hingga meruntuhkan kerajaan Majapahit. Ahmad Jelani Halimi dalam bukunya “sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu” menyatakan perkembangan Islam berlaku dengan pesat semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah apabil ramai pendakwah dan juga ahli sufi dari Timur Tengah dan India telah datang ke Melaka untuk menyebarkan ilmu Islam.
            Selain itu penulis juga telah menyatakan bahawa penyebaran agama Islam pada peringkat kedua ini adalah datang daripada India semasa pemerintahan kesultanan Delhi. Terdapat pelbagai teori yang mengatakan Islam itu dari India dan kawasan kedatangan itu menjadi perdebatan dalam kalangan. Ada yang mengatakan bahawa Islam itu datang daripada Gujarat dan ada juga berpendapat dari koromandel di utara India.  Teori –teori ini telah dibahas dan dinyatakan di dalam beberapa jurnal seperti The Coming of Islam In East Indies” daripada G.E Marrison dan juga Mahayudin Yahaya dalam bukunya “Islam Di Alam Melayu” serta banyak rujukan lain. Daripada beberapa teori yang dikemukakan oleh sejarawan ini penulis telah mennyatakan pendirian beliau bahawa beliau lebih bersetuju bahawa Islam itu telah disebarkan dari Gujarat bersandarkan bukti jumpaan batu nisan di Gresik dan juga bersandarkan kepada persamaan mazhab yang dianuti oleh masyarakat islam di Nusantara dan Gujarat iaitu mazhab Syafie. Hal ini juga telah dinyatakan oleh Moquette dalam artikelnya “Da Grafteenen Te Pase En Grisee” yang menyatakan terdapat persamaan antara batu yang dijumpai di Pasai tersebut dengan batu nisan yang terdapat Gujarat dan jika bukti ini benar maka terdapat pertukaran budaya dan perdagangan antara Pasai dan Gujarat.
Penulis juga menegaskan pendapat beliau dan menyangkal pandangan beberapa pandangan ahli sejarah yang menyatakan bahawa penyebarab agama Islam yang pertama berlaku dari China dengan bersandarkan kepada bukti penemuan batu bersurat di Terengganu.  Penulis menegaskan bahawa teori ini tidak dapat diterima kerana kedudukan Islam di Terengganu pada masa itu tidak kukuh lagi untuk berkembang di negeri-negeri di Nusantara. Penulis juga mengangkal bahawa pusat penyebaran agama islam bermula di negeri kedah dengan alasan bahawa Syeikh Abdullah anak murid kepada Ibnu Battutah telah sampai ke kedah kira-kira 1400 masihi. Beliau perpendapat bahawa tidak berlaku penyebaran pada waktu itu bahkan Raja Merong Mahawangsa Sendiri bukan beragama Islam.
Secara Konseptualnya penulis telah menegaskan bahawa kedatangan Islam dia Asia Tenggara berlaku secara dua peringkat iaitu masa tunas iaitu penyebaran Islam pada awalnya tidak dirancang oleh pedagang Islam mereka hanya berdagang dan menetap secara sementara sahaja contohnya di Terengganu dan juga Srivijaya. Pada peringkat kedua  penyebaran Islam berlaku apabila pedagang Islam telah mendapat kepercayaan pemerintah dan proses ini menurut pendapat penulis telah diusahakan oleh para pendagang dan pendakwah yang datang dari Gujarat. Selain daripada itu terdapat juga pendapat lain yang dikemukana mengenai peringkat penyebaran islam di asia tenggara contohnya seperti Abdul Rahman Haji Abdullah yang menyatakan terdapat tiga peringkat kedatangan islam ke asia tenggara dan peringkat ketiga tersebut ialah peringkat perkembangan Islam di Nusantara apabuila kehadiran ulama dan ahli tasauf daripada Yaman dan ianya menjadi tunjang kepada kedatangan dan penyebaran Islam di rantau ini pada abad ke-13 sehingga abad ke-17. Fakta ini boleh dirujuk di dalam buku Pemikiran Umat Islam di Nusantara Sejarah dan Perkembangannya Hingga Abad ke-19 dan juga Jaringan ulama timur tengah dan kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII yang menghurai dengan jelas peranan pedagang dan ulama dari Yaman terhadap perkembangan Islam di Asia Tenggara.





Bibiliografi. 

Buku.
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara : Sejarah dan Perkembangannya HIngga Abad ke-19. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Ishak, 1992, Islam Di India,  Nusantara Dan China, Kuala Lumpur: Nurin Interprise.

