Thursday, December 25, 2014

kejarlah dunia semahumu, tapi ingat akhirat destinasi tetapmu


Untuk meneruskan kelangsungan hidup, seseorang hamba itu perlu mencari pekerjaan. Setiap pekerjaan ada dugaannya tersendiri dan hanya jiwa hamba sahaja akan merasa nikmat pekerjaan itu.
Mengapa jiwa hamba?
Aku, kau dan kamu semua ada jiwa!!
Tapi untuk mencari jiwa hamba bagaikan mencari permata hijau yang perlu digali sedalam- dalamnya di perut bumi. 
Hanya yang bertaqwa akan memiliki.

Pekerja yang memiliki jiwa hamba tak akan berkeluh kesah dengan tugas yang ditanggungi.

Manakala pekerja yang memiliki jiwa dunia akan merengus kencang walau tugas itu ringan sekali.

Amarah pekerja sering menghantui. Laksana sang naga ingin menerkam bebiri.

Manakala si jiwa hamba tugasnya sentiasa saling kasih mengasihi. Umpama oasis yang melegakan pengembara di gurun kalahari.

Suara si gila dunia kadang bak halilintar menembak bumi.
Berdentum dentang menakutkan penghuni bumi.

Sang jiwa hamba suaranya bak angin semilir. 
Sepoi sepoi bahasa. Walau tak nampak dipandang tapi bunyi dan dinginnya dirindui.

monolog ini hanya kerna ingin menasihati diri. Kerna ku tahu diri bukan suci murni. Kadang sukar menelah jiwa ini. Adakah jiwa hamba yang dicari atau jiwa dunia yang dikeji.

Azam/Bagan Datoh/Pagi Jumaat.



Monday, December 22, 2014

lepaskan kebimbangan

Let go of your worries 
and be completely clear-hearted, 
like the face of a mirror 
that contains no images. 
If you want a clear mirror, 
behold yourself 
and see the shameless truth, 
which the mirror reflects. 
If metal can be polished 
to a mirror-like finish, 
what polishing might the mirror 
of the heart require? 
Between the mirror and the heart 
is this single difference: 
the heart conceals secrets, 
while the mirror does not.
-RUMI-

Wednesday, December 17, 2014

Apabila orang bertanya soal jodoh...garu kepala dan senyuman sahaja yang mampu aku bagi..

Musim cuti merupakan musim yang menggembirakan bagi pelajar dan juga guru-guru. Musim cuti juga merupakan waktu yang ideal untuk menganjurkan majlis perkahwinan. Dalam musim cuti ini juga aku sering memenuhkan perut dengan hidangan nasi minyak setiap minggu di rumah teman-teman sebaya yang bernikah. Ah...enaknya nasi minyak yang dihidangkan panas bersama kari daging, rendang ayam dan paling menarik sekali ialah berjumpa teman-teman lama yang sudah bertahun tidak bertemu. Aku perhatikan teman-teman dahulu ada yang mendukung anak, ada yang beriringan dengan isteri/suami...haha...aku juga yang masih selesa dengan status bujang, menaiki motor kapcai, berseluar sukan dan memakai t-shirt di majlis itu.

Pulang sahaja ke rumah, mak sudah siap soalan cepu emas kepada aku...
asyik pergi kenduri ke rumah kawan je....!!!
diri tu bila nak bernikahnya..!!
Ada kawan mak ni cikgu....anak dia baru balik belajar kat Arab..setuju ke tak???

Aku terbeliak sambil menggaru-garu kepada yang tidak gatal. Apa nak kujawab?? setuju atau tak??
Muka tak hensem....motor kapcai...selekeh pulak...duit pun tak berapa nak ada.

Jalan selamat bagi menjawab soalan tersebut...

Saya tak sedia lagi mak... baru je kerja 4 bulan..suruh la dia cari orang lain.

Mak menjawab....
Mak bukan apa...mak berkenan dengan budak tu...tudung labuh...baik...dan macam-macam pujian lagi.

Aku pun tak tahu nak buat apa...tangan masih lagi menggaru kepala yang tak gatal. Mulut tersengih-sengih dan kening bergerak-gerak.

Arhh.... Ustaz-ustaz di Ipoh juga menanyakan perkara ini....

apapun masa yang sesuai masih belum tiba lagi.
dan aku suka kata-kata ini..


Cuti: Menjadi pengiring adik-adik

Tepat jam 6.30 aku mencari privasi, tatkala peserta KRIM sedang beriadah sambil dipantau oleh fasilitator aku terus ke pantai melihat matahari terbit sambil berteman laptop usang yang dibeli empat tahun dahulu. Sambil melihat matahari bergerak perlahan dan cahaya petang berbalam-balam  mula pudar warnanya, idea-idea untuk menulis semakin lama semakin meruap-ruap.


Sepanjang mengiringi anak-anak KRIM yang merupakan pewaris perjuangan dakwah ini, aku mula terfikir anak-anak di luar sana. Sebenarnya semakin lama kita membina anak-anak ini, semakin kuat cabaran yang mendatang kepada anak-anak ini. Mungkin usia belasan tahun seperti mereka ada sikap keanak-anakan dan gila-gila remaja. Tetapi dengan situasi umat zaman sekarang, sifat kematangan perlu ada pada remaja.

 Jika diimbas kembali zaman para sahabat dahulu ada antara sahabat sudah memikul beban ummah dan dakwah ketika belasan tahun lagi. Remaja-remaja palestin contohnya, mereka sedar bahawa tanggungjawab mereka kini dan kelak adalah membebaskan negara mereka dari penjajahan. Sifat kematangan dan kebertanggungjawaban ini perlu dididik sejak dari kecil lagi dan ibu bapa perlu mendedahkan tanggungjawab ini sejak mereka kecil. Apakah yang dimaksudkan dengan matang??.. Matang pada remaja diertikan remaja itu sedar akan keberadaannya di bumi ini, sedar akan tanggungjawabnya sebagai hamba, sebagai anak, sebagai pelajar. Moga anak-anak yang aku iring ini mampu menjadi pemimpin masa depan insya-Allah.



Monday, December 8, 2014

Aktivis menjerit di pentas tapi culas di kuliah

Saat aku menaip ini, kampus-kampus di setiap universiti sedang hangat dengan PRK masing-masing. Calon-calon pula sibuk berkempen dan berpidato bagi meyakinkan pengundi bahawa merekalah calon terbaik bagi mengisi posisi MPP di Universiti mereka. Aku bukanlah pengikut tegar calon-calon ini waktu di Universiti dahulu. Aku cuma pemerhati dan pengundi sahaja. Apapun aku ada skrip yang baik mengenai kisah ini. Skrip ini khabarnya akan diterbitkan oleh Francis Ford Coppola dalam filem komedi seram beliau. Dijangka bakal menjadi sebuah filem “kotak pejabat”. Berikut merupakan beberapa dialog yang ada dalam skrip ini:

Alfredo: Woi..!! Gomez... dengar cerita si Ramos tu nak bertanding MPP. Betul ke?

Gomez: Ya…dia bertanding bagi grup ###### tu.

Alfredo: Wahh…bagus tu.

Gomez: Hurm….baguslah tu…(nada sinis)

Alfredo: Apa hal ko ni Gomez!!...macam tak suka je kawan kita masuk bertanding.

Gomez: Aku bukan tak suka…tapi aku risau sebab apa yang kita janji akan dipertanggungjawabkan dan sebagai pemimpin perlu tunjuk teladan yang baik.

Alfredo: aikkk…semacam ja kau ni?? Ada yang tak kena ka pada Ramos tu??

Gomez: Bukan apa, masa Rapat Umum semalam dia tabur manifesto yang bermacam-macam-macam. Tapi aku kenal dia tu sapa. Sekelas la katakan. Kelas kadang-kadang ponteng. Assigment last minit baru hantar. Ada sekali tu Lecturer suruh hantar Assignment, aku punya la cari merata tempat si Ramos ni suruh dia hantar tapi tak jumpa. Tup…tup…malam tu keluar video dia tengah promosi manifesto. Agak-agak la, kalau nak jadi pemimpin kena bagi teladan yang baik dulu.

Alfredo: Hurm…kalau betul macam tu..baik tak payah undi la bro…


Begitulah sedikit sebanyak skrip movie ini. Francis Ford Coppola sedang mencari pelakon bagi cerita ini. Kriteria pelakon mestilah ada elemen komedi seram. Apapun pengajaran daripada skrip ini adalah seperti kata Ray Kroc "the quality of the leader is reflected in the standard they set for themselves".