Ahmad Jelani Halimi, 2008 ,sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Dasuki Bin Haji Ahmad, 1980, Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,.

Mahayudin Yahaya, Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2001.

Jurnal.

G.E Marrison, “The Coming of Islam In East Indies,”  JMBRAS Vol XXIV, Pt I ,(1951)

From The Treehouse : zaman kanak-kanak yang mengujakan.


Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang tidak dapat dilupakan oleh setiap orang yang telah mencapai usia dewasa. Banyak karya daripada penulis terkenal yang telah membukukan kisah zaman “bocah” atau zaman kanak-kanak mereka. Antara penulis yang terkenal ialah Andrea Hirata dan lain-lain. Kartunis juga tidak terkecuali mengekspresikan zaman kanak-kanak mereka melalui kartun yang dilukis oleh mereka. Antaranya ialah Fujio F Fujiko dan pelukis terkenal tanah air, Lat. Zaman kanak-kanak memberikan seribu kenangan dan pada ketika itu kanak-kanak juga mempunyai seribu impian. Impian untuk mengejar cita-cita berdasarkan fikiran mereka ketika itu. Kadangkala cita-cita itu hanyalah angan-angan, fantasi dan imaginasi yang tidak mungkin dapat dicapai seperti menjadi adiwira terkenal, merantau ke planet-planet seperti dalam cerita Star Wars dan Dragon Ball, mempunyai ilmu kungfu dan silat yang boleh mengeluarkan api di tangan. Begitulah zaman kanak-kanak aku dan kalian semua.
Berbalik kepada tajuk, From The Treehouse…
Kenapa dengan Treehouse...???
Sebenarnya, Treehouse merupakan salah satu kenangan paling indah aku bersama kawan-kawan di zaman kanak-kanak. Aku agak sulit juga memikirkan di mana kami inspirasi membina treehouse ini. Antara sumber inspirasi yang menyebabkan ia melintasi fikiran kami pada waktu itu ialah cerita P.Ramlee dan mungkin juga beberapa siri drama kanak-kanak inggeris. Untuk membina rumah kayu ketika itu, kami yang tiada asas-asas pertukangan hanya melakar pelan ringkas, seterusnya mencari barang pertukangan untuk membina treehouse tersebut. Pokok yang sesuai juga dicari, antara kriteria pokok yang sesuai ialah pokok yang dahannya banyak dan setara supaya memudahkan proses melantai. Kami , tiga sekawan memulakan proses membina dengan memanjat pokok, menaikkan kayu-kayu, zink sebagai bumbung dan alat pertukangan lain. Proses pembinaannya begitu mudah sekali, hanya struktur asas tanpa kekemasan dan nilai kesenian he..he..he..akhirnya treehouse kami siap walaupun ada diantara kami yang jatuh “berdebap” ke tanah dua tiga kali semasa proses memaku.
Banyak dugaan yang ditempuhi semasa dan selepas proses membina treehouse…antaranya daripada arwah atuk yang melarang kami membuat treehouse tersebut. Kata beliau..”nanti pokok pelam tu tak berbuah bila ko dah paku pokok tu.!!” Kami dengan jiwa degil pada masa itu terus membina dan melepak di atas treehouse tersebut. Kadang-kadang….bila ada lebihan kuih muih di rumah, kami terus membawa ke atas pokok untuk dijadikan kudapan. Buku-buku cerita dan komik juga tidak ketinggalan dibawa ke atas untuk dibaca. Langsir lama juga dicari untuk mencantikkan treehouse yang dibuat. Sejak adanya treehouse tersebut…mak aku mula berleter…hehehe…biasalah..mak mana yang tidak sayangkan anaknya… “azam..!!...ain..!! balik rumah…asyik do katas pokok tu je…macam tak ada rumah…” hehe…begitu bunyi leteran mak setiap kali kami melepak atas pokok tersebut. Kadang-kadang waktu malam pun kami pergi ke treehouse dengan bekalan lilin hanya untuk merasai suasana malam dia atas pokok tersebut. Treehouse kami bertahan agak lama juga sehingga satu ketika apabila atuk aku merobohkannya…hehe… kami bertiga hanya mampu menangis melihat treehouse kami dirobohkan begitu sahaja. Sepanjang zaman kanak-kanak kami, dua kali kami membina treehouse. Selain itu terdapat juga binaan-binaan lain seperti jeti dan kelong di parit berhampiran. Semuanya tidak bertahan lama. Almaklumlah…jurutera tidak bertauliah…hehe…
Pengalaman membina semasa zaman kanak-kanak begitu berharga buat kami. Kadang apabila berbual mengenai pengalaman ini…terbit hilai tawa dalam kalangan kami. Aku perhatikan zaman ini kurang anak-anak terlibat dengan aktiviti ini. Mereka hanya duduk di rumah bermain video  game, facebook dan televisyen. Pengalaman bermain di luar agak kurang dan hal ini kadangkala boleh mematikan daya kreativiti mereka. Aku ada membaca kisah keluarga yang sanggup menjual segala permainan video, tv dan computer hanya untuk menyuruh anak mereka bermain di halaman rumah. Satu langkah yang baik juga dari mereka.
Kepada adik-adik…. Jom bermain…membina…kembangkan daya kreativiti anda. Insyaallah…ianya akan menjadi pengalaman berharga bila dewasa kelak..