Tuesday, December 2, 2014

Disember.. masa untuk mencari waktu yang hilang.

November berlalu pergi dan diganti dengan bulan Disember. Rutin harian kembali lapang dan masa ini aku gunakan untuk balik ke kampung halaman. Sekembalinya aku ke kampung, aku dapati rumah sedang diubahsuai, mak nak pasang mozek di ruang tamu. Tiga rak besar buku aku sudah dipindahkan, ratusan buku dari zaman sekolah tersusun di tengah-tengah ruang tamu. Rupanya seperti kedai buku terpakai yang terdapat di kompleks Komtar Pulau Pinang. Aku belek dan perhatikan buku-buku tersebut, rupa-rupanya masih ada yang belum aku hadamkan. Begitulah sifat yang tak baik ada dalam diri ini, membeli tapi tak dibaca. Tiga hari lepas aku membeli buku Dracula vs Al Fateh di MPM Kinta City Ipoh, baru sampai setengah buku aku larat membacanya. Moga ia tak menjadi sebahagian dari buku yang hanya menjadi perhiasan di rak. Penulisan yang agak ilmiah juga agak jarang untuk aku muatkan di blog. Mungkin kerana kesibukan kerja, pembacaan pun agak kurang.

Kembalinya aku ke kampung juga mengingatkan aku kepada joran yang tersimpan di setor serta lubuk ikan yang ada di sekitar kampung. Petang esoknya terus aku membeli udang untuk memancing di muara. Sebenarnya hati bukannya berkehendakkan ikan, tetapi hati ini ingin berseorangan sambil melihat pemandangan muara sahaja. Kalau di Jeti yang kadangkala ramai orang aku jadi quiet observer dan kalau di kunci air muara pula selalunya aku berseorangan dan memerhatikan suasana petang, riak ikan mudskipper di air, bunyi bot nelayan pulang petang kadangkala menenangkan jiwa ini. Waktu-waktu begini sudah lama aku tinggalkan sejak ke bumi pendidik dan bandar lombong.


Kadang-kadan di jeti juga tempat bertemu dengan kawan baru. Selalunya pakcik-pakcik yang bawa anak jalan-jalan ke jeti pada waktu petang.

dialog semalam:
pakcik: dapat ikan ke dik.
aku: belum ada rezeki lagi pakcik.
pakcik: asal sini ke? kerja kat mana?
aku: asal sini, kerja kat Ipoh.
Pakcik: kerja apa?
Aku: Cikgu.
Pakcik: Tak macam cikgu pun.
Aku: senyum..dalam hati berkata ( buat apa nak pakai smart, memancing aje pun. Dah jadi kebiasaan ke mana-mana aku pakai t-shirt, seluar sukan dan selipar. Hatta ke KL dan Shopping Mall pun. Harap future wife memahami.)

itu yang best memancing di jeti.
bak kata falsafah inggeris...go someplace where no one knows your name.
Sambil-sambil menjadi quiet observer. Mata ini melirik pakcik sebelah yang dah dapat tiga ekor semilang. Bila lagi aku nak dapat ni?
Permudahkan rezekiku yang ALLAH. amin...


Wednesday, November 26, 2014

kenapa waktu dan hakikat..??


Tepat jam 1.05 pagi, berbekal teh o panas dan roti tostem yang dibakar bersama jem blackberry, aku berusaha memuat data-data SEGAK dan PJASK murid ke dalam sistem. Tatkala mata sudah mencapai tahap rehatnya, aku masih memaksa ia untuk berkerja pada tahap maksimum. Saat ini aku terkilan dengan nada sinis yang mengatakan karier ini paling mudah dan senang berbanding karier lain. Ah...biarkan mereka berkata-kata...

Mata semakin berat, aku mencapai pena dan kertas, lukisan demi lukisan....mood berkerja semakin segar. alhamdulillah....moga aku dapat mengisi data lima hingga enam orang lain. Kala termenung di malam ini, aku teringat ketika mula-mula menulis blog. Aku bukan seorang yang mengikut trend..bukan juga ingin mencari publisiti, tapi hanya untuk menulis untuk diri sendiri. Kalau ada yang lain membaca...kadang-kadang aku malu juga.

Mengapa waktu dan hakikat??

Waktu..
Waktu  atau masa tidak pernah berundur ke belakang.
Waktu juga sering meninggalkan manusia yang leka.
Waktu juga kasih kepada manusia yang menghargainya.
Waktu juga seiring dengan hakikat manusia diciptakan di dunia.
Hakikat yang tidak boleh dilupakan oleh setiap hamba kepada tuhannya.
Tugas hamba kepada penciptanya.
Terkadang manusia alpa.
Lupa dengan hakikat dan makna dirinya.
Leka dengan nikmat dunia.
Sedangkan Hakikatnya...itu hanya sementara.
Hakikat yang sebenar adalah di akhirat sana.

monolog-monolog ini....masih kuingati dari mula aku menulis huruf pertama di blog ini.
moga tinta dakwat eletronik ini mampu memahamkan diri akan waktu dan hakikat dunia ini.

-azam/apartment cherry/ipoh-

Sunday, November 16, 2014

Kembara...tapi bukan sendirian..

Hari ini mencuri masa sedikit untuk menulis walaupun aktiviti hari ini agak padat dengan usrah umum, lawatan ke tapak projek rumah rehat sambil mencari lubuk sebarau, jumpa adik usrah di sekolah, tengok final hoki liga KPM...fuhh...padat betul...
Sambil baring-baring sebelum tidoq, sempatlah juga aku menaip beberapa perenggan kisah-kisah kehidupan yang mungkin menjadi retro, evergreen buat aku bila zaman beruban nanti ataupun menjadi kenang-kenangan buat anak cucu di zaman cyber di mana atok tak perlu nak cerita lebih kisah hidup. Depa buka je blog atok nanti..
Mata dah berkelip-kelip disebabkan keletihan hari ni. Ibarat batu ladung pancing diikat pada mata. Sebelum melafazkan surah al mulk sebelum tido, hati ini terasa ingin menulis. 

Kembara..
Ya...aku suka kembara bersendirian...
Tapi, bidang tugas aku dalam pekerjaan, aku terpaksa kembara secara beramai-ramai..
Apakan daya..kehendak hati tak selalunya seiring dengan tugas kita.

Baru-baru ini..aku berkesempatan untuk melawat ke sebuat negara yang paling selatan di benua asia. Ya...Singapura. Singapura sudah tidak asing bagi aku. Lembaran catatan sejarah di buku, manuskrip sudah aku belek dan baca sejak dari zaman sekolah lagi. Raffles...Abdullah Munsyi...Sejarah Melayu..Parameswara...itu semua adalah sebahagian daripada kisah sejarah Singapura pada zaman klasik dan pra penjajahan. Berada di bumi itu seolah-olah aku cuba kembali ke zaman Abdullah Munsyi ke sana dalam buku pengembaraannya....ya....aku pernah membacanya...kisah beliau pergi ke kawasan "kongsi", kisah penjualan manusia, kisah Raffles menipu Sultan dan banyak lagi. Bila membaca kisah itu, perasaan aku bercampur baur antara suka dan kecewa.

Ahh...lama aku tidak mendapat mood membaca sejak tinggal di kota lombong ini. Apa tidaknya, masa sangat mencemburui di sini. Hinggakan buku yang aku target untuk dihadam masih tersimpan dalam rak tidak diusik. Fiqh Sirah Al-Buti, Al Fateh vs Drakula, Ibnu Battuta...fuhh..moga cuti ini dapat aku habiskan kesemua itu.

Kembali kepada Temasek (nama lama Singapura). Aku bertugas sebagai guru pengiring kepada anak murid yang agak ramai, dibantu oleh beberapa cikgu perempuan dan juga staff sekolah. Apabila melangkap ke imigresen, aku pun sudah siap-siap untuk menyerahkan passport kelompok. Tiada masalah...cuma lambat sedikit sahaja proses cop mengecop dokumen. Aku juga agak angin kepada budak-budak, sudah diberi peringatan..jangan tangkap gambar di pos imingresen...depa degil juga nak tangkap. Nasib baik la....ada cikgu perempuan ni marahkan budak bagi pihak aku. Aku malas nak menjerit-jerit...bagi kat dia sudah la.

Setelah selesai di pos imigresen, kami pun terus ke Universal Studio. Suasana memang meriah dan setelah diberi taklimat oleh pemandu pelancong, kami pun masuk ke dalam studio yang dikatakan ketiga terbaik di dunia. Aku pun menunggu masa untuk mengasingkan diri dari kelompok yang ramai. Studio Transformers adalah target utama. Fuuhhh...beratur punya la lama yob....baru dapat merasa naik kereta yang dilambung-lambung oleh optimus prime, autobots, dan diselamatkan oleh bumblebee...oklah..best juga pada aku..

Setelah itu...aku pergi pulak ke studio mummy...adeiii...terjumpa pula dengan segerombolan budak bola jaring. Dengan rasa penuh tanggungjawab, aku pun menjaga keselamatan budak-budak tu. Naik roller coaster dengan budak-budak...memang kecoh la. Lepas tu pula naik bot....hampir-hampir disiram air terjun...tapi itu semua troll belaka..cehh...saspen juga masa tu..

Selesai lawatan kami balik ke Johor..letih juga la...tugas tetap tugas...





Wednesday, November 12, 2014

your love is a remedy...

Malam yang sunyi sambil bunyi hujan yang renyai-renyai jatuh berderaian di sisi jendela rumah sewa di Epartment Cherry, wow!!...nama epartment memang bombastik. Tapi itulah hakikatnya, sejak aku bertapak di bandar lombong, Ipoh yang diambil sempena nama pokok ipoh yang digunakan oleh orang asli untuk menyumpit. Haha...benda ni bila aku cerita kat budak kelas mulut mereka terlopong dan minda seolah di alam fana. Baru tahu rupanya...... tapi tak apalah,,, paling tidak pun ada satu ilmu yang mereka dapat.
Berbalik kisah jendela di Eparment Cherry, aku duduk termenung sambil berangan (berfikir tahap dewa) di sebelah jendela. Lagu Switchfoot-your love is a song terngiang-ngiang di telinga. Badan pula demam, mungkin disebabkan hujan yang turun setiap petang. Aku pulak asyik terkena dan sengaja kena hujan.
Dengan badan yang panas sambil hidung pula berair aku teringat zaman aku tinggal di rumah. Kalau aku sakit, demam, mak mesti akan sibuk cari ubat, cari selimut, ambik ais balut atas kepala. Allahuakbar...rindunya kat mak. Aku pulak jenis yang selalu demam, jadi mak memang dah biasa dengan keadaan ni.
Kali ini aku berjauhan dengan mak.. menggigil keseorangan sambil terkenang memori lalu.
Esok cadang nak m.c..
Nak balik kampung tak boleh...

Monday, October 27, 2014

Jika aku ditawarkan satu ringgit untuk setiap senyuman kegembiraan dalam hati ini, pasti aku akan menjadi jutawan.

Senyuman..
Ketawa..

kadang-kadang begitu mahal pada sesetengah orang.
Ada juga yang begitu murah mengukir senyuman di wajah.

Friday, August 29, 2014

Sekolah pertama aku berkhidmat...

Lama tidak aku mencoret rasa hati dan pengalaman di blog ini. Kesibukan menjalankan tugas seharian menyebabkan aku terlupa seketika untuk mengetuk papan kekunci di blog ini. Alhamdulillah...aku sudah dipostingkan...aku juga bersimpati dan mendoakan teman-teman yang masih belum dipostingkan supaya dikurniakan kesabaran dan kecekalan sepanjang tempoh menunggu itu.

Aku telah ditugaskan di sebuah sekolah perempuan, mulanya agak terkejut kerana semua muridnya adalah perempuan dan hanya lima orang sahaja guru lelaki berbanding 100 lebih guru perempuan. Batas-batas ikhtilat yang paling merisaukan aku.