-azam, fuad, borhan, lopi,atiqillah,ameer, abang dan, adik ain, arwah atuk, mak dan abah-

-watak utama zaman kanak-kanak aku-

Wednesday, November 13, 2013

Ulasan Artikel "Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu"

Alhamdulillah… dalam usaha untuk memahami perkembangan islam di alam melayu,terdapat  beberapa artikel dan penulisan yang agak menarik untuk dibaca antaranya ialah artikel yang ditulis oleh Dr Arba’iyah Mohd Noor yang bertajuk “Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu”.  Antara tujuan utama artikel ini ditulis menurut Arba’iyah ialah untuk memperkenal perkembangan pensejarahan Islam di Alam Melayu. Pengkisahan mengenai perkembangan pensejarahan Islam ini akan dimulai dengan perkembangan Islam di rantau ini pada abad ke tujuh Masihi. Perkembangan yang paling mendasar adalah peranan al-Quran dan sebahagian pensejarahan Islam yang telah memberikan inspirasi dan kesedaran kepada orang Melayu mengenai kefahaman mereka tentang sejarah Islam. Secara keseluruhannya artikel ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pengenalan, perkembangan islam di rantau alam melayu, pengajian sejarah dan tulisan jawi, karya pensejarahan islam dan pengaruhnya serta kesimpulan.
                Daripada bahagian pengenalan kepada artikel ini, arba’iyah menyatakan bahawa pensejarahan islam pada awalnya diperkenalkan kepada masyarakat melayu melalui kisah-kisah yang terdapat dalam kitab Al-Quran yang boleh menjadi pedoman dan pengajaran kepada orang melayu yang ketika itu masih mentah dan baru memeluk agama islam. Untuk menguatkan lagi pensejarahan islam dalam kalangan orang melayu, karya pensejarahan islam yang lain telah dibawa dan diceritakan kepada masyarakat melayu contohnya kisah kepahlawanan sahabat Rasulullah S.A.W dan lain-lain.
                Melalui bahagian perkembangan islam di rantau alam melayu pula, artikel ini mengulas mengenai sejarah kedatangan islam di alam melayu melalui beberapa teori yang telah dikemukakan oleh sejarawan dan orientalis. Antara teori tersebut ialah kedatangan islam yang telah disebarkan oleh pedagang arab. Perkara ini telah dikaji oleh Hamka melalui pendapat yang dikemukakan oleh T.W Arnold dan sumber catatan daripada China. Hal ini juga disepakati oleh syed Naquib al-Attas berdasarkan pengaruh kesusasteraan daripada arab dan parsi. Melalui bukti batu nisan pula, ada pendapat yang menyatakan islam telah disebarkan oleh pedagang daripada gujerat, Malabar dan koromandel. Hal ini berikutan bentuk batu nisan yang ditemui tersebut menyerupai batu nisan di kawasan Gujarat, Malabar dan koromandel. Teori ini telah disokong oleh beberapa sejarawan dan orientalis daripada barat seperti Pijnappel, Snouck Hurgrenje, Moquette, Morrison, Winstedt, Schrieke dan sebagainya.
Selain itu, artikel ini telah mengulas beberapa peringkat dakwah dan islamisasi yang telah dilakukan oleh pedangang dan juga golongan ulama contohnya mengajar agama di istana, mempelajari bahasa tempatan dan juga berkahwin dengan penduduk tempatan. Selain itu karisma dan perwatakan pedagang dan ulama yang beragama islam juga menarik minat raja-raja untuk mendapatkan nasihat bahkan mereka juga telah dilantik sebagai ulama dan juga penasihat kepada raja.

Sumber : Arba’iyah Mohd Noor,  Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu.
Diulas oleh : akhi azam, 13.11.2013

mungkin kerana kita leka...



sekali pena terlepas dari genggaman,
ucapan 'oppss' mendahului YA ALLAH,
bila perut kenyang,
'haa...kenyangnya' mengatasi ALHAMDULILLAH,
bila terpegun dengan keindahan alam,
SUBHANALLAH ditutup oleh 'cantiknya',
bila dikunjungi berita malang,
'kasihannya' terucap kerana
kita lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN,

kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa...

tp ingatlah agar
bila Izrail mendekati kita,
biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH
menjadi juara mengatasi segala kata2..

Tuesday, September 17, 2013

Ku Kembara Sendirian


kembara...
kadang-kadang mengembara sendirian mendatangkan kepuasan kepada diri.
Mungkin pada orang, mereka memandang aku sebagai introvert...ada juga yang mengatakan aku "forever alone"...ahh...!!! pedulikan kata-kata itu.
ya... memang aku kadang-kadang suka bersendirian...
kerana pada waktu itu aku juga berfikir, aku juga merenung..dalam sunyi malam sehinggakan kepada bunyi bising deruan ombak dan hiruk pikuk lebuhraya.
sendirian aku tidak bermakna aku "kera sumbang" ...ada tempat yang aku berteman, ada tempat aku bergurau bersama rakan.
tetapi kadang aku perlu kepada kepuasan bersendirian...

aku mengimpikan kembara yang penuh cerita semasa bermotosikal sambil menuju ke denstinasi idaman..
bersendirian....
suka... mungkin juga duka... yang dapat aku coretkan dalam diari hati dan jentikan keyboard di blog ini. Mungkin juga dapat aku konsikan bersama keluarga dan teman-teman pengalaman mengembara..
bersendirian...

Monday, August 5, 2013

Chua Boon Huat dalam kenangan.


Pada hujung minggu lepas peminat hoki Malaysia dikejutkan dengan kehilangan bintang hoki yang terkenal dengan sikap rendah diri dan tidak sombong iaitu Chua Boon Huat. Aku mengenal Chua Boon Huat semasa tahun 1998. Ketika itu aku berada di darjah tiga dan pada masa itu Sukan Komanwel sedang berlangsung. Chua pada masa itu masih muda dan hebat berganding bersama Minarwan, Chairil Anwar, Azlan Bakar dan lain-lain. Pada tahun berikutnya, aku bertekad untuk menyertai pasukan hoki sekolah dan akhirnya dapat mewakili sekolah ketika itu. Ketika latihan bersama teman-teman di padang Chua sering menjadi sebutan rakan-rakan apabila menunjukkan skill permainan masing-masing. Perkembangan Chua Boon Huat aku ikuti sehingga ke Universiti , bahkan pernah bertemu beliau ketika bermain di Terbuka UPSI dan juga persahabatan bersama kelab Hoki. Ya.. beliau tidak sombong, bahkan peramah walaupun orang itu baru beliau kenal...

Tuesday, June 25, 2013

Master atau tidak???

Alhamdulillah… secara tidak rasmi aku telah menamatkan pengajian Sarjana Muda di UPSI. Hanya transkrip dan keputusan peperiksaan sahaja yang belum aku terima. Saat sahabat-sahabat lain bergembira kerana tamat pengajian, akan tetapi aku masih dalam dilema. Tak seceria mereka, tak juga bersedih. Aku merasakan tanggungjawab masih belum berakhir di sini. Adik-adik usrah masih lagi mencari keyakinan diri, diri ini pula masih lagi dahagakan ilmu dan pengalaman. Aku masih teringat saat aku menjejak ke UPSI. Master dan PHD menjadi idaman aku , walaupun hanya angan-angan ketika itu tetapi lama kelamaan menjadi azam dalam diri.
Perkara ini menjadi dilema kembali apabila aku ditawarkan biasiswa KPM. Perasaan ingin menerima atau menolak biasiswa itu kerana Master benar-benar menghambat diri ini. Alhamdulillah, sekali lagi ALLAH memberi keyakinan kepada diri ini untuk menerima tawaran tersebut.

Apabila tamat belajar, masalah ini terus menghambat diri ini. Perasaan sentiasa berbolak balik untuk membuat keputusan. Ya ALLAH , bantu hambamu ini untuk membuat keputusan...