Tuesday, May 20, 2014

Kashmir: Wilayah Indah Yang Menjadi Rebutan





1.0 Pengenalan.
Kashmir, Negeri yang mempunyai kawasan yang berkeluasan lebih kurang 84, 258 batu iaitu antara yang terbesar antara negeri-negeri di India.Di dalam peta, Kashmir digambarkan sebagai salah satu lembah yang terpencil dan bergunung ganang dan terletak jauh terpencil di pinggir turutan gunung Himalaya yang terletak tinggi di dataran benua kecil asia selatan.Kashmir hampir menyamai keluasan negara England, Wales dan juga Scotland. Walaupun mempunyai keluasan yang besar akan tetapi populasi penduduk negeri ini adalah rendah, contohnya pada tahun 1921 keluasan Kashmir yang diduduki manusia ialah hanya 39 batu persegi sahaja. Kashmir juga merupakan negeri yang bersempadanan dengan pelbagai negara seperti Turkistan , Sinkiang di bahagian utara Tibet dan bahagian barat bersempadanan dengan Afghanistan dan juga Pakistan.  
Kashmir juga merupakan  satu wilayah yang mendapat gelaran wilayah yang tercantik di dunia. Mengikut satu catatanBernier iaituorang eropah yang pertama memasuki Kashmir.Beliau berkata “ in truth the kingdom surpasses in beuty all that my warmest imagination had anticipated”begitulah reaksi orang eropah yang menggambarkan betapa indahnya panorama di Kasmir. Dari segi masyarakat, Kashmir mempunyai penduduk yang berbilang bangsa, agama dan juga bahasa.Masyarakatnya pula terdiri daripada manusia yang tahan lasak dan mahir dalam peperangan.Hal ini kerana sejak daripada zaman klasik lagi bumi Kashmir tidak pernah sepi dengan peperangan dan juga pertempuran.Dari aspek ekonomi pula negeri Kashmir merupakan negeri yang miskin dan sering dilanda wabak serta kebuluran.Dari segi ekonomi masyarakat,  kebanyakannnyaberkerja sebagai petani sebagai mata pencarian.  Itulah Kashmir,walaupun wilayah ini terkenal dengan keindahannya dan kepelbagaian  penduduktetapi sejak dahulu lagi ia tidak pernah sepi dengan konflik dalaman serta luaran bahkan ia berterusan sehingga hari ini.
Sebelum menjadi mangsa perebutan kuasa-kuasa yang ada di asia selatan pada abad ke 20, Kashmir telah diperintah oleh beberapa siri pemerintahan yang silih berganti. Fasa pertama penaklukan yang dilakukan terhadap wilayah Kashmir ialah pada zaman Asoka dan apabila asoka meninggal dunia, lembah itu bebas dari penjajahan. Selepas itu lembah Kashmir menarik minat orang-orang Kushan untuk menguasai lembah itu.
Pada zaman pemerintahan orang-orang Kushan , kahsmir telah mencapai satu tahap kegemilangannya tersendiri semasa pemerintahan Raja Latitiya dan Avantivarman apabila Kashimir telah muncul sebagai pusat kesenian dan ukiran .Setelah itu Kashmir telah diperintah oleh beberapa siri pemerintahan seperti Raja-raja sikh dan juga pemerintahan Dogra. Setelah tamat pemerintahan beraja di Kashmir maka bermulalah detik di mana Kashmir telah menjadi rebutan kuasa luar dan dalam wilayah itu sehinggalah ke hari ini, konflik itu masih berterusan walaupun beberapa rundingan damai telah dijalankan.Konflik di Kashmir tercetus akibat daripada beberapa perkara yang menjadi asas atau titik tolak kepada konflik ini.
2.0 Asas-Asas Yang Mencetuskan Konflik Di Kashmir.
Sebelum terjadinya konflik Kashmir yang lama dan berpanjangan tersebut beberapa perkara telah dilihat menjadi asas kepada Konflik tersebut.
2.1 Negeri-negeri beraja di Jammu dan Kashmir.
Untuk memulakan perbincangan mengenai asas-asas tercetusnya konflik di Kashmir, kita harus melihat kepada beberapa perkara yang merupakan titik tolak kepada konflik ini antaranya ialah berlakunya beberapa gerakan yang berunsurkan kemerdekaan untuk membebaskan Jammu dan Kashmir setelah perpisahan Pakistan dan India.
2.2 Pemerintahan Dogra yang dibayangi pengaruh British.
Pemerintahan dinasti Dogra merupakan pemerintah beraja yang terakhir memerintah Kashmir sebelum negeri itu dilepaskan ke India.Pemerintahan Dogra ini bermula apabila pertukaran pemerintahan akibat daripada tindakan dan perkidmatan yang berani yang ditunjukkan oleh Gulab Singh semasa zaman pemerintahan Raja sikh iaitu Ranjit Singh. Semasa pemerintahan Ranjit Singh, Gulab Singh merupakan ketua tentera yang telah mengetuai gerakan menentang pemberontak iaitu puak Yuzafzai.Pertempuran itu berlangsung dengan sengit dan berjaya dimenangi oleh Tentera Gulab Singh.Akibat daripada kemenangan tersebut Gulab Singhtelah menuntut kawasan Jammu daripada Ranjit Singh sebagai kawasan pemerintahannya. Padatahun  1846 maharaja Dogra, Gulab Singh telah membayar Kepada British untuk menuntut hak memerintah Lembah Kashmir sebagaimana termaktub dalam perjanjian Amritsar.
Pemerintahan Dogra tidak memberi keselamatan dan juga keamanan kepada penduduk Kashmir.Pemerintahan yang kuku besi, pentingkan diri dan polisi yang lebih menguntungkan diri sendiri telah wujud dalam pemerintahan diraja Dogra. Orang-orang Pandits telah mendominasi sistem birokrasi dan kelas pekerjaan dalam masa yang sama orang-orang masih kekal tidak berpendidikan dan juga menghadapi masalah pengangguran. Dalam 100 tahun pemerintahan dinasti Dogra yang telah diperintah oleh empat siri maharaja iaitu Gulab Singh, Ranbir Singh, Pratab Singh, dan yang terakhir iaitu Hari Singh sehingga Kashmir dilepaskan kepada India.Sepanjang Dinasti Dogra , dapat dilihat bahawa telah muncul bibit-bibit penentangan akibat daripada penindasan dan juga diskriminasi yang dilakukan oleh pemerintah terhadap penduduk Kashmir yang majoritinya beragama islam.
2.3 Persidangan Orang-Orang Islam 1931 dan Peranan Syeikh Abdullah.
Setelah melalui pemerintahan beraja yang bukan dari dalam kalangan orang Islam, masyarakat muslim Di Kashmir merasakan diri mereka ditindas oleh pemerintah sebelum ini. Hal ini ditambah pula dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pemerintah yang berat sebelah serta meminggirkan masyarakat muslim. Orang-orang muslim di Kashmir terbahahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap satunya mempunyai agenda politik yang tersendiri. Contohnya golongan muslim pekerja inginkan keadaan pekerjaan yang lebih baik, Golongan Muslim berpendidikan di Srinagar membentuk “Reading Rome Party” untuk menjamin keadaan pendidikan dan pekerjaan dalam pentadbiran negeri.Setiap kumpulan ini hanya memperjuangkan agenda mereka tersendiri dan mereka hanya bergerak secara bawah tanah untuk mencapai objektif ekonomi dan politik mereka.
Pada tahun 1931, ketidakpuasan masyarakat muslim terhadap pemerintah Dogra akhirnya mencapai kemuncak apabila satu pergolakan berlaku pada tahun 1931. Masyarakat muslim menggelarnya peperangan agama.  Pergolakan itu merupakan satu titik tolak yang menjarakkan lagi hubungan masyarakat muslim terhadap komuniti Hindu Dogra dan Kashimiri Pandit yang menyokong Maharaja. Pada tahun 1932 masyarakat Muslim Kashmir telah bersatu di bawah satu pertubuhan  yang digerakkan di bawah “All Jammu And Kahsmir Muslim Conference” yang telah ditubuhkan pada tahun 1932 dan persidangan ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai golongan Muslim seperti bijak pandai, pedagang, buruh industri, seniman dan petani. Antara aktivis yang terlibat dalam penubuhan persatuan ini ialah Syeikh Abdullah dan Mirwaiz Muhammad Yusuf Shah.Mereka ini menuntut hak yang sama rata dalam perkhidmatan awam dan penambahbaikan dalam industri buruh untuk orang Muslim serta kemasukan orang Islam dalam bidang ketenteraan. Dari sudut keagamaan pula mereka menuntut supaya masjid dipulangkan kepada masyarakat Muslim dan memansuhkan undang-undang yang melarang orang Hindu bertukar agama kepada Islam.
Konflik yang lebih buruk bermula apabila pemerintah pada waktu itu iaitu Hari Singh berusaha untuk menghentikan persidangan Islam tersebut dan masyarakat Muslim mula bertindak dengan keluar ke Ziarat Dasgir Sahib di Khanyar, Srinagar.Akibat daripada tindakan daripada orang Islam tersebut Maharaja Hari singh telah meminta bantuan ketenteraan British untuk menyelesaikan konflik tersebut.Antara tokoh Muslim yang menonjol dalam usaha menentang pemerintahan beraja dan menaikkan semangat orang Islam Kashmir ketika itu ialah Syeikh Abdullah.Bekas penuntut Universiti Aligarh ini menajdi guru Sains di Srinagar dan mula bergiat aktif dalam penentangan apabila mewujudkan satu kumpulan belajar dan antara topik yang menjadi perdebatan dan perbincangan ialah situasi masyarakat semasa pemerintahan Dogra.
Syeikh Abdullah menjadi tumpuan masyarakat Muslim apabila dia telah dipenjara atas sebab memberikan pidato menentang kerajaan dan semasa prosiding perbicaraannya , beribu-ribu masyarakat Muslim Kashmir telah hadir memberikan sokongan. Sumbangannya dalam menaikkan dan menyedarkan masyarakat Muslim di Kashmir yang pada ketika itu boleh diibaratkan sebagai “ Lembu yang dicucuk hidung” telah menyebabkan dia digelar sebagai “Singa Lembah” oleh masyarakat Muslim Kashmir.
2.4 Penerimaan Sekularisma dalam masyarakat Muslim Kashmir.
Setelah masyarakat Muslim Kashmir terutamanya golongan Muda dan bijak pandai menubuhkan Persidangan Muslim serta menerima penentangan British dan juga pemerintah Dogra, akhirnya perjuangan Persidangan Muslim itu sendiri semakin merosot. Mereka telah kehilangan sokongan orang Islam itu sendiri dan golongan minoriti bukan Islam.Pada Persidangan Muslim 1948 Syeikh Abdullah telah menyatakan bahawa semua masyarakat tidak kira agama dan bangsa di Kashmir harus bersatu menentang pemerintah yang tidak bertanggungjawab dan mereka harus melupakan ideologi agama dalam menyelesaikan masalah ini.
Pada tahun 1939 Persidangan Muslim telah menukar namanya kepada Persidangan Kebangsaan untuk menarik sokongan orang bukan Islam.Pengasas kepada Pakistan iaitu Muhammad Ali Jinnah telah menegaskan bahawa orang Islam dan orang Hindu perlu dipisahkan kepada dua negara iaitu negara Hindu dan Islam. Oleh itu beliau telah mempelawa masyarakat muslim di Jammu dan Kashmir supaya berada di dalam satu bendera dan juga di atas satu platform. Akan tetapi Syeikh Abdullah tidak begitu bersependapat dengan pendapat Muhd Ali Jinnah dan beliau  lebih percaya kepada konsep sekularisme yang dibawanya terhadap Kahsmir. Hal ini kerana Syeikh Abdullah telah dipujuk oleh Gandhi dan juga Jawarhalal Nehru supaya tidak berkerjasama dengan Jinnah. Oleh itu dapat dilihat bahawa pada masa itu hanya Syeikh Abdullah sahaja pemimpin Muslim yang tidak sependapat dengan Jinnah manakala rakannya .Syeikh Abdullah juga mengharapkan bantuan daripada mereka dan ingin melaksanakan demokrasi yang sering dicanang oleh Nehru di seluruh negara.
Pengaruh sekularisma ini juga telah memecahkan masyarakat Muslim di Kashmir kepada tiga iaiatu masyarakat Muslim konservatif, radikal dan nasionalis.Hal ini telah melemahkan masyarakat Muslim itu sendiri di Kashmir.
2.5 Perjuangan untuk kebebabasan.
Selain itu kehendak Syeikh yang begitu menginginkan  Kashmir sebagai sebuah negara bebas. Hal ini terbukti dengan kata-kata yang diucapkan oleh Syeikh Abdullah contohnya
kekejaman dogra telah merobek jiwa kita. Orang-orang Kashmir merupakan orang-orang yang tampan.Masa ini masa untuk bergerak...kemaharajaan bukanlah hakmilik seseorang pemerintah. Setiap lelaki, wanita dan kanak-anak akan menjerit bebaskan Kashmir. Negara Kashmir telah menyatakan hasratnya.
Pada Julai 1947 , Cuma sebulan sebelum pemisahan Pakistan dan India, Mahatma Gandhi telah dapat meluangkan masa melawat Kashmir dan dia berkata bahawa seluruh India telah menjadi gelap dan Kashmir merupakan satu harapan yang menunjukkan keharmonian antara agama. Walaubagaimanapun, Maharaja Hari Singh masih tidak dapat membuat keputusan untuk menyertai Pakistan atau India sebelum British menyerahkan kuasa.
2.6 Kemerdekaan Kashmir Dan Pencerobohan Pakistan.
Setelah berlakunya perpisahan diantara India dan Pakistan , Kashmir telah menjadi sebuah negara yang merdeka dengan harapan ianya boleh menetukan masa depannya sendiri. Peristiwa yang berlaku pada 1947 adalah amat penting kepada mereka membentuk fakta mengenai apa yang Pakistan dan India tawarkan supaya masyarakat Kashmir boleh memanipulasi untuk tujuan mereka sendiri. Selain itu setelah menimbangtara, Parti Sosialis Kashmir telah membuat keputusan bahawa, untuk menjamin faedah kepada orang miskin dan tertindas , menyertai Pakistan adalah diharapkan. 
Hal ini juga dipersetujui berdasarkan Persidangan Kizan Masdor yang juga bersetuju bahawa Kashmir perlu menyertai Pakistan berdasarkan hujah bahawa Kashmir merupakan negeri yang majoriti penduduk Muslim dan sungai-sungainya yang mengalir ke Pakistan.Setelah itu Syeikh Abdullah dan rakan-rakannya telah mengambil langkah yang segera apabila mengambil keputusan menandatangani perjanjian dengan Pakistan dan India supaya masyarakat Kashmir dapat mengambil masa untuk membuat keputusan. Akan tetapi proses secara aman ini terganggu pada 22 oktober akibat daripada sikap tidak sabar Pakistan yang telah menakluk Kashmir daripada utara dengan menggunakan tentera dan juga puak bersenjata yang dilengkapi dengan persenjataan moden. pencerobohan Pakistan bersama dengan orang-orang Pathan ini telah menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa kepada penduduk Kashmir yang tiada kelengkapan ketenteraan.
2.7 Peranan Lord Mounbattein dalam konflik India-Pakistan dan juga Kashmir.
Antara punca bagaimana tercetusnya konflik Kashmir ialah perana seorang Gabenor Jeneral British di India yang lebih menyebelahi pihak India. Lord Mountbattein merupakan Viceroy dan Gabenor Jeneral British di India. Beliau telah memulakan tugas sebagai Ganenor Jeneral pada March 1947. Beliau memberikan peranan yang penting kepada india untuk mendapatkan Kashmir. Mountbattein mengistiharkan pelan pemisahan india dan Pakistan pada 3 jun 1947 pemisahan wilayah Bengal dan Punjab. Di Punjab kawasan penduduk muslim telah diberikan kepada india supaya tiada hubungan langsung dengan penduduk muslim di Kashmir.
Pelan untuk mendapatkan Kashmir telah dijalankan dengan pastas dan penuh muslihat. Pada 20-24 jun beliau telah bersegera ke Kashmir untuk menekan Maharaja Hari Singh supaya tidak mengistiharkan pemisahan sebelum 15 ogos 1947 iaitu tarikh penyerahan kuasa kepada India. Negeri negeri beraja harus tunduk kepada satu diantara dua kuasa atau kekal merdeka di luar tarikh tersebut dengan menanggung risiko mereka sendiri. Mounbatten telah cuba mendapatkan Syeikh Abdullah yang merupakan suara rakyat Kashmir supaya dibebaskan dari penjara untuk faedah kepada India dan beliau telah berjaya dengan rancangan ini sehingga penghujung September 1947 sebelum drama penyertaan ke atas India diadakan pada minggu ke empat oktober  1947.
2.8 Harapan Jinnah SupayaKashmir Menyertai Pakistan.
Harapan yang menggunung Jinnah supaya setiap negeri majority muslim menyertai Pakistan juga adalah salah satu asas kepada konflik Kashmir ini. Pemerintah India telah mencadangkan kepada British dan juga pengasas Pakistan iaitu Jinnah supaya negeri-negeri beraja di India supaya memutuskan masa depan mereka sendiri berdasarkan harapan rakyat dan juga di negeri itu dan daripada kehendak raja atau pemerintahfeudaldi negeri tersebut.
Cadangan ini tidak dipersetujui oleh British mahupun Pakistan dan mereka berpendapat bahawa pemerintah atau raja harus membuat keputusan mengenai penyertaan kepada kedua dua negara tersebut. Jinnah berharap supaya pemerintah seperti Bhopal, Hyderabad dan Juganadh akan menyertai Pakistan. Jinnah juga berharap supaya negeri Kashmir terutamanya masyarakat majoriti  muslim di lembah akan bangkit menentang Maharaja Hari Singh dan Kashmir akan menjadi entiti yang merdeka atau menyertai Pakistan. Apabila harapan Jinnah yang menggunung itu tidak tercapai , Pakistan telah merancang pencerobohan puak pada oktober 1947.
2.9Tindakbalas Maharaja Hari Singh Dan Campurtangan India.
Setelah berlakunya prncerobohan yang dilakukan oleh Pakistan, Maharaja Hari Singh telah menghantar Syeikh Abdullah sebagai wakilnya ke Delhi untuk meminta bantuan India dan menandatangani perjanjian menyertai India.Pada awalnya India enggan memberi bantuan kecuali Kashmir bersetuju untuk menandatangani perjanjian menyertai India. Pada hari berikutnya iaitu lima hari sebelum penaklukan bermula, pasukan tentera India telah diterbangkan ke Bandar Srinagar dan berlawan bersama sama penduduk tempatan Kashmir melawan penceroboh yang telah masuk berbatu batu jauhnya ke Srinagar.Peperangan itu tidak berakhir sehingga ke akhir 1948 dan meniggalkan negeri beraja Jammu dan Kashmir terpecah diantara India dan Pakistan.Setelah itu Pakistan pula telah menyerahkan sebahagiannya kawasan Kashmir kepada China.Peperangan ini telah menyebabkan India telah membawa perkara ini ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana Pakistan telah menguasai 1/3 daripada wilayah tersebut dan Jammu serta Kashmir telah terpisah.
2.10 Kemunculan Golongan Elit di Kashmir.
Pada tahun 1950, Kashmir mula berpecah dengan sendirinya.Rasuah dan penyalahgunaan kuasa berlaku dan berlaku konflik diantara rakyat dan juga pemerintah.Mereka yang menentangkan kerajaan adalah golongan yang berpihak kepada Pakistan manakala pihak birokrasi berpihak kepada India dan mereak juga digelar sebagai agen India.Mereka yang berpihak kepada India ini terdiri daripada golongan-golongan Muslim yang kaya yang memonopoli kekayaan di Kashmir serta membahagikan kepada saudara mara mereka.
Selain itu berlaku juga perubahan-perubahan yang berlaku dalam sosiopolitik di Kashmir . Antara perubahan  yang paling ketara ialah negeri tersebut telah mengubah bahasa Bahasa Urdu menjadi bahasa rasmi kerajaan dan meninggalkan bahasa masyarakat Kashmir sendiri iaitu bahasa Kashmiri. Hal ini telah menyebabkan  pekerjaan dalam sektor kerajaan telah dimonopoli oleh orang- orang yang mahir dengan bahasa Urdu iaitu mereka yang terdiri daripada kerabatorang-orang kaya di Kashmir.Hal ini mengundang rasa tidak puas hati kepada majoriti masyarakat Muslim yang terdiri daripada golongan pekerja yang Miskin dan tertindas.
3.0 Konflik Dan Peperangan.
Setelah berlakunya kontroversi dan permasalahan yang menyebabkan keadaan huru hara akhirnya tercetuslah peperangan yang telah mengorbankan banyak kerosakan dan kehilangan nyawa terutamanya di Jammu dan Kashmir.
3.1 Perang India-Pakistan I.
Pakistan dan India telah bertembung dalam perang pertama mereka pada awal-awal penubuhan negara mereka.Hal ini disebabkan oleh kontroversi penyertaan Jammu dan Kashmir.Pakistan telah menunjukkan rasa kebimbangan terhadap dasar India terhadap Kashmir . Apabila “ Radcliffe Boundary Commission” yang berperanan dalam membahagikan batas dan sempadan kedua –dua negara telah memberikan Gurdaspur, iaitu sebuah daerah yang penduduknya majoriti Muslim yang telah telah memisahkan Punjab daripada Jammu dan Kashmir kepada India.
3.2 Perang India-Pakistan II.
Pada September 1965, Pakistan telah pergi berperang dengan India untuk mendapatkan Kashmir buat kali kedua.Beberapa faktor yang telah menyebabkan perang yang pendek tetapi menumpahkan darah yang banyak.Pada tahun 1960 pembuat dasar Pakistan percaya bahawa UNtelah hilang minat terhadap persoalan Kashmir.Pada sudut pandangan Pakistan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa India telah merancang untuk menggabungkan Jammu dan Kashmir sepenuhnya ke dalam Kesatuan India.New Delhi telah dikhuatiri melanggar autonomi yang termatub dalam artikel 370 dalam “India Constitution yang telah memberikan status istimewa untuk Jammu dan Kashmir.
3.3 Perang Kashmir III
Pada disember 1971 tercetus perang yang ketiga diantara india dan Pakistan. Pada perang kali ini India telah mendapat kemenangan besar terhadap Pakistan.Pakistan pula mengalami kekalahan yang teruk di timur Pakistan iaitu sekarang dikenali sebagai Bangladesh.India dalam situsi yang baik untuk merampas beberapa kawasan yang strategik milik Pakistan.Peperangan ini juga telah menyenanan termeterainya perjanjuan Simla diantara Pakistan dan juga India untuk memulihkan keadaan .Dalam masa yang sama, Kashmir masih lagi terpisah kepada dua iaitu sebelah Pakistan dan juga India dengan kawalan sempadan yang ketat antara kedua belak pihak.
Kesimpulan.
Konflik Kashmir telah banyak membawa kerosakan dan kerugian kepada pihak yang terlibat seperti Pakistan dan juga India.Kerosakan dan kerugian yang teruk juga berlaku terutamanya kepada negeri Kashmir itu sendiri yang huru-hara akaibat daripada konflik yang berlaku ini.Untuk meredakan Konflik ini beberapa jalan penyelesaian dan juga jalan damai telah dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak samaada India dan juga Pakistan. Antara perjanjian damai yang dimeterai oleh kedua belah pihak ialah perjanjian Simla yang telah mewujudkan kawalan sempadan antara kuasa besar asia selatan tersebut.Konflik ini masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya sehingga sekarang walaupun beberapa jalan damai telah dilakukan oleh banyak pihak.


Bibliografi.
Victoria Schofield, Kashmir In Conflict: India , Pakistan And The Unending War,  New York: I.B Tauria & Co Ltd, 2003.
Vivek Chadna, Low intensity conflicts in India: an analysis,  New Delhi: Sage Pvt Ltd , 2005.
Mridu Rai, Hindu rulers, Muslim subjects: Islam, rights, and the history of Kashmir , United Kingdom: C Hurst , 2004.
Navinita Chadha Behera,Demystifying Kashmir, New delhi: Dorling Kindersly (India) Pvt Ltd,2006.
Alastair Lamb, Kashmir A Disputed Legacy 1846-1990, Karachi: Oxfort Universiti Press, 1992.K.L Kalla, Eminent Personalities Of Kashmir, New Delhi: Discovery Publishing House, 1997.
Sr Bakshi , Kashmir Political Problems, New Delhi: Sarup And Sons, 1997.
Josef Korbel ,Excerpts  from Danger In Kashmir, USA: Oxford University Press, 2002.
Robert Wirsing, India, Pakistan, and the Kashmir Dispute: On Regional Conflict and Its Resolution, USA: Palgrave Macmillan , 1998.
J.N Dixit, India-Pakistan In War &Peace , London: Routledge, 2002.
Kulwant Rai gupta, India-Pakistan Relations with Special Reference to Kashmir, New delhi: Atlantik Publisher, 2003.