Berakhirnya Mukhayyam Perdana UPSI

Alhamdulillah..tanggal 18-21 haribulan Jun 2013, Pembina UPSI telah berjaya mengadakan Mukhayyam Perdana di Kem Desa Selesa, Sungai Samak , Tanjung Malim, Perak. Antara objektif Mukhayyam ini adaalh untuk memberi pendedahan kepada perserta mengenai pentingnya tarbiyah dalam diri. Selain itu ianya juga bertujuan untuk meneruskan kelangsungan tarbiyah para peserta terutamanya semasa cuti dan juga apabila mereka menaiki ke semester seterusnya.
Untuk ikhwah kami terdiri daripada 8 orang perserta iaitu aku, Izwan, Asyraf Madinah, Opi Toronto, Naim, Halimi dan Ariff manakala akhawat pula terdiri dalam lingkungan 40 orang peserta. Pada permulaaan agak janggal bagi kami untuk memulakan aktiviti kerana jumlah ikhwah yang agak sedikit. Akan tetapi , Alhamdulillah segala aktiviti berjalan lancar walaupun ada aktiviti yang kami lakukan memang tidak dirancang dari awal. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah membina rakit buluh, bermain permainan batu, helang dan air (tak tahu nama sebenar), galah panjang dalam air dan puisi Islam.
Selain itu, program ini juga dilengkapkan dengan slot ceramah daripada tetamu jemputan contohnya mengenai kerjaya, kelangsungan tarbiyah dan Baitul Muslim. Akan tetapi, slot yang menjadi masalah kepada aku ialah slot Baitul Muslim. Hal ini kerana ada sedikin tamparan kepada diri ini supaya berbaitul muslim. Aku dengan prinsip aku, bina kerjaya dan masa depan barulah akan mendirikan baitul muslim. Setiap orang ada prinsip dan pendirian mereka sendiri. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit dugaan dan cabaran dalam menjaga hati sebelum ini. Tetapi Alhamdulillah, aku dapat mengelakkan diri dari bercouple sepanjang aku hidup. Walaupun kadang-kadang diri ini diuji oleh sindiran kawan-kawan dan dugaan sepanjang berdepan dengan rakan-rakan dari kaum “hawa”. Alhamdulillah, Allah masih memelihara hati ini sehingga jari-jari ini menaip kisah ini.
Sepanjang program juga aku sempat menyampaikan kuliah magrib yang bertajuk orientalisme dan juga kisah Nuqman Al Muqarrin. Sebelum ini aku hanya bertazkirah di hadapan ikhwah tetapi apabila berdepan dengan akhawat hati ini sedikit berdebar dan gementar.

Tanggal 21 Jun 2013, maka berakhirlah program ini,  Hari itu juga ALLAH memberi kami rezeki untuk merasa ikan Sebarau yang menyerah diri kepada kami. Apa lagi… Sebarau bakar menjadi santapan tengahari tersebut bersama ayam BBQ. 

Thursday, June 13, 2013

Perkembangan Ideologi Marxism dalam masyarakat di Asia Tenggara

Perkembangan Ideologi Marxism dalam masyarakat di Asia Tenggara bermula dengan penubuhan Comintern atau gerakan komunis antarabangsa. Gerakan Comintern ini telah bermesyuarat buat kali pertama di Soviet Union pada Mac 1919. Organisasi ini ditubuhkan adalah untuk mengawal semua gerakan revolusi, masyarakat tertekan, dan negara yang tertekan serta bergelut dengan penjajahan kapitalisme. Geopolitik di yang berlaku terutamanya perkembangan komunis di dunia juga turut dikongsi di Asia Tenggara. Maka tidak hairanlah, lahir beberapa penulis yang berideologi komunis di rantau ini antaranya ialah Nguyen Ai Quoc/Ho Chinh Minh di Vietnam dan juga Tan Malaka dari Indonesia.
            Pengkajian mengenai tulisan Ho Chinh Minh dari awal sehingga kepada pertengahan 1920 menjelaskan bahawa beliau membezakan pergerakan kelas pekerja dengan gerakan asia. Beliau juga mempesoalkan mengenai dilemma kelas bangsa dan hal-hal ini telah menyebabkan kepada penubuhan Indochina Communist Party. Perkembangan ideologi komonis di Indonesia pula bermula apabila program tahap ketiga Stalin menjadi panduan kepada pelan tindakan Tan Malaka di Indonesia. Beliau menerbitkan pelan tindakan yang bertajuk “ Naar de Republiek Indonesia” atau Menuju Ke Republik Indonesia. Tan Malaka (1897-1949) merupakan intelektual komunis di Indonesia juga antara individu yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan Partai Komunis Indonesia. Selain itu, ideologi komunis di Malaya pula bermula sekitar tahun 1925. Imigran Cina telah membawa buku-buku dan risalah-risalah mengenai ajaran komunis dan disebarkan di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Hasil dari kegiatan mereka, guru-guru dan murid-murid sekolah Cina telah menubuhkan Liga Belia Komunis di Singapura pada tahun 1926. Sehingga 1927, komunis di Tanah Melayu bergerak di sebalik Parti Kuomintang (KMT) kerana wujudnya kerjasama antara Parti Komunis China (PKC) dan KMT di China.
            Melalui fakta tersebut, dapat dinilai bahawa perkembangan ideologi komunis bermula apabila tertubuhnya Comintern atau komunis antarabangsa. Setelah itu tokoh-tokoh pemikir di asia tenggara kemudiannya mengimplikasi tafsiran komunis cara Lenin mengikut corak yang bersesuaian dengan keadaan kapitalisme yang membelenggu Asia Tenggara. Setelah berkembang ideologi ini maka tokoh yang beraliran komunis berserta pendokong mereka ingin mendirikan negara mereka sendiri dengan penubuhan parti politik beraliran komunis dan melakukan beberapa revolusi seperti di Vietnam, Indonesia dan Malaysia.
            Kemuncak kepada perkembangan ideologi sehingga kepada penubuhan parti komunis, maka pada tahun 1926-1927 bermula revolusi komunis di Indonesia (PKI) manakala di Indochina (ICP) telah memulakan revolusi pada tahun 1930-1931.