Artikel.
Priyanka Bakaya and Sumeet Bhatt, Kashmir Conflict: A Study  Of  What Let The Insurgency In Kasmir Valley And Its Propose Future Solutions.
Brigadier ( R ) M. Syafie Khan, Kashmir, The Accession To India: A Fraud.
Kashmir: The View From Islamabad , ICG Asia Report N°68, 4 December 2003.


 Sebarang bentuk plagiarisme adalah dilarang. Ini adalah hasil tulisan penulis berdasarkan beberapa sumber rujukan yang diperoleh secara ilmiah.












Saturday, May 10, 2014

Mitos Pribumi Malas...

Masih berusaha menyiapkan ulasan buku tersebut..
Komitmen kerja membuatkan penulisan sendiri masih tergendala...

Letih..lemah..jangan futur akh!!


Jam menunjukkan pukul 11.30, aku membuka pintu rumah. Alhamdulillah, tugas hari ini sudah selesai, dan begitulah rutin harian yang dilalui hampir setiap hari sepanjang berada di Tanjung Malim. Hendak berjumpa dengan istirehat sambil menonton TV, bersantai bersama rakan memang sangat jarang malah sudah mencapai tahap hampir tiada. Begitulah cabaran yang perlu dihadapai hampir setiap hari di sini, hanya blog dan rakan seperjuangan dapat aku kongsikan warna-warna kehidupan di sini.

Malam ini selesai tanggungjawab dengan adik-adik usrah yang berlangsung di Library, begitulah rutin setiap malam Jumaat, setiap minggu. Program dimulakan dengan, tadabbur surah Al-Kahfi berbekal kitab tafsir fi zilalil qur’an ayat 15-24. Satu perjalanan kisah di dalam Al-quran yang begitu memberi semangat kepada pemuda-pemuda. Tafsir yang disusun oleh Syed Qutb begitu indah sekali dengan huraian yang mantap seolah-olah salju sejuk mengalir di dalam pembuluh darah setiap insan yang membacanya. Program diteruskan dengan bedah buku Mustafa Masyhur Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah (baru dibeli di pesta buku). Teringat analogi yang dinyatakan oleh Syeikh Mustafa Masyhur mengenai kepentingan iman kepada setiap jiwa dan jasad manusia yang ditulis di dalam buku tersebut.

Jika sesebuah kereta yang digunakan oleh orang yang bermusafir kehabisan minyak ketika perjalanan dan tidak mempunyai minyak yang mencukupi, maka jadilah ia seperti potongan-potongan besi yang tidak dapat membantunya untuk bergerak walaupun selangkah. Demikian juga orang yang melalui jalan dakwah, apabila bekalan iman dan taqwanya berkurangan atau kehabisan tanpa diperbaharui atau ditambah, maka jadilah ia seperti jenazah yang kaku atau orang yang sakit dan tidak berdaya untuk bergerak.(Mustafa Masyhur, 2009)
Perkara sebaliknya jika bekalan iman dan taqwa kepada ALLAH ini terpancar dari sumber yang baik dalam jiwa setiap mukmin, melahirkan tenaga, menaikkan semangat dan keazaman. Maka pergerakan menjadi mudah, tarikan keduniaan berkurangan, halangan dapat ditempuhi, liku-liku boleh diharungi dan petunjuk di sepanjang jalan jelas kelihatan. Maka lahirlah kebenaran keikhlasan, keazaman, keteguhan. Begitulah apa yang dihuraikan oleh Syeikh Mustafa Masyhur dalam Mukaddimah kitabnya.

Setiap bait tulisan ini seolah-oleh memberi semangat kepada mereka yang hampir futur dalam perjuangan. Kadang-kadang apabila aku merenung kembali diri ini, erti putus asa pernah singgah sebentar dalam hati nurani. Hampir-hampir lumpuh perjuangan di sini tatkala menghadapi duri-duri perjuangan yang membentangi jalan dakwah dan pendidikan di sini. Melihat kepada teman-teman di IPT lain, kadang-kadang terasa rendah diri dengan pencapaian diri sendiri.

Mujurlah ada teman-teman akademik, teman sefikrah yang sering menjadi tempat mengadu kepada diri ini. Pakcik-pakcik di masjid, En Lah dan lain-lain juga sering mengambil berat dan bertanya khabar. Buku-buku yang sering meluahkan kata-kata nasihat melalui setiap perkataan yang tertulis. Sesungguhnya aduan dan harapan adalah lebih aula jika ia diluahkan dalam setiap doa kepada pemilik alam ini iaitu ALLAH SWT.






Tuesday, May 6, 2014

Quiet and listen to little stream..


Setiap kali melalui jalan sekitar Tanjong Malim-Kuala Kubu Baharu, pasti mata aku akan melirik ke kiri dan kanan. Bukan disebabkan oleh adanya gadis cantik dan rupawan di sepanjang jalan (jaga pandangan syeikh!!!), tetapi ada gunung-ganang dan panorama kampung Melayu yang menyejukkan mata dan menerbitkan keinginan dalam diri untuk berumah dan menetap di kawasan ini. Dalam minda ini terbayang rumah stail kampung serta halaman dihiasi dengan rumput hijau. Di sekeliling rumah pula ditanam pokok buah-buahan tempatan seperti durian, manggis dan rambutan, manakala terdapat sebuah kolam ikan yang mengalir air sungai jernih yang dialirkan melalui salur buluh. Perhh…ibarat UTOPIA. Begitulah cita-cita yang entah bila akan tercapai. Hanya angan-angan, dan doa supaya dimurahkan rezeki oleh ALLAH.
Aku sering ke KKB bagi mengambil dan menghantar adik sepupu yang belajar di sebuah institusi pendidikan yang agak terpencil di KKB. Tempatnya dikelilingi gunung dan bukit bukau. Aku juga sering ke KKB untuk bagi menghilangkan rasa stress dengan cara meredah hutan dan mendaki gunung dengan kawan-kawan. Selalunya Rahmat, datuk haris dan prof. kunukilkan di sini nama-nama tersebut supaya memori itu mudah untuk aku ingati.
Sedikit monolog dalam diri yang sempat aku ingati apabila melalui denai-denai di sekitar banjaran titiwangsa.

Kembara itu indah bila kita merenung dengan jiwa, bukan dengan mata..
Ya..ada orang gemar mendaki gunung..
Kelegaan dan kepuasan akan tergambar bila tiba di puncak..
Bagi pengembara sebenar..
Apabila sampai ke puncak, bukanlah tujuannya supaya orang ramai melihatnya..
Tetapi supaya dirinya dapat melihat suasana sekelilingnya..
Begitu juga dalam kehidupan..
Ia juga boleh dianalogikan sebagai pendaki..
Kejarlah, panjatlah, dakilah samaada dalam arena pendidikan ataupun dakwah..!!!
Tetapi kau harus ingat..
Apabila mendaki, perbetulkan niat kau itu..
Jangan kau mendaki untuk dipandang tinggi oleh manusia..
Tetapi dakilah untuk kau dapat melihat masalah manusia dan merasa risau dengannya..
Dakilah supaya perbuatan engkau itu dhitung dan dinilai oleh ALLAH..
Bukan dinilai oleh manusia..
Nilaian manusia banyak persepsi dan bias..
Tetapi nilaian ALLAH itu adalah yang Haq dan seadil-adil nilaian..

Akhimaza: KKB, Sg Chilling, DQ, MRSM KKB dan UPSI. Jalan yang penuh nostalgik.






Saturday, May 3, 2014

sedikit catatan di arkib.. khas untuk pengembara ilmu...

Sejenak di Arkib Negara. Tatkala hujan lebat menyiram ke bumi, aku duduk di pintu hadapan sambil memandang satu bangunan di hadapan. Di sana sayup-sayup tertulis “menara ilmu”. Apakah makna menara ilmu bagi diri kalian??
Adakah dengan membaca seribu buku anda sudah berjaya sampai ke menara ilmu.?
Adakah anda sudah bergelar Dr, prof, anda sudah mencapai menara ilmu?
Adakah si bijak pandai bicara dan petah tutur kata, dia sudah mencapai menara ilmu?
Padaku mudah sahaja…
Setiap menara pasti ada batu asasnya…
Pasti ada tiang serinya..
Dan pasti ada cerucuknya..
Menara juga ada puncak yang mencakar awan..
Yang pasti sukar untuk dagapai apatah lagi untuk didaki..
Untuk tiba ke menara ilmu..
Kita perlu ada prinsipnya..
Ada asasnya..
Ada gurunya..
Ada disiplinnya.
Paling penting yang  perlu terisi dalam hati nurani sang pengembara ilmu ialah:
Teguh imannya..
Tinggi akhlaknya..
Kuat ibadahnya..
Membulat azamnya..
Kepada Allah, dia bertawakal..

Aku masih termenung sambil menunggu dokumen yang dipesan..
Monolog masih diteruskan..
Hujan masih berjuraian..
Diri menggigil kedinginan..




Sunday, April 27, 2014

menemui nikmat tarbiyah...

Sesiapa yang pernah meneguk manisnya tarbiyah, pasti akan pernah merasai pengalaman pertama dihulurkan gelas tarbiyah itu sendiri oleh naqibnya. Aku juga pernah merasa begitu dan aku juga yakin, sesiapa yang melangkah dalam daerah tarbiyah ini pasti pernah merasai pengalaman seperti aku. Dahulu aku seorang yang pendiam, kalau istilah psikologi mereka memanggil watak dan sifat seperti aku ini ialah “introvert” dan mungkin juga watak itu masih lagi ada dalam diri ini. Hanya mereka yang kenal dengan aku sahaja yang boleh mendiagnos watak aku dan diri ini juga sukar menilai watak sendiri.

Aku dipertemukan dengan seorang akh di surau yang harmoni pada diri aku. Surau yang juga mempertemukan para daei dan juga para mad’u. Surau yang memberikan kenangan manis kepada setiap jemaah yang setia hadir pada setiap waktu. Surau yang tak pernah sunyi dengan kuliah dan aktiviti pada saban minggu. Surau yang penuh ukhuwah dan mahabbah kepada ikhwah dan akhawat pada ketika itu. Surau Assalikin diberi dan ia sesuai dengan suasana surau tersebut. Aku mengenal Arwah Fadhiri dan Faizol di surau tersebut. Dua sahabat karib yang pergi dalam usia muda apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya. Sahabat yang sentiasa tersenyum dan menjadi jemaah tetap pada setiap waktu. Aku bertemu dengan naqib apabila selesai solat dan berlaku sesi taaruf. Kalau antum pernah membaca buku bagaimana menyentuh hati? Maka persis kaedah itulah yang digunakan oleh naqibku menarik diri ini ke daerah tarbiyah.
Kalau nak tahu lebih lanjut maka bacalah buku karya Abbas as sisi tersebut. Selain itu, antara pengalaman awal dalam mengenal erti tarbiyah ini ialah jaulah ke sebuah IPT di utara tanah air.

 Pada waktu ini kami menaiki van buruk menelusuri lebuh raya menuju ke utara. Setelah mengambil tiket lebuh raya, kami pun asyik bersembang haraki di dalam van. Sibuk bersembang dan menyakat teman-teman, kami pun tiba ke susur keluar ke lebuh raya. Driver yang pun mencari-cari tiket highway untuk membayar tol. Cari punya cari, tiket yang diperlukan itu tidak juga dijumpai. Mungkin terbang ketika sibuk bersembang tarbawi. Van yang buruk, tiada air-cond dan tingkap yang terbuka mengakibatkan tiket terbang melayang entah ke mana. Apa lagi, berkat ikatan ukhuwah, duit dalam poket dihulur sama banyak bagi melunaskan tol daripada Johor baru sehingga tol tadi. Pokai pun pokailah…. Janji ukhuwah itu indah…hahaha…sampai sekarang apabila masuk highway…tiket dijaga rapi takut sejarang mungkin berulang……hehe..macam tajuk lagu pulak…well…well…well…

Friday, April 25, 2014

ada orang...

Ada orang..
apabila membaca sebuah buku terasa dirinya sudah bijaksana..
dirinya merasa lebih pandai dari ilmuan yang sudah menghabiskan dakwat seribu pena..
apabila berhujah di dunia maya..
kelibatnya mengundang seribu pujian sang pengadu domba..
umpama pujangga agung yang terang sirnanya..
hahikatnya dirinya ibarat mangga yang ranum di luar tetapi di dalam penuh larva menjijikkan..
pujian dan sorakan hanya mengundang riak dan takbur dalam dirinya..

Ada orang..
apabila membuat satu kebaikan..
matanya hanya melihat seribu kejahatan insan selainnya..
hatinya merasa dialah yang terbaik dan tiada dosa menimpa..
tatkala dia merasa insan lain selainnya bergelumang dengan lumpur dosa..