Menikmati kesejukan bilik karel di minggu-minggu terakhir.


Alhamdulillah...di musim peperiksaan ini perpustakaan UPSI memberikan perkhidmatan bilik karel percuma kepada pelajar. tetapi malang sekali, kulihat tiada pelajar yang mengambil kesempatan terhadap perkhidmatatan percuma ini. Mungkin atas sebab kurang informasi atau mereka tidak gemar duduk terkurung di bilik sempit ini.
Bagiku terkurung di bilik ini lebih seronok berbanding berbincang beramai-ramai sehingga lari dari topik perbincangan.
sekadar pandangan diriku yang introvert..
hehehe

Sunday, June 9, 2013

Merindui Suasana Hujan di Tanjung Malim.

Hujan..
Payung..
dan Mahasiswa..

Tanjung Malim merupakan kawasan yang mempunyai taburan hujan yang agak tinggi di Malaysia aku kira. Hampir setiap hari, tidak kira pagi petang atau malam akan ada hujan yang turun di kawasan ini.
Oleh itu mahasiswa yang ingin pergi ke kelas perlu membawa payung. Hal ini merupakan perkara biasa di UPSI.

Hari-hari terakhir di UPSI, apabia aku duduk di tepi tingkap sambil termenung.
Aku pasti teringat saat aku ditimpa hujan apabila pergi ke kelas. Basah kuyup di atas motor. Basah kuyup memasuki kelas sambil menggigil dan membuat muka kasihan di depan pensyarah. Hehe.
Pernah juga berkongsi payung dengan orang yang bermurah hati menumpangkan payungnya.

sungguh nostalgik waktu itu.

Friday, May 31, 2013

Menghadapi Ambang Graduasi.

Ambang graduasi merupakan saat-saat gembira untuk sesetengah Mahasiswa. ambang graduasi juga tersirat pelbagai perasaan di dalam hati Mahasiswa. Hal ini juga dialami oleh aku sendiri. Pengalaman selama empat tahun di bumi pendidik ini merupakan pengalaman yang begitu berharga. Walaupun ada pahit manisnya akan tetapi apabila berada di ambang graduasi semua memori-memori tersebut merupakan kenangan manis yang ingin aku simpan sebagai cerita-cerita indah kepada generasi akan datang.

aku bukanlah seorang  "star" ataupun " watak utama" sepanjang "scene" empat tahun bergelar mahasiswa sejarah di bumi pendidik ini. Akan tetapi aku suka menjadi pemerhati kepada "scene" indah sepanjang empat tahun ini.

Aku seorang pencinta sejarah yang tegar. Semasa belajar di sekolah , subjek ini merupakan kepakaran aku di sekolah selain subjek yang berkaitan dengan hafalan lain seperti pengajian Islam dan lain-lain. Walaubagaimanapun aku lemah dalam beberapa subjek seperti matematik dan fizik yang semuanya berkaitan dengan kiraan.

Setelah mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam STPM aku tekad ingin meneruskan pengajian dalam bidang sejarah. Permohonan pertama aku adalah di UPSI dan kedua adalah di UIA. alhamdulillah, UPSI menjemput aku datang sebagai pelajarnya dan di situ bermulalah perjalanan aku sepanjang bergelar Mahasiswa.