Ada orang..
apabila mendapat anugerah dunia..
canang, dan gong dipalunya..
supaya alam melihat dirinya..
supaya manusia memujinya..
sedangkan hahikatnya..
ada yang memuji..
ada juga yang mengkeji..

kalam puisi tatkala aku bermuram durja, melihat tingkahlaku sang pengembara dunia..
-akhi maza-


Sunday, April 20, 2014

Pakej Rekreasi: Memanah dan Go-Kart


Hujung minggu yang tenang, cuaca agak sedikit terik, matahari terbit dari ufuk timur dengan kilatan cahaya yang sedikit panas. Minggu ini aku terlibat dengan program Pembina UPSI. Kutekan pedal minyak kereta dan kukawal strering kereta menuju ke destinasi, sambil telefon menyanyi keriangan mengarahkan aku menjawab panggilan. Sambil menghala ke litar Go-Kart, aku terbayang kereta mini yang kecil dan dipandu dengan laju selain bow serta arrow yang laju menuju sasaran. Aku tiba di meja pendaftaran sambil menunggu ikhwah lain. Ya..boring juga...seperti biasa ikwah lambat sikit dan akhawat pula sudah memulakan sesi taaruf.
Selama lima minit menunggu akhirnya ikhwah yang dinanti dari tadi pun tiba. Kami terus ke meja pendaftaran dan melihat-lihat kereta yang bakal dipacu nanti. Setelah melihat dan memerhati akhirnya kami pun meneruskan aktiviti dengan menaiki go-kart. Ya...aku memecut dengan laju untuk mendapat tempat pertama, akan tetapi tiba-tiba ada anak biawak lalu melintas di depan kereta aku, dengan perasaan belas kasihan dan simpati aku pun membrek kecemasan. Akhirnya biawak itu terselamat dan aku pun ketinggalan di tempat tercorot...adoi...apa nak dikato. Program diteruskan dengan aktiviti memanah. Sambil membelek-belek bow dan arrow, aku teringat zaman kanak-kanak, apabila aku membuat sendiri panah dan anak panah menggunakan kayu. Tanpa, latihan dan tunjuk ajar, aku berjaya membuat panah tersebut dengan jayanya. Hampir 50 meter jugalah sasaran maksimum yang boleh dicapai oleh panah tersebut. Begitulah, permainan anak kampung seperti aku pada zaman dahulu. Hal ini berbeza dengan budak bandar yang asyik dengan gajet tanpa merasai kenikmatan bermain di luar rumah.
Program selesai pada pukul 1 tengahari dan kami pun bersurai.

Saturday, April 5, 2014

Kita Diuji Dengan Pilihan


Selepas mendapat tawaran master di UPSI, aku diberi beberapa pilihan kerjaya. Di UPSI, aku mendapat pilihan untuk menjadi pembantu penyelidik, satu kerjaya yang agak sukar bagi pelajar master yang mengambil mod sepenuh masa. Sementara itu, aku juga ditawarkan sebagai guru di sebuah sekolah agama swasta di Johor dan dalam masa yang sama juga sebuah asrama anak yatim di Perak menawarkan aku menjadi warden di asrama itu.
Ya…kalau nak difikirkan mudah, senang dan goyang kaki, adalah lebih baik aku menjadi guru di Johor dan menjadi warden di asrama. Research master pun boleh cepat siap, tanggungjawab pun tak banyak dan paling penting gaji masuk tiap-tiap bulan. Berbanding menjadi R.A yang hari-hari sibuk dengan research orang lain berbanding research sendiri. Sebelum membuat keputusan aku teringat kata-kata seorang ikhwah kepada aku:

Ikhwah A: Syeikh….enta lepas belajar ni nak tinggal di sini atau kerja di tempat lain.

Aku        : Tak tahulah ustaz…kalau ada rezeki di tempat lain insya-Allah.

Ikhwah A: Ana nak cerita kat anta satu cerita masa ana belajar dulu di Mesir. Masa tu ramai ikhwah yang habis belajar di sana dan sepatutnya mereka balik ke Malaysia. Tapi kebanyakannya mereka tangguhkan hasrat itu dan ada yang sambung master dengan usaha sendiri hanya untuk kekalkan usaha dakwah di sana.


Kata-kata ikhwah A itu kadang-kadang seperti mengetuk-ngetuk hati ini dan akhirnya aku mengerti. Ya…tanggungjawab yang terpikul di bahu ini masih ada di medan ini. Adik-adik masih perlu dibimbing dan program perlu diteruskan selagi diri ini masih terdaya. Kadang-kadang aku juga lemah dengan ujian yang melanda tatkala berada di bumi tarbiyah ini. Saat diuji dengan gaji yang tak kunjung tiba, kesibukan yang berterusan dan research master yang bergerak perlahan. Moga ALLAH kekalkan hati ini supaya ikhlas bekerja di sini.

Sunday, March 23, 2014

Mengapa mereka membenci sejarah?


Petang ini hujan turun mencurah-curah. Aku keluar dari ofis meninggalkan keserabutan kerja yang masih belum diselesaikan pada minggu ini. Sebelum itu, pada waktu pagi mentari terik sehingga rasa pedih epidermis ini. Sebelum melangkah keluar ofis oku sempat berbincang secara ilmiah dengan seorang pensyarah. Beliau seorang ahli statistik manakala aku dalam aliran sejarah. Satu pertentangan akademik yang agak kontra antara aku dan dia. dia mengkritik kaedah sejarah yang tidak menggunakan instrumen untuk mengukur sesuatu peristiwa yang sudah berlaku. Aku pula menegaskan bahawa sesuatu instrumen itu tidak boleh diaplikasi kepada sejarah. Instrumen itu untuk diuji oleh manusia dan tidak ramai pelaku sejarah itu masih hidup pada masa kini. Akhirnya aku mengalah kerana faktor usia dan tidak mahu melanjutkan perdebatan.

Mungkin ramai pembenci sejarah di luar sana…anda?? Kamu??dia?? atau siapa-siapa??
Menurut George Santayana, “those who cannot remember the past are condemn to repeat it” . Mereka yang prihatin kepada masa lalu tentunya akan sedar kepentingan serta fungsi sejarah dalam pelbagai sudut kehidupan mereka. T.S. Hameraw berpendapat, sejarah juga boleh difahami sebagai suatu proses pendidikan kenegaraan, menjalankan pemerintahan ataupun untuk membimbing masyarakat.
Pernah juga seorang teman yang mengkritik habis-habisan mengenai sejarah dalam facebook beliau. Beliau asyik menekankan perkara yang lepas buat apa hendak diingat semula. Agaknya mereka yang ingin melupakan sejarah itu ingat tak tarikh hari lahir dia??? Aku tersenyum sendirian. Senyuman yang tak mampu aku ukir di dinding putih dalam skrin komputer ini. Dalam kesamaran malam dikala aku menulis luahan ini, aku juga risau dengan situasi pembenci sejarah . Ia seolah-olah satu epidemik dan sedang menular dalam kalangan pelajar. Dalam benak dan fikiran mereka sudah tertanam dengan satu sentimen iaitu “ sejarah subjek yang boring”, “sejarah perlu membaca banyak buku” dan lain-lain.

Sedarlah teman…
Walaupun seboring mana ilmu itu…jangan sesekali kau mencerca ilmu, walaupun engkau tidak minat ilmu tersebut. Aku teringat bahan bacaan yang diberikan oleh murabbi di sini iaitu bainal ams wal yaum satu tulisan daripada Hasan Al banna. Beliau sangat mementingkan aspek sejarah supaya dihayati oleh generasi masa kini yang semakin hilang jati diri. Dengan menghayati sejarah, anak muda mampu mengambil teladan dan juga inspirasi tokoh dan peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Kita tidak boleh melupakan saja peristiwa itu, bagaimana Tok Janggut dihambat dan digantung kerana perang jihad yang dilancarkan oleh beliau. 
Adakah engkau mahu melupakan itu anak muda???
Perjuangan mereka dengan darah dan jihad, sedangkan kita mudah melafazkan “kita tinggalkan masa lalu”.

 Masih ingatkan engkau anak muda..
Perjuangan dakwah Rasulullah SAW sehingga mencapai zaman kegemilangan islam dari rantau Arab sehingga ke eropah. Seruan dakwah itu juga yang menyebabkan lidah kita basah mengucapkan dua kalimah syahadah. Walaupun semua itu telah berlaku..tetapi peristiwa itu wajar kita ambil sebagai cas tenaga kita untuk menapak dalam dunia ini.

Moga monolog diri ini…dapat dikongsi dan dihayati oleh pembenci sejarah.