Di sini aku berpeluang mengenali pensyarah yang hebat dari segi ilmunya selain teman-teman yang sering bantu-membantu jika ada kesulitan yang aku hadapi. Teman seperti Osman, seorang anak Kelantan yang sentiasa istiqomah dalam ibadahnya sepanjang aku tinggal sebilik dengan beliau. Nuqman, anak muda dari Penanti, seorang yang agak "clumsy" tetapi mempunyai minat membaca yang tinggi dan beliau juga digelar "prof" dalam kalangan teman-teman. Selain itu aku juga mengenal Affendi, anak muda dari Gerik yang terkenal dengan sifat rajin. Segala tugasan yang diberi oleh pensyarah diselesaikan dengan cepat, maka tidak hairanlah rakan-rakan menggelar beliau "master fendi". Aku juga mengenali Haris, anak muda dari Bakri, Johor. beliau terkenal dengan watak kepimpinan yang tinggi, sering mengetuai Persatuan dan Majlis yang berkaitan dengan pelajar. Beliau juga seorang yang mengambil berat terhadap masalah rakan-rakan yang lain selain tegas dalam setiap tindakan. Aku juga mengenali Hafiz Khambali, anak muda dari Johor yang sentiasa ceria. Aku juga mengenali Nik Izzani, anak muda Kelantan yang gigih berkerja untuk mencari pendapatan tambahan di UPSI dan beliau terkenal dengan gelaran "abe nik nasi kerabu". Aku juga mengenali Afifi dan Hafizi, dua orang pesilat cekak yang aktif di UPSI. Selain kelantangan dalam memberi pendapat di kelas. Banyak kenalan lagi sepanjang aku berada di UPSI yang rasanya tidak cukup aku tulis dalam ruangan ini. Sekadar memori yang indah tersemat dalam minda sebagai kenang-kenangan aku di sini.

Aku hanyalah aku...
Seorang pendiam yang suka memerhati.
Mahasiswa biasa di UPSI .
Alhamdulillah aku dikurniakan teman seperti mereka sebagai penguat dalam menghadapi perjalanan sehingga ke ambang graduasi.
kenangan indah ini sentiasa bersemi.
Moga ada pertemuan di masa hadapan nanti.
Dengan kejayaan yang dikecapi.

Thursday, March 28, 2013

Sunday, March 17, 2013

sehari kafilah dakwah..


catatan KD hari ini..

KD dari bumi Tanjung Malim mula begerak menyelusuri lebuhraya menghala ke medan perjuangan lebih kurang pukul 7.45 a.m. Sesudah sampai di Markas, KD mengalas perut dahulu dengan roti canai, nasi lemak serta secawan kopi buat bekalan ke medan.

Setelah semua KD sampai , kami memulakan mesyuarat untuk gerak kerja yang seterusnya. Pada pukul 11.00 KD memulakan misinya ke medan untuk membuka minda masyarakat yang sebilangannya masih tersepit dengan blok kepartian mereka. Dengan mentari yang terik terpacak di kepala, KD memulakan langkah dengan gagah, bertebaran menyebar fikrah. KD ikhwah memulakan langkah di lorong 1D1 manakala beberapa akhwat juga turut serta bergerak dari rumah ke rumah.
Assalamualaikum...akh nazre memberi salam dengan senyuman dan hikmah..
waalaikumusalam..seorang lelaki lingkungan 50an menyahut dari rimbunan pokok bunga di rumahnya.

Melihat aku memakai baju ISMA Kuala Lumpur..si lelaki tersebut terus bertanya.

ini dari ISMA ke??

sahutku...ya..encik..boleh kami............tak sempat meneruskan bicara.

owh..ISMA ye...x payah..xpayah...x nak..xnak...!!!

dengan berat hati aku dan akh nazre melangkah pergi ke rumah yang sudi...
alhamdulillah...

rupa-rupanya masih ramai lagi yang sudi mendengar fikrah dan agenda ini.
Hampir keseluruhan rumah yang disingahi menerima baik matlamat ISMA meletakkan calon muslim. Walaupun mereka berbeza dari segi parti , tetapi mereka masih inginkan calon muslim yang berwibawa di kawasan mereka.

Walaupun langkah pertama kami berdepan berdepan dengan detik yang meluluhkan hati dan di pertengahan jalan pula berdepan dengan terkaman anjing ganas yang hampir merobek daging di kaki.

(aku tidak menyalahkan anjing tersebut, dia hanya bimbangkan keselamatan anaknya yang ada di celah longkang, tetapi aku marah dan mencela kepada manusia yang membuang anaknya di longkang)

Mehnah dan ujian itu hanyalah dugaan di sebalik puluhan senyuman dan penerimaan yang baik di muka pintu yang kami terima dan itu membuat kami tersenyum semasa pulang ke Tanjung Malim. Semoga ikhwah dan akhwat tabah dalam menjalani perjuangan ini...takbir!!!

Sunday, March 10, 2013

Sejarah tidak berulang tetapi bentuk sejarah itu yang berulang


ikhwah dan akhawat..

Sejarah manusia adalah khazanah yg menyimpan pengalaman manusia yg berjaya dan yg gagal. Oleh itu sesiapa yg merancang untuk melakukan perubahan dalam sistem masyarakat perlu mengetahui sejarah manusia supaya mereka tidak menempuh jalan mati.

Ustaz hasan al banna mmberikan perhatian yg serius untuk mengkaji secara mendalam mengenai aspek sejarah.

beliau berkata:-
"jika anda mengkaji sejarah kebangkitan sesebuah bangsa baik di timur atau barat, pada zaman silam atau zaman moden, pasti anda akan dapati setiap mereka yg menjadi pndokong sebuah kebangkitan yg berjaya pasti mempunyai pendekatan tertentu yg mereka laksanakan.."
(adakah kita golongan yg bekerja)

merujuk kepada sejarah turki uthmaniyyah...sebuah empayar yang besar, terbentuk kesan daripada tarbiyah dan manhaj mereka yg tersusun..

berikut merupakan gambar peperangan gallipoli yg dimenangi oleh turki uthmaniyyah. Peperangan hebat yg berlaku sebelum kejatuhan empayar tersebut. Ironinya jeneral yg memenangi perang ini ialah mustafa kamal attaturk. individu yg akhirnya menjadi "cultprit" kepada kejatuhan empayar yg megah itu.

Begitulah agenda barat...mereka melanggar turki dengan segerombolan gajah tetapi tidak tumbang, mereka belajar dari kesilapan itu..akhirnya mereka menghantar kuman untuk menumbangkan turki..

memasukkkan ideologi2 yg akhirnya melemahkan "sang singa". Akhirnya "sang singa" lena tidur di atas empuknya tilam "sekularisme". Menyebabkan segala otot2nya lesu akibat tidur yang begitu lena.

Sekarang barat dtg lagi...bukan dgn segerombolan gajah..tetapi segerombolan kuman ideologi..menyerap masuk ke dalam minda anak muda..liberalisme, hedonisme, pluralisme yg berperisaikan hak asasi manusia..

-waktudanhakikat-

Friday, February 22, 2013

Orientalisme dalam peristiwa Acheh melawan Belanda.


Sejak pertengahan julai sampai pertengahan februari 1892 atas permintaan pemerintah Hindia Belanda. Snouck Hurgronje telah melakukan penyelidikan  untuk mengenal masyarakat Acheh, khususnya untuk memperoleh gambaran yang tepat tentang kehidupan islam serta pengaruhnya kepada politik dan hubungan kemasyarakatan di Acheh. Dia berpendapat bahawa ulama memainkan peranan penting dalam menggerakkan rakyat berperang sabil melawan Belanda. Tidak boleh ada keraguan dalam menghadapi pihak Acheh yang tidak mahu bertekuk lutut untuk itu hanya ada satu kebijaksanaan, iaitu menguasai mereka dengan kekuatan senjata dan hubungan dengan mereka tidak boleh diadakan sebelu mereka menyerah.
(E. Gobee dan V Adriaanse (eds.) Ambtelike Adviezen Van C. Snouck Hurgronje 1957, jilid I, hlm 95-96.)
Berdasarkan tulisan ini ternyata bahawa orientalisme barat seperti Hurgronje yang berdarah yahudi  berusaha untuk mencari kelemahan-kelemahan umat islam. Selain itu pendapat Hurgronje berdasarkan kajiannya tersebut membuktikan bahawa masyarakat Acheh mempunyai hubungan rapat dengan ulama-ulama yang membuatkan mereka lebih bersemangat untuk berjihad melawan Belanda. Hal ini demikian sangat berbeza dengan masyarakat pada masa kini yang semakin meminggirkan ulama-ulama. Selain itu ulama pada masa kini juga semakin bisu disebabkan kepentingan dunia lebih menarik minat mereka berbanding kepentingan ummah.
Oleh itu , untuk mengembalikan kekuatan umat islam, masyarakat, pemerintah, alim ulama haruslah mengutamakan kepentingan islam berbanding dengan kepentingan-kepentingan yang melibatkan diri sendiri sahaja.